Anda di halaman 1dari 5

SKRIP JAMUAN AKHIR TAHUN 2015

GLAMOUROUS NIGHT
BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM
KE PEKAN KUALA MEMBELI BINGKA,
SAYANG PESANAN TERLUPA SUDAH;
MAJLIS BERMULA TIRAI DIBUKA
DENGAN ALUNAN MADAH YANG INDAH
GLAMOUROUS NIGHT NAMA DIBERI
TEMA PILIHAN KGKT KALI INI
JAMUAN AKHIR TAHUN KITA MULAI
MENCIPTA KENANGAN TERSEMAT DI HATI
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA
MALAYSIA SALAM SEHATI SEJIWA...

SALAM

Sidang hadirin yang dimuliakan,


Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh
bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
bermunajat kepada Allah S.W.T, mengaminkan bacaan
doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Abdul Aziz
bin Mohamed. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
- Bacaan doa
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Abdul Aziz bin
Mohamed atas bacaan doa itu tadi.
Berkicau burung di atas dahan
Tinggi pohonnya di tepi kali
1

Pembuka majlis, doa sudah dipanjatkan


Memohon keberkatan dari Ilahi
Yang Berusaha,
Pn. Aloha Khana bt Ahmad @ Mohammed
Tuan Pengetua SMK Kemumin
Yang Amat Berbahagia
En. Hishamuddin bin Rashid
Pengarah JASA Negeri Kelantan
Yang Berbahagia
En. Azmi bin Abdullah
YDP PIBG SMK Kemumin
Yang Berusaha
Pn. Mahiran bt Roni
PKP SMK Kemumin
Yang Berusaha
Pn. Zalehasmah bt Ahmad
PK HEM SMK Kemumin
Yang Berusaha
Pn. Norizan bt Idris
PK KO SMK Kemumin
Yang Dihormati
En. Ahmad Fitri bin Abd Kadir
Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan SMK Kemumin
Yang Dihormati
Barisan Guru-Guru Kanan, AJK Kelab Guru dan
Kakitangan SMK Kemumin, Guru-guru, staf sokongan
dan hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah
sekalian.

Woooooowwww..Glamourous Night.tema Majlis


Makan Malam kita pada tahun ini.Lihat di situ, di
sanadi sinun.di sini.semuanya glamour
NYAHHHH..AWWWWW.
Anak monyet anak kera
Anak singa bernama Tahim
Sambil berkumpul beramah mesra
Mempereratkan lagi silaturrahim
Sidang hadirin yang berbahagia
Tujuan majlis ini diadakan, bukan sahaja untuk majlis
makan-makania juga menjadi medan bagi kita semua
beramah mesra sesama kita, demi mempereratkan lagi
silaturrahim antara satu sama lain setelah berpenat
lelah dengan penglibatan dalam pelbagai aktiviti, yang
telah sekolah kita anjurkan sepanjang tahun.
Buah pala buah kuini
Dibuat asam dimakan bersama
Ucapan aluan menyusul kini
Pengerusi KGKT ingin berbicara
Seterusnyamembuka tirai ucapan kita pada malam
glamourous inimajlis dgn sukacitanyamenjemput
Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan SMK Kemumin,
En. Ahmad Fitri bin Abdul Kadir untuk menyampaikan
ucapan alu-aluanDipersilakan
- UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI KGKT
Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih
kepada Pengerusi KGKT di atas ucapan beliau tadi.
Tuan puan sekalian,
Cantik manis mata memandang
3

Cik abangnya pula hensem bergaya


Tuan Pengetua bermadah selamat datang
Bangga terasa kehadiran kita semua.
Tanpa melengahkan masa lagi.majlis dengan sukacita
dan penuh takzim, menjemput dan mempersilakan
Yang Berusaha Pn. Aloha Khana bt Ahmad untuk
memberikan ucapannya. Dipersilakan.
- UCAPAN TUAN PENGETUA
Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih
kepada Yang Berusaha Tn. Pengetua di atas ucapan
beliau sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat yang berbahagia,
Kukuh ukhwah rapi tersimpul
Janji persahabatan kejap terpatri
Hotel Perdana tempat berkumpul
Glamourous Night nama diberi
Dewan
nama diberi
Dihias indah menanti kami
Sajian hidangan harum mewangi
Berlagu sang perut minta diisi
Berkelip-kelip baju dipakai
Cantik dan kacak sudahlah pasti
Jemput tuan sudi-sudikanlah diri
Jangan hanya dipandang juadah ini
Tuan puan sekalian,
Nampaknyamata sudah melilau ke juadah di atas
mejaperut pun sudah mula bernyanyi
4

keroncong.Baiklah.apa kita kita jemput al-fadhil


ustazuntuk membacakan doa makan.
Terima kasih ustaz.dan Selamat menjamu selera.
Penyampaian anugerah.

Anda mungkin juga menyukai