Anda di halaman 1dari 14
PARTI KOMINIS MALAYA: PENUBUHAN, PERANAN DAN IMPLIKASINYA Ramian Hamzan (Pelajar Tahun Keempat UKM) PENUBUHAN Parti Kominis Malaya (PKM) dapat dianggap sebagai bermu- lanya kegiatan politik berparti di Semenanjung Malaysia. Parti yang dikuasai oleh kaum China ini, secara tidak langsung, adalah merupakan percantuman dengan anasir-anasir anarkis, yang mula muncul pada tahun-tahun 1920an. Sebelum Perang Dunia Kedua, PKM bukanlah merupakan tenaga utama didalam arena politik tempatan. Ia hanya aktip dalam gerakan-gerakan bawah- tanah secara haram, terutama di sekolah-sekolah malam! dan sekolah-sekolah persendirian, pertubuhan-pertubuhan pekerja dan belia, Buat tahap ini, PKM belumlah lagi menjadi ancaman yang sebenar kepada pentadbiran kerajaan penjajah Ingeeris. Kegiatan Kominis di Semenanjung sebenarnya bermula akibat pengaruh dari Indonesia®, Langkah pertama untuk menyebarkan ideoloji kominis di Singapura, telah digerakkan oleh tokoh-tokoh kominis Indonesia secara accident, dari direncanakan, Dalam perjalanan ke Pan Pacific Labour Conference di Can- ton pada 1924, Alimin buat beberapa ketika telah singgah di Singapura dan men- jalankan recruitment yang terbatas, dikalangan golongan yang radikal®. Pada awal 1925, Tan Malaka, Ketua Perwakilan Comintern bagi Asia Tenggara, telah mendesak Parti Kominis China (CCP) di Canton supaya menghantar wakil- wakilnya guna menyusupi golongan yang radikal di Singapura. Seorang wekil Khas CCP, Fu Ta-ching, telah dihantar ke Semenanjung untuk tujuan tersebut, Kecuali dikalangan kaum Hailam, agen-agen kominis ini kurang berjaya kerana adanya saingan dari pihak Kuomintang. Agen-agen kominis Indonesia, terutama Tan Malaka, Soebakat dan Tamin dan (kemudian) Alimin dan Musso yang melarikan diri ke Singapura akibat kegagalan Pemberontakan Kominis 1926/ 1 Khoo Kay Kim,, “Kominisma di Tanah Melayu: Peringkat Awal’’, dalam Jernal Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Jil. X, 1971/72, ms. 94. 2 Khoo Kay Kim, ‘Tanah Melayu: Satu Kajian Politik 1900-1941”, dalam Zainal Abidin bin Abdul Wahid (ed.), Sejarah Malaysia Sepintas Lalu, Kuala Lumpur, 1971, ms.99. ‘Tetapi Ryan pula berpendapat kominisma masuk ke Semenanjung pada akhir tahun-tahun 1920an, dibawah naungan cabang-cabang Parti Kuomintang China yang didirikan disini. Schingga 1925, Kuomintang adalah organisasi yang sah, dan_dibawah lindungannyalah agen-agen kominis itu masuk ke Semenanjung. Selanjutnya, lihat N.J. Ryan, Sejarah Semenanjung Tanah Melayu, Kuala Lumpur, 1966, ms.205. 3 GZ, Hanrahan, The Communist Struggle in Malaya, Kuala Lumpur, 1974, ms. 28. Sedangkan menurut Mc Vey, mungkin Tan Malaka dan bukan Alimin yang mula-mula sekali menganjurkan supaya kegiatan-kegiatan kominis disebarken di Semenanjung, Lihat Ruth Me Vey, The Rise of Indonesian Communism, New York, 1965, ms. 449. 57 27 di Jawa, berusaha melakukan agitasi dikalangan orang-orang Melayu (keturunan Indonesia). Tetapi usaha mereka ini tidak menampakkan kejayaan yang diharapkan. Selepas berlakunya perpecahan Parti Nasionalis dan Parti Kominis di negeri China, diantara bulan Nobember 1927 dan Januari 1928, lima orang agen CCP tiba di Singapura untuk menubuhkan Nan-yang-kung-ch’an-tang (South Seas Communist Party). Parti ini akhimya dibubarkan oleh Kongres Perwakilan Ketiga South Seas Communist Party pada April 1930, dan digantikan oleh penu- buhan Parti Kominis Malaya (PKM). Pada ketika itu, PKM dikuasai oleh Far Eastern Bureau of the Comintern, Diantara lain, (seperti yang termuat dalam resolusi Pan-Malayan Cadres’ Meeting 1931, di Singapura), PKM telah memutuskan, “To carry on the struggle for national liberation, formulate a military pro- gramme for the overthrow of imperialism and feudal aristocracy and to establish the Soviet Republic of Malaya by the co-ordinated efforts of the proletariat and peasantry”?+ “Period of organisation’ PKM dapat dikatakan bermula dengan pembentuk- kan Communist Youth League (CYL) pada 1926 di Singapura, yang kemudian meluaskan kegiatannya ke Semenanjung. PKM menjadikan sekolah-sekolah persendirian dan sekolah-sekolah malam China sebagai markas penyebaran ideoloji kominis. Gerakan propaganda PKM ini telah berjaya mempengaruhi terutama- nya belia-belia dan pelajar-pelajar yang radikal. Tarikh terpenting bagi PKM ialah apabila Jawatan Kuasa Pusatnya (JKP) meluluskan perlembagaan parti didalam Sixth Plenary Session Meeting, pada 6 Mac 1943. Tetapi sebelum tarikh tersebut, pergerakan PKM sedikit terjejas apabila seorang agen Comintern Perancis, Joseph Ducrous', ditangkap oleh Ing- geris di Singapura pada bulan Jun 1930. Berikutan dari penangkapan tersebut. pehak berkuasa Inggeris berjaya pula memberkas 14 pemimpin kanan kominis®. Pada tahun-tahun tersebut, jelaslah bahawa PKM sangat cergas dalam gerakan kesatuan pekerja-pekerja, terutama dalam usaha membangkitkan permogokan 4 Wu Tien-wang. “The Communist Party of Malaya”, (manuskrip tidak diterbit- kan, 19472), dipetik dati Hanrahan, op. cit., ms. 43. 5 Ducroux juga dikensli sebagai Serge Lefrance, tiba secara rahsia di Singapura pada 27 April 1930, untuk ‘. conducting a thorough survey of the Malayan position and the establishment for it of direct communications with the Pan-Pacific Trade Unions Secre- tariat in Shanghai, the reorganisation of the Red Labour Unions, the Payment of subsidies to the Malayan Communist Party, the Malayan Trade Uuions, the Communist Youth Orga- nisation and finally 50,000 gold setaside by the Pan-Pacific ‘Trade Unions Secretariat for work in Malaya Burma”, selanjutnya, lihat Rene Onraet Singapore: A Policeman Back- ground, London, 1947, ms. 113. 6 Antara yang ditangkap ialah Setiausaha Seamen's Union, Setiausaha Malayan Labour Union dan Sefiausaha Chinese Labour Union, kesemua Union ini adalah ‘Red-dominated labour group’. The Straits Times, 28 Oktober 1929, juga melapurkan ‘according to a recent visitors here from China, a number of Chinese who were recently banished from here were shot.. The eleven Hylams (sic.) who had acted as teachers in Singapore and whose (sic.) schools were declared unlawful were also executed’. 58 pekerja?. Ini menjadikan kerajaan bertindak tegas menckan kesatuan-kesatuan pekerja, diantaranya menerusi Banishment Ordinance. Dibawah Ordinance ini, 20 pegawai kanan PKM yang bergiat dalam kesatuan-kesatuan pekerja dibuang negeri pada 19378. Dan pada 1940 pula, kerajaan meluluskan Trade Unions Enactment, guna mengawal kegiatan kesatuan-kesatuan pekerja. Ini menjadikan kepopularan PKM merosot sedikit. Schingga 1939, PKM dibawah pimpinan Lai Teck, dikatakan berjaya menarik 37,000 abli di Malaya, sementara 18,820 lagi di Singapura. JKP yang mengendali- kan keseluruhan pentadbiran PKM ditubuhkan di Singapura, dengan cawangan- cawangannya berpusat dibandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Melaka, Pulau Pinang, Seremban, Ipoh, Batu Pahat, Muar dan Kuantan. Perubahan politik antarabangsa yang berlaku menjelang Perang Dunia Kedua, secara langsung mahupun tidak langsung, telah mempengaruhi Semenanjung. Serangan Jepun keatas negeri China, sehingga ujudnya pergabungan (bersama) perjuangan golongan Nasionalis dan Kominis, mempengaruhi penyokong- penyokong kedua-dua parti tersebut disini. Mereka bertindak dengan membentuk pertubuhan-pertubuhan anti-Jepun?, PKM berjaya menubuhkan Overseas Chinese Anti-Japanese National Sal- vation Association, dan kemudian berjaya menguasai Proletarian Arts League dan Proletarian Writers’ Association. Sementara golongan Nasionalis pula menubuh- kan Union of Overseas Chinese, yang bersifat sangat anti-Jepun, Namun demikian, PKM akhirnya berjaya meresapi Union ini dan menukarnya kepada Malayan Anti-Imperialist League.10 Dengan meletusnya Perang, PKM bertindak menurut garis perjuangan seper- timana yang dirangka oleh pakatan Nazi-Soviet: mengambil bahagian dalam kempen propaganda anti-British dan melakukan agitasi ekonomi menerusi gerakan permo- gokkan pekerja-pekerja. ‘Setelah polisi ini dilaksanakan, nyatalah ianya mengu- rangkan sokongan terutama dari kaum China yang konservatif. Mereka lebih cenderung membantu gerakan pertubuhan-pertubuhan anti-Jepun. Tetapi selepas Jerman menyerang Russia pada bulan Jun dan Jepun menguasai Indo-China pada bulan Julai 1941, PKM mengubah taktik perjuangannya. Mereka 7 Dalam setiap permogokan pekerja ini, Nanyang Federation Labour Union yang ditubuhkan pada 1926, memainkan peranan penting. Diantaranya, Union ini mengcerak- kan demonstrasi Incident of March 12, di Singapura pada 1927,’ permogokan Singapore ‘Transport Company, permogokan oleh pembuat-pembuat kasut China dan 2,000 buruh China di Singapura pada 1928, permogokan pekerja-pekerja di Batu Arang, Selangor, pada 1935, dan permogokan pekerja-pekerja kilang nenas dan buruh-buruh industry pada’ 1936. Untuk perbincangan lanjut, lihat Hanrahan op. cit., 33-36, 52-53; dan pada umumnya R. Clutterbuck, Riot and Revolution in Singapore and Malaya 1945-1963, London, 1973. 8 V. Thompson, R.Adloff, The Leftceing in Southeast Asia, New York, 1950, 128. Pada tabun 1948 misalnya, 606 orang China telah dibuang negeri. Bilangan ini meningkat kepada 10,300 pada 1949. 9 Lam Swee, My Accusation, Kuala Lumpur, 1951, ms. 3. 10 Liga ini kemudiannya ditukar menjadi All-Malayan Races Liberation League pada 1937 dalam usaha PKM menarik sokongan Inin-lain kaum. Ta juga kemudiannya dikenali sebagai Racial Emancipation League. 59 menawarkan kerjasama kepada Inggeris!, bagi menghadapi kemaraan Jepun. ‘Tawaran PKM ini di sampaikan melalui ketua gerakan anti-Jepunnya, Ch’en Chia- keng. Pada 19 Disember 1941, PKM membentuk Malayan Overseas Chinese Anti- Japanese Mobilization Society, yang dipengerusikan oleh Ch’en Yang-ching dan pertujuan untuk menarik sokongan dan simpati kaum China, Di Singapura, sckum- bulan 15 orang telah membentuk Anti-Japanese Mobilization Committee untuk membentuk satu tenaga ketenteraan bagi membantu mempertahankan Singapura!2, Apabila Jepun mara ke Singapura, Inggeris segera membebaskan tahanan- tahanan politik kiri dari penjara pada 15 Disember. Pada hari berikutnya, satu rundingan sulit diantara Lai Teck, setiausaha agong PKM, dengan wakil Ing- geris, Major Chapman, telah diadakan. Wakil PKM itu bersetuju membekalkan belia-belia China mengikuti latihan ketenteraan di 101 Special Training School (101 STS) yang ditubuhkan di Singapura. Dengan kekalahan Inggeris, pihak berkuasa tentera Jepun telah bertindak menghapuskan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PKM!3, Sungguhpun demi- kian, PKM dalam mesyuaratnya di Singapura, pada bulan Februari 1942, telah meluluskan progrem empat dasar yang akan dilaksanakan sepanjang masa pemerin- tahan Jepun, iaitu: 1, menyatukan selurvh rakyat dan membantu Inggeris menentang Jepun, 2, mempersenjatai abli-abli parti dan golongan massa, 3, menghapuskan semua agen musoh dan pengkhianat, 4 menghalang Jepun dari dapat mengesan dan memperolehi rahsia perge- rakan PKM, Sementara itu, 165 orang gurila lepasan 101 STS berjaya membentuk Ma- layan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA). Unit pertama MPAJA berpindah ke Semenanjung dan menjalankan operasinya di utara Kuala Lumpur dan Selangor Utara, Pada bulan Mac 1942, Unit ini dijadikan “First Independence Force of the MPAJA.” Unit kedua menjalankan gerakannya di Negeri Sembilan, Pada 7 Jun 1942 Unit ini berjaya menyerang ibupejabat polis Kuala Pilah. Unit ini kemudiannya menjadi Second Independence Force. Unit ketiga (seramai 360 orang) yang kemudiannya menjadi Third Independence Force, bergerak di kawasan Johor Utara, 41S. Chapman, The Jungle is Neutral, New York, 1949, ms. 29. 12 Tenaga penggerak utama sehingga Committee ini terbentuk, datangnya dari PKM. Ia merupakan pasukan sukarela China, vang juga dikenali sebagai DALFORCE, dan dikata- kan mempunyai ahli diantara 1,000 dan 2,000 orang. Committee ini diketuai oleh Tan Kah-hee, seorang abli Chinese National Party yang tinggel di Singapure. 13 Misalnya, semasa mesyuarat JKP PKM di Batu Cave, Selangor pada 1.9.1942, 20 orang pemimpin PKM telah dibunuh oleh Jepun, sementara 70 orang yang lain ditangkap. Antara yang dibunuh itu ialah Hsio Chung, anggota JKP PKM; Chu Wei, ‘political com- misser’ 4th. Independence Force; Ho Fu, ‘Commander’ 4th. Independence Force; Hsio Cheng, angyota JKP bahegian Selangor; Ch’en Su, ‘political commisser’ 2nd. Independence Force dan Tsu Pu-pin, ‘political commisser’ 1st. Independence Force. 60 Unit keempat dan terakhir yang dijadikan Fourth Independence Force, ber- gerak di kawasan Johor Selatan, untuk tujuan mempertahankan Singapura. Sementara Perak Military Affairs Committee yang dikuasai oleh PKM, telah di- jadikan Fifth Independence Force pada bulan Disember 1942, Unit-unit inilah yang akan menjadi teras National Defence Army, sekiranya PKM berjaya menegak- kan apa yang mereka namakan Soviet Republic of Malaya itu. Pegawai-pogawai MPAJA pula mendapat latihan di People Academy of Sixth Independence Force, yang ditububkan di Pahang pada bulan Ogos 1943, dibawah pimpinan Ch’en Kuang. Apa yang jelas sehingga tahap ini, perjuangan PKM lebih ditumpukan kepada cabang ketenteraannya yang diletakkan dibawah Central Military Committee dan diketuai oleh Lau Yeh. Hanrahan menganggap tahap ini lebih merupakan jangka waktu perjuangan politik PKM¥, Jangkawaktu perkembangan politiknya hanya bermula apabila lahirnya Fifth Independence Force (pada Disember 1942), Sixth Independence Force (pada Ogos 1943) dan Seventh Independence Force (pada September 1944), Menjelang kekalahan Jepun pada Ogos 1945, PKM menububkan unit-unit rahsia dan pusat-pusat bekalan (makanan dan senjata). MPAJA mendapat ban- tuan senjata, latihan ketenteraan, bekalan makanan, perubatan dan keuangan dari Pihak Berikat yang disalurkan menerusi FORCE 1365, Bantuan-bantuan ini diperolehi berikutan dari rundingan diantara Chung Hung dan seorang lagi wakil dati markas MPAJA dengan Major Chapman dan Captain Davis, ketua SEAC bagi Semenanjung. Setelah Jepun menyerah kalah dan sementara Inggeris mengambil semula kuasa, PKM dan MPAJA keluar lalu mengambil pemerintahan, Sebaik sahaja muncul dari hutan, mereka melakukan penganiayaan disana sini, kononnya ter- hadap orang-orang yang telah melakukan kesalahan jenayah kepada rakyat, selain daripada mereka yang bersubahat dengan Jepun'®, Selama 3 bulan dalam masa peraliban itu, mereka mengadakan perbicaraan sendiri, melakukan kezaliman, membunuh ramai orang Melayu dan China dan mengancam seluruh penduduk dimana mereka bermaharajalela, Kezaliman ter- sebut memuncak kepada pergaduhan yang besar apabila orang-orang Melayu mengambil tindakan balas terhadap orang-orang China di kawasan luarbandar!”. Apabila Pentadbiran Tentera British (BMA) menguasai semula Semenanjung, PKM terdesak dalam dua polisi yang bertentangan: sama ada meneruskan per- juangan gurila (seperti di negeri China), atau kembali kepada gerakan agitasi untuk mencapai cita-cita politiknya, seperti sebelum Perang dahulu. JKP PKM pimpinan Lai Teck bertindak menurut polisi kedua, Unit-unit terbuka’ MPAJA dihapuskan, dengan menyerahkan sebahagian daripada senjata- 14 Hanrahan, op. cit., ms. 71. 15 N.I. Low, This Singapore, Singapore, 1946, ms. 57-70. cit., chapter 12, dan Hanrahan, op. cit., ms. 77-83. 16 Majlis Gerakan Negara, Trajedi 13 Mei: Satu Lapuran, Kuala Lumpur, 1969, ms. 7- 17 Ibid., ms. 8. t juga Chapman, op. 61 nya pada bulan Disember 1945, sebagai menyahut tawaran kerajaan'8, Unit ‘rahsia'nya memulakan Kegiatannya menerusi Malayan People Anti-Japanese Ex-Services Comrades’ Association, dan menubuhkan cawangan-cawangannya diseluruh negara. Apabila berlaku perubahan polisi Soviet terhadap Kuasa-Kuasa Barat, semasa kominis monegakkan pengaruhnya di Eropah, PKM tidak lagi bersifat anti- British yang melampau. PKM mula menunjukkan minat dalam pergolakan politik tanahair. Pada September 1945, PKM mengemukakan “Eight Proposals and Six Suggestions” kepada kerajaan, tetapi gagasan tersebut kemudiannya ditolak. Sekali lagi pada 7 Nobember 1945 JKP PKM mengemukakan kepada kerajaan satu proklamasi yang menuntut: perlembagaan yang demokratis; hak kebebasan bagi pertubuhan-pertubuhan politik; hak ‘self-determination’ bagi rakyat; hak untuk berkerajaan sendiri; pembentukkan All-Malayan Congress; hak mengundi bagi rakyat yang berumur lebih dari 18 tahun; dan hak yang lebih besat kepada kaum wanita, Proklamasi ini juga menerima nasib yang sama seperti gagasannya dabulu, Perjuangan PKM maju setapak lagi apabila pada Januari 1946 Eight Enlarged Plennum of Central Executive Committeenya meluluskan apa yang didakwanya sebagai dasar yang moderet. Tetapi polisi ini terpaksa digantikan dengan ‘Nine Points Programme’, yang dianggapnya lebih demokratis lagi. Dalam usaha Inggeris menjajah semula Semenanjung selepas Perang, BKM menjadi tenaga penggerak utama dalam cantuman golongan kiri PUTERA- AMCTJA®, guna menentang gagasan Malayan Union yang keji dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Dalam hubungan ini, Stenson berpendapat bahawa “... as the result of the serious challenge to British Authority and rule mounted by MCP from September 1945, the British Government for the first time saw the necessity of a local base of mass support to underpin its regime in 18 Sebagai daya penarik, mereka yang menyerah diri menerima bonos $350 dan satu beg beras dari Kerajaan. Adalah dikatakan sejumlah 6,000 gurila yang menyerah diri, 500 daripadanya tidak menyerahkan senjatanya, Menurut lapuran Kerajaan pula, 20% dar pada senjata yang digugurkan oleh FORCE 136, tidak diserahkan kembali kepada Kerajaat Ini merupakan sebahagian daripada kelengkapan senjata apabila PKM melancarkan pei herontakan bersenjata pada 1948 itu. Selanjutnya, lihat Hanrahan, op.cit., ms. 90-91. Sementara The Straits Times, 21 Oktober 1945 pula'melapurkan ,” ‘". jeriously cor cerned at this increase in cases of robbery and gang robbery with’ arms”. 19 AMCJA merupakan suara kaum bukan Melayu, ditubuhkan pada 22.12.1946, de- ngan Tan Cheng Lock selaku pengerusinya. Pertubuhan ini mendakwa mewalili 40,000 ahli, yang diantaranya, terdiri dari Malayan Democratic Union (MDU), Malayan Indian Congress (MIC), Malayan New-Democratic Youth League (MNDYL}, MPAJ Ex-Services Comrades’ Association (MPAJESCA) dan Pan-Malayan Federation of Trade Unions (PMFTU). Adalah dikatakan bahawa MDU, MNDYL, MPAJESCA dan PMFTU telah diresapi ataupun merupakan pertubuhan barisan hadapan PKM. Sementara PUTERA pula terdiri dari Parti Kebangsaan Melayu (MNP) pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Muhammad, Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) pimpinan Shamsiah Fakeh, dan mendakwa mewakili 150,000 ahli (orang-orang Melayu yang berfaham kiri), selanjutnya, lihat_ Mohammad Noor- din’ Sopiee, From Malayan Union to Singapore Separation, Kuala Lumpur, 1974, ms. 39 dstnya 62 Malaya’®®, Oleh itu gagasan Persekutuan Tanah Melayu itu perlu disegerakan. PUTERA-AMCJA pula sebaliknya, telah mengemukakan Usul-Usul Per- lembagaan Rakyat Bagi Tanah Melayu, yang telah digubal dan diluluskan oleh Persidangan Perwakilan mereka pada bulan Julai dan Ogos 1947. Usul ini tidak langsung diambil indah oleh Kerajaan. Buat tahap seterusnya, PKM kembali bergerak secara licin (seperti sebelum Perang dahulu) meresapi pertubuhan-pertubuhan pekerja, belia dan wanita. Dibidang ini, PKM lebih berjaya menguasai General Labour Union®!, yang mulai bulan Februari 1946, diubah menjadi Pan-Malayan Federation of Labour Union (PMFLU)®. Perkembangan yang berlaku menjelang tahun-tahun 1950an, telah menam- babkan lagi kematangan politik Semenanjung. Ini memberikan harapan kepada PKM untuk lebih bergiat sebagai sebuah parti politik yang signifikan. Abli- ahli PKM yang lebih militan tidak lagi menyakini ‘polisi perdamaian barisan bersatu’. Mereka juga menentang penggelapan dan penyalahgunaan wang parti oleh pegawai-pegawai tinggi PKM (termasuk Lai Teck, yang juga dituduh ber- poligami, mendorong kehidupan bobrok dan menyalahgunakan wang. Inilah diantara perkara-perkara yang telah membangkitkan krisis dalam parti). Ch'in Peng yang mengetuai golongan kedua (yang militan) itu, telah meng- ambil tindakan sehingga mendorong penyingkiran Lai Teck, dari jawatannya dalam mesyuarat JKP pada 6 Mac 1947, dan menjadiken dirinya Setiausaha Agung yang baru. Apabila Cominform ditubuhkan pada bulan September 1947, Moscow telah membatalkan perjanjiannya dengan Pihak Berikat yang dibuatnya semasa Perang dahulu. ‘Taktik perjuangan bersatna bagi rantau Asia Tenggara telah dibincangkan dalam dua persidangan yang diadakan di Calcutta, pada bulan Februari 1948, iaitu Asian Youth Congress (Congress ini dipengaruhi oleh World Federation of Democratic Youth, dan dikuasai oleh Russia) dan Stcond Congress of the Com- munist Party of India, Lawrence Sharkey, seorang pemimpin kominis Australia, telah singgah di Singapura dalam perjalanan pulang dari Calcutta untuk menyampaikan resolusi Congress tersebut kepada PKM. Resolusi tersebut, mendesak supaya PKM memulakan satu pemberontakan bersenjata selaras dengan pemberontakan yang 20 MLR. Stenson, Industrial Conflict in Malaya: Prelude to the Communist Revolt of 1948, London, 1970, ms. 128. Lihat juga, pada amnya, F.S.V. Donnison, British Malaya Administration in the Far East 1943-1946, London, 1956, ms. 392 dstnya. 2 The Straits Times, 22 Oktober 1945 melapurkan bahawa permogokan oleh 7,000 pekerja pelabuhan Singapura berlaku pada 21.10.1945. Lihat juga The Straits Times, ter- bican 26 Oltober 1945' dan 15, 18 dan 19 Februari 1946 untuk: mengetahui permogokan yang lain. 22 PMETU menguasai 214 daripada 277 kesatuan pekerja vang didaftarkan ketika itu. Pada kongress pertamanya, PMFTU mendakwa mewakili 436,000 pekerja, kebanyakennya dari kesatuan pekerja-pekerja lombong, estet dan ‘longshoremen’s unions’. Lihat A. Shucliff, “The Growth of Democratic Trade Union”, dalam Federation of Malaya, Labour Monthly Revieo, September 1951, ms. 274, 2 Communion in Malaysia and Singapore, (Tanpa nama pengarang dan penerbit), 1971, ms.9. 63 seumpamanya, bagi seluruh Asia Tenggara’. ‘Polisi perdamaian barisan bersatu’ yang memandu perjuangan PKM selama ini, digantung oleh mesyuarat JKP pada bulan Mac 1948. Polisi baru yang dilaksanakan ialah cuba mempengaruhi golongan massa untuk menentang impe- rialis Inggeris. Sebahagian besar dari organisasi PKM sendiri, digerakkan untuk mengendalikan pemberontakkan bersenjata tersebut.25 Sebagai langkah pertama, secara sulit PKM menukarkan MPAJA kepada Malayan Peoples’ Anti-British Army. Keganasan bermula pada bulan Mei dan pada 17 Jun 1948, Undang-Undang Darurat diistiharkan di Perak, yang akhirnya meliputi seluruh Semenanjung pada hari berikutnya, Itulah bermulanya darurat di Semenanjung?, Apabila polis menggelidah pejabat-pejabat PKM pada 20 Jun 1948, dikatakan seramai 4,000 hingga 5,000 abli-ahli PKM telah menghilangkan diri ke hutan- hutan, untuk mengendalikan pemberontakan tersebut, Pada masa yang sama, balaipolis Mentakab, Pahang telah diserang?. Lapuran mula dibuat oleh kerajaan mengenai kegiatan membunuh dan kematian, terutama di estet-estet®®. Pada 1 Februari 1949, bahagian ketenteraan PKM diubah menjadi Malayan Races Liberation Army (MRLA), untuk menarik simpati orang-orang Melayu dan India menyertai pemberontakan tersebut. Adalah dikatakan bahawa regimen kesepuluh MRLA dianggotai oleh golongan sayap kiri Melayu yang kebanyakkan- nya berasal dari Indonesia, Dalam mengendalikan pemberontakan tersebut, PKM menggerakkan jentera perjuangannya berlandaskan strateji yang telah dilaksanakan oleh Mao Tze Tung di negeri China. Ini terbukti dari kandungan dokumen yang disebarkan pada bulan Disember 1948, berjodol ‘Strategic Problems of the Malayan Revolutionary Wars®®”, 24 Pemberontakan yang sama telah dilakukan olch Parti Kominis di Indonesia, Huk- balahap di Filipina, Viet-Minh di Indo China. 25 Malcolm MacDonald, Pesurubjaya Tinggi British, mengakui babawa pemberontakan i Semenanjung itu berlaku’ kerana adanya tekanan dari Kominis Antarabangsa, Likat The Straits Times, 27 Oktober 1948. Juga H. Miller, The Story of Malaya, London, 1956, ms. 6., dan Li Chuan Siu, Thitisar Sejarah Pergerakan dan Perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden, Kuala Lumpur, 1967, ms. 99. 26 Satu tiori lain tentang sebab berlakunya darurat pernah dikemukakan, bahawa kega- galan PKM untuk mencapai tujuannya melalui cara-cara perlembagaan telah mendorong me- lakukan kekerasan, lihat Zainal Abidin bin Abdul Wahid, “Darurat: Akibat-Akibatnya”, dalam Zainal Abidin bin Abdul Wahid (ed.) op. cit., ms. 132. Noel Barber pula menyatakan bahawa krisis dalam PKM sendiri, telah memaksa Ch'in Peng dan ahli-ahli JKP PKM. melakukan pemberontakan, lihat Noel Barber, The War of the Running Dogs, Fontans, 1974, ms. 32: sedangkan Komer berpendapat bahawa PKM telah merancang “to unite with Soviet and China to support the indepengence”, kegagalan PKM untuk mencapai cita-cita ini, menjadikannya tidak punya jalan lain, selain dari membangkitkan pemberontakan bersen- ata, selanjutnya lihat W. Komer, The Malayan Emergency in Retrospect: Organisation of ‘Successful Counter-insurgency Effort, Randolf, 1965, ms. 8. 27'V. Purcell, The Chinese Malaya, Singapore, 1960, ms. 48. 28 V. Purcell, Malaya: Communist or Free?, California, 1955, ms. 61. 29 Strategi ini akan digerakkan dalam tiga tahap: “First: administration of the country was to be undermined by guriella raids on rubber plantations, tin mines, and police outposts, second: the government was to be deprived of effective control of all’ but the main towns and line communication, third: the party was to establish ‘liberated areas’ in the districts under its control, from which it would gradually extend over the whole country”, selanjut- nya lihat Communism......, 0. eit., ms, 10; juga Hanrahan, op. cit. ms. 109, 64 Adalah jelas, kegagalan PKM menyesuaikan stretegi Mao dengan keadaan yang ada di Semenanjung mendorong gagalnya pemberontakan itu. Kegagalan Russia menyalurkan bantuan dari Kominis Antarabangsa kepada PKM, sikap inferioriti pemimpin-pemimpin dan kegagalan PKM sendiri memahami kedudukan Semenanjung adalah diantara sebab-sebab yang lain pula. ‘Menurut Politburo PKM (dalam ‘supplementary view’nya pada 1949) bahawa pemberontakkan 1948 itu adalah tepat dan benar-benar. berdasarkan kepada konsep ketenteraan Mao, tetapi anelisa yang mereka buat kurang detail. Meman- dangkan keadaan huruhara ketika itu, sangat sukar bagi PKM untuk menubuhkan pusat-pusat gerakan di kampung-kampung. Lokasi terbaik bagi menempatkan ‘tentera pembebasan’ PKM itu ialah di- kawasan perpinggiran hutan supaya hubungan dapat dibuat dengan kawasan- kawasan yang berpenduduk untuk mendapatkan bantuan, terutama dari seting- gan-setinggan China yang melarikan diri semasa pendudukan Jepun dan zaman Kemelesetan Besar dahulu®, Setinggan-setinggan itu akan terpaksa berkorban demi kepentingan dan kesclamatannya yang tentunya berfaedah kepada PKM sendiri. Tetapi kekecewaan PKM mulai terbayang dan menjadikannya lebih terdesak apabila Rancangan Briggs bagi mengumpul dan menempatkan semula setinggan- setinggan tersebut di kampung-kampung baru, dimulakan pada tahun 195151, Dengan terlaksananya Rancangan ini, menampakkan kegagalan kempen PKM yang hanya mendapat bantuan kecil menerusi tindakan kekejaman mereka. Menyedari kegagalan dan penderitaan yang dialami selama ini, Politburo PKM mulai 1 Oktober 1951, mengubahsuaikan taktik perjuangannya selaras dengan perkembangan-perkembangan yang berlaku di rantau ini. Mereka me- Tuaskan pusat-pusat massa, bagi mencapai kembali cita-cita politik asal yang diang- gap lebih penting daripada gerakan ketenteraan, Perluasan pusat-puat massa dilakukan dengan membentuk barisan bersatu yang dibuka keanggotaannya kepada semua kaum dan kelas. Kelas menengah mesti dimenangi dan gerakan antagonisnya melalui taktik kejam terhadap golongan pekerja-petani diberhentikan. ‘Tentera Pembebasan’ pula _memberhentikan tindakan merampas kad-kad pengenalan dan kad-kad catuan barang dari orang ramaj, membakar kampung-kampung, menyerang pejabat pos, takungan air, “power stations” dan lain-lain kemudahan awam seperti membinasakan landasan keretapi, dan lain-lain tindakan kejam, termasuk tindakan sabotaj terhadap ladang- ladang dan lombong-lombong. Adalah menjadi tugas Min Yuen, pertubuhan awam PKM, memenangi so- kongan orang ramai, Di bandar-bandar, gerakan indoktrinasi politik diteruskan, kesatuan-kesatuan pekerja harus terus diresapi dan dipengaruhi®® manakala go- 30 Edgar O’Ballance, Malaya: The Communist Insurgent War 1948-1960, London, ms. 15. 34 42M. Brimell, Communism in Southeast Asia: A Political Analysis, London, 1959, ms, 327. 32 Tetapi menurut lapuran kerajaan, “......! before the Revolt began, there were 339 Red-dominated Unions registered, this number later shrank to 162”. selanjutnya lihat Depart- iment af Tafseiation, Federation of Malaya, Communist Banditary in Malaya, Singapore, 1951, ms. 65 longan ‘borjuis’ dari semua kaum di ‘pujuk’ supaya menyertai gerakan anti-impe- rialis, Pembunuhan hanya akan dilakukan sebagai senjata; dan akan dilakukan menurut peraturan. Dilain pihak, mulai tahun 1954, kerajaan telah mengubah taktiknya dalam gerakan menentang kominis. Kemenangan cemerlang Parti Perikatan pim- pinan Tunku Abdul Rahman, dalam pilihan raya 1955, memberi kesan yang tidak kecil Featas perjuangan PKM. Ini kerana Perikatan sendiri berjuang diatas lan- dasan untuk mencapai kemerdekaan bagi seluruh Semenanjung dengan segera. Selepas perlantikannya sebagai Ketua Menteri pada 7 September 1955, Tunku menawarkan pengampunan kepada ahli-ahli PKM yang mahu menyerah di Perubahan suasana politik ketika ini, merupakan tamparan hebat kepada PKM. Kejayaan Perikatan membentuk kerajaan sendiri dan perjuangan untuk menuntut kemerdekaan dengan sendirinya menghancurkan perjuangan PKM yang dipanggil “gerakan pembebasan’ itu. Pada bulan Jun 1955, Ch’in Peng menyatakan kese- diaannya untuk membincangkan penyelesaian politik dengan pihak kerajaan®%, Setelah melalui beberapa siti rundingan, ahkirnya Ch’in Peng bertemu dengan Tonku di Baling, Kedah pada bulan Disember®, Dalam pertemuan tersebut, Ch'in Peng membayangkan kesediaannya untuk mengakhiri gerakan ketenteraan PKM, sekiranya ini tidak membahayakan keujudan PKM. Bagaimanapun Tunku telah menolak permohonan PKM untuk bergerak sebagai parti politik yang halal®5. Inilah sebab yang sering ditonjolkan mengapa Rundingan Baling itu gagal. Ch'in Peng menolak tawaran menyerah diri dan hanya akan menggantung- kan perjuangan bersenjatanya apabila Malaya menampakkan kemajuan untuk mencapai kemerdekaan sebenar®®, Kegagalan rundingan itu, membuat PKM Kembali berjuang, kali ini untuk menyingkirkan apa yang digelarnya ‘kediktatoran borjuis Tunku’. Bagi mencapai objektif tersebut, polisi perjuangan PKM dikembalikan semula kepade- polisi barisan bersatu, dengan tujuan untuk meresapi parti-parti politik, kesatuan-kesatuan pekerja dan badan-badan pelajar. Cita-cita PKM ini dilaksa- nakan menerusi pertubuhan sulitnya (yang anggota-anggotanya digunakan bagi meresapi pertubuhan-pertubuhan berperlembagaan yang telah sedia ujud), ter- utama bila tertubuhnya South Johore Regional Committee Policy Directive (iaitu 33 Pada masa yang sama, PKM mengemukakan LLapan Petkara Rancangan Parti. Dalam mesyuarat AJK pada bulan Nobember 1955 , PKM mengemukakan perlantikan ‘saudara’ Melayu dan India dalam Jawatankuasa tersebut. Musa Ahmad sebagai Pengerusi, Balan sebagai Timbalan Pengerusi, sementara Ch'in Peng sendiri mengekalkan dirinya sebagai Setiausaha Agong. Perubsban ini sebagai untuk menunjukkan bahawa perjuangan PKM didukung bersama oleh semua kaum di Semenanjung. Sementara Rancangan Lapan Per- kara, diantara lain menyebut untuk mengujudkan ‘a common programme to all nationalities, classes and strata, in their struggle of independence, democracy and peace in Malaya. It embraced even those ‘feudal remnants’ which had hithertho been bracketed with the Western imperlislist as the enemy of people. ‘The only enemy left was the West and its supporters’, lihat selanjutnya, Communism......, op. cit., ms. 12 dstnya, 34 Lihat Tunku Abdul Rehman Putra, Sebelum dan Selepas 13 Mei, Kuala Lumpur, 1969, ms. 225-234. 35 Dari 1945-48 PKM merupakan ‘legalised party’ di Semenanjung. 36 Lihat Lapuran Kertasputih Kerajaan, The Communist Threat to the Federation of Malaya, Kuala Lumpur, 1959. 66 bahagian terpenting bagi South Malaya Bureau of MCP) pada 195587. Arahan sulit JKP yang dikeluarkan pada bulan Jun 1958, telah menamakan parti-parti dan pertubuhan-pertubuhan yang harus diresapi oleh penyokong- penyokong dan agen-agen PKM. PKM juga bercita-cita membantu parti sayap kiri dalam pilihanraya, bagi menjatuhkan pengaruh Perikatan. Apabila pihak Kerajaan melakukan beberapa siri penggelidahan pada bulan Oktober 1958, dari dokumen yang dirampas menunjukkan bahawa PKM telah berjaya mempengaruhi golongan pelajar, terutama dari sekolah-sekolah persen- dirian China, Beberapa buah pertububan pelajar telah diresapi, diantaranya Se- langor National Independence League, Patriotic Youth Corps, Malayan National Independence League, dan Youth Study Society. Adalah juga dikatakan bahawa Selangor Students Union pada ketika itu mempunyai hubungan erat dengan se- orang anggota JKP PKM cabang Selangor. Apabila kemerdekaan diistiharkan pada 31 Ogos 1957, PKM mengeluarkan menifesto perjuangan baru, yang diantara lain menyebut, “To pledge our loyalty as other citizens of our country do, to the Malayan father- land’ and to take part in various kind of activities for’ Malaya's independence, democracy and prosperity, not by means of the armed struggle or violence but bby means within constitutional limits?” 38 Sebenarnya tidak ada ketentuan bilakah tamatnya pemberontakkan kominis di Semenanjung, sekalipun Dharurat tclah secara rasmi diistiharkan tamat pada 31 Julai 1960. Oleh kerana kedudukannya yang semakin terdesak akibat dari tindakan kerajaan, PKM telah mengundurkan saki-baki ‘tenteratnya ke kawasan- kawasan hutan di perbatasan Thailand. Pengkalan keminis di sempadan Thailand itu sebenarnya telah ditubuhkan semenjak tahun 1950an lagi, apabila Malayan National Liberation Army (MNLA) — juga dikenali sebagai Communist Terrorist Organisation (CTO) — terdesale ke kawasan tersebut. Pada tahun-tahun berikutnya pula, beberapa unit ‘tentera’ yang lain dan bahagian propaganda PKM (termasuk Ch’in Peng sendiri), ber- undur ke kawasan yang mereka namakan ‘kawasan bebas’ itu. Betung, yang dikuasai oleh CTO, merupakan pusat terkuat pengaruh kominis untuk sekurang-kurangnya selama 35 tahun, CTO terbentuk dari 3 regimen: regimen kelapan yang berpengkalan disckitar daerah Sadao, regimen kesepuluh yang bergerak disekitar daerah Weng, dah regimen keduabelas yang bergerak di daerah Betung. Menjelang tahun 1960an, kekuatan ‘pejuang tahan Jasak’ PKM dianggarkan 500 orang. BBilangan ini dikatakan bertambah dengan pengambilan rekrut-rekrut baru yang kebanyakkan dijalankan oleh Malayan Communist Youth League. 37 Cura bagaimana resapan itv akan dilakukan pernah dihuraikan oleh Yong Kuo, Tim- balan Setiausaha Agong PKM, yang mati terbunuh pada tahun 1956. Untuk perbincangan lanjut, lihat, ibid, Ketika itu Yong Kuo dianggap “MP's foremost Marxist theoritician’. 38 Commurism ......,0p. cit, ms. 13. 39 The Straits Times, 6 Februari 1969. 40 The Straits Times, 24 November 1969. 67 Sepanjang keujudannya sebagai sebuah parti politik yang berjuang dengan caranya yang tersendiri, PKM telah meninggalkan kesan yang mendalam keatas struktur sosio-politik dan ekonomi Semenanjung sehingga kini. Sepanjang ke- giatannya sehingga mencetuskan darurat dari tahun 1948 hingga 1960 itu, pernah disifatkan sebagai pembawa pertukaran yang asas kepada hampir semua aspek Kehidupan penduduk*, Berlangsungnya zaman darurat itu adalah merupakan ketika mana perlunya dikemukakan satu konsep keperibadian nasional yang sama‘. Untuk meng- hadapi keganasan kominis, semua lapisan rakyat harus dipadukan menjadi satu bangsa Malaysia. Soal tidak indahkan perkara-perkara politik hendaklah diha- puskan, Bakal-bakal dan penyokong-penyokong keminis hendaklah disekat deri menyertai kegiatan kominis. Lahirnya Jawatankuasa Hubungan Antarakaum pada tahun 1948, adalah bertujuan untuk menyatukan perasaan anti-kominis di Semenanjung. Adalah juga dikatakan bahawa penubuhan Persatuan China Malaya (MCA) diantara lain, tujuannya ialah untuk mengadakan tumpuan perhatian pilihan yang lain bagi orang-orang Cina, selain dari PKM“. Jelaslah kepada kita bahawa penu- buhan MCA, pada mulanya, menjadi proses pembendung pengaruh kominis dan kemudiannya pula menjadi tumpuan aktibiti-aktibiti politik kaum China.# Keganasan kominis sepanjang waktu Dharurat telah membangkitkan kesusa- han dan kesengsaraan rakyat. T.adang-ladang, lombong-lomhong dan balai-balai polis merupakan sasaran serangan, disamping serangan keatas pegawai-pegawai Keselamatan dan orang-orang awam*5. Selama 12 tahun itu, sesiapa sahaja dapat membayangkan jumlah wang yang bukan sedikit digunakan untuk mengembalikan keamanan. Satu taksiran secara teliti tidaklah mungkin dapat dilakukan tetapi jumlahnya pastilah melebihi ratusan juta. ‘Ini mengakibatkan kegiatan ekonomi Semenan- jung terhenti, ekspot timah dan getah terhalang*®, Adalah dianggarkan (ketika Keganasan sedang memuncak), kerajaan pernah membelanjakan M$300,000 sehari semata-mata untuk tujuan keselamnatan. Menurut Lapuran Tahunan 1950, kerajaan terpaksa membelanjakan M$7 juta untuk menyelesaikan masaalah penempatan semula, dimana M$3 juta dari padanya digunakan untuk memberi elaun dan bantuan perumahan kepada seting- gan-setinggan‘?, Perbelanjaan yang demikian besar, diikuti oleh kemacetan 41 Kernel Singh Sandhu, “The Saga of Malayan Squatiers in Malaya” Journal of Southeasst Asian History, Vol. VI, No. 1, Mac 1964, ms. 42 K,J, Ratnam, Faham Perkauman dan Proses Politik a ee Kuala Lumpur, 1969, ms.22, Lihat juga’F.G. Canell, “‘Communalism and Communism in Malaya”, ‘Pacific Affairs, Vol. XXVI, No. II, Jun 1953, ms, 105. 43 Zainal Abidin bin Abdul Wahid, “Munculnya Parti-Parti Politik I”, dalam Zainal Abidin bin Abdul Wahid (ed.), op. cit., ms. 157-160. 44 J.B.P. Robinson, Transformation in Malaya, London, 1953, ms. 194. 45 Anthony Short, “Communism and the Emergency” dalam Wang Gung-wu (ed.), Malaysia: A Survey, New York, 1965, ms. 154. 46 Hanrahan, op. cit. ms. 79: juga Robinson, op. cit. ms. 183. 47 Annual Report for the Year 1960, Kuala Lumpur, 1951, ms. 9. 68 ekonomi negara, menyebabkan berlakunya ‘deficit’ sebanyak M$146 juta pada tahun 195348, Projek-projek pembangunan terpaksa diketepikan kerana seluruh tenaga dan wang ditumpukan kepada gerakan ienentang keganasan kominis. Penempatan semula setinggan-setinggan dibawah Rancangan Briggs, jelas membangkitkan beberapa masaalah sosio-politik yang kompleks. Dari jumlah semua penduduk di kampung-kampung baru, 86% adalah kaum China, 9% Melayu, 4% India dan 1% lain-lain kaum. Schingga sehelum tamatnya Dharurat, setengah juta setinggan telah ditempatkan semula®, Kesan paling jelas dari penempatan semula itu ialah dari segi perkembangan kependudukan, Bilangan penduduk-penduduk China dibandar-bandar meningkat dari 43.3% kepada 73%5, Ini memberikan pengaruh besar kepada penguasaan politik di kawasan-kawasan tersebut. Dari hampir 650,000 setinggan yang di- tempatkan semula, dikira-kira 550 kampung-kampung baru®!, 80%, daripadanya adalah terletak dipantai Barat Semenajung. Mereka diberi kemudahan seperti sekolah, pasar, pusat kesihatan dan lain- Jain kemudahan awam, serta perhubungan dengan dunia luar®®. Ini membangkit- kan rasa kurang senang, dikalangan orang-orang Melayu, yang sclama ini merasa dirinya sebagai rakyat yang setia, sanggup mengorbankan nyawa demi memper- tahankan negara’? (dan tidak membantu kominis) tetapi masih tetap merana dikampung-kampung mereka, tanpa diberikan sebarang kemudahan moden, se~ perti yang terdapat di kampung-kampung baru, ‘Apa yang jelas, penempatan semula setinggan-setinggan ini dilakukan hanya untuk kepentingan semasa. Dari aspek ketenteraan, penempatan ini amatlah mustahak, memandangkan sokongan yang diberikan olch setinggan-setinggan yang menyebabkan kejayaan kempen kominis itu®®, 'Tetapi dari segi sosial jangka panjang, nyatalah kampung-kampung baru itu meninggalkan berbagai masialah yang kompleks dan masih belum terurai schingga sekarang. Implikasi politik yang jelas kerananya ialah bahawa penduduk-penduduknya mahu dan dengan mudah berada dipihak yang menentang Kerajaan. Walau bagaimanapun, bagi Gullick kampung-kampung baru itu telah me- nolong mengembalikan setinggan-setinggan menjadi warganegara MalayaS6, 48 B, Simandjuntak, Malayan Federalism 1945-1963, Kuala Lumpur, 1969, ms, 59. 49 M. Osbone, Region of Revolt: Focus on Southeast Asia, Sydney, 1970, ms. 79. 50 Kernial Singh Sandhu, op. cit., ms. 171. 51 R.D. Rennick, “The Emergency Regulation in Malaya”, Yournal of South East Asia, VI, II, September, 1964, ms. 27: juga L.A, Mills, Malaya: A Political and Economics Apprai- salt, Minneapolis, 1958, ms. 56. 52 R.Allen, Malaysia: Prospect and Retrospect, London, 1968, ms. 97. Lihat juga John Kerry King, “Malaya’s Resettlement Problems”, dalam Far Eastern Survey, Vol. XXII, No. III, Mac 1954, ms. 37. 33 Tan Morrison, “Racial Problems in Malaya”, dalam Pacific Affairs, Vol. XXII, No. IIT, 1949, ms. 56. 54 Zainal Abidin bin Abdul Wahid, op. cit., ms. 134 33 Simandjuntak, op. cit, ms. 59. 36 J.M. Gullick, Malaysia, New York, 1964, ms. 116, 69 untuk mencapai kekuasaan politik dan sosial yang lebih luas, Gejala-gejala pening- galannya, jelas ternyata hingga sekarang. Perjuangan ketenteraan PKM yang disalurkan dalam bentuk kekejaman, menambahkan lagi ketegangan perkauman®?, PKM yang lebih didominasi oleh kaum China dan pasukan keselamatan kerajaan yang kebanyakkannya dianggotai oleh orang-orang Melayu, telah membawa kepada suatu keadaan dimana per- tentangan politik diantara penjajah Inggeris dengan PKM menjalar diresapi unsur- unsur perkauman, Perhubungan antara kaum, menjadi semakin renggang dan ini memberikan kesan yang buruk kepada masyarakat kita.0® Ketegangan kaum tambah meruncing apabila belia-belia China dan India didalam lingkungan umur perkhidmatan negara, meninggalkan negeri ini, apabila perkhidmatan tersebut dilancatkan pada 19505%, Antara Februari dan Ogos 1951 Jebih 10,000 belia-belia China lari ke negeri China®, dan kapal-kapal ke India bertambah penuh. Antara 1949 dan 1951, hanya kira-kira 200 belia China sahaja tampil kehada- pan masuk berkhidmat dalam pasukan Polis. Ini menambahkan lagi kehampaan orang-orang Melayu. Sambutan dingin dari kaum China ini dikritik dan dianggap oleh Kerajaan sendiri sebagai sangat mengeciwakan®, Pengalaman dari keganasan kominis dimasa Dharurat juga telah menyebabkan kerajaan berhati-hati terhadap negara-negara kominis, terutama sehingga tahun- tahun 1960an. Malaysia hanya memulakan hubungan diplomatiknya dengan negara komunis, apabila kita berhubungan dengan Soviet Russia pada 1968. Jelaslah, sepanjang keujudannya, PKM telah meletakkan ases kegiatan politik berparti, Perjuangannya dengan cara yang tersendiri, menyebabkan perlunya ditimbulkan langkah-langkah positif bagi mengatasinya supaya masyarakat berbi- lang kaum dapat hidup sebagai satu bangsa Malaysia yang padu. 37 John Kerry King, op. cit., ms. 39. 38 Khoo Kay Kim, Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, 1971, ms. 104. 59 KJ, Ratnam, op. cit,, ms, 22-23. 60 Majlis Gerakan Negara, op. cit, ms. 10. 61 K.J. Ratnam, op. cit., ms. 23, 62 Jabatan Penerangan Persckutuan, Keganasan Komunis di Malaya, Kuala Lumpur, 1960, ms. 28. Pandangan yang lebih kritis mengenai hal ini, pernah disuaraken oleh Henry Gumey, Pesuruhjaya Tinggi British dari 1948-1951, yang diantara lain menyebut, “....-+ perasaan keciwa telah timbul dikalangan orang-orang Melayu tentang keengganun orang- orang Cina memberi pertolongan. Meraka hanya hidup bersenang lenank dan menum- pukan tenaga semata-semata untuk mencari kekayaan”’, selanjutnya lihat Tan Cheng Lock, ‘The Reorganisation of Malayan Chinese Organisation, Singapore, 1951, khusunya Fasal 2. 63 Zainal Abidin bin Abdul Wahid, ‘“Dasar luar: Fuktor-Faktor Dalam Negeri’, Jernal Hubungan Antarabangsa, Universiti Malaya, Jil. 1, 1973/4, ms. 12. 70