Anda di halaman 1dari 2

Bagaimana caranya memilih webhosting yang terbaik?

Terdapat beribu-ribu syarikat webhosting di Internet yang menyediakan pelbagai kemudahan


mengikut harga yang ditetapkan. Untuk mencari syarikat webhosting yang terbaik untuk
anda, anda boleh menggunakan enjin pencari dan membuat pilihan.
Berikut adalah ciri-ciri utama yang perlu ada pada webhosting yang dipilih.
Panel pengurusan (Control panel)
Kemudahan panel pengurusan memudahkan pemilik laman web mengurus akaun webhosting
secara atas talian dengan mudah. Panel ini dapat menunjukkan maklumat dan statistik
penggunaan akaun webhosting.
Penyetoran data (File storage)
Ini merujuk kepada ruang penyetoran untuk memuatkan sesuatu laman web. Ia diukur
menggunakan (GB) Gigabait Maklumat laman web termasuk muka surat laman web, gambar,
bunyi serta klip video. Kebanyakan pakej webhosting bermula pada 1GB. Lebih besar
sesuatu laman web itu, maka, lebih besar ruang penyetoran diperlukan.
Pemindahan data (Data transfer)
Ini merujuk kepada pemindahan data yang dibolehkan. Unit ukurannya adalah (GB) Gigabait
bagi setiap bulan. Laman web biasa yang mempunyai teks dan beberapa imej sahaja tidak
menggunakan ruang pemindahan (bandwidth) yang besar. Namun, sekiranya laman web
tersebut mengandungi bunyi dan klip video, ia memerlukan ruang pemindahan yang lebih
besar.
Setiap kali sesuatu laman web itu menerima pelawat, pemindahan data berlaku. Sebagai
contoh, sekiranya sebuah laman web mengandungi klip video sebesar 1MB, ini bermaksud
laman itu hanya dapat menampung 1 000 pelawat sebulan sekiranya webhosting memberi
ruang pemindahan 1GB sebulan.
POP3 E-mel
Ini merujuk kepada akaun e-mel yang boleh dibina untuk sesuatu laman web perniagaan.
Kemudahan POP3 E-mel yang tidak terhad adalah baik untuk laman web oleh kerana
pemiliknya boleh mendirikan seberapa banyak alamat e-mel yang diingini.
WebStats
Merujuk kepada kemudahan menjejak pelawat sesuatu laman web. Kebolehan menjejak
pelawat bukan sekadar jumlah pelawat yang melawati laman web, tetapi juga memberi
statistik lain seperti sistem operasi pelawat, daripada laman web mana pelawat datang, negara
pelawat, resolusi paparan skrin pelawat dan jumlah masa pelawat melayari sesuatu laman
web.
Pengaturcaraan dan databes (Scripting & database)

Dapatkan webhosting yang memberi kemudahan penggunaan bahasa pengaturcaraan seperti


Perl dan PHP di mana ia boleh menjalankan pelbagai perisian atas talian menggunakan
bahasa pengaturcaraan ini seperti membuat chat room, forum diskusi, shopping cart, buku
tetamu dan sebagainya.
MySQL pula adalah perlu untuk mengumpul database di dalam sesuatu laman web.
Manakala, kemudahan Server Side Includes (SSI) mem-bolehkan sesuatu laman web
mengandungi maklumat secara dinamik.
Bantuan teknikal (Technical support)
Bantuan teknikal untuk laman web adalah perlu sekiranya pemilik laman web mempunyai
apa sahaja soalan berkenaan dengan akaun webhostingnya. Kebiasaannya bantuan teknikal
diberi 24 jam sehari.
Sememangnya terdapat banyak syarikat yang menyediakan kemudahan webhosting kini dan
harga yang ditawarkan juga adalah amat kompetetif. Sebelum memilih syarikat webhosting,
pastikan juga syarikat tersebut mempunyai reputasi yang baik di kalangan pelangganpelanggannya yang sedia ada.

Anda mungkin juga menyukai