Anda di halaman 1dari 10

isu guru ponteng

1.0 Pengenalan
Dalam era globlisasi masa kini, seseorang itu dikatakan seseorang yang
berdisiplin dalam apa-apa jua bidang mestilah mempunyai ciri-ciri seperti
berdisiplin,bertanggungjawab, amanah, ikhlas dan nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni
ini akan membentuk etika seseorang individu tersebut .Apa yang dimaksudkan dengan
etika?.
Istilah Etika atau ethic adalah b e r a s a l d a r i p a d a p e r k a t a g r e e k e t h o s
y a n g b e r m a k s u d p e r w a t a k a n a t a u keperibadian. Mengikut pengertian Kamus
Dewan (1995) terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka etika bermaksud satu sistem dasar
akhlak, adat atau tingkah lakuatau kesusilaan. Menurut pengertian dari sudut Islam
pula , etika adalah akhlak.Ianya merujuk kepada tingkah laku yang baik yang dituntut syarak.
Menurut sarjana barat J.L. Mackie beliau mendefinisikan etika
sebagaidisiplin yang dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu perbuatan
sertamenyediakan garis-garis perbezaan antara kebaikan dan keburukan seseorang.Menurut
A.R. Licey dan W.L. Reese pula mereka mendefinasikan etika sebagai kegiatan
aktiviti praktikal yang melibatkan tingkah laku, adat dan carahidup serta aspek niat
dan kecenderungan seseorang atau masyarakat dalammelakukan sesuatu aktiviti.
Menurut pandangan ahli falsafah pula, etika merujukkepada pengajian moral yang
bertumpu kepada nilai dan kelakuan manusia.
Etika di sini dapat disimpulkan sebagai prinsip-prinsip tingkah laku
yangbertanggungjawab yang menentukan tindakan individu yang boleh di terima
darisegi moral. Setiap individu haruslah mempunyai etika yang dapat diterima
olehp i h a k m a s ya r a k a t . K e t i d a k s e i m b a n g a n e t i k a i n d i v i d u s e k a r a n g
ini banyak membawa kepada gejala-gejala yang tidak bermoral
s e p e r t i r a s u a h d a n sebagainya.

Definasi
Etika
Profesional
pula
merujuk kepada
etika
dalam
sesuatuprofesion dan bidang yang profesional. Profesional boleh
ditakrifkan dengank e u p a ya a n d a n k e c e k a p a n d a l a m m e l a k s a n a k a n
s e s u a t u t a n g g u n g j a w a b berdasarkan kepada ilmu dan latihan serta kepakaran.
Etika profesional puladitafsirkan sebagai satu panduan dan tatacara yang
menentukan kualiti moral,profesional dan nilai.

Kesimpulannya etika profesional ialah garis panduan yang b e r t u j u a n


meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin
d a l a m perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua
a s p e k ya n g berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai,
serta tingkah lakuprofesion dalam masyarakat.Prinsip etika ini haruslah dipelajari
dan diamalkan oleh setiap individudalam masyarat dalam apa jua perkara
yang dilakukan. Tahap disiplin yang tinggi dan pemikiran yang positif
berjaya menjadikan seseorang individu itu menjadi seorang yang beretika tinggi.
2.0 Kepentingan Etika Dalam Profesion Perguruan
E t i k a k e r j a a d a l a h n i l a i - n i l a i p e n t i n g ya n g p e r l u d i l a k s a n a k a n
d a l a m s e s e b u a h o r g a n i s a s i . K e m e n t e r i a n P e l a j a r a n M a l a ys i a ( K P M )
j u g a t i d a k terkecuali mempunyai Etika kerja sendiri. Takrif yang diberikan
oleh KPMtentang Etika Kerja Perguruaan ialah Etika Kerja ialah panduan
tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga KPM berlandaskan nilai-nilai
ahklak yang mulia.Kepentingan etika kerja perguruan dapat memartabat profesion perguruan itu
sendiri. Kod etika perguruan dianggap penting kerana :
1.

Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalamprofesion perguruan.
Ianya sebagai penduan dan juga sesuai untukdirujuk dan diamalkan oleh guru.

2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawabguru terhadap


pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Ianya jugamembantu guru lebih faham dan jelas
tentang tanggungjawab mereka.

3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara


inimenunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara
lain.Perbezaan ini memberi guru-guru menilai dan melihat keunikan
etikayang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.
4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan.
Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusisejauh mana kod etikanya boleh
dipertahankan dan dikuatkuasakan.

5. M e n e r u s i k o d e t i k a , g u r u d a p a t m e n i n g k a t k a n l a g i i m e j
p r o f e s i o n perguruan secara hitam putih dan rasmi. Ianya dapat membuka
matamasyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat serta
menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.

6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi.


Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam
menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan
perhubungan antara ahli dalam organisasi. (INTAN, 1991).
Etika yang ditunjukkan oleh guru melalui kod etika perguruan dan prinsip-prinsip
etika ini, sedikit sebanyak menjadi guru-guru sebagai role model k e p a d a
p e l a j a r.
Senario
ini
mempengaruhi
etika
pelajar
dan
m e m b a n t u pembentukan modal insan pada masa akan datang.
Kesimpulannya melalui pemerhatian pelajar terhadap guru menjadikan
pelajar berkenaan lebih b e r d i s i p l i n d a n b e r e t i k a . Ti n g k a h l a k u g u r u
yang berdisiplin dan terikat dengan garis panduan Etika Perguruan
membantu memperkembangan p o t e n s i p e l a j a r k e a r a h s a t u
pembentukan individu yang berjaya dan menjadikan pelajar
cenderung kepada tingkahlaku positif
3.0 Isu-Isu Etika Perguruan.

a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)

Pada era yang serba moden ini guru-guru di Malaysia tidak


dapat
mengelak
dari
terlibat
dalam
masalah
etika
perguruan. Antara isu-isu etika guru ialah:
Kesantunan guru
Kepedulian guru
Penampilan guru
Berniaga di sekolah
Kerjaya sambilan
Pengurus masa
Pengurus kewangan
Antara isu yang terjadi di kalangan guru ialah guru ponteng.
Masalah ini selalunya terjadi di sekolah-sekolah kawasan
pedalaman dan isu ini selalunya jarang berlaku di sekolahsekol ah Bandar.
Isu
guru
ponteng
termasuklah
di
bawah
isu
etika
Penampilan Guru. Contohnya artikel mengenai guru ponteng
ya n g di ambil da ri laman web www.j h ea in s.sa bah .g ov.my .

Amaran Kepada Guru Ponteng Sekolah ( Etika Penampilan Guru)


Kategori: Berita JHEAINS (Pusat)
Jumaat, 21 Mei 2010
Oleh: Ahmad Haji Yassin

TAWAU - Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS)
Datuk Haji Amri A Suratman memberi amaran bahawa Jabatan Hal Ehwal Agama
Islam Negeri Sabah akan mengambil tindakan tegas termasuk tindakan tatatertib
seperti termaktub dalam Perintah Am Negeri Sabah PANS kepada mana-mana guruguru JHEAINS yang didapati ponteng mengajar atau menyerahkan tugas mengajar
kepada orang lain.
Amanat beliau disampaikan oleh Hajah Siti Afsah Kudi, Ketua Penolong Pengarah
(KPP) Bahagian Khidmat dan Pengurusan ketika memberikan Taklimat Perjawatan
kepada Guru-Guru JHEAINS di Tawau.
Katanya, dari laporan yang beliau terima terdapat guru-guru yang ponteng mengajar
selain terdapat kejadian menyerahkan tugas mengajar kepada orang lain. Ini satu
tindakan yang tidak sihat dan boleh menjejaskan imej guru-guru JHEAINS. Katanya
Jabatan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap guru tersebut.
Kita mahu semua guru-guru JHEAINS komited dengan tanggungjawab yang
diamanahkan kepada mereka.
Mengulas mengenai perjawatan guru, menurut beliau guru-guru yang dulunya gred
DG 6 yang telah lulus Diploma akan dinaikkan pangkat kepada DG A 29. Bagi guruguru Dg 17 mereka perlu berusaha mendapat kelulusan Diploma supaya gred
mereka dinaikkan ke gred DG A 29.
4.0 FAKTOR GURU PONTENG
Menurut Cascio (2005), ketidakhadiran bermaksud apa-apa sahaja kegagalan
seseorang pekerja daripada melaporkan diri ataupun tidak berada di tempat kerja
mengikut masa yang telah ditetapkan atas apa alasan sekalipun. Ini menunjukkan
apabila seseorang pekerja itu tidak datang ke pejabat pada waktu bekerja maka
mereka dianggap sebagai tidak hadir. Sekiranya seseorang pekerja tidak hadir tanpa
sebarang sebab yang munasabah, ianya boleh dianggap sebagai ponteng kerja.
Perkara yang sama boleh diperkatakan kepada pelajar sekolah yang tidak ke kelas
ataupun sekolah pada waktu persekolahan tanpa sebarang alasan, mereka juga
akan dianggap sebagai ponteng sekolah.
Menurut Cascio (2005), ketidakhadiran bermaksud apa-apa sahaja kegagalan
seseorang pekerja daripada melaporkan diri ataupun tidak berada di tempat kerja
mengikut masa yang telah ditetapkan atas apa alasan sekalipun. Ini menunjukkan
apabila seseorang pekerja itu tidak datang ke pejabat pada waktu bekerja maka

mereka dianggap sebagai tidak hadir. Sekiranya seseorang pekerja tidak hadir tanpa
sebarang sebab yang munasabah, ianya boleh dianggap sebagai ponteng kerja.
Perkara yang sama boleh diperkatakan kepada pelajar sekolah yang tidak ke kelas
ataupun sekolah pada waktu persekolahan tanpa sebarang alasan, mereka juga
akan dianggap sebagai ponteng sekolah.
Dalam konteks guru pula, diakui terdapat segelintir dari guru yang terlibat dalam
gejala ponteng ini disebabkan sebab-sebab tertentu. Menurut Randolfi (1996), salah
satu daripada kesan tekanan yang terlalu tinggi dalam kalangan pekerja boleh
mengakibatkanpelbagai kesan seperti psikologi, fizikal, tingkahlaku dan organisasi di
mana salah-satu daripada kesan organisasi ialah ianya membawa kepada
ketidakhadiran pekerja. Disebabkan kerjaya guru yang mencabar sudah pastinya
mereka akan berhadapan dengan pelbagai jenis tekanan sepanjang berada di
sekolah. Akibat daripada tekanan yang dihadapi, tidak mustahil bagi seseorang guru
bertindak untuk ponteng kerja seiring dengan kenyataan Randolfi.

Kemungkinan guru bertindak demikian supaya mereka berada jauh dari sekolah dan
segala tekanannya untuk mendapatkan ketenangan jiwa. Perkara ini turut disokong
oleh Ho (1997), yang mengatakan tekanan di dalam organisasi semakin merisaukan
pengamal pengurusan kerana memberi kesan terhadap keberkesanan perjalanan
sesebuah organisasi. Beliau ini juga mengatakan, punca utama untuk pekerja
bertindak tidak menghadirkan diri ke tempat kerja adalah disebabkan masalah
psikologi akibat tekanan kerja. Ketidakhadiran pekerja boleh membawa masalah
yang serius kepada organisasi lebih-lebih lagi apabila ianya berlaku secara kerap.
Segala
aktiviti
organisasi
akan
tergendala
kerana
mereka
yang
dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas tersebut tidak mampu untuk
menyelesaikannya mengikut perancangan yang telah dibuat. Kegagalan pekerja
menyiapkan tugasan mereka mengikut jadual akan turut menggangu kelancaran
tugasan pekerja lain dalam organisasi.
Bagi jangka masa panjang, organisasi akan menjadi semakin lemah kerana tidak
mempunyai kekuatan untuk membangun serta bersaing angkara sumber
manusianya yang kerap ponteng kerja. Perkara yang sama boleh berlaku ke atas
sekolah jikalau guru-gurunya sering mengamalkan perlakuan negatif ini. Ketiadaan
guru ketika khidmat mereka ditagih akan menjadikan pelajar hilang punca kerana
kebergantungan mereka terhadap guru untuk mendapatkan ilmu. Prestasi pelajar
dalam peperiksaan juga akan menurun apabila guru gagal untuk menghabiskan
silibus pengajaran seperti yang terkandung dalam rancangan pengajaran mereka.
Aktiviti-aktiviti kokurikulum juga tidak akan berjalan dengan lancar tanpa kehadiran
guru untuk memberi khidmat nasihat dan panduan berguna kepada persatuan dan

kelab. Pentadbiran sekolah juga turut bergerak perlahan kerana tidak mendapat
kerjasama penuh daripada guru yang bertindak menghilangkan diri dalam
memastikan segala laporan, kertas kerja dan data pelajar dihantar tepat pada
waktunya untuk memudahkan pihak sekolah membuat perancangan tahunan.

Menurut Fletcher (1988), tekanan di tempat kerja bukanlah suatu fenomena yang
terpencil, sebaliknya ianya merupakan sesuatu yang biasa berlaku. Kenyataan ini
membuktikan bahawa guru juga menerima tekanan di sekolah di mana ianya
bukanlah satu perkara yang luar biasa. Sesiapa sahaja yang sedang berada dalam
keadaan tertekan sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka dapat
keluar dari keadaan tersebut. Bagi guru yang sedang tertekan, tidak mustahil
mereka akan terfikir untuk ponteng kerja.
Secara umumnya faktor-faktor yang mendorong kepada kelakuan tersebut boleh
dibahagikan kepada tiga iaitu:
a) Sikap guru itu.
Sikap guru ini termasuklah rasa bosan yang terbit dalam diri guru setelah mereka
bertahun-tahun di sekolah yang sama dan menjalani rutin harian yang sama. Guru
tersebut akan mula berasa bosan dengan perkara yang hampir sama dilaluinya
setiap hari. Sikap guru yang tidak bertanggungjwab dan tidak memegang amanah
serta mengabaikan kod etika perguruan juga cenderung melakukan kesalah ini
secara tidak sengaja. Malah mereka tidak menyedari bahawa mereka telah
melakukan kesalahan yang amat berat dan melanggar etika keguruan dan secara
tidak langsung merendahkan martabat keguruan dalam diri mereka itu sendiri.
Selain ini minat yang hilang untuk mengajar juga merupakan salah satu faktor
menyebabkan guru hilang motivasi untuk memberi komitmen yang sepenuhnya
kepada sekolah.
b)

c)

Persekitaran
Apabila dikaitkan dengan persekitaran, guru yang ditugaskan di persekitaran
sekolah yang harmonis akan memberikan komitmen sepenuhnya berbanding
sebaliknya. Rakan-rakan kerja yang komited akan mempengaruhi sedikit sebanyak
persembahan guru tersebut dalam pekerjaannya. Sekiranya guru itu ditugaskan di
sekolah yang persekirannya agak pasif maka guru tersebut akan menjadi pasif dan
akhirnya hilang motivasi kerja dan tidak memberi komitmen yang sepenuhnya.

Bebanan kerja

Bebanan kerja guru yang semakin hari semakin meningkat merupakan salah satu
faktor yang menyumbang kepada masalah guru ponteng. Tekanan kerja yang
dibebani kadang kala menyebabkan mereka tidak bersedia untuk mengajar demi
untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Guru mengambil langkah mudah dengan
meminta murid untuk melakukan kerja masing-masing sementara guru tersebut
menyiapkan tugasan yang diberikan kepadanya oleh pihak pentadbir. Masalah
bebanan kerja ini perlu diteliti semula kerana bebanan kerja yang melampau akan
menganggu proses P&P guru dan memberi tekanan emosi kepada guru
sehinggakan minatnya untuk mengajar terganggu.
4.1 Isu Etika Penampilan Guru
Masalah guru ponteng sekolah terletak di bawah isu penampilan guru. Isu etika
Penampilan Guru dipengaruhi oleh tiga Faktor iaitu pendidikan, persekitaran dan
pengalaman. Berdasarkan isu artikel yang di petik dari laman web rasmi
(JHEIANS), jelas menunjukkan bahawa isu guru ponteng adalah termasuk dalam
ketogori isu penampilan guru.
Faktor pendidikan merupakan faktor lebih memfokuskan pendidikan awal yang
diterima oleh seseorang guru. jika pendidikan pendidikan yang berterusan diberikan
oleh keluarga, maka pembentukan sikap juga terbina kesan daripada pendidikan
tersebut. Kebiasaannya guru yang terdidik dalam keluarga yang mementingkan
penampilan sahsiah diri turut akan menonjolkan penampilan diri dalam amalan
kehidupan dan perkhidmatan yang mereka ceburi.
Penampilan diri yang disebabkan oleh faktor persekitaran amat luas skopnya
termasuklah keluarga, kebuadayaan, pengaruh sekolah, media massa, pengalaman
dan masyarakat. Walaubagaimanapun, persekitaran yang baik dan harmonis boleh
mempengaruhi sikap yang positif dan sebaliknya. Ini bermaksud bahawa guru boleh
menunjukkan penampilan diri mereka yang lebih baik, jika mereka bijak membawa
diri dalam suasana dalam persekitaran yang ada. Guru seharusnya mempunyai jati
diri agar mereka tidak terpengaruh dengan penampilan negative yang ditunjukkan
oleh persekitaran mereka.
Faktor pengalaman juga memberikan kesan kepada penampilan seseorang guru.
pengalaman hidup dan kerja seseorang guru juga, dapat mempengaruhi sikapnya
samaada kearah yang lebih postif atau negatif. Seseorang guru yang mempunyai
pengalaman yang luas dalam bidang perguruan tentunya lebih memahami dan
mudah beradaptasi dengan mana-mana sekolah di mana dia ditugaskan berbanding
dengan guru yang masih lagi mentah di dalam bidang ini. Oleh yang demikian kita
boleh lihat bahawa guru yang sudah berpengalaman lebih menonjolkan penampilan
diri mereka berbanding guru permulaan yang baru ditempatkan di sekolah.
Aspek peribadi guru yang bersifat tidak sesuai, dan tidak mencerminkan seorang
guru yang sejati dengan tingkahlaku yang merendahkan martabat diri, contohnya
lambat masuk kelas mengajar, masuk sekejap kemudian tinggalkan murid membuat

kerja sendiri, dan suka membuang masa mencerminkan penampilan peribadi guru
itu yang perlu di ubah. Ini juga termasuklah isu guru ponteng yang menunjukkan
peribadi negatif kepada murid yang memandang guru sebagai role model.
Aspek yang perlu ada pada seseorang guru perlu mempunyai sikap positif dan
memiliki keterampilan pengetahuan dan kemahiran yang tidak dipertikaikan,
berfikiran terbuka, pandai mengurus masa dan keperibadian yang tinggi iaitu
menepati masa, masuk ke kelas dengan cepat , mengajar dengan penuh dedikasi,
suka berkerjasama dengan rakan sejaran dan mempunyai sifat dan ciri-ciri
profesionalisma dan profesionaliti yang tinggi perlu ada pada setiap individu yang
bergelar pendidik.
Setiap pergerakan guru juga akan mengambarkan penampilan diri guru yang
berkenaan. Cara duduk guru turut dalam pemerhatian murid di sekolah. Murid
sentiasa memerhati kelakuan guru terutamanya ketika proses pengajaran dan
pembelajaran.
Guru yang mempunyai penampilan diri yang baik akan sentiasa disenangi murid.
Seseorang guru yang mempunyai sifat-sifat penampilan yang mulia dalam diri
mereka akan sentiasa mempunyai sifat yang peramah, mesra, penyanyang,
bertimbang rasa, kemas dan suka buat lawak, untuk menarik perhatian murid
kepada proses pembelajaran yang sedang berlaku. Guru yang mempunyai
penampilan diri akan sentiasa berusaha menepati masa, menghadiri kelas, ikhlas
dan sabar semasa menyampaikan pengajaran, tertib dan bertanggungjawab dalam
menjalankan tugas dan yakin kepada diri.
5.0 Lagkah Mengatasi Masalah Perlanggaran Etika Guru.
Dalam memastikan guru menjaga keterampilan unggul dan tidak
melanggari kod etika keguruan, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
haruslah memberi kursus dan latihan yang selengkapnya dalam
melahirkan guru yang berwibawa pada masa akan datang.
Seterusnya kerjasama daripada pihak pentadbir yang terdiri daripada Guru
Besar mahupun Pengetua Sekolah yang tidak pilih kasih tetapi turut
menilai prestasi guru-guru bawahannya secara adil dan saksama. Pihak
atasan juga tidak seharusnya memberi tekanan kepada guru.
Selain daripada itu, guru-guru yang bakal dikeluarkan seharusnya
menguasai elemen-elemen yang terdapat dalam kod etika keguruan di
Malaysia sebelum mereka di tempatkan untuk mengajar kelak.
Pihak kementerian pelajaran juga hendaklah mengambil tindakan tegas
kepada guru-guru yang melanggar etika perguruan agar tidak lagi berlaku
guru-guru yang melanggar etika keguruan. Penegasan dalam undangundang juga akan memberi kesedaran kepada guru-guru lain agar tidak
melakukan kesalahan yang sama dan berulang.

6.0 Kesimpulan
Kesan-kesan yang dihadapi oleh guru antaranya ponteng kerja masih lagi boleh
dikawal oleh pihak sekolah. Namun, sesuatu yang positif perlu dilakukan segera oleh
pihak atasan sekolah dan juga guru bagi mengelakkan punca-punca tekanan ini
membawa kesan yang lebih teruk sekiranya dibiarkan berterusan. Boleh dikatakan
tekanan dapat dikawal dengan baik oleh guru sekiranya mereka mementingkan
kepada cara-cara untuk menguruskan tekanan tersebut. Pengurusan tekanan amat
kritikal atau diperlukan oleh guru bagi memastikan mereka sentiasa bersedia untuk
menghadapi segala cabaran dalam dunia perguruan yang mendatang.
Perubahan demi perubahan yang pantas berlaku akan menjadikan kerjaya seorang
guru lebih sukar ataupun complicated. Sekiranya guru tidak mampu mengawal diri
dan tekanan mereka dengan baik, sudah pastinya kerjaya mereka bukan sahaja
akan berakhir lebih awal malahan dikenakan tindakan-tindakan disiplin yang keras
pula atas segala kesalahan yang dilakukan.
Perubahan demi perubahan yang berlaku dalam persekitaran dunia pendidikan pada
hari ini ternyata menyebabkan guru juga perlu berubah, namun tidak ramai yang
mampu untuk membuat perubahan secara drastik menyebabkan tekanan mula
menguasai mereka dan akhirnya membawa kesan yang besar kepada sistem
pendidikan yang dilaksanakan di sekolah amnya dan di Malaysia khasnya.
Akhir sekali, sokongan yang berterusan daripada pihak pengetua sehinggalah
kepada kakitangan pentadbiran amat penting bagi menjamin persekitaran tempat
kerja yang harmoni dan aman untuk semua pihak. Konflik yang sedang berlaku akan
berterusan tanpa noktah sekiranya masih tiada ruang untuk bekerjasama dibuka
seluas-luasnya untuk kedua-dua belah pihak iaitu pentadbiran dan akademik.

BIBLIGRAFI
Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon,(2012) Asas
Kepimpinan & Perkembangan Profesional ,Selangor, Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd
Abdul Rahman Abdul Aziz (2000), Kemahiran Sosial Asas. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors.
http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760392/1/
cuepacs.blogspot.com/2009/.../guru-bermasalah-elok-ke-pejabat.htm

http://pendidikangurubaru.blogspot.com/2012/02/kod-etika-perguruanmalaysia.html#!/2012/02/kod-etika-perguruan-malaysia.html