Anda di halaman 1dari 4

http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/internet-punca-buku-terpinggir1.

282041

Internet punca buku terpinggir?


20 Mei 2014
Share on facebookShare on twitterShare on pinterest_shareShare on whatsapp
Internet
- Gambar Hiasan
KOTA BHARU - "Nak dapat maklumat tu? Alahh Gooogle je," kata seorang rakan
apabila ditanyakan maklumat yang diingini penulis.

Jika 30 tahun lepas pencapaian internet mungkin menjadi sesuatu yang asing bagi
kita semua namun kini ia sebenarnya hanya berada di hujung jari.

Lihat sahaja di sekeliling kita, baik yang kecil sehinggalah kepada yang berusia
emas, rata-rata mempunyai gajet di tangan seperti telefon bimbit atau tablet yang
canggih.

Dunia tanpa sempadan! Mungkin itu ungkapan paling tepat dalam melayari internet
ketika ini dan antara pertanyaan yang sering kali diucapkan terutama golongan
muda ialah masih relevankah pencarian maklumat menerusi bahan rujukan buku.

Mungkin sesetengah pendapat mengatakan pencarian sebegitu sudah ketinggalan


zaman malah perpustakaan awam yang wujud tidak lebih sebagai tempat
menyimpan buku semata-mata dan leceh untuk ke sana bagi mencari bahan
rujukan apatah lagi bahan yang ada begitu terhad dan tidak terkini.

Pelajar akui penggunaan internet lebih mudah

Seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kota Baharu, Tuan Nurul Nadia
Tuan Asri, 23, berkata aplikasi pencarian maklumat melalui internet sememangnya
menjadi pilihan utama beliau kerana ia menjimatkan masa.

"Kebergantungan kepada buku sebagai sumber rujukan semakin berkurangan


dalam setiap tugasan dan pembelajaran kerana aplikasi internet jauh lebih cepat
dan mesra pengguna.

"Kita cuma perlu taip sahaja rujukan yang dikehendaki di pautan berkenaan dan
semua maklumat akan diperoleh. Ia seperti buku bergerak", katanya yang sedang
mengikuti jurusan kewangan.

Sumber rujukan buku yang agak terhad di perpustakaan dan tidak terkini juga
menjadi faktor pelajar lebih cenderung menggunakan internet.

Seorang guru, Rozita Nasir, 30, pula berkata dengan adanya sistem carian
maklumat melalui internet pelbagai bahan berguna dapat diperoleh untuk kegunaan
pelajar.

"Sebagai guru, pengurusan masa yang bijak amat perlu dan kecanggihan teknologi
maklumat amat membantu.

"Bukan kita menafikan kepentingan buku sebagai sumber rujukan tetapi tranformasi
positif dalam teknologi semasa boleh dimanfaatkan," katanya yang bertugas
sebagai guru Pendidikan Seni sejak empat tahun lepas.

Bagaimanapun, pendidik perlu bijak memilih maklumat bersesuaian dengan


keperluan semasa dalam pendidikan, katanya.

Perkembangan teknologi tidak gugat peranan buku

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan, Ruslan Hassan bagaimanapun


melihat perkembangan teknologi itu tidak menggugat peranan buku sebagai
sumber rujukan malah menjadi nilai tambah.

"Tidak semua maklumat yang didapati dalam aplikasi carian maklumat tepat
terutama untuk membuat kajian ilmiah.

"Buku adalah sumber rujukan terjamin sedangkan terdapat banyak maklumat


dalam internet boleh diedit oleh sesiapa," katanya.

Apa yang lebih penting adalah usaha menyemai minat membaca dalam kalangan
masyarakat tanpa mengira apa sahaja bentuk dan kaedah pembacaan.

"Saya percaya usaha mencari maklumat melalui pembacaan buku memerlukan


tumpuan dan ketekunan sehingga dapat menjadikan pembaca lebih matang, kritis
dan menghargai bahan yang dibaca.

Budaya plagiat dikhuatiri lebih meluas

"Apa yang mungkin menjadi kebimbangan apabila pelajar mendapatkan


sepenuhnya maklumat daripada internet secara mudah akan mewujudkan budaya
plagiat (meniru) yang akan membantutkan perkembangan ilmu," tambahnya.

Kedua-dua kaedah itu harus diseimbangkan dan pengguna perlu bijak mengguna
teknologi terkini dalam memartabatkan ilmu.

Namun beliau tidak menafikan perkembangan pantas teknologi maklumat turut


membantu memartabatkan buku sebagai bahan rujukan seperti sistem E-Book.

Sehingga kini peranan perpustakaan dan buku sebagai rujukan masih releven
kepada masyarakat terutama pelajar, jelas beliau.

Di Kelantan terdapat tujuh cawangan perpustakaan negeri dan tiga perpustakaan


desa yang terletak di Ciku, Gua Musang; Salor (Kota Baharu) dan Dabong di Kuala
Krai selain 34 perpustakaan desa di bawah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).

Menurut Laporan Ekonomi 2013/3014 Kementerian Kewangan dalam Belanjawan


2014, rekod bilangan pengguna internet di Malaysia dijangka meningkat kepada 25
juta orang menjelang 2015 berbanding 18 juta orang pada 2012.

Laporan itu juga menyebut bahawa rakyat Malaysia semakin banyak menghabiskan
masa melayari internet berbanding media lain seperti televisyen, radio dan akhbar
dengan penggunaan internet yang meluas untuk rangkaian sosial.

Kadar penembusan rangkaian sosial sebanyak 91 peratus dengan satu daripada


tiga minit yang digunakan dalam talian adalah untuk rangkaian sosial.

Seramai 11.8 juta rakyat dianggarkan mempunyai akaun Facebook dengan lebih 80
peratus melayari internet untuk mengakses Facebook. - Bernama