Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK INTERNSHIP

NAMA PELAJAR

: MUHAMAD ZULHILMI BIN ROSLI

NO KAD PENGENALAN

: 920824 07 5913

PROGRAM

: PISMP AMBILAN JANUARI 2012

NAMA SEKOLAH

: SJK(C) SOON CHENG, MUAR

NAMA PROJEK

: BENGKEL CELIK JAWI

TEMPOH PELAKSANAAN

: 11 OKTOBER 2015 20 OKTOBER 2015

1. OBJEKTIF
Di akhir program ini diharapkan dapat:
1. Membantu murid yang lemah dalam penguasaan jawi.
2. Meningkatkan kemahiran menyebut, menulis, dan membaca jawi.
3. Menarik minat mereka terhadap jawi dan mengubah persepi mereka
terhadap tulisan jawi.

2. STRATEGI PELAKSANAAN

3. REFLEKSI
Pada 27 September, saya telah melapor diri di SJKC Soon Cheng, Muar
sebagai guru yang akan menjalani program Internship selama empat minggu
yang akan berakhir pada 23 Oktober 2015. Bagi melengkapkan program
Internship ini, saya dikehendaki untuk melaksanakan satu projek individu di
sekolah tersebut. Setelah melakukan kolaborasi dengan guru pembimbing,
saya telah memutuskan untuk menjalankan projek Bengkel Celik Jawi (BCJ).

Bengkel Celik Jawi merupakan program bagi membantu murid yang


lemah dalam penguasaan jawi. Bengkel ini akan melibatkan semua murid
islam melayu Tahun dua hingga Tahun enam yang gagal melepasi ujian
diagnostik. Bengkel ini berlangsung selama 10 hari bermula 11 Oktober
sehingga 20 Oktober 2015. Bengkel ini akan menggunakan modul yang telah
digubal mengikut aras dan kemahiran. Modul yang digubal juga berpandukan
kurikulum Jawi yang ditetapkan oleh kementerian.

Setelah kertas kerja disahkan oleh Guru Besar, saya dengan dibantu
oleh guru pembimbing, Puan Bazilah binti Salleh menjalankan projek seperti
mana yang termaktub dalam tentatif program.

a) Kekuatan
Bengkel Celik Jawi menggunakan modul yang memfokuskan kepada
pelbagai kemahiran seperti mengenal, membaca dan menulis. Modul ini
bukan sahaja melibatkan huruf jawi tunggal tetapi turut menekankan aspek
huruf jawi bersambung, suku kata, dan ayat pendek. Murid yang terlibat
dalam Bengkel Celik Jawi akan dibimbing secara komprehensif bagi
memastikan mereka dapat menguasai semua kemahiran dengan baik.

Menarik tentang modul ini, ia digubal dengan teliti. Jesteru,


keberkesanannya adalah dijamin. Namun, pada masa yang sama peranan
guru juga adalah sangat penting. Oleh kerana itu, saya telah berusaha
memastikan semua murid yang lemah dalam penulisan jawi akan lebih celik
tentang tulisan jawi selepas menyertai bengkel ini.

Selain itu, kelancaran BCJ juga turut dibantu oleh guru-guru melayu
bukan Pendidikan Islam yang menawarkan diri menjadi fasilitator. Kerjasama
yang diberikan oleh mereka sangat saya hargai.

Prasarana yang disediakan oleh pihak sekolah juga amat kondusif dan
selesa. Pihak sekolah telah meluluskan permohonan saya untuk
menggunakan Bilik Kesihatan sebagai tempat pelaksanaan projek. BCJ dapat
dijalankan tanpa ada sebarang gangguan luar. Oleh yang demikian, ia
memudahkan saya dan Pn. Bazilah melaksanakan modul keatas murid.

b) Kelemahan
Tempoh masa yang singkat menyebabkan BCJ terpaksa dijalankan
dalam keadaan yang agak Rushing. Meskipun saya telah menyiapkan kertas
kerja pada minggu awal Internship, namun halangan yang timbul selepas itu
menyebabkan saya terpaksa menunda tarikh program beberapa kali. Faktor
masa yang singkat ini menyebabkan ada segelintir peserta yang tidak dapat
mengusai kemahiran yang ditetapkan.

Selain itu, peruntukan kewangan yang tidak diluluskan oleh pihak


sekolah juga menyebabkan saya dan Pn.Bazilah terpaksa mengeluarkan duit
sendiri bagi tujuan membeli alatan, dan mencetak modul BCJ. Sertiap orang
murid hanya diberi peruntukan sebanyak 80 sen seorang menyebabkan kami
terpaksa menambah peruntukan dengan menggunakan duit sendiri bagi
tujuan membeli makanan dan minuman peserta.

Ibu bapa yang tidak mahu memberi kerjasama juga turut menjejaskan
perjalanan bengekel. Sepatutnya BCJ dijalankan pada hujung minggu, namun
ada segelintir ibu bapa yang tidak memberi kebenaran untuk menghantar
anak mereka pada tarikh yang ditetapkan. Hal ini menyebabkan saya dan
puan bazilah terpaksa melaksanakan program semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran . Pelaksanaan bengkel ini tidak menjejaskan PdP kerana
semua murid telah menghabiskan silibus. Jesteru, masa yang terluang ini
digunakan bagi tujuan memantapkan penguasaan jawi mereka.

4. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Selepas selesai program, saya dan Puan Bazilah serta guru yang terlibat
telah melakukan post morterm

5. KESIMPULAN

6. LAMPIRAN