Anda di halaman 1dari 16

1.

0 PENDAHULUAN
Masalah bahasa ialah kelemahan lisan dan tulisan. Ia juga melibatkan kelemahan
dalam bentuk bahasa, kandungan bahasa dan pragmatik bahasa. Komunikasi ialah
proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seorang kepada yang lain. Ia juga
adalah proses mewujudkan kefahaman orang lain mengenai mesej yang disampaikan
dan kedua-duanya mempunyai kefahaman yang dikongsi bersama. Komunikasi normal
biasanya bergantung kepada pertuturan dan bahasa. Pertuturan ialah kemampuan
mengeluarkan bunyi-bunyi yang difahami seperti perkataan dan ayat. Bahasa pula
merupakan apa yang orang lain nyatakan dan kemampuan menggambarkan dalam
pemikiran bentuk simbolik seperti perkataan ataupun pergerakan yang mewakili
perkataan. Masalah komunikasi mungkin berpunca dariada masalah pertuturan,
masalah bahasa ataupun keduanya sekali. Pertuturan ialah gabungan bunyi-bunyi

bahasa yang dilafazkan atau dihasilkan oleh alat-alat artikulasi dan dapat diungkapkan
dengan sempurna. Ia berlaku pada peringkat penglahiran atau produktif level. Ia berlaku
setelah si penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang
diperdengarkan. Individu lebih banyak bertutur melalui pengalaman daripada kecergasan
otak. Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan pelajar menyampaikan maklumat,
pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan
intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada keyakinan pelajar untuk
bertutur serta penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.
Masalah pertuturan yang dialami oleh kanak-kanak memberi kesan terhadap bunyi yang
dikeluarkan. Perbezaan cara kanak-kanak bercakap menjadi suatu masalah apabila
pertuturannya tidak dapat difahami oleh orang lain yang mendengar. Kanak-kanak yang
mengalami masalah pertuturan ini juga mengalami masalah lain seperti sumbing, palsi
serebrum, dyspraxia dan masalah pendengaran. Kanak-kanak yang mengalami
masalah pertuturan tidak mampu menyatakan keperluan, kehendak dan perassan
mereka kepada orang lain. Hal ini seterusnya menjejaskan pembelajaran dan interaksi
mereka dengan orang lain. Apabila orang sekeliling tidak tidak memahami apa yang
mereka sampaikan, mereka akan merasa kecewa seterusnya menunjukkan tingkah laku
yang agresif. Biasanya kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan mengalami
masalah dalam bersosial kerana diabaikan rakan-rakan yang lain kerana tidak faham
apa yang mereka tuturkan. Keadaan ini seterusnya membuatkan perkembangan bahasa
kanak-kanak lambat terutamanya dalam kemahiran interaksi sosial kerana peluang

untuk mereka berinteraksi terhad.


2.0 PROFIL MURID
2.1 Biodata
Nama

: Muhd. Fatih b. Naim

Umur

: 12 tahun

Keturunan

: Melayu

Agama

: Islam

Tarikh lahir

: 2/1/2002

Tempat Lahir

: Hospital Besar Kuala Lumpur

Bil. Adik Beradik : 3 orang (anak ke-2)


Nama ibu

: Sarahlina binti Jupli

Umur Ibu

: 46 tahun

Pekerjaan Ibu

: Surirumah

Nama Bapa : Naim bin Derus


Umur bapa

: 45 tahun

Pekerjaan Bapa : Pekerja kilang


2.2 Masalah Kesihatan
Muhd. Fatih tidak mempunyai sebarang penyakit lain. Di dalam kalangan ahli
keluarga serta saudara-mara Muhd. Fatih, tiada siapa yang

mengalami masalah

kerencatan akal atau berkeperluan khas.


2.3 Tahap Masalah Yang dihadapi
Setelah menjalankan beberapa ujian dan temubual bersama Fatih, ada ciri-ciri
lain yang kelihatan iaitu berkemungkinan beliau juga mempunyai masalah disleksia
kategori

apraksia

iaitu

merupakan

gangguan

pengucapan

dan

percakapan.

Kebiasaanya mereka ynag mempunyai masalah ini sukar mengeluarkan kata, bunyi
atau pengucapan secara konsisten atau lancar. Menurut Ott (1997) menyenaraikan
beberapa ciri-ciri kanak-kanak yang mengalami disleksia antaranya melalui pertuturan,
mencampur-adukkan bunyi dan suku kata dalam perkataan yang panjang contohnya
hostipal apabila ingin menyebut hospital, menghadapi masalah pembacaan yang
lambat, terputus-putus atau tidak tepat contohnya sentiasa mencicirkan ataupun salah
baca kata penghubung contohnya di, dan dan sebagainya. Gangguan ini dipanggil
apraksia verbal kerana kesukaran untuk membentuk bunyi dan berkomunikasi dengan

berkesan seperti tidak konsisten dalam

pengeluaran suara contohnya dapat

mengeluarkan

minit

suara

yang

betul

dalam

pertama

namun

tidak

mampu

mengeluarkan bunyi yang betul pada minit yang seterusnya. Kanak-kanak yang
mengalami masalah ini tidak berkemampuan menyatakan keperluan, kehendak dan
perasaannya yang seterusnya menjejaskan pembelajaran dan interaksinya dengan
orang lain. Apabila mengalami kesukaran ini, mereka akan berasa kecewa dan
menunjukkan tingkah laku yang agresif. Antara ciri-ciri murid yang mengalami gejala
apraksia ialah mereka mempunyai masalah untuk membentuk semua bunyi dalam kata
atau membentuk bunyi-bunyi perkataan. Murid-murid yang terjejas oleh apraksia juga
mungkin mengalami kesukaran terhadap intonasi dalam sebutannya, nada suara
mereka dan mungkin tidak sesuai dengan perkara yang mereka ingin sampaikan.
Contohnya,

jika

dia

mahu

menceritakan

sesuatu

kepada

rakan

atau

guru,

percakapannya akan tiba-tiba gagap atau tersekat-sekat kerana mungkin dia terlalu
gembira atau teruja untuk bercerita. Beliau juga kurang berkeyakinan dan rendah diri
jika perlu bercakap atau menyanyi di hadapan kelas.
2.4 Pencapaian Akademik
Pencapaian akademik murid ini ialah murid ini bukanlah murid yang corot di dalam
kelas. Pencapaian murid didalam kelas adalah pada tahap sederhana. Masalah bahasa
dan komunikasi murid ini yang membataskan pergaulan dan komunikasi dengan guru
dan juga rakan-rakan sebaya yang lain.

3.0 Pentaksiran Bahasa


3.1 Kaedah ujian Diagnostik
Ujian diagnostik merupakan satu instrument yang digunakan untuk mengukur
daerah kelemahan murid secara terperinci. Melalui ujian ini, guru dapat mengenal pasti
apakah masalah sebenar murid di peringkat awal. Hal ini secara tidak langsung akan
memudahkan guru merancang merancang satu program pengajaran yang khusus pada
individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik. Setelah selesai pelaksanaan
ujian diagnostik, guru bolehlah membuat analisa setelah mengetahui daerah kelemahan
murid. Guru juga dapat mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan
kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid. Kaedah yang dipilih bagi
melaksanakan ujian diagnostik iaitu menggunakan kaedah fonik dan fonetik serta
kaedah elektik.
3.1.1 Kaedah Fonik dan Fonetik
Merupakan kaedah bunyi sebutan dalam suku kata dan menggabungkannya
dengan suku kata yang lain. Contohnya :

HURUF

BUNYI

d
c
s

deh
ceh
seh

Dalam kaedah mengeja pula, murid perlu membunyikan huruf-huruf terlebih dahulu
kemudian menjadikannya sebagai suku kata dan akhirnya menjadi satu perkataan.
Contohnya ialah mengeja bola. Mengikut kaedah fonik dan fonetik cara mengejanya
atau menyebutnya ialah [b (beh) + o (o) = bo dan [l (leh) + a (a) = la]. Apabila kedua-dua
suku kata ini digabungkan iaitu [bo] tambah [la] maka jadilah perkataan [bola].
3.1.2 Kaedah Elektik
Merupakan kaedah mengajar ejaan dengan menggunakan kaedah campuran dan ia
terdiri daripada dua cara iaitu cara membina dan cara cerakinan.
1) Cara binaan - mempunyai kaedah bunyi, kaedah huruf dan kaedah suku kata.
Huruf
Suku k ata
Perkataan
Contoh KV +KV
Aktiviti :
i.
Perkenal dan bunyikan huruf-huruf vokal awalan (a,u) dan huruf
ii.

konsonan (b,l,j,d) berdasarkan tajuk Baju.


Perkenalkan suku kata, mengeja dan sebut suku kata (mi, ba, su, ki,

ju,ye)
Bentuk perkataan daripada suku kata dan mengeja perkataan (bola, jadi).

iii.

Contoh aktivivti binaan :


Huruf
b
Suku kata

bo

la

Perkataan
bola
2) Cara cerakinan mengandungi kaedah perkataan, rangkai kata dan kaedah
ayat.
Ayat
Perkataan
Suku kata
Huruf
Aktiviti :
i.
Perkenalkan ayat mudah yang mengandungi perkataan tertentu.
Contoh : Siti pakai baju.
ii.
Keluarkan perkataan
Siti
iii.

sepak

bola

Bahagikan perkataan menjadi suku kata KV + KV


bola

iv.

Mengeja dan menyebut suku kata


bo

v.
vi.

la

Bahagikan suku kata kepada huruf vokal (a,u) dan huruf konsonan (b,j)
Bunyikan setiap huruf secara berlagu
b

Semua kaedah ini disebut kaedah audiovisual. Pendekatan ini adalah mengikut prinsip
psikologi membaca. Oleh yang demikian, ia dapat mengikut kehendak dan kebolehan
murid untuk membaca dalam sebarang keadaan. Pendekatan ini juga menggabungkan
kaedah baharu dengan kaedah lama supaya kebolehan mengeja dapat dipertingkatkan.
Pendekatan seperti ini, membantu Fatih membaca ayat-ayat pendek, mengenal huruf,
mengenal suku kata dan memahami isinya.

4.0 Langkah-langkah tindakan


Cara menggunakan pendekatan yang telah dipilih iaitu Kaedah Elektik dan Kaedah
Fonik dan Fonetik bagi kaedah ujian diagnostik ini adalah seperti berikut :

Langkah 1
- Guru merancang aktiviti, instrumen / latihan murid serta alat bantu mengajar
yang sesuai digunapakai sepanjang sesi ujian diagnostik berjalan. Alat bantu
mengajar yang dipilih perlu mempunyai ciri-ciri bantu mengajar yang baik
iaitu murah, mesra pengguna,warna-warni, boleh digunapakai berulang kali,
tahan lama, menarik, mudah disimpan, bersifat semasa dan merentasi mata
pelajaran yang lain seperti mata pelajaran Matematik, Sains dan sebagainya.
Contoh alat bantu mengajar yang boleh digunakan bagi kajian ini ialah kad
suku kata, kad huruf, kad ayat, kad perkataan dan sebagainya. Huruf-huruf
yang ditulis oleh guru mestilah terang dan jelas supaya setiap murid dapat

melihatnya (Kamarudin Haji Husin, 1988).


Langkah 2
- Guru memperkenalkan bunyi huruf sahaja iaitu bunyi huruf konsonan dan
huruf vokal misalnya: bunyi huruf (c) ceh, bunyi huruf (b) beh
Guru mengaitkan bunyi huruf dengan huruf awal perkataan contohnya:
a ayam
p payung b - buku
Langkah 3
- Guru memperkenalkan suku kata yang akan diajar menerusi perkataan
-

misalnya:
ba bakul, bawang, baju
Langkah 4
- Guru memberi murid ayat pendek dan mudah supaya murid dapat
membacanya dengan lancar dan akan bertambah tahap kesukarannya jika
-

murid menunjukkan peningkatan.


Segala peningkatan dan kemajuan

murid

akan

diberi

token

atau

penghargaan sebagai ganjaran.


5.0 Cadangan Intervensi Untuk membantu Masalah Bahasa dan Komunikasi
Intervensi awal ialah satu proses membekalkan perkhidmatan, pendidikan dan
sokongan kepada kanak-kanak yang berisiko atau yang mengalami kelambatan dalam
perkembangan fizikal atau mental yang akan mempengaruhi perkembangan dan
menghalang pembelajaran. Memandangkan disleksia merupakan masalah kecacatan
sepanjang hayat, maka adalah mustahil untuk menyembuhkan kanak-kanak disleksia
menjadi normal seperti kanak-kanak biasa. Walau bagaimanapun, kanak-kanak
disleksia dapat dipulihkan menjadi lebih baik jika diberi intervensi yang bersesuaian

dengan mereka. Masalah bahasa dan komunikasi yang mereka hadapi boleh
dikurangkan sedikit sebanyak dan memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk
berinteraksi seperti biasa.
Apabila faktor-faktor yang telah dibincangkan tadi tidak diambil kira sepanjang
tempoh perkembangan bahasa dan komunikasi yang sepatutnya dicapai pada peringkat
umur yang tertentu. Masalah ini khususnya akan berlaku dalam kalangan kanak-kanak
berkeperluan khas.
Kanak-kanak yang dikenal pasti menghadapi masalah bahasa hendaklah diberi
perhatian untuk dipulihkan dengan segera. Tindakan awal untuk membantu memulihkan
atau mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini dikenali sebagai
intervensi. Apabila mengajar bahasa kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak
masalah pembelajaran, guru hendaklah menggunakan beberapa teknik pengajaran
yang khusus bagi memenuhi keperluan bahasa kanak-kanak tersebut. Dari aspek
bahasa pula, cadangan kaedah intervensi adalah dari segi fonologi, langkah intervensi
yang boleh diambil ialah dengan menjalankan terapi pertuturan seperti meniup belon,
meniup ke dalam air dengan menggunakan straw, menjilat lolipop menggunakan lidah,
menjilat ais krim serta pernafasan iaitu dengan menahan nafas di dalam air. Teknik ini
secara tidak langsung sebagai senaman untuk menguatkan otot mulut.
Bagi morfologi pula, intervensi yang hendak dilakukan perlu mengambil kira
kecerdasan dan masalah tingkah laku. Tujuan utama adalah untuk membantu
perkembangan bahasa kanak-kanak yang lambat adalah dengan mengubahsuai kaedah
pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai.
Antara kaedah intervensi untuk morfologi adalah:
i.

Kaedah skills pembinaan komunikasi iaitu satu contoh bahan komersil yang

ii.

digunakan untuk memperkayakan perkembangan pembentukan kata.


Kaedah reformulate. Contohnya, guru memperkenalkan murid dengan
perkataan kadang-kadang, semalam, esok dan sekarang mengikut situasi
dan konteks yang betul supaya murid boleh menceritakan sesuatu
berdasarkanmasa.

Kanak-kanak mesti dilatih bercakap dan menyampaikan buah fikiran mereka. Satu
cara mudah merangsang mereka bercakap adalah dengan meminta mereka bercakap
tentang apa yang mereka sedang fikirkan atau perkara yang mereka sedang lakukan.
Selepas itu terangkan apa yang orang lain lakukan dengan cara meminta mereka
menceritakan perkara yang dilakukan oleh orang lain. Menceritakan apa yang dilihat

adalah lebih mudah dilakukan oleh kanak-kanak masalah pembelajaran.


Disamping itu, gunakan contoh yang betul untuk memberikan latihan bagi kemahiran
bahasa yang khusus. Menunjukkan contoh yang betul atau modeling digunakan supaya
kanak-kanak dapat meniru kemahiran bahasa yang betul. Kemahiran bacaan mekanis
misalnya boleh dajar dengan cara guru menunjukkan cara bacaan yang betul atau
menayangkan rakaman pembaca berita televisyen iaitu membaca berita. Selepas itu,
gunakan aktiviti harian dalam menyediakan latihan kemahiran-kemahiran bahasa dalam
lingkungan konteksnya. Aktiviti harian kanak-kanak sama ada di rumah atau di sekolah
boleh dimanfaatkan untuk menyediakan pengalaman-pengalaman bahasa yang boleh
mereka pelajari. Selain itu, aktiviti harian pelajar juga boleh digunakan sebagai bahan
atau

tema

pengajaran

bahasa.

Dalam

merangka

intervensi

pengajaran

dan

pembelajaran bahasa aktiviti hendaklah berfokuskan pelajar.

5.1 Intervensi Bacaan


Kanak-kanak disleksia sukar menumpukan perhatian kepada bacaan yang
mempunyai perenggan yang panjang dan mengandungi perkataan yang susah. Mereka
lebih cenderung untuk mudah menghafal perkataan yang singkat. Dengan ini, guru-guru
boleh menarik perhatian kanak-kanak dislekisa dengan menggunakan tiga peringkat
dalam usaha mendidik mereka untuk belajar membaca. Peringkat-peringkat ini ialah,
penggunaan gambar, penggunaan gambar dan suku kata pendek dan penggunaan suku
kata panjang pada kad imbas.
Penggunaan gambar pada kad imbas tersebut bertujuan untuk menarik minat
pelajar dan seterusnya guru perlu menyebut objek yang terdapat dalam gambar tersebut
berulang kali bersama-sama dengan pelajar. Mengunakan gambar yang sama, guru
perlu beralih kepada peringkat yang kedua iaitu denga meltakkan perkataan di bawah
gambar tersebut. Kanak-kanak perlu diajar untuk membaca perkataan tersebut
berulang-ulang dan akhirnya, guru perlu membuang gambar pada kad imbas tersebut
dan melatih kanak-kanak untuk menyebut perkataan tersebut tanpa bantuan gambar.
Kaedah ansur maju ini sediikit sebanyak mampu memberi kesan positif kepada kanakkanak autistik untuk memperbaik kemahiran membaca mereka.
Selain itu, guru perlu menggunakan bahan ICT dalam mendedahkan tentang
bahan bacaan kepada kanak-kanak autistik. Bahan bacaan ICT yang terdiri daripada
audio dan visual yang menarik sedikit sebanyak mampu menarik minat mereka untuk
mendengar sambil membaca apa yang tertera di skrin komputer atau televisyen. Guru

boleh menggunakan perisian(software) ringkas yang boleh dimuat turun daripada


internet yang mengandungi bahan bantu mengajar untuk kanak-kanak disleksia.
Di samping itu, penggunaan muzik dalam proses pengajaran kaedah membaca
dapat membantu kanak-kanak membaca dengan lebih baik. Ahli sains menyatakan
bahawa kanak-kanak yang terdedah kepada muzik dan instrumen mempunyai potensi
yang lebih baik untuk cemerlang dalam akademik. Dengan ini, guru boleh menggunakan
lagu sebagai set induksi untuk mengajar murid autisme. Dengan adanya muzik iringan,
kanak-kanak disleksia dapat menyanyi sambil membaca lirik. Hal ini dapat memberi
kesan positif kepada kanak-kanak ini dalam aspek pembacaan.
5.2 Intervensi Lisan
Untuk lisan pula, terdapat banyak perkara yang boleh guru lakukan untuk
memperbaik masalah lisan murid autistik. Pertama, guru perlu melatih murid untuk
mematuhi arahan yang mudah. Sebagai contoh, arahan Duduk , Lihat dan
sebagainya. Arahan yang mudah ini akan memberi pemahaman kepada murid dan dia
mampu mengikutinya. Guru juga perlu memastikan murid autistik menyebut perkataan
arahan bersama guru dengan tujuan murid tersebut dapat mengingat arahan dan
melakukannya. Seterusnya guru boleh memberi arahan yang lebih panjang selepas
terdapat perubahan pada murid yang mematuhi arahan mudah.
Kedua, guru perlu mengaplikasikan teknik Komunikasi Augmentatif dan Alternatif
(AAC) dalam proses memperbaik masalah komunikasi kanak-kanak disleksia. Teknik
AAC yang mempunyai 3 komponen iaitu teknik komunikasi, sistem simbol dan
kemahiran komunikasi. Teknik komunikasi terbahagi kepada dua iaitu dengan bantuan
dan tanpa bantuan. Teknik komunikasi tanpa bantuan ini boleh dipraktikkan oleh guru
bersama murid autistik dalam kelas. Hal ini kerana kaedah ini tidak memerlukan alat
sokongan luaran atau prosedur khas. Guru hanya perlu menggunakan kaedah
pertuturan, bahasa isyarat, bahasa badan dan mimik muka. Selain itu, kaedah ini tidak
menggunakan kos mahupun sebarang alat sokongan luar. Namun demikian, guru perlu
melakukan kaedah ini berulang kali setiap hari untuk memastikan kanak-kanak disleksia
dapat mengingat pembelajaran mereka dengan mudah.
Ketiga, intervensi yang boleh dilakukan untuk kanak-kanak disleksia ialah
dengan membawa mereka ke lawatan sambil belajar. Lawatan sambil belajar mampu
membuatkan murid lebih seronok untuk belajar di samping melihat tempat yang
menarik. Murid juga dapat menambah perbendaharaan kata dengan lawatan sambil

belajar. Misalnya, lawatan ke zoo untuk kanak-kanak autistik boleh memberi peluang
kepada mereka untuk mengenal nama-nama haiwan di alam sebenar. Dengan adanya
pengalaman langsung, murid autistik dapat belajar untuk memperbaik lisan dengan
lebih baik.
5.3 Intervensi Tulisan
Aspek tulisan kanak-kanak dislekisa juga boleh diperbaik dengan melakukan
beberapa intervensi. Terdapat beberapa perkara yang boleh membantu masalah tulisan
kanak-kanak autistik. Misalnya, kanak-kanak autistik perlu diajar cara memegang pensel
dan alat tulis dengan betul.
Guru perlu membimbing murid dengan memegang tangan murid sambil
membimbing menulis. Murid juga perlu mengimbangkan kestabilan tangan ketika
menulis dan menggerakkan tangan secara konsisten. Selain itu, sebelum murid boleh
diajar dengan kemahiran menulis, guru perlu memastikan tahap kemahiran motor halus
kanak-kanak tersebut. Guru perlu menekankan kemahiran motor halus kanak-kanak
dengan melakukan aktiviti ringkas seperti menguli doh. Dengan menguli doh, saraf dan
urat murid tidak akan menjadi tegang dan seterusnya memudahkan murid untuk
memegang pensel dengan baik. Latihan pra-tulisan amat penting bagi kanak-kanak
yang mempunyai masalah dengan tulisan. Guru perlu memperkenalkan latihan pratulisan yang terdiri daripada menulis mengikut garisan bertitik, membentuk huruf di
udara, dalam air dan di atas pasir, latihan membentuk garisan lurus, bentuk melengkung
dan sebagainya.
Selain itu, Yusop Bin Hj. Malie dan Walter Alvin Jiniti (2010) mencadangkan bahawa
kad huruf atau abjad bagi membina perkataan adalah satu daripada cadangan kaedah
yang digunakan bagi meningkatkan pemahaman huruf dengan lebih baik Kad huruf
boleh digunakan kerana murid akan dapat fokus lebih kepada huruf yang diambil dan
dibina. Hal ini kerana murid diberi peluang untuk memilih kad yang disukainya dan
membina perkataan atau ayat sendiri. Kaedah ansur maju ini perlu diikuti dengan murid
disleksia menyalin kembali perkataan berkenaan ke dalam buku latihan. Cara lain ialah,
murid menyusun kad huruf membentuk perkataan dengan dibantu guru, dan menulis
semula perkataan tersebut ke papan hitam. Perkara ini bukan sahaja memberi
kemahiran baharu kepada murid untuk menulis di papan hitam, malah membina
keyakinan murid untuk tampil ke hadapan dan menulis.

6.0 REFLEKSI
Hasil pemerhatian saya terhadap murid tersebut, murid agak pendiam dan agak
pasif berbanding kanak-kanak yang lain. Semasa berada dalam kelas dia tidak
bercampur dengan orang lain dan membuat hal sendiri. Dia mempunyai masalah
bersosial dengan rakan-rakan mungkin kerana untuk memulakan sesuatu perbualan
atau pun komunikasi agak sukar baginya kerana perlu mengatur ayat dan untuk
melahirkan sesuatu perkataan. Ketika diajukan soalan kepadanya, jawapan yang diberi
tidak memuaskan. Kadang-kadang perkataan yang dituturkan tidak berapa jelas dan
hanya dapat menyebut suku kata akhir sahaja
Saya juga mendapati, apabila dia ingin menyebut sesuatu perkataan dia teragakteragak dan kerap mengulang-ulang menyebut perkataan itu. Di sini, hasilnya dapatan
saya menunjukkan murid ini mempunyai kecelaruan bahasa iaitu masalah gagap
semasa berkomunikasi. Disamping itu juga, saya mendapati murid ini mengalami
kesukaran untuk membezakan perkataan yang mempunyai bunyi yang hampir sama
seperti pasu dan paku.
Berdasarkan pemerhatian yang saya telah jalankan, terhadap murid bermasalah
pembelajaran dalam bahasa dan komunikasi memberi ruang kepada saya mempelajari
dan memikirkan intervensi yang perlu saya laksanakan apa bila berhadapan dengan
kanak-kanak berkeperluan khas. Mendidik kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini
bukanlah suatu tugas yang mudah malah ianya merupakan suatu cabaran yang perlu
dihadapi oleh guru-guru yang terlibat dalam pengajaran pendidikan khas.
Saya akhirnya menemui bahawa ada banyak faktor yang mempengaruhi
kemahiran berbahasa dalam individu berkenaan dan cara-cara untuk mengatasi
masalah tersebut. Apabila mereka menerima tugasan tertentu, mereka tentu merasa
seronok untuk melaksanakannya. Namun demikian, tahap kefahaman mereka adalah
bergantung pada pengetahuan sedia ada yang mereka perolehi. Sekiranya kanak-kanak
tidak mempunyai pengalaman sedia ada dalam menggunakkan bahasa dan komunikasi,
mereka secara tidak langsung akan lambat menerima ataupun mungkin seringkali gagal
mencapai objektif yang hendak dicapai.
Oleh hal yang demikian sebagai pembimbing iaitu tanpa mengira samada mereka
adalah guru, ibu bapa atau masyarakat sekeliling, kita haruslah bijak mengatur strategi
untuk memastikan bahawa individu tersebut mampu menguasai kemahiran berbahasa
dengan betul. Pihak terbabit haruslah bijak menggunakan pengetahuan sedia ada pada
individu berkenaan untuk membawanya memperkembangkan lagi pengetahuan ke arah

konsep yang baru.


7.0 RUMUSAN
Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang dilakukan kanak-kanak berkeperluan khas
sememangnya menghadapi masalah dalam bahasa dan komunikasi disebabkan oleh
beberapa faktor seperti genetik dan persekitaran. Kekurangan yang terdapat pada diri
mereka

mengakibatkan

mereka

susah

dan

lambat

mempelajari

bahasa

dan

berkomunikasi berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain.


Pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas ini bukanlah
untuk menjadikan mereka bijak cemerlang dan dipandang tinggi oleh masyarakat tetapi
pendidikan

yang

diberikan

adalah

untuk

memastikan

kanak-kanak

ini

boleh

menguruskan diri sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada orang lain. Pendidikan
ini bukan hanya terletak di bahu guru-guru pendidikan khas malah sepatut semua pihak
perlu memberi sumbangan dan galakan kepada kanak-kanak istimewa ini.
Oleh kerana pada zaman ini, manusia saling memerlukan antara satu dengan
yang lain, maka saya menyimpulkan bahawa masalah yang terbesar yang harus
ditangani segera adalah masalah bahasa dan komunikasi. Hal ini demikian kerana
hanya melalui komunikasi dengan menggunakan bahasa sebagai perantaraan, manusia
dapat mencapai, meluahkan seterusnya memiliki keinginan dan kepuasan dalam
kehidupannya. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama dalam menangani masalah
ini. Walau bagaimanapun warga pendidik jangan alpa dengan masalah pembelajaran
yang dihadapi oleh kanak-kanak berkeperluan khas. Jangan kerana taksub untuk
mencapai objektif pengajaran sehingga melupakan

nilai hati dan perasaan

kanak-

kanak bermasalah pembelajaran. Sesungguhnya, mereka adalah anak-anak yang unik


dan istimewa.

8.0 LAMPIRAN
CONTOH BENTUK INSTRUMEN YANG DIGUNAKAN
INSTRUMEN 1
Tulis huruf awal perkataan berdasarkan gambar di bawah.

______lar

______pal

______kan

______pi

______tak

INSTRUMEN 2
Tuliskan suku kata awal yang betul berdasarkan gambar.

ma

ke

ka

_____ki

so

ku

_____ta

_____fa

_____da
INSTRUMEN 3

_____ra

Padankan huruf awal perkataan dengan gambar yang betul.

e
g
j

6.0 Rujukan

9.0 Rujukan

Jabatan Pendidikan Khas (2003). Instrumen senarai semak disleksia. Kementerian


Pendidikan Malaysia.
Jamila K.A Mohamed (2005). Pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa.

Selangor:PTS Professional Publishing SDN.BHD.


K.A.Razhiyah (2006). Anak istimewa panduan bagi ibu bapa membesarkan anak
istimewa. Selangor: PTS Professional Publishing SDN.BHD.
Mohd Zuri Ghani, Aznan C.A (2011). Pengantar pendidikan khas. Pulau Pinang:
Universiti
Sains Malaysia Press.
Mohd Zuri Ghani, Aznan C.A (2011). Kaedah dan strategi pengajaran kanak-kanak
berkeperluan khas. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia Press.
Mohd Sharani Ahmad (2006). Mengurus kanak-kanak yang susah belajar. Selangor:PTS
Professional Publishing SDN.BHD.
Sheila Devaraj, Samsilah R. (2006). Apa itu disleksia? Panduan untuk ibu bapa, guru
dan
kaunselor. Selangor: PTS Professional Publishing SDN.BHD.
Zainal Kassan & Shuhaila A.(2010). Pendidikan disleksia. Selangor: Penerbitan
Multimedia SDN. BHD.