Anda di halaman 1dari 5

Biji selasih boleh dimakan,

Menjadi perisa sedap terperi,


Selamat datang kami ucapkan,
Semoga majlis tambah berseri.
Daun Layu di tengah gurun,
Nampak jalur pohon cemara,
Tradisi Melayu turun temurun,
Pantun ditutur pembuka bicara.
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Salam ceria, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam penuh
kemesraan
Yang Amat Berbahagia Datin Sri Diraja Dato Sri Hajah Junaini binti
Kasim, Pengetua Cemerlang SMK Pelindung.
Yang dihormati
Pn Zuraida Bt Muhammad
GPK Pentadbiran
Yang dihormati
En Mohamad Nazim Bin Ismail
GPK HEM
Yang Dihormati
En Nazarudin b Mohd Yusof
GPK Kokurikulum
Yang Dihormati
En Zulaimi bin Ahmad
YDP PIBG SMKPd
guru-guru ketua Bidang,guru bimbingan dan kaunseling,ibu bapa,
guru-guru dan yang dikasihi para pelajar sekalian.

Alhamdulillah terus dipanjatkan, setulus hati, seikhlas nurani,


semurni jiwa, dimunajatkan rasa syukur ke hadrat Illahi, Allah
Yang Maha Agong dan Maha Tinggi, Maha Pengampun, Maha
Bijaksana, Maha Pengatur dan Maha Perencana. Ke atas segala
ciptaanNya di langit dan di bumi. Demi kebesaran dan ketulusan
rahmat yang dilimpahkan, demi kekuatan azam dan iltizam yang
dikurniakan,beserta izin dan inayahNya jua, didorong dan
digerakkan minda serta deria rasa, dianugerahkan akal kita
dengan kewarasan, fizikal mapan dengan afiah kecergasan,
lantas dihimpun dan dipertemukan kita semua bagi menjayakan
kemurnian agenda . Pihak majlis mengambil ruang seawal waktu
untuk menyatakan sepenuh aprisiasi setulus hati, atas kehadiran
ibu bapa, dan pelajar-pelajar. Selamat datang kami alu-alukan.
Terima kasih.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Dini hari pergi lautan,
Untuk menjala si ikan bilis,
Assalamualaikum tuan dan puan,
Mohon saya meneruskan majlis.
Majlis yang sedang diraikan ini ialah Majlis Akujanji dan Hari
Penetapan target pelajar SPM dan PT3 tahun 2015.
Antara objektifnya ialah untuk memastikan anak2 pelajar sedar,
bersedia dan berusaha dalam pencapaian akademik yang lebih
cemerlang.Manakala, ibu bapa juga turut memainkan peranan
bagi memastikan persediaan anak2 di rumah dan membantu
meningkatkan pencapaian akademik anak masing-masing.

Hadirin sekalian,
Kalau pergi ke Tanjung Keramat,
Singgah sebentar di rumah Cik Samad,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati acara dan agenda kita, marilah kita semua


selaku insan kerdil sifat dan upaya, dengan sanubari yang bersih,
minda yang jernih, menghimpunkan segala harapan dan
hasrat. Dengan bait-bait doa serta munajat. Untuk itu, majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan Al Fadhil Ustaz Zawawi
bin Junus untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
Aamin, Ya Robbal Aalamiinn.
Semoga pertemuan kita pada pagi ini dipelihara dan dilimpahkan
sepenuh manfaat dan keceriaan, menambah tautan kemesraan
serta berpisahnya kita nanti akan diiringi dengan jutaan
ketenangan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima
kasih kepada Al Fadhil ustaz Zawawi atas pimpinan doa itu tadi.
Hadirin sekalian,
Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah nan indah.
Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian,
Seterusnya, majlis menjemput Yang Amat Berbahagia Datin Sri
Diraja Dato Sri Hjh Junaini binti Kassim pengetua Cemerlang, SMK
Pelindung untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan
hormatnya mempersilakan.
Demikian itu tadi ucapan yang telah disampaikan oleh Yang Amat
Berbahagia Datin Sri Diraja Dato Sri Hjh Junaini binti Kassim
pengetua Cemerlang SMK Pelindung . Pihak majlis mengucapkan
ribuan terima kasih di atas ucapan yang disampaikan sebentar
tadi.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Kini tibalah saat yang dinanti-nantikan oleh pelajar-pelajar dan ibu
bapa. Majlis dengan segala hormatnya menjemput Saudara
Ahmad Izzat Zafrain selaku ketua Pelajar bagi menyempurnakan
3

acara Aku Janji oleh pelajar-pelajar TINGKATAN 3 & 5


2015. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas bacaan
ikrar sebentar tadi.
Hadirin sekalian,
Bunga seroja di atas cemara,
Jatuh sekuntum di atas para,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua yang kami pinta.
Tuan puteri pergi ke Rasah,
Pulang semula sebelah pagi,
Kita bertemu akhirnya berpisah,
Diizin Tuhan bersua lagi
Dengan ini maka berakhirlah majlis kita pada hari ini. Saya sudahi
dengan wabillahitaufik................................
Majlis mempersilakan barisan Guru Penolong Kanan Pentadbiran
mengiringi Yang Amat Berbahagia Datin Sri diraja Dato Sri Hh
Junaini bt Kassim Pengetua Cemerlang SMK Pelindung serta YDP
PIBG En Zulaimi bin Ahamd ke kantin untuk menikmati juadah
yang telah disediakan.
Diminta ibu bapa untuk tunggu di dalam Dewan.

Majlis diteruskan dengan perbincangan Konsultasi pelajar, ibu


bapa dan Guru Kelas.
Untuk Tingkatan 5 konsultasi dilaksanakan di ruang kreatif
4

Untuk Tingkatan 3 konsultasi dilaksanakan di dewan.


Semua pelajar yang ibu bapa hadir bersama atau tidak, anda
WAJIB berjumpa dengan guru kelas masing2 untuk
menandatangani Borang Akujanji.
Para pelajar diingatkan untuk masuk semula ke kelas masing2
pada jam 11.00 pagi.
Majlis mempersilakan ibu bapa dan pelajar untuk ke meja kelas
masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai