Anda di halaman 1dari 2

BEEF STEAK

Bahan-bahan:
Beberapa keping beef steak
4 sudu makan sos blackpepper - kalau di UK beli brand HP steak sauce
sedikit minyak untuk menumis
sedikit mentega untuk menumis
Bahan2 kisar:
6 ulas bawang putih atau 1 sudu kecil crushed garlic
1 inci halia atau 1 sudu kecil crushed ginger
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap
2 sudu makan madu
Bahan2 untuk mushroom sos:
1 cawan cendawan butang - dihiris
1 labu bawang besar - dicincang/dipotong dadu
2 camb tepung gandum
500ml air rebusan ayam atau 1 kiub chicken cube + 500ml air
2-3 camb kicap pekat
1 camb herba italy atau mix herb
sserbuk lada hitam

garam - jika perlu


2 camb minyak
2 camb mentega
cara:

jika menggunakan crushed garlic dan crushed ginger cuma masukkan semua
bahan2 ke dalam mangkuk besar bersama dengan sos blackpepper dan gaulkan
rata
atau satukan bahan2 kisar dan sos blackpepper di dalam mangkuk dan gaulkan
sebati
kemudian masukkan steak ke dalam sos tadi dan gaulkan sebati
perapkan sekurang2nya 2 jam
panaskan kuali non-stick dan letakkan sedikit minyak dan mentega
kemudian gorengkan beef steak tadi selama 12-15 minit
angkat dan ketepikan
atau boleh jugak dipanggang di dalam oven dan kemudian digoreng kemudian
untuk sos: panaskan kuali dengan minyak dan mentega
tumiskan bawang besar sehingga wangi
kemudian masukkan pula tepung dan kacau sebati
setelah itu masukkan bahan2 yang lain dan kacau rata
biarkan kuah hingga pekat
kemudian hidangkan bersama2 dengan beef steak tadi

note: beef boleh digantikan dengan lamb chop