Anda di halaman 1dari 4

Refleksi Bina Insan Guru Fasa 2 2013

Tarikh

: 4 Julai 2013

Masa

: Jam 2.00 5.00 petang

Tempat

: Astaka IPG Kampus Keningau, Asrama

Penglibatan : PISMP Prasekolah, TESL, BM (Semester 2)


Aktiviti

: 1. Menyimen jalan raya berlubang


2. Membersihkan asrama
3. Taklimat Pengacaraan Majlis

Nama

: Dg. Noor Fathirah Adilah Binti Awang Omar

Opsyen

: PISMP Prasekolah Semester 2 Ambilan Januari 2013

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana telah berjaya menghabiskan program Bina
Insan Guru bagi Fasa 2 tahun 2013. Kami telah menjalani Program Bina Insan Guru
yang memerlukan kami untuk melakukan khidmat sosial. Kumpulan kami iaitu PISMP
Prasekolah, PISMP TESL dan PISMP Bahasa Melayu telah menjalani Program Bina
Insan Guru Fasa 2 di IPG Kampus Keningau.
Kami telah menjalani taklimat BIG sebelum memulakan aktiviti bersama Encik
Shamrin dan Encik Ismail Bin Thani dan aktiviti BIG telah dirasmikan oleh Timbalan
Pengarah IPG Kampus Keningau, Tuan Haji Baharom Bin Mohammad Nor. Semasa
ucapan Timbalan Pengarah, banyak nasihat dan dorongan yang telah saya perolehi.
Contohnya, sebagai seorang guru kita harus bersedia mengharungi pelbagai cabaran
dan akan sentiasa berhadapan dengan masyarakat.
Kami telah menjalankan aktiviti membaiki dan menyimen jalan raya sekitar kawasan
masjid dan blok asrama IPG dan telah membersihkan asrama perempuan. Banyak
pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang melaksanakan aktiviti ini seperti
mengetahui cara-cara untuk membuat simen dan menampal lubang-lubang di atas
jalan. Bukan itu sahaja, malah saya juga telah belajar mengenai cara pengurusan

sesuatu aktiviti yang baik dan lancar. Saya juga belajar mengenai cara berurusan
dengan orang-orang yang penting dan cara mengendalikan sesuatu aktiviti. Aktiviti ini
telah berakhir pada jam 6.00 petang dan diakhiri dengan makan petang beramai-ramai
yang ditaja oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Keningau. Acara makan beramairamai dapat mengukuhkan lagi tali persahabatan dan persefahaman antara kumpulan
PISMP semester 2.
Baki masa selama 3 jam pula telah diisikan dengan program taklimat
Pengacaraan Majlis oleh Encik Ismail Bin Thani. Taklimat ini telah dijalankan pada hari
khamis bersamaan dengan 29 Ogos 2013 di Dewan Tan Sri Suffian Koroh. Sepanjang
taklimat ini, saya telah belajar bagaimana untuk mengacarakan sesuatu majlis mengikut
jenis-jenis majlis seperti majlis didalam dewan atau diluar dewan, majlis formal atau
separa formal dan banyak lagi. Saya juga belajar mengenai panggilan bagi dif-dif
jemputan dan cara untuk menyampaikan ucapan dengan intonasi yang betul. Selain itu,
saya juga dapat belajar bagaimana untuk mengatasi halangan-halangan sepanjang
mengacarakan sesuatu program. Walaupun sebelum ini saya pernah ditugaskan untuk
menyediakan teks ucapan MC bagi Program Hari Potensi Prasekolah, saya tidak mahu
mensia-siakan peluang ini untuk belajar dengan lebih mendalam lagi tentang proses
pengacaraan majlis. Peluang ini dapat membawa manfaat dan kebaikkan kepada saya
kelas jika terlibat dalam mengacarakan sesuatu majlis.
Bagi pendapat saya, pengacaraan majlis juga merupakan salah satu daripada
khidmat sosial dimana kita terlibat dalam membantu melancarkan majlis sesuatu pihak
atau individu. Tanpa pengetahuan yang mendalam mengenai cara mengacarakan
majlis dengan betul, sesuatu majlis itu tidak dapat berjalan dengan lancar. Oleh itu,
saya berasa bersyukur kerana telah mendapat banyak input daripada hasil taklimat
Encik Ismail Bin Thani dan pembentangan teks ucapan daripada kumpulan pelatih
semester 2. Saya juga sedar bahawa sebagai seorang pendidik atau guru, kita harus
profesional dalam bekerja dan sentiasa menghormati orang di sekeliling kita.

Namun begitu, terdapat juga beberapa kelemahan yang saya rasakan sepanjang
Program Bina Insan guru ini dijalankan. Contohnya, akibat ketiadaan peruntukkan dari
pihak Institut Pendidikan Guru, Program Bina Insan guru terpaksa dijalankan di dalam
kawasan IPG sahaja. Kami tidak berpeluang untuk melaksanakan khidmat masyarakat
di luar seperti kampung atau sekolah-sekolah yang berdekatan.
Rancangan awal bagi program BIG ini adalah aktiviti khidmat sosial diadakan di
stadium kompleks keningau. Hal ini serentak dengan program Hari Sukan Tahunan IPG
Kampus Keningau. Pembahagian tugas juga telah diberikan dimana kumpulan BIG
Fasa 2 terlibat dalam aktiviti membersihkan stadium seperti mengutip sampah selepas
tamat program Hari Sukan Tahunan.

Namun begitu, rancangan ini dibatalkan atas

sebab-sebab tertentu yang menyebabkan program BIG Fasa 2 terpaksa ditangguhkan


dan dijalankan hanya dalam kawasan IPG Kampus Keningau.
Selain itu, aktiviti yang dirancang juga hanyalah untuk membaiki jalan-jalan yang
berlubang. Pelajar pula terlalu ramai dan aktiviti tersebut cuma dapat melibatkan
sebilangan pelajar sahaja terutama pelajar lelaki yang lebih arif dan mahir dalam kerjakerja menyimen jalan raya.
Oleh kerana pelajar perempuan lebih ramai, kami telah diarahkan untuk
membersihkan asrama perempuan. Kami telah membersihkan tandas, ruang koridor
asrama, membuang sampah dan membersihkan tahi kucing.
Namun begitu, saya tidak memandang kelemahan tersebut sebagai satu alas an
untuk tidak melaksanakan aktiviti BIG Fasa 2. Kelemahan tersebut mungkin dapat
diperbaiki pada masa akan datang. Harapan saya adalah semoga aktiviti BIG bukan
sahaja mendatangkan pengalaman dan pengajaran dalam hidup kita tetapi juga
merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan menggembirakan.
Antara kelebihan yang boleh didapati daripada program

BIG Fasa 2 adalah

selain daripada membekalkan kami pengalaman yang berguna, pihak IPG juga dapat

manfaat yang sama seperti jalan yang rosak telah dibaiki dan tidak lagi membahayakan
para pengguna jalan raya dan asrama juga selesa untuk didiami dan kondusif untuk
para pelatih IPG. Saya juga sedar bahawa seorang guru pasti akan berhadapan
dengan masyarakat. Oleh itu, guru perlu menunjukkan sikap-sikap yang mulia seperti
hormat-menghormati, tolong-menolong, bertolak-ansur, bertimbang rasa, prihatin,
penyayang dan banyak lagi.
Akhir sekali, saya berharap agar segala ilmu dan kemahiran yang saya dapati
sepanjang melaksanakan program BIG Fasa 2 ini dapat saya terapkan dan praktikkan
pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai