Anda di halaman 1dari 9

BAHAGIAN ADAB

ADAB
BERJIRAN

PENGERTIAN BERJIRAN
Jiran ialah orang
yang tinggal
berdekatan dengan
rumah kita sama
ada di kanan, di kiri,
di depan, di tingkat
atas, di tingkat
bawah hingga 40
buah rumah di
setiap penjuru.

DALIL
Sabda Rasulullah SAW :


( )
Sesiapa yang beriman kepada Allah
dan Hari Akhirat, hendaklah ia
memuliakan jirannya.

HAK DAN KEWAJIPAN SESEORANG MUSLIM


TERHADAP JIRAN

JENIS : Jiran muslim yang mempunyai


hubungan persaudaraan.
HAK :
1. Sebagai seorang muslim.
2. Sebagai seorang kerabat.
3. Sebagai seorang jiran.

Sambungan . HAK DAN KEWAJIPAN SESEORANG MUSLIM


TERHADAP JIRAN

JENIS : Jiran muslim yang tidak mempunyai


hubungan persaudaraan.
HAK :
1. Hak sebagai seorang muslim.
2. Hak sebagai seorang jiran.

JENIS : Jiran bukan Islam.


HAK : Hak sebagai seorang jiran sahaja.

HIKMAT MEMELIHARA ADAB BERJIRAN


1. Kehidupan dipenuhi kedamaian dan
keharmonian.
2. Kehidupan bermasyarakat diberkati
oleh Allah.
3. Dapat bersatu ke arah kemajuan dan
kehidupan lebih berkualiti.
4. Sentiasa berasa selesa dan mendapat
pembelaan.
5. Kemungkaran dapat dibasmi dengan
lebih mudah dan cepat.

IMPLIKASI TIDAK BERADAB KEPADA


JIRAN
1. Kehidupan tidak tenang.
2. Menjejaskan keharmonian hidup
bermasyarakat.
3. Terpinggir daripada masyarakat.
4. Sukar mendapat pertolongan ketika
dalam kesusahan.
5. Negara akan menjadi mundur dan
kucar kacir.

PENGHAYATAN
1. Menghormati jiran dengan
menunjukkan muka yang ceria dan
sentiasa memberi salam apabila
bertemu.
2. Mengambil berat dan bertegur sapa
dengan jiran.
3. Memberikan sumbangan baik kepada
jiran.
4. Mempunyai semangat rela berkorban
dan perihatin terhadap jiran.

PENILAIAN / LATIHAN
1. Nyatakan pengertian jiran dalam
Islam.
2. Jelaskan jenis-jenis jiran dan hakhaknya.
3. Apakah kesan jika kita menjaga adabadab berjiran?