Penulisan ini bertitik tolak daripada wacana pembangunan yang melibatkan idea
kepemerintahan dan gaya kepimpinan berkesan pemimpin dalam menerajui proses pembangunan
negara. Mahathir, Suharto dan Lee Kuan Yew (LKY) masing-masing negarawan unggul Asia
Tenggara yang berjaya menggerakkan tindakan-tindakan pragmatik demi mencapai misi dan visi
yang dirancang. Masing-masing mengambil semangat demokrasi barat namun pelaksanaannya
cukup terbatas mengikut acuan sendiri. Idea kepemerintahan dan gaya kepimpinan masingmasing berjaya membawa masyarakat berkembang maju dari satu tahap ke satu tahap yang lain
dan sukar ditandingi oleh mana-mana pemimpin sezaman mahupun pada masa kini. Karl Marx
dalam The German Ideology (1945) berpandangan Idea Kepemerintahan (ruling ideas) adalah
milik golongan borjuis untuk mempengaruhi pola fikir golongan proletariat sehingga segala
penindasan yang dilakukan oleh mereka itu seolah-olah diizinkan oleh rasional-rasional tertentu.
Hujah Karl Marx berlandaskan dialektika materialisme, pertentangan kelas pemilik material
1 Kertas kerja ini telah dibentangkan di Seminar Ketahanan Nasional III anjuran bersama
Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad, Universiti Utara Malaysia (IPDM-UUM)
dan Yayasan Melaka pada 3-5 Disember 2012.
2 Lutfan bin Jaes merupakan staf akademik di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan kini
sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di UUM. Beliau boleh dihubungi: (H/P) 019-7788034.
(Fax) 07-4536090
dengan kelas yang hanya memiliki kudrat perburuhan. Namun demikian idea kepemerintahan di
Asia (Malaysia, Indonesia dan Singapura) seharusnya dipertimbangkan dalam acuan latar sejarah
politik, ekonomi dan sosial tersendiri. Abdul Rahman (2009) mendefinasikan Idea
Kepemerintahan sebagai kerangka pemikiran dan tindakan yang dilakukan oleh pemimpin dalam
memimpin masyarakatnya untuk menangani permasalahan hidup seharian yang dalam masa yang
sama mempersiapkan untuk hari depan. Dalam hal kepemerintahan ini, penerapan nilai di dalam
gaya kepimpinan mereka dilihat sebagai fomular kejayaan utama pembangunan. Nilai yang
dimaksudkan ialah nilai Asia yang terangkum di dalamnya nilai budaya Melayu-Islam
(Mahathir), nilai budaya Jawa (Suharto) dan nilai Konfucius (LKY). Nilai Asia berdasarkan
kepercayaan bahawa negara-negara di Asia mempunyai satu set lembaga dan ideologi unik
mencerminkan budaya daerah dan sejarahnya tersendiri. Terdapat sekelompok nilai dan
kepercayaan bersama yang diikuti oleh kebanyakan orang Asia sebagai panduan hidup di dunia.
Nilai-nilai yang dikongsikan ini bolehlah dipanggil sebagai nilai Asia, sepertimana kelompok
nilai bersama yang boleh dipanggil sebagai nilai Barat (Mahathir, 1999; hal 79). Akhir sekali
Michael Vatikiotis (1995), dalam bukunya Indonesian Politics Under Suharto menjelaskan
bahawa jasa terbesar Suharto adalah menjadi tokoh yang mampu menciptakan kestabilan di Asia.
Suharto berkuasa pada saat Singapura diperintah LKY dan Malaysia dipimpin Mahathir.
Kestabilan negara besar Indonesia secara langsung meningkatkan pertumbuhan ekonomi Asia dan
menyebabkan Malaysia dan Singapura digelar East Asia Miracle oleh Bank Dunia. Diharapkan
dengan melihat kembali idea kepemerintahan dan gaya kepimpinan Mahathir, Suharto dan LKY,
satu iktibar diperoleh untuk pemimpin generasi akan datang.
PENDAHULUAN
Penulisan ini bertitik tolak daripada wacana pembangunan yang melibatkan
idea
cukup
terbatas
mengikut
acuan
sendiri.
Mereka
berjaya
membawa
masyarakatnya berkembang maju dari satu tahap ke satu tahap yang lain dan sukar ditandingi
oleh mana-mana pemimpin sezaman mahupun pada masa kini. Dalam hal ini, penerapan dan
manipulasi nilai di dalam idea kepemerintahan dan gaya kepimpinan mereka dilihat sebagai
fomular kejayaan utama dalam memastikan pembangunan bersama di Asia Tenggara. Nilai yang
dimaksudkan ialah nilai Asia yang terangkum di dalamnya nilai budaya Melayu-Islam
(Mahathir), nilai budaya Jawa (Suharto) dan nilai Konfucius (LKY).
Sehubungan dengan itu, penulisan ini secara umum cuba menyorot dua (2) perkara iaitu i) asas
tindakan dan idea kepemerintahan Mahathir, Suharto dan LKY ii) gaya kepimpinan berkesan
Mahathir, LKY dan Suharto.
Vatikiotis (1996, hal 29) dalam Hilley (2008, hal 46) menyatakan:
Kesemua ideologi politik moden yang didukung oleh negara Asia Tenggara sezaman,
adalah berasaskan tradisi tetapi memperlihatkan dirinya sebagai moden, dan berfikir ke arah masa
hadapan. Pancasila di Indonesia Prinsip Asas di Singapura dan Rukun Negara di Malaysia,
kesemuanya menyokong prinsip masyarakat awam Barat seperti kebebasan, keadilan dan
kehormatan manusia. Ia juga menekankan tradisi dan juga masyarakat kolektif: keperluan untuk
bersikap toleransi, kesedaran komuniti yang teguh, disiplin bersama, menghormati pemimpin dan
kerohanian.
Penulisan ini juga cuba mempromosi dan memahami dengan lebih baik nilai-nilai Asia yang
terbukti berjaya dimanipulasi dengan berkesan oleh pemimpin untuk berkuasa serta mencetuskan
perubahan dalam pembangunan. Idea kepemerintahan dan gaya kepimpinan ketiga-tiga pemimpin
ini mungkin berbeza-beza tetapi dilihat mempunyai pelantar asas yang sama iaitu manipulasi
nilai-nilai Asia terpilih. Mungkin satu panduan umum dalam merencana idea kepemerintahan dan
gaya kepimpinanan Asia boleh dihasilkan seterusnya dijadikan panduan pemimpin akan datang.
Hujah Karl Marx adalah berlandaskan dialektika materialisme, pertentangan kelas pemilik
material dengan kelas yang hanya memiliki kudrat perburuhan. Kelas pemilik material melakukan
penguasaan dengan cara mengeksploitasi buruh, demi menambahkan lagi kekayaan material dan
intelektual mereka.
Dalam hubungan ini, keadaan masyarakat di Malaysia, Indonesia dan Singapura tidaklah seketat
seperti yang dianalisis oleh Marx kerana pemimpin-pemimpin yang muncul, baik semasa
pemerintahan kesultanan mahupun setelah mencapai kemerdekaan, kuat dipengaruhi oleh amalan
budaya dan ajaran agama (Hindhu, Budhha, Islam). Mereka memimpin masyarakat dengan tujuan
untuk memberikan keselesaan hidup dan peluang masa depan yang lebih baik. Ruling Ideas di
Malaysia, Indonesia dan Singapura seharusnya dilihat dalam acuan sendiri dengan latar sejarah
3 http://wwsword.blogspot.com/2008/06/ideas-of -ruling-are-in-every.html
4
politik, ekonomi dan sosial serta pertimbangan gaya nilai peradaban Nusantara, Melayu-Islam
dan Rukun Negara/Pancasila. Mungkin ada beberapa perbezaan di Singapura apabila nilai
peradaban dari luar Nusantara wujud (Konfucius) bagi panduan hidup masyarakat Cina. Namun
begitu ia masih merupakan kelompok nilai-nilai Asia malah mewakili kelompok terbesar dari
nilai Asia Timur.
Sehubungan dengan itu Ruling Ideas hanya perlu dipinjam istilahnya sahaja (dari Barat) untuk
mengupas dan memahami idea pelaku-pelaku utama. Ini kerana idea-idea pelaku utamalah yang
menggerakkan pemerintahan. Abdul Rahman (2009, hal 3) mendefinasikan Ruling Idea atau
Idea Kepemerintahan sebagai kerangka pemikiran dan tindakan yang dilakukan oleh pemimpin
dalam memimpin masyarakatnya untuk menangani permasalahan hidup seharian yang dalam
masa yang sama mempersiapkan untuk hari depan. Sebuah hadis Rasullah SAW mengingatkan
manusia mestilah dipimpin dengan penuh rasa tanggungjawab.
Semua kamu adalah pengembala dan semua kamu bertanggungjawab atas
gembalaannya. Imam bertanggungjawab atas rakyatnya. Lelaki pengembala ahli
rumahnya, dan bertanggungjawab atas rakyatnya. Perempuan pengembala rumah
suaminya dan bertanggungjawan atas rakyatnya. Khadam pengembala harta benda
tuannya dan bertanggungjawab atas rakyatnya. Bahkan seluruh kamu adalah pengembala
dan bertanggungjawab atas rakyat gembalaannya.
(Hadis riwayat Bukhari-Muslim, dipetik daripada Hamka, 1977; hal 4)
Fitrah kehidupan manusia memperlihatkan wujudnya dua golongan utama dalam masyarakat
golongan yang memimpin dan golongan yang dipimpin. Golongan yang memimpin itu tercorak
oleh budaya kelas sosial yang selalunya lebih tinggi daripada golongan yang dipimpin. Bagi
orang Melayu pepatah ada menyebut, Pemimpin itu mestilah yang didulukan selangkah, yang
ditinggikan seranting, yang dilebihkan serambut, yang dimuliakan sekutu. Dalam rumpun
Melayu; ungkapan Jawa mengatakan hakikat kepimpinan itu Ing Ngarsa Sung Tulada, Ing
Madya Mangun Karsa, Tut Wuri Handayani (Ghazali Shafie, 2001; hal 155-156). Maksudnya,
yang di hadapan menjadi teladan, yang di tengah membangun kehendak, yang dibelakang
membimbing atau mempengaruhi.
Kejayaan penerapan nilai-nilai Asia melalui gaya kepimpinan berkesan khususnya di Malaysia,
Singapura dan Indonesia dibuktikan melalui kejayaan pembangunan ekonominya. Pembangunan
ekonomi Asia Timur merupakan salah satu perkembangan paling penting di dunia pada separuh
kedua abad ke 20. Proses ini bermula di Jepun pada tahun 1950 an, sebuah negara bukan Barat
yang telah berjaya memodenkan dirinya dan menjadi maju dalam bidang ekonomi. Proses
pembangunan ekonomi ini berbangkit pula kepada Empat Harimau (Hong Kong, Taiwan,
Korea Selatan dan Singapura) dan kemudiannya merebak pula ke China, Malaysia, Thailand dan
Indonesia dan kini sudah mula bertapak di Filipina, India dan Vietnam. Pengembangan
perdagangan yang mendadak juga telah berlaku, pertamanya antara Asia dengan bahagian lain
dunia dan kemudiannya antara negara-negara Asia sendiri. Prestasi ekonomi Asia ini sangat
berlawanan dengan pertumbuhan sederhana ekonomi Eropah dan Amerika dan kebantutan yang
sedang melanda sebahagian besar negara dunia yang lain (Huntington, 2008: hal 135-136).
Salah satu daripada nilai-nilai Asia yang terserlah di dalam gaya kepimpinan Asia berkesan tidak
kira dalam mana-mana bentuk organisasi ialah elemenb nilai Father Leadership dan Paternalistic
4 Dalam hal ini penulis tidak berhasrat untuk membincangkan gaya kepimpinan dalam konteks definisi dan istilah
pengurusan. Begitu juga dengan pelbagai teori gaya kepimpinan masa kini seperti Fiedlers Contigency Leadership
Model atau Hersey-Blancard Situational Leadership Model.
Leadership. Ia mungkin dianggap tidak releven di era pasca modenisasi dan globalisasi ini tetapi
kajian-kajian lampau menunjukkan bahawa ia masih boleh kembali semula malah masih begitu
kukuh. Di India, sebagai contoh, terdapat amalan "paternal authoritative-ness (Brislin, 1993, hal
275; Kumar dan Saxena, 1983; Sinha, 1980). Ia suatu keadaan di mana pihak berkuasa perlu
mampu menjangka kehendak rakyatnya dan memupuk kepercayaan tentang keperluan dan
layanan hidup sebagai sebuah keluarga seperti ahli keluarga pemimpin. Untuk itu, kualiti seorang
pemimpin yang diperlukan ialah arif dan berpengetahuan tentang apa yang perlu dilakukan dalam
pelbagai situasi untuk kebaikan rakyatnya. Pemimpin bukan sahaja bertanggungjawab untuk
memastikan kestabilan politik tetapi juga untuk memberi nasihat yang baik dan menawarkan
bantuan kepada rakyat. Keputusan yang sama dilaporkan oleh Yao (1987) di Republik Rakyat
China yang menyokong konsep paternal authoritative-ness; di mana pemimpin perlu kuat,
berkesan dan berpengetahuan. Sistem nilai negara Cina dan gaya kerjanya masih didominasi oleh
sistem nilai tradisional (Low, 2006; hal 90).
Di negara Jepun juga konsep father leadership juga digunapakai dengan mengamalkan "oyabun"
atau "Bapa Kepimpinan" (Hanada & Yoshikawa, 1991; hal 36). Begitu juga di Indonesia secara
umumnya pekerja taat dan cenderung mengharapkan majikan menyediakan kemudahan seperti
pengangkutan, makanan, bekalan air minuman. Konsep Sumonggo Dawuh kukuh diamalkan
dalam konteks pemimpin perlu menjadi contoh ikutan kepada yang dipimpin. Dalam latihan
kakitangan, bimbingan dan mentor menjadi kritikal. Pengurus seperti bapa menjaga kepentingan
dan keperluan kanak-kanak. Sumonggo dawuh boleh ditafsirkan sebagai jalan dalam kakitangan
mengaku beliau penyelia sebagai contoh untuk diikuti (Low, 2005; hal 32). Begitu juga dengan
kerajaan Singapura yang mempunyai penguasaan ketat terhadap politik Singapura serta didokongi
oleh sistem birokrasi awam yang "cekap" dan berpengaruh (Gale,1999; hal 2-3) Dalam hal yang
lain pula negara Singapura sering dilabel sebagai Negera pengasuh dan mendokong terlalu
banyak sektor dalam negara sebagai alasan utama kestabilan politik (Tay, 2001; hal 24).
Mahathir, Suharto dan LKY dilihat berjaya dengan cara mereka tersendiri tetapi di dalam
kerangka gaya kepimpinan berkesan yang berteraskan nilai-nilai Asia. LKY dan Mahathir
nampak lebih menjuarainya di pentas antarabangsa. Manakala Suharto menterjemah sepenuhnya
melalui sistem nilai dalam gaya kepimpinan yang ditonjolkan. Kebersamaan mereka telah
menjadikan rantau Asia Tenggara aman dan makmur secara bersama.
NILAI ASIA : SATU PERBINCANGAN
Perbincangan berkenaan nilai Asia di kesan oleh penulis selewat tahun 1976 apabila Universiti
Singapura mengadakan satu seminar bertajuk Asian Values and Modenization. Antara lain,
seminar bertujuan melihat dan mengenalpasti perubahan yang telah, sedang dan akan berlaku
kepada masyarakat di Asia kesan daripada proses modenisasi dan industrilisasi. Turut
dibincangkan ialah bagaimana untuk mengimbangi hal-hal berkaitan tradisi, pembangunan dan
pembaratan dalam masyarakat di Asia. Manakala Metzger (2009; hal 6) menyatakan
kemungkinan permulaaan perbicaraan nilai-nilai Asia ini berpunca daripada penerbitan karya
Orientalism oleh Edward Said pada tahun 1978. Sebenarnya pada tahun-tahun 1980an,
perbincangan tentang nilai-nilai Asia hebat sekali oleh sebab ada pihak yang menyokong kuat
nilai-nilai tersebut dan ada pula beberapa pemerhati yang menentang nilai-nilai itu atau yang
tidak memberi perhatian yang seimbang kepada nilai-nilai yang dibincangkan itu.
Nilai Asia adalah merujuk kepada semua orang Asia tanpa mengira budaya, etnik, geografi,
sejarah dan perbezaan agama tetapi berkongsi beberapa falsafah kehidupan yang sama. Asia
adalah kumpulan yang menekankan kepada elemen spiritual dan kurang materialistik berbanding
Barat. Dalam hubungan sesama manusia, terdapat kecenderungan mendalam untuk menilai moral
seseorang berbanding status dan kuasanya. Nilai Asia menekankan sifat tolak ansur, tidak ganas,
tidak militan, tidak agresif dalam konteks hubungan sesama manusia. Orang Asia juga selalu
digambarkan sebagai sangat mencintai keamanan sesama manusia dan sanggup menyelesaikan
konflik secara persetujuan bersama daripada berperang atau mengambil tindakan undang-undang
(Seah & Ho, 1977: hal 11)
Mahathir (1999) dalam bukunya bertajuk Kebangkitan Semula Asia berpendapat nilai Asia yang
pertama dan terpenting ialah berorientasikan masyarakat dan kekeluargaan 5. Masyarakat di Asia
lebih menghargai keluarga serta keperluan dan kepentingan masyarakat berbanding dengan
individu dan hak untuk kebebasan perseorangan yang mutlak. Memenuhi tanggungjawab
terhadap keluarga dan masyarakat adalah lebih diutamakan daripada menuntut manfaat individu.
Seterusnya Mahathir berhujah nilai Asia juga termasuk perasaan hormat bagi pihak berkuasa.
Pihak berkuasa dianggap sebagai penjamin kestabilan untuk seluruh masyarakat. 6 Tanpa
kepercayaan atau perasaan hormat terhadap pihak berkuasa, sebarang masyarakat walau sebuah
masyarakat Barat sekalipun yang mengagungkan hak individu akan reput menjadi anarki.
Manakala Kishore Mahbubani (1998) pula, nilai Asia ialah sebuah set pengajaran moral dan
sosial yang membawa kepada pembangunan ekonomi yang pesat di negara-negara Asia sejak
beberapa dekad yang lepas. Nilai-nilai ini termasuklah menjadikan keluarga sebagai sebuah
institusi, penghormatan kepada kepentingan masyarakat, berjimat cermat, konservatif dalam adat
istiadat sosial dan hormat kepada pihak berkuasa. Seterusnya, asas-asas nilai Asia dalam
konteks sosiologi pula adalah hidup saling bantu membantu dikalangan masyarakat, perhubungan
ibu bapa-anak dan kehidupan keluarga yang bersatu padu, pola persahabatan dan ideologi
normatif dan konsep nilai (Seah & Peter, 1977; hal 30-37).
Pada mulanya perbincangan tentang nilai Asia lebih sinonim dengan ajaran Konfucius.
Pengaruh tradisi ini telah membangkitkan kekuatan ekonomi dan politik Asia kerana konsep
5 Elemen kekeluargaan cenderung dilihat Barat sebagai satu bentuk Nepotisme serta menidakkan keupayaan
seseorang individu yang lebih berbakat.
6 Dalam hal ini, penulis berpendapat Korea Utara dan China berada dalam senarai paling hadapan diikuti oleh Korea
Selatan, Jepun dan lain-lain. Namun persoalannya ialah adakah negara bersistem Komunis boleh dikategorikan sebagai
negara bernilai Asia tinggi?
Nilai Asia berkaitan dengan konsep tidak mementingkan diri, disiplin diri dan pengorbanan
peribadi demi kebaikan bersama kumpulan. Ini adalah penting untuk persepsi moral keharmonian
awam dan dinamika sosial. Dengan kepimpinan yang betul, ia adalah satu rangka kerja untuk
"kemakmuran ekonomi, kemajuan, perhubungan yang harmoni di antara rakyat, dan undangundang dan perintah". Nilai budaya khusus negara-negara Asia Timur dapat dilihat dengan jelas
dari bawah ke atas melalui radas sosial dan politiknya. Bermula dengan ciri utama masyarakatnya
yang berorientasikan kumpulan; kepentingan masyarakat dirasakan datang sebelum individu.
Malah, kadang-kadang berhujah sebagai communitarian, mungkin neo-Hegelian, seseorang perlu
diiktiraf dalam sesebuah institusi dan berinteraksi dalam unit yang besar. Dalam lain perkataan
juga bahawa individu itu bukanlah makluk yang terpencil, tetapi seorang ahli keluarga nuklear
dan lanjutan kepada sesuatu puak, kejiranan, masyarakat, negeri dan negara. Masyarakat Asia
Timur percaya bahawa apa sahaja yang mereka lakukan atau perkatakan hendaklah
mengambilkira kepentingan orang lain. Setiap individu Asia perlu mengimbangi kepentingannya
dengan keluarga dan masyarakat (Tommy Koh, 1993, hal 6).
Oleh yang demikian Takashi dan Edward (1997) menyatakan bahawa masyarakat Asia Timur
adalah kumpulan yang lebih sedar daripada mereka yang liberal, bekerja untuk kebaikan
masyarakat, tidak mementingkan diri sendiri dan menerima bahawa perpaduan dan kestabilan
masyarakat adalah lebih penting mengatasi hak individu. Kelakuan dan adab diri merupakan
motivasi berbentuk kebimbangan dalam diri setiap individu dan perlu diseimbangkan dengan
tugas dan tanggungjawab. Sememangnya ini adalah benar dengan hanya melalui masyarakat yang
10
teratur dan tidak mementingkan diri sahaja barulah semua anggota masyarakat boleh hidup
dengan selamat dan bermakna. Tidak ketinggalan juga, Goh Chok Tong (1994, hal 417)
menyifatkan nilai Asia melibatkan rasa masyarakat dan kenegaraan, manusia berdisiplin dan
rajin, nilai-nilai moral yang kukuh dan hubungan keluarga.
Agama pula merupakan
Beberapa pemimpin Asia Timur berhujah bahawa pemisahan gereja dan negara di Barat dan
proses akibat sekularisasi menyumbang kepada keruntuhan moral dalam kehidupan awam dan
menyerlahkan impuls negatif individualisme. Di Asia Timur, walaupun kepelbagaian agama
terutamanya Buddha, Islam dan Kristian serta proses sekularisasi, namun agama masih
memainkan peranan dalam kehidupan seharian dan masih menyumbang kepada orientasi identiti
dan kumpulan (Takashi & Edward, 1997).
Mahathir berkeyakinan bahawa faktor nilai-budaya memainkan peranan terhadap kejayaan atau
kemunduran sesebuah masyarakat. Begitu juga, LKY, percaya dan yakin bahawa zaman awal
kanak-kanaknya telah mendedahkan beliau kepada pegangan moral yang kuat untuk mengharungi
kehidupan sehingga zaman dewasa (Barr, 2000: hal 162). Justeru, faktor persekitaran adalah
penyumbang kepada kemajuan kerana faktor ini membolehkan individu menghadapi cabaran bagi
membentuk daya tahan dalam kehidupan mereka.
7 Mahathir dalam Tom Plate (2012; hal 110) sinis menyatakan bahawa orang memandang Lee Kuan Yew sebagai
intelek dan bukan sebagai ahli politik biasa, beliau sering dijemput berkongsi pandangan dalam pelbagai perkara
malah ke peringkat beliau dilihat lebih besar dan penting daripada Singapura!.
11
kepemerintahan dan gaya kepimpinan Mahathir dalam pandangan LKY banyak tercatat dalam
pelbagai peristiwa dan insiden yang melibatkan hal antara kedua-dua negara Malaysia dan
Singapura. LKY menyatakan;
He (Mahathir) was different from his predecessors. The Tunku, Razak and Hussein Onn
were from the aristocracy or the traditional ruling families associated with the sultans. Like me.
Mahathir is a commoner-a trained profesional doctor and self-made politician. I believed I had
satisfied him that I was not interested in outmanoeuvring him, that I wanted a businesslike
relationship. It was as well I initiated this dialogue and developed a working relationship. Had we
carried our old antagonisms into the future, both countries would have suffered.
(LKY, 2010; hal 276-7)
Dalam satu siri ucapan LKY sempena kemerdekaan Singapura beliau mengucapkan;
He (Mahathir) understands the ideal state: peace, freedom, nutrality
Not everybody in Malaysia has got the courage of Dr Mahathir (and) also the sense of
reality.
(Seow, 2010; hal 313)
LKY dalam satu temubual dengan The Washington Post pula dipetik berkata;
He (Mahathir) is a leader with a graps of the realities of superpower politics.
(Seow, 2010; hal 313)
Mahathir seorang yang tidak suka berselindung dalam menyuarakan pendapatnya. Beliau berani
berterus terang walaupun dalam banyak keadaan melukakan hati dan perasaan orang yang
ditegurnya. Malah Mahathir sering menegur khususnya sikap orang Melayu yang mempunyai
perasaan malu yang tidak bertempat. Tulisan beliau dalam buku pertamanya The Malay Dilemma
pada tahun 1970 antara lain membincangkan tentang ciri-ciri budaya Malayu seperti takdir dan
kemajuan yang terikat dengan nilai orang Melayu. Beliau berpegang pendapat bahawa orang
Melayu hanya boleh berjaya jika mengamalkan nilai-nilai yang progresif. Nilai-nilai ini
termasuklah rasa hormat kepada orang tua, pentadbiran serta mengamalkan pakaian yang sopan,
kelakuan yang baik serta amalan keagamaan, bertanggungjawab ke atas perkahwinan, keluarga,
kerja dan sifat-sifat yang bermoral (Sivamurugan, 2005; hal 36).
Demi kepentingan negara, Mahathir sangat berterus terang menyatakan hasratnya. Ini diingati
oleh LKY apabila Mahathir di awal pemerintahannya sebagai Perdana Menteri bersikap terlalu
12
berterus terang meminta LKY memindahkan ketumbukan SAF (Singapore Arm Forces) dari
pembentungan bekalan air dari Johor ke Singapura 8. Mahathir juga meminta meminta LKY
supaya memutuskan hubungan dengan pemimpin Cina di Malaysia khususnya dari DAP
(Democratic Action Party). Mahathir amat bersahaja dan berterus terang dalam menyatakan antiSingapura nya.
Mahathir was candid about his deep anti-Singapore feelings. He recounted how, as a
medical student in Singapore, he had directed a Chinese taxi driver to the home of a lady friend,
but had taken to the servants quaters of this house. It was an insult he did not forget. Singapore
Chinese, he said, looked down upon the Malays.
(LKY, 2010 ; hal 276)
Malah cara Mahathir yang lantang dalam mengemukakan pendapat dan mengurus krisis
kewangan yang melanda sekitar 1997-1999 juga menjadi ingatan kekal oleh LKY.
Prime Minister Mahathir of Malaysia was diminished by the Western media headlining
his denunciations against currency speculators and Jews like George Soros.
(LKY, 2010; hal 384)
As the crisis spread, in July Malaysian Prime Minister Mahathir denounced George
Soros as the speculator responsible. Then Bank Negara Malaysia announced changes limiting the
amout of Malaysian ringgit that could be swapped into foreign currencies.
In September 1997, at an IMF/World Bank meeting of international bankers in Hong
Kong, Mahathir said. Currency trading is unnecessary, unproductive and totally immoral. It
should be stop. It should be made illegal. Another sell-out of all Asean currencies and stocks
followed
(LKY, 2010; hal 386)
8 LKY menyatakan bahawa keperluan meletakkan askar Singapura di pembetungan bekalan air Johor Malaysia bagi
tujuan kotigensi di kemudian hari jika Malaysia tiba-tiba dikuasai oleh golongan pelampau dan Ultra Melayu.
13
LKY mengakui tidak ada pemimpin lain sehebat Mahathir (di Malaysia) terutamanya dalam
keadaan yang paling sukar.9 Keberanian dan kelantangan Mahathir di peringkat antarabangsa
dalam memperkata serta memperjuangkan sesuatu yang dipercayainya amat dikagumi. Sebagai
contoh, LKY mengingati perkara-perkara ini dalam pengalamannya berurusan dengan
kepimpinan di Australia dan New Zealand.
.......when Australia and New Zealand wanted to join the Asia side of the Asia Europe
Meeting (ASEM) of heads of government in Bangkok in 1996, Prime Minister Mahathir objected,
saying they were not a part of Asia. It was his visceral reaction, one not shared by most of the
other leaders.
(LKY, 2010; hal 445)
LKY mula mengenali dan membaca pemikiran Mahathir dan menjangkakan gaya kepimpinan
berbeza dengan pemimpin Malaysia sebelumnya tetapi mewarisi idea kepemerintahannya yang
sama dengan Perdana Menteri Malaya sebelumnya. Ia terkait dengan idealisme mempertahankan
kedaulatan hagemoni Melayu yang dituduh LKY sebagai lantang, agresif dan ultra. Beliau
mencatatkan bahawa pertemuan susulan dan timbal balik lawatan antaranya dan Mahathir diharap
positif walaupun tidak mampu mengelak perasaan syak wasangka.
I expected Mahathir to succeed Hussein as Prime Minister and wanted to put our old
antagonism behind us. I knew he was a fierce and dogged fighter. I had seen the way he had
fought the Tunku when the Tunku was at the height of his power. He had been expelled from
UMNO but that did not deter him from carrying on the fight. I was not unwilling to clash with him
when we were in Malaysia, but feuding between two sovereign states was different. I initiated this
dialogue to clear away the debris of the past.
(LKY, 2010; hal 275)
9 Dalam hal ini LKY merujuk kepada pemecatan dan penangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim
10 Isu yang terkait dengan kedaulatan dan hagemoni Melayu dalam penulisan ini merupakan sesuatu yang abstrak
sahaja. Isu ini sebenarnya memerlukan satu wacana lainnya yang lebih khusus untuk dibincangkan.
14
Mahathir belajar daripada semua orang. Beliau tidak pernah rasa malu untuk belajar walaupun
dengan seteru nya sendiri. Ini dilakukan demi yang terbaik untuk agama, bangsa dan
negaranya. LKY mengenangkan perkara ini dengan menyatakan;
He (Mahathir) had asked his ministers and officers to learn from Singapore. No other
Malaysia prime minister or minister had ever publicly said they had anything to learn from
Singapore; Mahathir did not suffer from this inhibition. This open minded attitude of learning
from anyone whose success he wanted to duplicate in Malaysia distinguished him from his
predecessors.
(LKY, 2000; hal 277)
Dalam masa yang sama, kesanggupan Mahathir yang sanggup meminta bantuan dan belajar dari
musuhnya11 dalam membangunkan ekonomi orang Melayu agak membingungkan LKY.
Mahathir dalam hal ini telah meminta Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry
Malaysia membantu golongan usahawan bumiputera yang kerugian untuk membangunkan
semula perniagaan mereka.12
Pemikiran dan usaha Mahathir yang saintifik dan pragmatik demi menyedarkan bangsa
Melayunya agar bangun berusaha mengaplikasikan sains dan teknologi serta tidak terperangkap
dengan amalan agama yang kabur juga di lihat LKY sebagai sesuatu yang luar biasa;
He (Mahathir) had pushed the Malays towards science and technology and away from
obscurantism. He had the courage to say in public that lady doctor using a pencil to examine a
male patient (which the Muslim religious leaders wanted) was not the way to treat patients.....he
had educated younger Malays, open their minds with the vision of the future based on science and
technology, especially computers and the internet......The majority of the Malays and all the
Chinese and Indians in Malaysia want this future, not a turn towards extreme Islamic practices.
(LKY, 2000;hal 290)
Mahathir berpendapat bahawa kemunduran orang Melayu adalah disebabkan faktor baka dan
alam sekitarnya yang mudah. Oleh yang demikian Mahathir menyarankan perkahwinan campur
dan penghijrahan ke penempatan bandar. Seterusnya Mahathir berpendapat kemunduran orang
Melayu adalah disebabkan oleh tatasusila dan sistem nilai. Mahathir menjelaskan bahawa
tatasusila dan sistem nilai menentukan kemajuan serta perkembangan sesuatu bangsa.
bidang perniagaan.
12 LKY mendedikasikan hal ini di autobiografinya. Sila baca lebih lanjut Lee. K. Y. (2000). From
Third World To First - The Singapore Story : 1965-2000. Singapore : Marshall Cavendish
15
Sehubungan itu beliau menyarankan orang Melayu mengenali diri sendiri dan mengkaji dengan
lebih terperinci tentang sifat-sifat mulia yang membawa kepada kejayaan dan kemajuan. Sifatsifat
yang
perlu
untuk
menghadapi
hidup
iaitu
kesederhanaan,
kebaranian
dan
Kemajuan bangsa Melayu hendaklah selari dengan agama Islam. Mahathir berpendapat bahawa
mana-mana pihak yang ingin membawa kemajuan bangsa Melayu dengan membelakangkan nilainilai agama tidak akan berjaya (Rumaizuddin, 2011; hal 145). Kedudukan Islam dalam
Perlembagaan Malaysia membolehkan kerajaan melakukan perkara-perkara bersifat Islam dan
16
Mahathir menyedari bahawa dalam mana-mana masyarakat sistem nilai akan berubah. Beliau
menyeru agar sistem nilai orang Melayu di kaji dan diambil sistem nilai yang dianggap terbaik
untuk dijadikan teras yang serasi dengan tuntutan Islam dan orang Melayu. Melalui nilai-nilai
budaya itulah, orang Melayu akan berupaya bergerak bersama-sama dengan bangsa lain untuk
maju kehadapan. Budaya sesebuah masyarakat itu menentukan sama ada ia berjaya atau gagal.
Budaya yang menentukan prestasi sesuatu kaum atau masyarakat iaitu sistem nilai yang mereka
yakini dan pegang pada suatu masa (Rumaizuddin, 2011; hal 148-149).
Mahathir juga menganjurkan aspek organisasi dan disiplin sebagai unsur penting pembinaan
bangsa. Kekal atau tidak masyarakat manusia bergantung kepada organisasi dan kesanggupan ahli
masyarakat mematuhi arahan dan sekatan yang ditetapkan oleh masyarakat. Ketinggian tamadun
hanya di capai apabila masyarakat itu berorganisasi dan berdisiplin (Rumaizuddin, 2011; hal
150). Sehubungan dengan itu, tindakan eksekutif Mahathir ialah dengan menjadikan Jepun
sebagai role model untuk Malaysia dengan mewujudkan Dasar Pandang ke Timur (DPT). Faktor
sejarah turut menjadi faktor penarik mengapa Mahathir condong ke arah mereka. Mohamed
Rahmat (2009; hal 114) menyatakan:
Mahathir terkenal dengan sifatnya yang tidak akan mengubah pendiriannya. Malah saya
ingat lagi apabila beliau menjelaskan alasan mengapa kontraktor Jepun yang diambil (membina
bangunan DayaBumi). Alasannya ialah orang Jepun mesti melatih orang Malaysia dalam semua
bidang, sama ada penggunaan steel frame atau pengurusan projek. Niatnya ialah Malaysia
sepatutnya mendapat pemindahan teknologi Jepun.
17
Beliau juga mengaitkan demokrasi dengan tradisi. Demokrasi di katakan hanya akan berjaya
sekiranya pengamalnya tahu batasan-batasan yang wujud dalam sistem tersebut. Dalam
pandangan beliau, pemimpin-pemimpin di Asia perlu tahu hakikat sebenar sebagai seorang
pemimpin, mempunyai inisiatif dari segi idea dan pemikiran serta mendapat kehormatan daripada
rakyatnya. Beliau berpandangan bahawa sesetengah negara "suffer from to much democracy",
dengan parti-parti politik yang terlalu banyak dan apabila pemimpin dipilih, mereka tidak boleh
menyelesaikan kerja mereka atau hasil dalam tempoh yang singkat (Todays Managers, 2004/2005
; hal 18).
Kegemilangan Mahathir tergambar dengan membentuk Wawasan 2020 sebagai matlamat untuk
mencapai status negara maju sebuah negara Islam. Ia dianggap landasan untuk membentuk
masyarakat yang mampu bersaing dalam ekonomi dan teknologi setanding dengan negara maju
yang lain tanpa mengabaikan kepentingan Islam. Ini bersesuain dengan agenda Mahathir untuk
mempromosi agenda ekonomi dan modenisasi untuk kesejahteraan rakyat bersesuaian dengan
kehendak keagamaan. Konsep Islam berasaskan kepada model pembangunan kapitalis ini juga
dijadikan strategik oleh Mahathir sebagai salah satu elemen ligimitasi politik beliau. Mahathir
lazimnya menggunakan sejarah kegemilangan Islam untuk mengukuhkan legimitasi beliau kerana
agama dan bangsa dianggap saling melengkapi (Sivamurugan, 2005; ha1 74-175).
IDEA KEPEMERINTAHAN DAN GAYA KEPIMPINAN SUHARTO
Satu kajian yang di adakan pada 25 April hingga 4 Mei 2011 oleh lembaga survei berpengaruh di
Indonesia menemukan dapatan yang sangat menarik dan signifikan. Kajian dengan tajuk umum
Evualuasi 13 Tahun Reformasi dan 18 Bulan Pemerintahan Susilo Bambang Yudhoyono(SBY)Boediono dengan sub tajuk kajian Order Terbaik Dalam Pemerintahan Indonesia
menghasilkan beberapa dapatan penting berikut:
a) Suharto merupakan pemimpin yang paling disukai rakyat (36.5%), disusuli SBY
(20.9%) dan Sukarno (9.8%) - daripada 6 Presiden yang telah memimpin
Indonesia.
18
13 Namun demikian dikatakan Order Baru ini telah sampai ke kemuncaknya kerana berlakunya perubahan nilainilai di dalam kelas menengah dan kesukaran sistem nilai ini dalam menghadapi globalisasi.
19
berbentuk panduan atau pituduh dan larangan atau wewaler apabila dilaksanakan akan
menjadikan bangsa Indonesia berbudi bowo leksono iaitu berperilaku bijak dan bermurah hati
atau becik sajatining becik iaitu baik dalam makna yang sesunguhnya. Suharto mempunyai
komitmen penuh untuk melaksanakan nilai-nilai pembudayaan dan falsafah Jawa. Beliau percaya
bahawa tidak sukar bagi bangsa Indonesia untuk hidupan bernegara, berkerajaan dan bersosial
dengan berasaskan Pancasila sekiranya mereka faham tentang nilai-nilai pembudayaan Jawa
(Totok Sarsito, 2010).
Di dalam kehidupan peribadi pula, amalan nilai budaya Jawa membawa makna agar beliau
menjadi orang Jawa yang baik yang mempunyai martabat untuk menerima wahyu atau
panduan dari Tuhan tertamanya dalam melaksanakan pemerintahan negara. Dalam melaksanakan
pemerintahan, amalan budaya Jawa bermaksud untuk meyakinkan rakyat bahawa semua
keputusan yang telah diambil secara sosial adalah adil dan secara fasafah adalah benar kerana
telah diasaskan oleh falsafah yang tinggi iaitu falsafah Jawa. Maka rakyat wajib menerimanya
(Totok Sarsito, 2010).
Mohamed Rahmat (2009; hal 52) yang merupakan bekas Duta Besar Malaysia ke Indonesia
(bertaraf Menteri) dari 1982 hingga 1984 dalam bukunya yang bertajuk UMNO: Akhir Sebuah
Impian halaman 52 mencatatkan:
Saya ingat lagi sewaktu mengadakan kunjungan selamat tinggal kepada Presiden
Suharto di Istana Merdeka di Jakarta, pemimpin Indonesia itu telah berkongsi falsafah Jawa
dengan saya. Katanya, Kenapa kita mahu bertinju dengan Barat? Kan orang Barat itu besar
tubuhnya dan kuat pula. Kalau sekali dia tumbuk kita, pasti kita KO. Kenapa kita tak gunakan silat
kita? Kalau silat, orang tumbuk kiri, kita elak ke kanan; kalau tumbuk kanan, kita elak ke kiri.
Apabila kakinya lemah atau goyang, kita kaitkan saja kakinya. Sudah tentu dia akan jatuh. Itukan
cara kita orang Timur.14
Servas Mario Patty (1994, hal 10-31) menyatakan falsafah pengurusan Suharto bersumberkan
budaya bangsa Indonesia iaitu ajaran Hasta Brata. Hasta Brata bermaksud Lapan Sikap yang
diaplikasikan dalam lakon wayang Wahyu Mahkota Rama di mana pemimpin harus mengerti
bersikap baik. Sikap tersebut terdiri daripada Surya/Matahari (sumber kehidupan), Chandra/Bulan
14 Pandangan Suharto ini merupakan sebagai maklum balas kepada tindakan Mahathir yang di awal pemerintahannya
dikatakan terlalu berani dan terbuka dalam menentang Barat dan ideologinya.
20
(tenang dan motivator), Kartika/Bintang (pedoman dan tauladan), Angkasa/Langit (luas dan
penampung aspirasi rakyat), Marut/Angin (memahami dan menyerap aspirasi rakyat),
Samodra/Laut/Air (sejuk, adil, arif dan bijaksana), Dahana/Api (berwibawa, tegas dan
menegakkan kebenaran) dan Bumi/Tanah (murah hati, jujur).
Suharto menerapkan Pengurusan Kekeluargaan dalam memimpin bangsa dan negara. Bagi
Suharto Pengurusan Kekeluargaan merupakan salah satu inti dan kekuatan Nasional yang
majmuk. Pengurusan kekeluargaan merupakan terjemahan daripada sila ke empat pancasila dan
merupakan pegangan teguh kepada Undang-Undang Dasar 1945. Semangat kekeluargaan
menyelaraskan hak dan kewajiban, antara perasaan dan fikiran, antara kepentingan peribadi
dengan kepentingan rakyat. Melalui semangat kekeluargaan, semua golongan atau kelompok
bangsa di Indonesia memiliki kesamaan kedudukan, hak dan kewajipan sebagai warga negara
Indonesia dan bertanggungjawab ke atas setiap usaha pembangunan di segala bidang (Servas
Mario Patty,1994, hal 67-69).
Dalam satu siri ucapan sempena hari kemerdekaan Singapura pada 26 Ogos 1990 LKY
menyatakan;
It is our singular good fortune that President Suharto took over from President Sukarno. It
would have been totally different Southeast Asia, had we had a second Sukarno.
(Seow, 2010; hal 317)
LKY juga mengingati Suharto sebagai seorang pendengar yang baik, sangat faham sejarah dan
berperilaku Jawa (quite central Javanese ways). Mereka banyak berkongsi pendapat yang sama
21
khusus melibatkan isu-isu serantau dan antarabangsa. 15 LKY sempat mencatatkan Suharto yang
mempercayai kuasa ghaib (supernatural) yang di dalam banyak hal memberikan satu keyakinan
terhadap dirinya dan apa juga keputusan yang dilakukannya. 16 Suharto selesa berbahasa Indonesia
dengan LKY, jarang mengambil nota dan gemar berbincang dengan konsep empat mata dalam
apa juga hal.
When we meet, we talked directly and simply, no beating about the bush. Its a four-eyes
meeting, that the purpose of a four-eyes meeting.
(Seow, 2010; hal 317)
Transisi pemerintahan antara Sukarno kepada Suharto dinukilkan oleh LKY sebagai sesuatu yang
begitu seni, unik dan sesuai dengan tradisi Asia. LKY menukilkan dengan panjang lebar;
Suharto played it out slowly and subtly, like an Indonesian wayang kulit, a performance
with puppets shown in silhouette as shadows on the screen. So carefully was this shadow play
choreographed, so gradual the moves to strip Sukarno of authority, for some time we did not see
that power had already shifted away from Sukarno to Suharto.
(LKY, 2010; hal 296)
In March 1966 Sukarno signed a presidential decree that gave General Suharto power to
take all necessary steps to guarantee security and preserve stability. I was still not sure that
Sukarno was out, such was his charismatic hold on his people
(LKY, 2010; hal 296)
Suharto seorang yang misteri. Penampilan tradisonalnya dibayangi oleh kekuatan tersembunyi
yang berlatarbelakangkan ketenteraan. LKY tahu kekuatan sebenar Suharto yang tidak terduga.
Dalam satu seminar anjuran Persatuan Politik Universiti Nasional Singapura pada 24 Julai 1990,
LKY menyatakan bahawa;
Whoever meets him (Suharto) cannot doubt the strength in the men. Behind the gentle,
smiling appearance is decisiveness and determination. And it is not necessary for him to carry a
big stick because his key ministers and his Armed Forces chief do not allow their Presidents
rulings to be flouted.
(Seow, 2010; hal 317)
15 Khususnya campur tangan Amerika di Vietnam dan Cambodia serta isu selat Melaka .
16 Sila rujuk Lee. K. Y. (2010). From Third World To First - The Singapore Story : 1965-2000.
Singapore :
22
Pada 13 Januari 2008 ketika LKY menziarahi Suharto di hospital Jakarta, Channel News Asia
melaporkan (bagi menggambarkan pendiriannya terhadap Suharto di era kejatuhan Suharto)
I feel sad to see a very old friend with whom I had worked closely over the last 30 years,
not really getting the honours that he deserves. He deserves recognition for what he did. The
younger generations both in Indonesia and in the world do not remember where Indonesia
started. I do. Thats why I came here to visit him.
(Seow, 2010; hal 317)
Yes, there was corruption. Yes, he gave favours to his family and his friends. But there
was real growth and real progress. I think the people of Indonesia are lucky. They had a general in
charge, had a team of competent administration including a very good team of economist to built
up the country.
(Seow, 2010; hal 317)
Im very sad to see his life come to an end without the full glory that he deserves. Theres
very few people of his age and my age who can remember the past. And if they can remember the
past, they will know that in the 1960s, Indonesia was in very dire economic difficulties
hyperinflation like todays Zimbabwe.
(Seow, 2010; hal 317)
If President Suhartos successors are like him, following the same basic principles and
policies, the Asean will thrive and prosper in peace.
(Seow, 2010; hal 316)
17 Ini menjadi alasan mengapa beliau (LKY) memaksakan bahasa leluhur (ibunda) sebagai bahasa kedua bagi setiap
rakyatnya. Beliau percaya bahawa bahasa memindah nilai. Mempelajari bahasa kedua akan menyerapkan akal budi
nilai Asia.
23
memegang nilai-nilai tradisi. Dalam konteks Singapura, nilai Konfuciusisme mendominasi sesuai
dengan jumlah komposisi masyarakat Cinanya.
I absorbed Confucianism at a lower level. I knew, I have to be respectful of my elders,
be loyal to my familiy, what I should not do to my friends, that I should not denounce the
government or the prince.
(Han Fook Kwang dan Rakan, 2011; hal 167)
Antara langkah awal dan paling terkesan dalam idea kepemerintahannya terkait dengan
pelaksanaan nilai-nilai Asia amat jelas dalam bidang pendidikan di Singapura. 18 LKY sangat jelas
untuk membezakan sesuatu bahasa sebagai bahasa pekerjaan atau bahasa penyatuan atau bahasa
yang berfungsi sebagai alat penyerap nilai.
English will be our working language, and you keep your mother tough. It may not be as
good as your English but if you need to do business with China or India or Malaysia or Indonesia
you can ramp it up
(Han Fook Kwang dan Rakan, 2011; hal 292)
LKY sebenarnya melihat sekolah aliran Cina mempunyai kekuatan dalaman tersendiri khususnya
dalam penyumbang utama pengekalan jati diri dan ketamadunan bangsanya.
..I have long felt that Chinese schools possess certain intrinsic qualities that are worth
preserving. I started feeling this when I encountered Chinese schools students in my youth; I
became certain in my adulthood, which was I sent all my children to Chinese primary and
secondary schools. When I steered the Singapore education system towards one with English as
the main language of instruction, I was keenly aware that doing so would result in the lost of those
qualities unless proactive steps were taken to ensure their survival.
(LKY, 2012; hal 115)
18 Penutupan sekolah pelbagai aliran tidak bermakna LKY mengagungkan nilai-nilai Barat dan cuba menjadikan
Singapura acuan kejayaan dan pembangunan model Barat di Asia Tenggara. LKY hanya rasional mempercayai
Singapura sangat fragile dan ia hanya boleh bertahan dengan melaksanakan sesuatu yang lebih pragmatik.
24
Beliau telah mewujudkan satu rancangan khas dikenali sebagai Special Assistance Plan School
(SAP) demi mengekalkan legasi terbaik sekolah aliran Cina. Elemen utama yang diterapkan di
sekolah SAP ini ialah sejarah asal usul bangsa bagi memastikan generasi muda tidak mudah lupa
diri. Sistem pendidikan ini telah menjadi teras kepada sekolah SAP dan menyumbang kepada
pembangunan patriotisme dan pembangunan bangsa Singapura.
The Chinese-medium schools of all imparted values like courtesy, respect for authority,
discipline, awareness of ones cultural roots and social responsibility. Students performed toiletcleaning duties as matter of course. They learned, very early on, that discipline and hard work
were important in life, unlike in the English-medium schools which tended to be more easy-going
about discipline. In the latter, students could be chattering away even as teachers were trying to
teach.
(LKY, 2012; hal 115)
LKY berjaya melihat peranan dan fungsi bahasa ibunda dalam membentuk keperibadian mulia
sesuatu bangsa.
I am not saying that learning the Chinese language means you will also absorb the
Chinese value system. No. But the chances are that it will help. The Western value system is
premised on the primacy of the individual and his rights. The traditional Chinese ethical system,
however, assumes that a person owes certain obligations to society. If its values could be taught to
Singaporeans from young, our society would be stronger. SAP schools came about because of this
reasoning.
(LKY, 2012; hal 117)
LKY menyangkal bahawa globalisasi merosakkan nilai-nilai Asia yang kuat dan terpenting
seperti nilai-nilai Konfucius yang wujud dalam kebudayaan dan naluri bangsa China, Jepun,
Korea Selatan dan Singapura. Tegasnya apa yang luntur ialah elemen nilai-nilai Asia yang
lemah. Beliau senantiasa membela nilai-nilai Konfucius kerana ''tiada teknologi terkini (no
leading-edgetechnologies) boleh mengambil alih hubungan manusia yang menjadi akar umbi
kepada Konfucianisme''. Seterusnya LKY menyatakan nilai dan amalan bersama orang Asia
Timur orang Jepun, Korea, Taiwan, Hong Kong dan Singapura terbukti merupakan aset yang
bernilai dalam proses mengejar kemajuan. Katanya lagi nilai yang dijunjung oleh budaya Asia
Timur seperti keutamaan kepada kepentingan kumpulan yang mengatasi kepentingan individu itu,
menyokong keseluruhan kumpulan yang diperlukan untuk membangun dengan pesat
(Huntington, 2008: hal 144).
25
LKY mengakui peranan agama dalam masyarakat Asia walaupun beliau sendiri agak
terkebelakang dari segi tersebut.19 Bagi Asia Timur, LKY menjelaskan seperti yang berikut:
Masyarakat kami ialah masyarakat pertanian yang mengalami proses perindustrian dalam
satu atau dua generasi. Apa yang berlaku di Barat selama lebih 200 tahun atau lebih itu berlaku
disini dalam tempoh kira-kira 50 tahun atau kurang daripada itu. Perkembangan itu terpadat ke
dalam kerangka masa yang suntuk dan dengan demikian tentulah berlaku kepincangan dan
kesalahan fungsi. Jika anda melihat negara-negara yang pesat membangun Korea, Thailand,
Hong Kong, Singapura kelihatan satu fenomena yang nyata : Kebangkitan agama....(Fareed
Zakaria, 1994: hal 118)
LKY mengaku (conceded) tentang kepentingan beragama untuk masyarakat sebagai perkara yang
memberikan ketenangan jiwa dan fikiran 20. Dalam hal ini LKY melihat agama sebagai moral
anchor (sauh moral) kepada 85 peratus daripada rakyatnya yang beragama. LKY mengikat
kerukunan antara agama ini dengan peraturan dan undang-undang bersama. 21
LKY menggunakan asas logik dan realistik dalam membina semangat patriotisme dan
membangunkan negara bangsa Singapura. Selain usaha praktikal seperti National Service, LKY
juga menggunakan kaedah ancaman serta rasa takut dan kiasu22 takut gagal. Rakyat juga
dibentuk sebagai little capitalist sebagai ganti rasa cinta pada negara. LKY berkata;
So what we are doing is not give welfare, but we give a good education and capital gain.
You decide whether youll spend it or you build on it. .....What do we give them? A house. You
havent got enough money? Give you a subsidy of up to $80,000 to buy a house. Top up your CPF.
Give your bonus shares......You want free bus fares? No. You have trouble? Here I give you this
cash or assets. You decide what you will do.........We have created a property-owning democracy,
thats why we have stability in Singapore. You want people to defend this country, you must give
them a stake. They are not going to defend this country for Far East Properties or Hong Leong or
whoever. You own this home. You will fight for your family and yourself
19 Beliau berfahaman Agnostisme (Agnosticism). Agnostisme adalah pandangan bahawa nilai-nilai kebenaran tentang
kewujudan tuhan atau dewa atau agama atau apa juga yang bersifat metafizik tidak mampu diketahui.
20 Ini berdasarkan kepada banyak pengalamannya terutamanya di kalangan rakan Kristian sama ada dalam menjalani
kehidupan seharian dan menghadapi musibah atau kematian.
21 Beliau gagal untuk memahami makna sebenar orang beragama khususnya agama Islam. Isu ini sempat
mengemparkan senario semasa khususnya negara jiran di Malaysia dan Indonesia. Beliau menyatakan bahawa masalah
integrasi di Singapura tidak akan wujud kecuali dengan umat Islam. Mereka diharap tidak terlalu kuat berpegang
kepada ajaran Islam bagi membolehkan pelan integrasi masyarakat Singapura dapat dilaksanakan dengan sempurna.
22 satu istilah popular masyarakat Hokkien yang memberi maksud takut gagal, takut kalah atau ketakutan terhadap
kehilangan (fear of loosing) yang boleh dibincangkan lanjut dalam konteks positif mahupun negatif.
26
Keselamatan negara merupakan idea kepemerintahannya yang tiada tolok banding dan
komprominya. Kunci utama kepada apa juga tindakan dan kepengurusanan negara terletak
kepada pertimbangan faktor keselamatan khususnya berkaitan aspek geopolitik dan kekuatan
pertahanan. Singapura tidak boleh mempunyai ruang untuk membuat sebarang kesilapan. Faktor
ini telah dipertimbangkan oleh LKY seawal wujudnya Singapura yang merdeka itu sendiri.
Singapura sebuah pulau kecil seluas 214 batu persegi 23 pada waktu air surut. Ia telah
berkembang maju kerana merupakan jantung Empayar British di Asia Tenggara; dengan
perpisahan, ia menjadi sebuah jantung tanpa tubuh. Tujuh puluh lima peratus penduduk kami yang
seramai dua juta adalah orang Cina, segolongan minoriti yang sangat kecil dalam gugusan 30,000
buah pulau yang diduduki lebih daripada 100 juta orang Melayu atau orang Islam Indonesia.
Bagaimana kami boleh menakat dalam sekitaran yang bersikap bermusuhan itu?
(LKY, 1998 ; hal 13)
My purpose is to secure Singapores future and anything that consolidates or increases
the stability and security for Singapore. No Ive finished my work. I dont need more achievement
for Singapore
(Han Fook Kwang dan Rakan, 2011; hal 35)
If we are not vulnerable, why do we spend 5 to 6 per cent of GDP year after year on
defence? Are we mad?
(Han Fook Kwang dan Rakan, 2011; hal 24)
Sehinggakan ancaman kerapuhan ini mendatangkan sangka buruk terhadap negara jirannya.
LKY dengan jelas berkata;
We have not got neighbours who want to help us prosper. When we prospered, they for
many years believed we were living off their resource. It was only when they became aware that
our economic policy of welcoming foreign investments made the difference that they were
sufficiently convinced to also do likewise.
(Han Fook Kwang dan Rakan, 2011; hal 25)
Jesturu itu LKY menegaskan pentingnya Singapura terus mengekalkan sistem yang kukuh (strong
system) meliputi aspek ketenteraan, politik, ekonomi, sosial dan perpaduan bangsa.
We are in upstart in this region because we survive for so long and I belive we can
survive easily another 50-100 years given the international environment, provided we have strong
system that enables us to maximise our chances.
(Han Fook Kwang dan Rakan, 2011; hal 25)
Konsep sama rata merupakan asas pendirian politik beliau dikenalpasti dalam penegasannya;
23 membesar kepada 271.8 batu persegi pada masa kini dengan menjalankan projek guna tebus tanah yang diperolehi
dari bukit bukau, dasar laut dan negara jiran. Dalam hal ini LKY menyatakan We just want maximum space to be
ourselves.(Han Fook Kwang dan Rakan, 2011; hal 50)
27
My fundamental belief is that whatever your background, you should have an equal
chance in life, in education, in helth, in nutrition. So you may not be as well-fed with all the meat
and vitamins as a wealthier person, but you should have enough to make sure that youre not
stunted, so you can perform and achieve your best in life. Thats the only way a soceity can grow. I
am against a soceity which has no sense of nurturing its best to rise to the top. Im against a feudal
soceity where your birth decides where you stay in the pecking order.
(Han Fook Kwang dan Rakan, 2011; hal 50)
Singapore and multiracial merithocracy, not a Malay nation, not a Chinese nation, not
Indian nation but a place where everybody will have his place : equal; language, culture, religion
(Han Fook Kwang dan Rakan, 2011; hal 219)
The basic ones: upholding of multiracialism, equality of opportunity, not equality of
rewards but equality of opportunity in education, housing, health and so on. And a system based
on meritocracy. Thats the basis on which we have had intercommunal harmony and interreligious
tolerance
(Han Fook Kwang dan Rakan, 2011; hal 65)
LKY mendakwa bahawa konsep samarata jauh lebih baik daripada konsep equal soceity yang
dianuti dan diimpikan oleh masyarakat komunis. Dakwaan beliau ini bertitik tolak dari pesepsi
beliau terhadap pengukuhan pencapaian prestasi kaum Melayu di Singapura yang bertambah baik
tetapi tidak mampu menyaingi kaum-kaum yang lain. Hujah beliau;
..I told the Malay leaders they will never close the gap with the Indian and the Chinese,
because as they improve, the others also improve. So the gap remains. They are improving but
they are not closing the gap. Thats fact of life. Sidek (Saniff) finally accepted that. He never
believed it. When he came in he was president of the Malay Teachers Union. So we brough him in.
I said Id put you in education, you just see it. .........
Do you think you can create an equel soceity, as the communist believed? After a while
they stop believing in it.
(Han Fook Kwang dan Rakan, 2011; hal 206-207)
LKY melihat keadilan dalam konteks persaingan sempurna antara semua kaum. Beliau gagal
untuk memahami bahawa sesetengah kaum perlu diberikan bantuan kerana sudah begitu lama
ditinggalkan di belakang dalam arus pembangunan penjajahan. 24
24 Peranan, kewujudan, usaha dan sumbangan beliau, bapa (Lee Chin Koon) serta datuknya (Lee Hoon Leong) di
Singapura memberikan beliau rasa dan makna bahawa tiada bezanya beliau dengan kaum lain khususnya orang
Melayu.
28
LKY menolak demokarsi liberal Barat untuk di amalkan di Singapura. 25 Ia tidak akan sesuai
untuk masyarakat Asia khususnya di negara yang mempunyai pelbagai etnik serta memerlukan
pengurusan nilai keselamatan yang tinggi. LKY menegaskan;
If liberal democracy is so superior it will take over the world just like the market
economy...
(Han Fook Kwang dan Rakan, 2011; hal 54)
Oleh yang demikian LKY berpendapat, demokrasi harus disesuaikan dengan akal budi dan
budaya rakyat di Asia khususnya di Singapura. Beliau menyatakan;
Well, they were hammering us for not following their prescription of what a democracy
should be: their liberal democracy in America. So I answered, there are many form of democracy.
We create a constitutional framework which suits us, the needs of our people and their basic
values. I was talking of the Confucianist societies.
(Han Fook Kwang dan Rakan, 2011; hal 59)
KESIMPULAN
Kepimpinan masa kini dilihat cenderung untuk cuba menyesuaikan diri dengan trenda idea
kepemerintahan dan gaya kepimpinan ala Barat. Sesetengahnya dilihat berusaha keras untuk
menukar seluruh acuan sistem sedia ada bagi digantikan dengan sistem Barat yang kononnya
lebih berjaya, lebih liberal, sama rata, memenuhi keperluan hak asasi manusia dan mendokong
keadilan saksama. Malah dalam beberapa keadaan ia melibatkan campur tangan asing sama ada
secara langsung mahupun tidak langsung. Seringkali ia dilakukan tanpa melihat keperluan yang
mendasari sistem kepimpinan dan budaya masyarakat di sebelah Timur ini. Ini merupakan
sesuatu yang sangat berisiko dilakukan malah kesan negatifnya telah pun wujud dalam institusi
yang paling asas iaitu masyarakat di Malaysia khususnya dan di Asia Tenggara amnya. Nilai-nilai
25 Dalam hal ini juga LKY bersetuju dengan Samuel Huntington yang menyatakan bahawa sesetengah budaya tidak
boleh menerima demokrasi dengan baik. Di dalam masa yang sama, orang Asia dan orang Islam pula menekankan
tentang keunggulan budaya mereka berbanding dengan budaya Barat. Sebaliknya orang daripada tamadun yang lainlain seperti Hindu, Ortodoks, Amerika Latin, Afrika mungkin menonjolkan ciri budaya mereka yang tersendiri, tetapi
sejak pertengahan tahun 1990 an, mereka agak keberatan untuk mengakui keunggulan budaya mereka berbanding
dengan budaya Barat. Asia dan Islam sahajalah, secara bersendirian dan kadang-kadangnya secara bersama semakin
berani mengakui keunggulan mereka itu berbanding dengan Barat (Hungtington, 2008; hal 135).
29
Utilitarianiesme26, Hendonisme27, Egoisme28 dan hak-hak moral 29 idea barat kini melanda
masyarakat malahan menjadi satu tuntutan yang perlu dipenuhi. Malah idea kepemerintahan dan
gaya kepimpinan masa kini juga terpaksa mendasari elemen-elemen ini dengan acuan Timur
demi menjaga kerukunan kenegaraan. Sering kali globalisasi, modenisasi dan pembangunan
dijadikan alasan terbuka untuk menghalalkan proses ini.
Kembali semula kepada nilai-nilai Asia terpilih adalah merupakan satu jalan balik yang
paling jelas untuk menyelesaikan masalah ini. Beberapa perubahan mungkin telah berlaku kepada
sistem nilai di Asia tetapi secara dasarnya terdapat empat dimensi nilai yang masih kekal kukuh
dan berpotensi untuk di bugarkan semula sama ada dari aspek kepimpinan mahupun masyarakat.
Dalam hal ini, dimensi nilai yang masih kekal dalam masyarakat Asia dan berpotensi
dibangunkan oleh kepimpinan untuk menjadikan masyarakat Asia terus gah adalah merujuk
kepada satu kajian kajian So Young Kim bertajuk Do Asian Values Exist? Empirical Tests of the
Four Dimension of Asian Values di dalam Journal of East Asian Studies 10 (2010). Menurut
beliau dimensi nilai Asia yang masih kukuh dikalangan masyarakat Asia ialah i) Familism
(Kekeluargaan),
ii)
Communalism
atau
Communitarianism
(Kemasyarakatan),
iii)
Authority (Pihak Berkuasa dan Berwibawa) dan iv) Work Ethic and Education (Etika Kerja
& Pendidikan).
Pemimpin besar seperti Mahathir, Suharto dan LKY telah membuktikan hal ini. Disepanjang
pemerintahan mereka, empat (4) dimensi nilai ini cukup bijak dimanfaat dan dimanipulasi oleh di
26 Teori yang dipelopori oleh Jeremy Bentham (1748-1832) dan John Stuart Mill (1806-1873) ini, betul atau salah
sesuatu perbuatan itu tidak berkaitan dan terpisah daripada ciri/sifat yang dimiliki oleh individu yang melakukannya
27 Fahaman yang diterajui oleh Epicurus (341-270 S.M) ini berpegang kepada falsafah hidup yang mengatakan
bahawa segala perbuatan yang membawa kepada keseronokan, kenikmatan dan kelazatan adalah baik dan beretika.
28 Teori egoisme meletakkan kepentingan diri/kumpulan itu sendiri sebagai prinsip dan panduan dalam berkelakuan.
Sesuatu perbuatan itu adalah bermoral hanya jika ia memenuhi kepentingan satu-satu individu dan kumpulan tertentu.
29 Teori yang dikembangkan oleh Imanuel Kant (1724-1804) ini menekankan bahawa setiap manusia mempunyai
kebebasan dan hak yang sarna di antara satu sarna lain
30
setiap sudut idea kepemerintahan dan gaya kepimpinan mereka. Mahathir dalam A New Deal of
Asia, menegaskan Asia tidak boleh dibentuk dengan acuan dan imej Barat. Asia mempunyai nilai
dan kekuatan tersendiri. Elemen dan nilai Melayu-Islam merupakan elemen dasar idea
kepemerintahnnya. Beliau menjuarai nilai-nilai Asia dengan mengambil kira nilai budaya positif
dan negatif dalam komunitinya. Antara aspek nilai yang ditekankan oleh Mahathir adalah
berorientasikan nilai komuniti dan keluarga daripada kepentingan individu; menghormati pemilik
kuasa terutama hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak. Seperti LKY, Mahathir tahu bila
mahu berhenti dan menyudahkan kerja-kerja pimpinannya. 30 Tetapi beliau tidak secekap LKY31
untuk mengurus sindrom persaraan32nya. Sehingga kini Mahathir terus lantang memperkatakan
sesuatu yang difikirkan baik untuk Malaysia di luar lingkungan eksekutif mahupun legastatif.
Michael Vatikiotis (1998) pula dalam Indonesian Politics Under Soeharto menyebutkan bahawa
jasa terbesar Suharto adalah menjadi tokoh yang mampu menciptakan kestabilan di Asia. Suharto
berkuasa pada saat Singapura diperintah oleh LKY dan Malaysia dipimpin Mahathir.
Keberhasilan Suharto menciptakan kestabilan di Indonesia telah menyebabkan Singapura dan
Malaysia bertambah stabil. Kestabilan negara besar ini secara langsung meningkatkan
pertumbuhan ekonomi Asia dan memacu Indonesia, Malaysia dan Singapura sehingga digelar
East Asia Miracle oleh Bank Dunia. Penulis berpendapat kegagalan Suharto dipenghujung
kariernya ialah kegagalan menjustifikasikan salah satu nilai Asia yang wujud dalam diri
pimpinannya iaitu paternalistic (kebapaan). Elemen paternalistic nya yang tebal (sesuai dengan
nilai Jawa) tidak setara dengan kehendak dan keperluan rakyat Indonesia pada masa itu yang
30 Beliau mengambil pesanan ibunya (Wan Tempawan) Jangan duduk lama sangat
sampai orang benci.
31 LKY terus releven di arena politik tempatan dan antarabangsa apabila dilantik sebagai
Menteri Kanan (1990-2004) dan Menteri Mentor (2004-2011). Ia secara langsung terus
melibatkan diri dalam sistem pemerintahan perdana Singapura.
32 Sindrom Persaraan merupakan istilah yang digunakan oleh Zainuddin Maidin;
seorang bekas wartawan, Tokoh Wartawan Malaysia, Menteri Penerangan Malaysia dan
kini merupakan karyawan Tamu Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir (IPDM) Universiti
Utara Malaysia.
31
ditimpa musibah krisis ekonomi (1997-1998) yang dahsyat. Krisis ekonomi yang memerlukan
penyelesaian segera tidak diurus dengan serius akibat kegagalan memahami tuntutan semasa dan
meramal risiko terancang. Situasi yang begitu genting masih diurus dengan tenang menggunakan
kaedah alus, rukun, hormat kalawan Gusti, Guru, Ratu, lan wong atuwo karo, ; antara
nilai-nilai Jawa. Sehingga akhirnya kewujudan pelbagai bentuk Yayasan dan Perusahan yang
terkait secara langsung dengan Suharto dan kerabatnya 33 dikaitkan dengan kronisme dan nepotise.
Sedangkan suatu masa dahulu Yayasan dan Perusahan inilah yang memainkan peranan
bekerja dan memakmurkan Indonesia atas nama keluarga besar Indonesia (familism) iaitu
salah satu lagi elemen nilai Asia bersama.
Sama ada suka atau benci, memuja atau mengeji, tiga tokoh serangkai (Mahathir, Suharto dan
LKY) ini merupakan tokoh Gergasi Asia. Penulis berpendapat mereka berkongsi idea
kepemerintahan yang hampir sama iaitu mahu melihat masyarakatnya berkembang maju dari satu
tahap ke satu tahap yang lain dengan cara i) kepesatan pertumbuhan ekonomi ii)
menyederhanakan kehidupan berpolitik dan iii) kesaksamaan sosial terpilih. Gaya kepimpinan
mereka yang berbeza-beza di dasari oleh kejayaan memanipulasi nilai-nilai tempatan masyarakat
masing-masing. Inilah idea kepemerintahan dan gaya kepimpinan yang sangat asli sifatnya.
Dalam mana Malaysia, Indonesia dan Singapura berpotensi menjadi negara bergolak (disebabkan
kepelbagaian kaum yang majmuk), Mahathir dan Suharto membuktikan sebaliknya. Inilah
Pemimpin Asia Gaya Asia!!
Rujukan
Ackerly, B. (2005). Is Liberalism the Only Way Toward Democracy? Confucianism and
Democracy. Political Theory 33 (4), hal 547-576.
Ahmad Fawzi Basri dan Abdul Rahman Abdul Aziz. (2002). Dilema Melayu: Satu
33 Isu Yayasan dan Perusahan ini diterangkan dengan lebih lanjut dalam sebuah biografi Sila rujuk : Retnowati, A.K . (2007). Soeharto The Life and Legacy of Indonesians
Second President. Singapore : Marshall Cavendish Edition .
32
Kupasan Pemikiran Tun Dr. Mahathir Tentang Permasalahan Melayu. Kertas kerja yang
dibentangkan dalam Kolokium Pemikiran Dr. Mahathir Mohamad anjuran Institut Kajian Sejarah
dan Patriotisme Malaysia (IKSEP). 21-22 April 2002. Melaka.
Abdul Gafur (1987). Pak Harto Pandangan dan Harapannya. Jakarta: Pustaka Kartini
Barr, M.D., (2002). Cultural Politics and Asian Values : The Tepid War. London: Routledge
Barr, M.D., (2000). Lee Kuan Yew and the Asian Value Debate. Asian Studies Review, 24(3),
hal 309-334
Bary, de William T. (Spring 1995, Januari). The New Confucianism in Beijing. Economist:
American Scholar, hal 38-39
Barr, Micheal. D. (2000). Lee Kuan Yew : The Beliefe Behind The Man. Richmond, Surrey:
Curzon Press.
Barr, Micheal. D. (2002). Cultural Politics and Asian Values The Tepid War. New York: Taylor
& Francis Group.
Bary, D., & William, T. (1998). Asian Values and Human Right : A Confucian Communitarian
Perspective. Cambridge: Harvard University Press.
Baker, J. (2009). Crossroads A Popular History of Malaysia and Singapore. Singapore : Marshall
Cavendish.
33
34
Retnowati Abdul Gani-Knapp. (2008). Suharto The Life and Legacy of Indonesias Second
President. Fabulous Printers Sdn Bhd Singapore
Sivamurugan Pandian. (2005). Legasi Mahathir. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn Bhd
Sinha, D. & Kao, H.S.R. (1988). Social values and development: Asian Perspectives. India: Sage
Publications.
Sung-Joo, H.(1999). Changing Values in Asia: Their Impact of Governance and
Development. Japan Center for International Exchange.
Seah Chee Meow.(Ed.). (1977). Asian Values & Modernization. Singapore: Singapore University
Press Pte Ltd
Seow, Francis T. (2010). The Analect of Lee Kuan Yew. Kuala Lumpur : Berita Publishing
So, Y. K. (2010). Do Asian Values Exits? Empirical Test of the Four Dimension of Asian Values.
Journal of East Asian Studies 10, hal 315-344
Sen, A. (1997). Human Right and Asian Values: What Lee Kuan Yew and Lee Peng Dont
Understand About Asia. The New Republic hal 217: 2-3.
T.N. Harper. (1997) Asian Values and Southeast Asian History . The Historical
Journal, 40, 2, hal. 507
Tay, S. (2001), Commentary/analysis: what do Singaporeans want? Nanny states and
markets, The Straits Times, 7 April, p. 24.
Tommy Koh. (1993, November). Americans Role in Asia: Asian Vews. Asia Foundation: Centre
for Asian Pacific Affairs, Report No 13, hal 1
The World Bank, (1993) The East Asian Miracle: Economic Growth and Public Policy. New
York: Oxford University Press
Tom, P. (2011). Conversations with Mahathir Mohamed Doctor M : Operation Malaysia .
Singapura: Marshall Cavendish
Tom, P. (2011). Conversations with Lee Kuan Yew. Singapura: Marshall Cavendish
Takashi, I., & Edward, N. (1997). Introduction: Asian Values and Democracy in Asia. Diambil
dari www.upf.edu/materials/huma/central/historia/xinaXXI/seminari/asian_values.doc
Vatikiotis, M.R.J. (1995), Indonesian Politics under Suharto: Development and Pressure
for Change. New York: Routledge
Vatikiotis, M.R.J. (1996), Political Change in Southeast Asia: Trimming the Banyan
Tree. London: Routledge.
Zainuddin Maidin. (2004). Wira Tak Didendang. Kuala Lumpur. Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
35
Zurina Mahadi dan Hukil Sino (2007) Hubungan nilai masyarakat & pembangunan: satu
analisa. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 8. pp 77-94. ISSN 1511-8393
36