Anda di halaman 1dari 8

Makan roti disapu kaya,

Kaya dibeli menaiki kereta,


Dadah dan Aids sangat berbahaya,
Perosak bangsa negara kita.
Jebat derhaka berpaling tadah,
Menuduh Tuah melanggar sumpah;
Kalau sudah ketagihan dadah,
Bangsa musnah agama pun punah.
Samfu, kebaya dan juga sari,
Yang mana satu pilihan hati;
Usah menyeksa diri sendiri,
Dadah bukan teman sejati.
Dari Alor Gajah ke Kampung Gangsa,
Hendak menjerat di Parit Melana;
Jauhi dadah pemusnah bangsa,
Hidupkan berkat lebih bermakna.

Melaka bersejarah diberi nama,


Terkenal sudah di serata dunia;
Hindarilah dadah musuh utama,
Tanpa dadah keluarga bahagia.
Terkenal bola kerana bulat,
Terkenal tukul kerana pahat;
Jika dadah dijadikan kiblat,
Hidup merana sepanjang hayat.
Hendak berkelah di Tanjung Bidara,
Janganlah lupa membawa celana;
Hilang keluarga hilang saudara,
Pengaruh dadah diri yang merana.

Anak kenari si anak merbah,


Anak merpati di atas para,
Cemerlang sekolah tanpa dadah;
Gemilang bangsa maju negara.
Terang tanah baru nak pulang,
Duduk bermadah hati nan walang;
Tanpa dadah pelajar cemerlang,
Maju bangsa negara terbilang.
Waktu petang menunggang kuda,
Duduk berbincang di atas titi;
Cegahi dadah di usia muda,
Cergas minda pelajar berkualiti.

Pelawak terkenal bernama Nabil,


Membuat orang mudah tergelak;
Punca utama dadah diambil,
Pengaruh rakan susah ditolak.
Tenggek burung dan juga pegaga,
Pelbagai ulam sangat digemari;
Iman dipupuk takwa dijaga,
HIV dan AIDS dapat dihindari.
Singgah kuala memasang lukah,
Sambil membaca di tepi jeti;
Usah remaja tersilap langkah,
Pemimpin berjaya jadi realiti.
1Malaysia laungan bersama,
Hidup harmoni aman sejahtera;
AADK pelaksana utama,
PPDa peneraju negara.

KAWAN-KAWAN,

Kajian oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan


kegiatan penagihan dadah lazimnya bermula dengan
tabiat menghisap rokok.
Ini kerana tabiat ketagihan dihasilkan oleh unsur nikotin
yang terdapat dalam rokok.
Apabila merasakan rokok tidak memberi kepuasan,
mereka beralih kepada ganja dan sekiranya ganja juga
tidak memberi keseronokan, mereka akan beralih kepada
heroin dan morfin.
Kita semua tahu bahawa manusia sememangnya
mempunyai sikap tidak pernah puas dengan apa yang
sudah diperolehi.
Jelasnya, pencegahan tabiat merokok juga penting dalam
memerangi najis dadah kerana implikasinya terhadap
dorongan untuk mendapatkan dadah.

Pernah dengar ungkapan "Enam Jahanam"?, apa yang


mungkin anda fikirkan?
Adakah itu judul sebuah filem klasik P. Ramlee atau nama
kumpulan penjenayah yang diburu oleh pihak polis?
Rupa-rupanya, ungkapan itu merujuk kepada enam jenis
dadah yang harus diberi perhatian serius kerana
penyalahgunaannya yang meluas di era kini.
Antara jenis-jenis dadah yang dikatakan sebagai "Enam
Jahanam" itu ialah heroin, kokain, ecstasy, kanabis, syabu
dan morfin.
Sewaktu melancarkan "Karnival Enam Jahanam", bekas
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi menyatakan bahawa isu dadah di Malaysia
sekarang ini berada pada tahap yang berbahaya.
Oleh itu, kerajaan mengisytiharkan dadah harus diperangi
hingga ke akar umbi kerana dadah merupakan musuh
nombor satu negara.

Apakah sebenarnya dadah?

Dadah pada asalnya ialah bahan perubatan yang


merupakan bahan kimia psiko aktif dan mempunyai kesan
ke atas sistem saraf pusat seperti menyebabkan keadaan
khayal, ketagihan dan gangguan tingkahlaku.
Penyalahgunaanya yang berterusan mendatangkan
kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

INGAT YA KAWAN-KAWAN
Dadah menyebabkan ketagihan dan mempunyai
kesan sampingan.
Jangan cuba, nanti merana!!
Bahagia atau sengsara adalah pilihan kita
sendiri.
Jangan hancurkan masa depan kita yang cerah
dengan perkara-perkara yang boleh
mencacatkan kehidupan kita di masa akan
datang.
DRUGS ARE NOT 'COOL
Remember, drugs can cause addiction and side
effects. Don't try or u will cry..
Drugs can kill your dreams.. Don't Do Drugs!
Stay healthy

Anda mungkin juga menyukai