Anda di halaman 1dari 11

SJK (C) KG.

BARU AMPANG,
68000 AMPANG,
SELANGOR.

KERTAS CADANGAN
AKTIVITI GERAK CEMERLANG
BAHASA MELAYU

DISEDIAKAN OLEH:
SHARIFAH NUR RASYIDAH BT. SYED MOHD ZAINAL AL-BIDIN
GURU INTERSHIP SEMESTER 8 2015
IPG KAMPUS BAHASA MELAYU, KUALA LUMPUR.

1.0

PENGENALAN

Penggunaan pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru dalam
mengajarkan Bahasa Melayu terhadap murid-murid Cina sangat mempengaruhi
sikap dan minat murid Cina dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Sikap dan minat
murid

terhadap

pembelajaran

ialah

aspek

yang

penting

yang

berupaya

mempengaruhi prestasi mereka dalam pencapaian Bahasa Melayu. Tambahan lagi,


pembelajaran dalam bahasa bukan ibunda bukanlah sesuatu yang mudah atas
dasar pelbagai faktor yang berkaitan.
Justeru, pendekatan, kaedah dan teknik yang dilahirkan dalam bentuk aktiviti
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu haruslah yang memenuhi
minat murid dengan menggalakkan penglibatan aktif murid untuk mencetuskan
motivasi murid terhadap pembelajaran Bahasa Melayu.
Cadangan aktiviti gerak cemerlang Bahasa Melayu ini bukan sekadar
memenuhi kriteria pemarkahan pelaksanaan projek internship tetapi juga
merupakan satu inisiatif ke arah memupuk sikap dan minat murid Cina untuk
mempelajari

Bahasa

menyeronokkan. Ianya

Malaysia

dalam

bentuk

aktiviti

yang

menarik

dan

berkonsepkan main sambil belajar dengan gabungan

beberapa aktiviti permainan bahasa.


Perancangan aktiviti ini seiring dengan hasrat murni matlamat pendidikan ke
arah merealisasikan keperluan murid yang mempunyai wawasan diri, sikap yang
positif

dan

bermotivasi

tinggi

terhadap

pembelajaran

Bahasa

Melayu.

Memandangkan pencapaian murid-murid bukan penutur asli Bahasa Melayu ini


masih pada tahap sederhana dan kurang memuaskan, maka keperluan
perancangan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan sikap dan
motivasi murid adalah penting.
Oleh itu, pelaksanaan aktiviti ini diharap dapat memupuk sikap, minat dan
motivasi murid Cina terhadap pembelajaran Bahasa Melayu menerusi aktiviti main
sambil belajar sekaligus dapat meningkatkan keterampilan berbahasa dan interaksi
sosial dalam kalangan murid.

2.0 RASIONAL
Pemilihan perancangan aktiviti gerak cemerlang Bahasa Melayu ini berkonsepkan
main sambil belajar yang merangkumi beberapa aktiviti permainan bahasa.
Rasional pemilihan permainan bahasa dalam aktiviti ini untuk merapatkan jurang
alasan yang mengatakan bahawa aktiviti permainan bahasa kurang dipraktikkan
guru kerana ketiadaan ruang di dalam bilik darjah, bilangan murid yang ramai,
kekangan masa, ketiadaan alat dan bahan yang berkaitan dan sebagainya.
Sedangkan permainan bahasa ialah amalan praktik yang sesuai untuk digunakan
pada peringkat sekolah rendah sehingga peringkat sekolah menengah.
Perancangan aktiviti ini bukan sekadar inisiatif untuk memupuk sikap, minat
dan motivasi murid Cina untuk mempelajari Bahasa Melayu, bahkan merupakan
satu strategi ke arah peningkatan tahap pencapaian murid yang memenuhi aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) seperti mana yang digariskan
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
3.0 MATLAMAT
Matlamat perancangan aktiviti ini bertujuan jelas untuk memupuk sikap, minat dan
motivasi murid terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Berkonsepkan main sambil
belajar menerusi aktiviti permainan bahasa memberikan peluang kepada murid
Cina untuk mempelajari Bahasa Melayu melalui aktiviti yang menarik dan
mempunyai hubung kaitnya dengan kandungan isi pelajaran secara langsung. Hal
ini

demikian

kerana

perancangan

aktiviti

ini

berorientasikan

peperiksaan

memandangkan jangka masa pelaksanaan aktiviti ini hampir dengan tarikh


peperiksaan penggal dua. Justeru, setiap aktiviti permainan bahasa yang diikuti
murid dirangka agar mempunyai kaitan dengan isi kandungan peperiksaan Bahasa
Malaysia Di samping itu, perancangan aktiviti ini juga bertujuan untuk merangsang
interaksi verbal murid, menambah kefasihan dan keyakinan untuk berbahasa
Melayu, menggalakkan perkembangan perhubungan yang positif dalam kalangan
murid, dan berfungsi sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan yang
berkesan.

4.0 OBJEKTIF
Aktiviti ini bertujuan untuk mencapai objektif seperti yang berikut:
4.1

Berpeluang menggunakan kemahiran bahasa yang ada dalam konteks dan


situasi sebenar dan bermakna. Hai ini demikian kerana semasa bermain,
murid akan bertindak balas secara spontan, iaitu dengan bertanya,

4.2

memberikan arahan, meneka, membaca dan menulis.


Merangsang keinginan murid untuk belajar, berfikir, mendengar dan

4.3

mengeluarkan buah fikiran secara berkesan.


Berfungsi sebagai teknik mengulang kaji dan pengukuhan yang dapat

4.4

membantu meningkatkan kefahaman murid terhadap pembelajaran.


Menarik minat murid dalam suasana pembelajaran yang menyenorokkan

4.5

serta terlibat secara aktif.


Memupuk nilai-nilai murni

dalam

kalangan

murid

seperti

semagat

bekerjasama dalam kumpulan sebagai satu unsur kukuh bagi setiap


4.6

permainan untuk memastikan kemenangan kumpulan.


Meningkatkan motivasi, membantu proses sosialisasi dan menyatukan murid

4.7

daripada pelbagai aras kebolehan yang berbeza-beza.


Merancang dan melaksanakan aktiviti untuk meningkatkan kecemerlangan

4.8

murid dalam pencapaian Bahasa Melayu yang memenuhi aspek JERIS.


Menunjukkan komitmen yang tinggi oleh guru pelatih dalam usaha mencapai
kecemerlangan, sikap akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas

4.9

yang dipikul.
Melahirkan bakal guru yang mampu memberikan sumbangan kepada pihak
sekolah.

5.0 NAMA AKTIVITI


Aktiviti Gerak Cemerlang Bahasa Melayu

6.0 MAKLUMAT PELAKSANAAN AKTIVITI


6.1 Tempat
6.2 Tarikh

:
:

Bilik darjah Tahun 2E, Sjk (c) Kg. Baru Ampang.


13, 15 & 16 Oktober 2015 (Selasa, Khamis &

6.3 Masa
6.4 Kumpulan sasaran

:
:

Jumaat)
daripada masa P&P
Murid Tahun 2E (28 orang)

7.0 ANJURAN
Guru Internship semester 8 dari IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
dengan kerjasama pentadbir SJK (C) Kg. Baru Ampang dan guru mentor.
8.0 PROSEDUR PELAKSANAAN AKTIVITI
Perancangan aktiviti ini dijalankan dalam jangka masa satu minggu. Semua
murid Tahun 2E yang dipilih dalam pelaksanaan aktiviti ini akan dbahagikan
kepada lima kumpulan kecil dengan bilangan lima hingga enam orang setiap
kumpulan. Tempoh masa 3 hari dipilih memandangkan pelaksanaan aktiviti
adalah selama setengah jam daripada sejam setiap waktu P&P Bahasa
Malaysia.
Pada dua hari pelaksanaan, iaitu selasa dan khamis terdapat dua aktiviti
yang dicadangkan yang melibatkan stesen-stesen permainan. Setiap stesen
mengetengahkan

permainan

yang

berbeza

cara

yang

berorientasikan

peperiksaan. Stesen-stesen ini melibatkan aktiviti-aktiviti permainan bahasa


Melayu yang menggunakan bahan-bahan seperti kad permainan, board game,
Darts, Puzzle dan penggunaan komputer.
Setiap kumpulan murid akan menjalani aktiviti-aktiviti di stesen-stesen
yang berlainan pada satu masa. Semua ahli kumpulan mesti menghabiskan
setiap aktiviti di semua stesen secara berkumpulan kerana aktiviti atau
permainan yang dirancang memerlukan kesemua anggota kumpulan untuk
berbincang dan memberikan pendapat mereka terhadap sesuatu perkara atau
soalan yang diberikan.
Pada hari ketiga, iaitu hari jumaat terdapat dua aktiviti permainan bahasa
seperti aktiviti bermain darts bahasa yang menggunakan papan darts dan Kit
Kuiz Cepat dan Tepat yang menggunakan komputer.
Permainan- permainan ini dipelbagaikan agar murid-murid dapat
menggunakan kemahiran- kemahiran mereka untuk menghabiskan permainanpermainan tersebut dan pada masa yang sama dapat menunjukkan nilai-nilai

murni seperti saling menghormati, bertanggungjawab, integriti dan kerjasama


dalam kumpulan.
Bagi menguji keberkesanan permainan-permainan ini dalam mencapai
matlamat pembelajaran, setiap kumpulan akan diberikan borang pemarkahan
yang akan diserahkan kepada guru apabila selesai menjalani sesuatu
permainan. Guru juga membuat pemantauan semasa aktiviti dijalankan dengan
menggunakan borang rubrik yang merangkumi aspek-aspek penyertaan,
pertuturan Bahasa Melayu yang betul dan pemahaman murid terhadap
kandungan aktiviti yang diketengahkan.

9.0 CARTA GANTT PERANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI


AKTIVITI
Tarikh pelaksanaan

i.

Poket Kata
(susun perkataan menjadi ayat
yang lengkap)

ii.

Susun Suai Gambar (Puzzle )


(susun suai gambar dan bina
ayat berdasarkan gambar)

iii.

Silang Kata
(Lengkapkan ayat dengan
menggunakan jawapan daripada
perkataan dalam silang kata
-kata ganti nama diri)

iv.

Baca dan Jawab


(baca maklumat & jawab soalan
pemahaman)

v.
vi.

Main Dart Bahasa


Kit Kuiz Cepat dan Tepat
(merangkumi gabungan
kandungan aktiviti yang telah
dijalankan pada hari-hari
sebelumnya)

vii.

Penyampaian hadiah

13/10/15 15/10/15

16/10/15

10.0

(Selasa)

(Jumaat
)

(Khamis)

ENARAI AHLI JAWATANKUASA AKTIVITI


Penaung

: Puan Sakinah Ho binti Abdullah


Guru Besar SJK (C) Kg. Baru Ampang.

Penasihat

: Cik Lam Seong Yat


PK HEM SJK (C) Kg. Baru Ampang.

Penasihat Bersama : Puan Saluwa binti Harun.


Ketua Panitia Bahasa Melayu & Mentor Internship
11. 0 ANGGARAN BELANJAWAN
Bil.
1.

Perkara
Kertas Mahjong
( 10 helai x RM0.40 )

Kos (RM)
4.00

2.
3.

Kertas A4
(1 rim x RM7 )
Pen

4.

(5 batang x RM0.60 )
Mounting Board

5.

(2 keping x RM3 )
Papan Darts

6.

(1 x RM10 )
Hadiah pemenang

7.00
3.00
6.00
10.00
40.00
JUMLAH KESELURUHAN

RM 70.00

12.0 PENUTUP
Dengan ini, saya berharap agar cadangan aktiviti ini dapat diterima untuk
dilaksanakan mengikut perancangan yang telah disediakan. Semoga aktiviti Gerak
Cemerlang Bahasa Melayu ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

.....................

(SHARIFAH NUR RASYIDAH BT. SYED

(PUAN SALUWA BINTI HARUN)

MOHD ZAINAL AL-BIDIN)


Guru Internship,

Guru Mentor Internship,

IPG Kampus Bahasa Melayu,

SJK (C) Kg. Baru Ampang,

Kuala Lumpur.

Selangor.

Disahkan oleh :

........................................................
(PUAN SAKINAH HO BINTI ABDULLAH)
Guru Besar,
SJK (C) Kg. Baru Ampang,
Selangor.