Anda di halaman 1dari 15

KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA, KUALA LUMPUR

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
FEB 2012-2016
SEMESTER 8

EDU3093
GURU DAN CABARAN SEMASA

NAMA
NO. KAD PENGENALAN
NO. MATRIKS
PENSYARAH
TARIKH SERAHAN

Isi Kandungan
1.0
2.0
3.0
4.0
5.0

: HASNIZIA BINTI ABDUL HAMID


: 810902-02-5886
: 2012211360029
: EN. SYED JAHANGIR ALI B. ILHAN MOHAIDEEN
: 22hb Ogos 2012

Muka Surat

Pengenalan ..................................................................
Hak Kanak-Kanak ......................................................
2.1 Konvensyen Hak Kanak-Kanak
Tanggungjawab Guru Terhadap Hak Murid....................
Kesimpulan ......................................................................
Rujukan .............................................................................

2-3
4-12
12-13
14-15
16

1.0

Pengenalan
Semua kanak-kanak - tanpa mengira keupayaan dan ketidakupayaan mereka,

jantina mereka,sosial, ekonomi, kebudayaan, latarbelakang etnik dan agama mereka,


atau HIV dan taraf kesihatan mereka mempunyai hak yang sama rata untuk kualiti
pendidikan, penjagaan dan perlindungan.
Secara meluasnya, pendidikan hak asasi manusia dianggap sebagai sesuatu yang
penting bagi hak setiap kanak-kanak kepada pendidikan yang berkualiti, sesuatu yang
tidak hanya mengajar kemahiran membaca, menulis dan mengira, tetapi juga
memantapkan keupayaan kanak-kanak untuk menikmati hak asasi manusia sepenuhnya
di samping menggalakkan budaya yang menerapkan nilai-nilai hak asasi manusia.
1

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan kerjasama United Nations


Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) and Office of the United
Nations High Commissioner for Human Rights (OHCHR) telah menubuhkan satu pelan
tindakan iaitu Pelan Tindakan bagi Program Pendidikan Hak Asasi Manusia Sedunia
(Plan of Action: World Programme for Human Rights Education). Pelan ini menyatakan
bahawa Kementerian Pelajaran, sekolah dan badan-badan lain yang berkaitan dengan
pendidikan negara untuk bekerjasama bagi mengintegrasikan pendidikan hak asasi
manusia secara efektif dalam sistem persekolahan negara. pelan ini telah
ditandatangani oleh Negara-Negara Anggota Perhimpunan Agung Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (Member States of the United Nations General Assembly) pada 14 Julai
2005. Malaysia, sebagai Negara Anggota bertanggungjawab bagi melaksanakan Pelan
Tindakan ini.
Fasa Pertama Pelan Tindakan: World Programme for Human Rights Education
memperuntukkan bahawa Tata pemerintahan yang baik merujuk kepada pelaksanaan
kuasa melalui proses politik serta penerapan ketelusan dan akauntibiliti, dan
menggalakkan penyertaan masyarakat. Dalam membicarakan isu-isu hak asasi
manusia, kita selalu merujuk kepada standad yang ditetapkan dalam Pengisytiharan Hak
Asasi Manusia Sejagat (UDHR) dan diperjelaskan dalam beberapa konvensyen
antarabangsa yang menentukan standad minima untuk memelihara martabat manusia.
Selaras dengan Pelan Tindakan Pendidikan ini dan juga fungsi utama
Suruhanjaya untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang
berhubungan dengan hak asasi manusia, SUHAKAM telah menjalankan beberapa
program pendidikan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi
menanam kesedaran dan amalan Hak Asasi Manusia di kalangan guru dan pelajar
sekolah.
Pada tahun 2009, Suruhanjaya dan KPM memulakan program Amalan Terbaik
Hak Asasi Manusia (ATHAM) di lima buah (5) sekolah yang melibatkan warga sekolah
yang lebih komprehensif. Matlamat program ini adalah untuk :-

i.

Menggalakkan pelajar dan warga sekolah untuk memberi perhatian dan


mengambil langkah-langkah untuk mengamalkan hak asasi manusia dan hak

ii.

kanak-kanak.
Memupuk sikap hormat-menghormati dan bertanggungjawab berkaitan hak asasi
manusia dan hak kanak-kanak serta mengamalkannya dalam kehidupan

iii.

seharian.
Meningkatkan pemahaman dan amalan hak asasi manusia dan hak kanak-kanak

iv.

untuk kesejahteraan hidup.


Menggalakkan pelajar dan guru untuk memberi perhatian kepada aspek-aspek
hak asasi dan hak kanak-kanak dalam merancang dan melaksanakan aktiviti di

v.

sekolah.
Berkongsi pengalaman tentang hak asasi manusia dan hak kanak-kanak yang

vi.

telah diamalkan di sekolah dengan masyarakat setempat.


Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan pelajar tanpa mengira

vii.

kaum, agama dan jantina.


Bilangan sekolah yang terlibat dalam program ini meningkat kepada 17 pada
tahun 2011 dan sehingga kini, terdapat 138 sekolah yang mengambil bahagian
berikutan persetujuan KPM bagi menambahkan sebanyak 121 buah sekolah di
bawah program ATHAM pada bulan Mei 2013.

Dalam usaha untuk memantau pelaksanaan program ini, SUHAKAM menjalankan


lawatan berkala ke sekolah-sekolah yang terlibat untuk memerhatikan perkembangan
dan, jika perlu, memberi bimbingan dan nasihat kepada sekolah-sekolah berkenaan.
2.0

Hak Kanak-Kanak
Hak boleh didefinasikan sebagai sesuatu yang adil dan saksama yang
boleh dimiliki atau dilakukan oleh seseorang. Hak asasi adalah perkara dasar
atau pokok yang boleh dilakukan atau dikuasai oleh seseorang kanak-kanak
mengikut undang-undang, agama, adat istiadat dan lain-lain. Ia meliputi hak
sebelum dan selepas lahir serta kepentingan hormat kepada nilai-nilai
kebudayaan komuniti kanak-kanak. Ini adalah kerana kanak-kanak mudah
dipengaruhi, memerlukan jagaan dan perlindungan khasnya daripada
keluarga. Kanak-kanak pula ialah seseorang yang berumur di bawah 18 tahun
kecuali di bawah undang-undang negara di mana kedewasaan dicapai lebih awal.
Berikut adalah senarai hak kanak-kanak yang telah dipersetujui dalam Konvenyen
Hak Kanak-Kanak.
3

2.1

Untuk dilahirkan.
untuk mempunyai nama dan kewarganegaraan;
Untuk mempunyai keluarga yang akan menjaga dan menyayangi;
Untuk tinggal di dalam komuniti dan persekitaran yang aman dan

damai;
Untuk mempunyai makanan yang mencukupi dan tubuh badan yang

aktif dan sihat;


Untuk mendapatkan pendidikan yang baik dan membentuk potensi

diri;
Untuk diberi peluang untuk bermain dan beriadah;
Untuk dilindungi daripada penderaan, eksploitasi, kecuaian,

keganasan dan bahaya;


Untuk dipertahankan dan diberi bantuan oleh kerajaan;
Untuk berupaya mengekspresi pandangan saya sendiri.

Konvensyen Hak Kanak-Kanak


Konvensyen Hak Kanak-kanak yang telah diterima pakai oleh
Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20
November 1989 mengandungi Perkara 1 hingga Perkara 54. Perkara yang
berkaitan dengan hak pendidikan perkembangan kanak-kanak terkandung
dalam Perkara 6, Perkara 18, Perkara 27, Perkara 28 dan Perkara 29.
2.1.1 PERKARA 6
Negara-Negara Pihak mengiktirafkan bahawa tiap-tiap
kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup.

Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan sebanyak


mungkin yang boleh kewujudan dan perkembangan kanak-

kanak.
Kewujudan dan perkembangan
Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk
hidup dan Negara mempunyai obligasi (kewajiban) untuk
memastikan kewujudan dan perkembangan kanak-kanak itu

2.1.2 PERKARA 18
Negara-Negara Pihak hendaklah menggunakan usaha
terbaik mereka untuk memastikan pengiktirafan prinsip
4

bahawa kedua-dua ibu bapa mempunyai


tanggungjawab bersama bagi didikan dan perkembangan
kanak-kanak. Ibu bapa atau, mengikut mana-mana yang
berkenaan, penjaga di sisi undang-undang, mempunyai
tanggungjawab utama bagi didikan dan perkembangan
kanak-kanak. Kepentingan terbaik kanak-kanak perlu
menjadi perhatian asas.
Tanggungjawab ibu bapa
Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk
membesarkan anak-anak dan Negara hendaklah menyokong
mereka dalam hal ini. Negara hendaklah memberikan
bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa dalam
pembesaran anak.
Bagi maksud menjamin dan menggalakkan hak yang
dinyatakan dalam Konvensyen ini, Negara-Negara Pihak
hendaklah memberi bantuan yang sewajarnya kepada ibu
bapa dan penjaga di sisi undang-undang dalam
melaksanakan tanggungjawab pembesaran anak mereka dan
hendaklah memastikan perkembangan institusi, kemudahan
dan perkhidmatan bagi jagaan kanak-kanak.
Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah
yang wajar untuk memastikan bahawa kanak-kanak kepada
ibu bapa yang bekerja berhak mendapat faedah daripada
perkhidmatan dan kemudahan jagaan anak yang mereka
layak.

2.1.3 PERKARA 27
Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak tiap-tiap kanak-kanak
kepada taraf hidup yang mencukupi bagi perkembangan
fizikal, mental, kerohanian, moral dan sosial kanak-kanak itu.
5

Taraf hidup
Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak pada taraf hidup yang
mencukupi bagi perkembangan fizikal, mental, rohani, moral
dan pembangunan sosial. Ibu bapa mempunyai
tanggungjawab utama untuk memastikan bahawa kanakkanak mempunyai taraf hidup yang mencukupi. Kewajipan
Negara ialah untuk memastikan bahawa tanggungjawab ini
boleh dilaksanakan. Tanggungjawab Negara boleh termasuk
bantuan material kepada ibu bapa dan anak-anak mereka.

Ibu bapa (ibu bapa-ibu bapa) atau orang lain yang


bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu mempunyai
tanggungjawab utama untuk menjamin, mengikut kebolehan
dan keupayaan kewangan mereka, keadaan hidup yang perlu
bagi perkembangan kanak-kanak itu.

Negara-Negara Pihak, mengikut keadaan negara dan


mengikut kemampuan mereka, hendaklah mengambil segala
langkah yang sewajarnya untuk membantu ibu bapa dan
orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu
untuk melaksanakan hak ini dan hendaklah, jika diperlukan,
memperuntukkan bantuan material dan program sokongan,
terutamanya berhubungan dengan pemakanan, pakaian dan
perumahan.

Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah


yang sewajarnya untuk menjamin supaya mendapat kembali
nafkah untuk kanak-kanak daripada ibu bapa atau orang lain
yang mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap kanakkanak itu, baik dalam Negara Pihak dan dari luar negeri.
Secara khususnya, jika orang yang mempunyai
tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu tinggal
dalam Negara yang berlainan daripada negara kanak-kanak
6

itu, Negara-Negara Pihak hendaklah menggalakkan


kesertaan dalam perjanjian atarabangsa atau pembuatan
perjanjian sedemikian, serta membuat perkiraan lain yang
sewajarnya.

2.1.4 PERKARA 28
Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak terhadap
pendidikan, dan dengan tujuan untuk mencapai hak ini
secara berperingkat-peringkat dan atas dasar peluang yang
sama, mereka hendaklah, secara khususnya:
a) Menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan
diadakan secara percuma kepada semua;
b) Menggalakkan perkembangan pendidikan menengah
dalam berbagai bentuk, termasuk pendidikan am dan
vokasional, mengadakan pendidikan itu dan terbuka
kepada tiap-tiap kanak-kanak, dan mengambil langkah
yang sewajarnya seperti memperkenalkan pendidikan
percuma dan menawarkan bantuan kewangan jika
diperlukan;
c) Menjadikan pendidkkan tinggi kepada semua atas
dasar keupayaan melalui tiap-tiap cara yang
sewajarnya;
d) Menjadikan maklumat pendidikan dan vokasional dan
bimbingan diadakan dan terbuka kepada semua
kanak-kanak;
e) Mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan
kehadiran secara tetap di sekolah dan mengurangkan
kadar keciciran.

Pendidikan
Kanak-kanak mempunyai hak kepada pendidikan, dan
kewajipan Negara untuk memastikan bahawa pendidikan
utama percuma dan wajib, menggalakkan pendidikan
menengah dalam berbagai bentuk yang mudah diperoleh
oleh tiap-tiap kanak-kanak dan untuk menjadikan pendidikan
tinggi diadakan kepada semua atas dasar keupayaan.
Disiplin sekolah hendaklah selaras dengan hak dan
kemuliaan kanak-kanak itu. Negara hendaklah melibatkan diri
dalam kerjasama antarabangsa untuk melaksanakan hak ini.

Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah


yang sewajarnya untuk memastikan bahawa disiplin sekolah
ditadbirkan mengikut cara yang selaras dengan kemuliaan
kanak-kanak dan dengan menepati Konvensyen ini.

Negara-Negara Pihak hendaklah mempromosikan dan


menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam perkara yang
berhubungan dengan pendidikan, khususnya dengan tujuan
untuk menyumbang kepada pembasmian kejahilan dan buta
huruf di seluruh dunia dan memudahkan akses kepada
pengetahuan saintifik dan teknik dan kaedah pengajaran
yang moden. Dalam hal ini, perhatian yang khusus hendaklah
diberikan kepada keperluan negara-negara membangun.

2.1.5 PERKARA 29
Negara-Negara Pihak bersetuju bahawa pendidikan kanakkanak hendaklah dihalatujukan kepada:
Perkembangan personaliti, bakat, dan kebolehan mental dan
fizikal kanak-kanak pada tahap potensi yang paling tinggi;

Perkembangan rasa hormat bagi hak asasi manusia dan


kebebasan asasi, dan bagi prinsip-prinsip yang termaktub
dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu;
8

Perkembangan rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak,


identiti kebudayaan, bahasa dan nilainya sendiri, bagi nilai
kebangsaan negara yang diduduki oleh kanak-kanak itu,
negara yang daripadanya dia berasal, dan bagi tamadun
yang berbeza daripada tamadunnya sendiri;

Penyediaan kanak-kanak bagi hidup yang bertanggungjawab


dalam masyarakat yang bebas, dalam semangat
persefahaman, keamanan, toleransi, kesamaan jantina, dan
persahabatan di kalangan semua orang, kumpulan etnik,
kebangsaan dan agama dan orang yang asal usulnya
penduduk asli;

2.1.6 AKTA 308 dan Akta 550


Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) merupakan suatu Akta yang
digubal bagi mengadakan peruntukan pendidikan dan perkaraperkara yang berkaitan dengannya. Sejauhmanakah Akta
Pendidikan 1996, mempengaruhi penubuhan dan perlaksanaan
prasekolah di Malaysia?
Pendidikan Prasekolah ertinya program pendidikan bagi murid
yang berumur dari empat hingga enam tahun.
2.1.7 FASA 15: SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Sistem pendidikan kebangsaan hendaklah terdiri daripada;
a) Pendidikan prasekolah
b) Pendidikan rendah
c) Pendidikan menengah
d) Pendidikan lepas menengah
e) Pendidikan tinggi
Tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat atau
sekolah antarabangsa
2.1.8 FASA 20: LARANGAN TERHADAP PENUBUHAN,
PENGENDALIAN ATAU PENGURUSAN TADIKA

i.

Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau diuruskan

ii.

melainkan jika tadika itu didaftarkan di bawah akta ini.


Seseorang yang melanggar subsekyen (1) adalah melakukan
suatu kesalahan.

2.1.9 FASA 21: KUASA MENTERI UNTUK MENUBUHKAN TADIKA.


Menteri boleh, tertakluk kepada peruntukan akta ini, menubuhkan
dan menyenggarakan tadika.
2.1.10 FASA 22: KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN
HENDAKLAH DIGUNAKAN OLEH
SEMUA TADIKA
a) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang
dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang
hendaklah digunakan oleh semua tadika dalam Sistem
Pendidikan Kebangsaan.
b) Kurikulum Prasekolah yang ditetapkan di bawah subseksyen
(1) hendaklah menyatakan pengetahuan kemahiran dan nilai
yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir
tempoh Pendidikan Prasekolah masing-masing.
c) Mana-mana tadika yang bermaksud untuk melaksanakan
apa-apa kurikulum sebagai tambahan kepada Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan hendaklah, sebelum melaksanakan
kurikulum tambahan sedemikian, memaklumkan Ketua
Pendaftar tentang maksud itu mengikut cara yang ditetapkan.
d) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau (3) adalah
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,
didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
2.1.11 FASA 23: BAHASA PENGANTAR DI TADIKA
Walau apa pun subseksyen 17 (1), bahasa-bahasa lain selain
daripada bahasa kebangsaan boleh digunakan sebagai bahasa
pengantar di tadika, tetapi jika sesuatu tadika menggunakan bahasa
10

selain daripada bahasa kebangsaan, bahasa kebangsaan


hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib.
2.1.12 FASA 24: KUASA UNTUK MEMBUAT PERATURAN
BERHUBUNGAN DENGAN
PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan
peruntukan bab ini.
3.0

Tanggungjawab Guru Terhadap Hak Murid


Guru perlu menguruskan pembelajaran dan pengajaran yang kondusif
untuk memastikan bahawa setiap hak murid untuk mendapat pendidikan
dipenuhi. Antara yang perlu diberi perhatian oleh guru ialah :
i.

Pengurusan Persekitaran Sosio-Emosi


Jadi perangsang membangkit dan mengekalkan minat murid
terhadap p&p. Menurut Woolfolk (1990) motivasi atau kuasa
dalaman akan membangkit, mengarah dan mengawal minat dan
tingkahlaku murid. Antara langkah yang perlu dilakukan:
a) Beri pujian dan galakan
b) Guru perlu mengurus emosi murid dengan berkesan
supaya mereka dapat menerima hakikat terhadap kekuatan
dan kelemahan diri. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh .
c) Emosi murid perlu diurus dengan penuh kebijaksanaan
supaya mereka tidak sentiasa berada dalam kebimbangan
apabila berada di dalam kelas dan berhadapan dengan guru
dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. iv. Hubungan yang
positif antara guru dan murid harus dibina terlebih dahulu.
Guru perlu mengamalkan kepemimpinan demokrasi dan
tidak terlalu mengongkong.
d) Hubungan positif dengan rakan sekelas juga perlu dibina.

ii.

Perhubungan Antara Kelompok Etnik


a. Guru perlu membaca dan memahami serta menghayati
perlembagaan negara.
b. Guru disaran memahami Perlembagaan Persekutuan yang
menjamin hak setiap rakyat Malaysia.
11

c. Perkara menyentuh hubungan etnik dalam Perlembagaan


Malaysia:
Perkara 8 : persamaan dan hak sama rata dan
pengecualian peruntukan itu dalam soal agama,

kedudukan istimewa orang Melayu dan seumpamanya


Perkara 10 (4): batasan hak kebebasan bersuara
daripada menyentuh kedudukan raja-raja, Islam, orang

Melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya


Perkara 38: kuasa Majlis Raja-Raja Melayu
menghalang Parlimen membuat undang-undang yang
menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu, orang

Melayu, bahasa Melayu dan Islam .


Perkara 150 (6a): kedudukan agama Islam, adat
istiadat Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak,

kewarganegaraan meski pun dalam keadaan darurat


Perkara 152 : Kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan tanpa menafikan hak etnik lain

menggunakan bahasa mereka


Perkara 153 : kedudukan istimewa orang Melayu

tanpa menafikan kedudukan yang sah etnik lain.


d. Murid digalakkan utk berfikir mengenai hubungan etnik di
Malaysia dari segi sejarah, latar belakang ekonomi dan politik
serta aspek penting lain.
e. Kesedaran murid untuk mengenal pasti bahawa wujud
kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia khususnya dalam
kelompok etnik atau dlm bentuk lain spt agama, budaya,
kedudukan ekonomi politik dan sosial.
f. Guru harus memilih tajuk pembelajaran yang berkaitan
dengan kepelbagaian budaya dalam masyarakat.
g. Setiap etnik perlu diberi peluang untuk mengambil bahagian
dalam aktiviti pembelajaran .
h. Setiap aktiviti dan program yang dirancang haruslah tidak
menyentuh isu-isu sensitif serta yang mampu mengguris
perasaan mana-mana pihak.
4.0

Kesimpulannya
12

Sebagai seorang guru yang berwibawa tidak mudah kerana berwibawa


standard ditafsirkan secara berbeza oleh setiap guru. Fakta-fakta di luar sana,
malah kesan teknologi dan pendidikan berkembang pesat banyak mempengaruhi
kehidupan guru dan juga murid-murid. Hak keselamatan di sekolah biasanya
dikaitkan dengan rakan sepermainannya. Setiap kanak-kanak mempunyai hak
untuk membuat rakan-rakan dan bermain dengan gembira. Untuk itu guru dan
sekolah perlu memastikan tiada kejadian buli berlaku di sekolah. Untuk itu guru
perlu memainkan peranan aktif untuk memastikan kejadian buli tidak timbul di
sekolah.
Dalam proses mendidik kita sebagai guru sepatutnya mengaplikasikan
semua ilmu tentang pendidikan seperti Pedagogi, Psikologi, Falsafah dan
sebagainya. Ilmu ini seharusnya membolehkan seseorang guru menjalankan
tanggungjawabnya dengan cekap dan berkesan. Tiada rungutan begini dan
begitu tentang seadanya kanak-kanak yang mereka bimbing. Pelbagai
pendekatan boleh dilakukan berdasarkan pengetahuan tentang keperluan
pembelajaran kanak-kanak. Sebagai contoh, keperluan dalam pengurusan bilik
darjah untuk kanak-kanak sesuai dengan perkembangan mereka mengikut
psikologi dan pedagogi. Bilik darjah sepatutnya sesuai dengan naluri dan
pergerakan kanak-kanak yang melihat alam sekelilingnya penuh keriangan dan
warna warni. Sejauh mana sebenarnya kanak-kanak di sekolah mendapat hak
mereka. Banyak lagi perkara di sekolah yang kita dapati tidak menyebelahi
mereka. Keinginan dan minat mereka jarang sekali kita cungkil dan suburkan
mengikut keperluan yang sepatutnya. Apa yang berlaku kita sering menyalahkan
mereka dan berkata mereka itu lemah dan tidak berbakat. Malangnya mereka
kerana kita tidak melihat perkara ini secara ikhlas dan bersungguh-sungguh.

13

5.0

Rujukan
Maszuria Bt A. Ghani, Salina Bt Omar, Marina Bt Hj Abdul Majid & Hjh
Rosnah A. Rajak. (2014). Guru & Cabaran Semasa. Kuala Lumpur: Freemind
Horizons Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, & Zuraidah
A. Majid. (2010). Guru Dan Cabaran Semasa. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2013). Asas
Kepimpinan & Perkembangan Profesional. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd. Syed
Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2014). Guru dan Cabaran Semasa.
Puchong:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Suhakam. (2010). Konvensyen Mengenai
Hak Kanak-kanak. Program Permata.
http://www.permata.jpm.my/ Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013 2025.
http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?id=4261 Rosliwaty Ramly.
(2007).
Usaha Kerajaan Menyejahteraan Kanak-kanak: Sempena Hari Kanak-kanak
Sedunia pada 10 Nov. http://bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?
id=294442 Akta Kanak-kanak 2001.

http://www.law.yale.edu/rcw/rcw/jurisdictions/asse/malaysia/Malay_Child_Act .htm
14

Anda mungkin juga menyukai