Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMBALANG

PETI SURAT 113, 89208 TUARAN,


SABAH

KERTAS KERJA
PROJEK PEMPROSESAN BUKU PUSAT SUMBER
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMBALANG

TARIKH:
5 9 Oktober 2015

ANJURAN:
INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8

2015

1.0

PENGENALAN

Projek pemprosesan buku pusat sumber ialah merupakan salah satu projek
yang bakal dijalankan oleh guru pelatih dari IPG Kampus Perlis bagi
memenuhi syarat Internship bagi semester 8 ini.
Projek pemprosesan buku pusat sumber merupakan projek yang
bertujuan untuk untuk memproses buku yang baru sampai ke PSS dengan
teknik yang betul. Memberi pendedahan agar guru pelatih mengetahui dan
memahami proses teknik buku mengikut sistem yang betul. Selain itu, dapat
memproses dan melengkapkan maklumat yang terdapat di dalam slip kerja
dengan tepat dan betul.

2.0

RASIONAL
Semua buku di Pusat Sumber Sekolah perlu diproses supaya dapat
diedarkan untuk penggunaan dengan mudah dan cepat. Di dalam tugas
memproses bahan yang pelbagai jenis di Pusat Sumber, guru pelatih perlu
mengetahui skop bidang tugas Guru Perpustakaan dan Media Sekolah agar
guru pelatih memperoleh ilmu yang berguna untuk diaplikasi di sekolah di
masa hadapan.
Guru pelatih perlu mengetahui bahawa tanggungjawab serta peranan
Guru Perpustakan dan Media Sekolah amat penting bagi mengatasi masalah
dan mengubahsuaikan keadaan serta mengemaskini perkhidmatan PSS
sekolah supaya satu sistem yang sempurna dapat dicapai.

3.0

MATLAMAT
Mengemaskini serta memproses buku pusat sumber agar buku-buku dapat
dikatalog serta disusun mengikut rak yang ditentukan.

4.0

OBJEKTIF
a. Menjadikan buku-buku di PSS mudah diselenggara serta dikatalog
b. Merancang dan melaksanakan projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah.
c. Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akuntabiliti
dan integriti dalam melaksanakan tugas.
d. Mewujudkan kerjasama dan persefahaman antara warga sekolah.

5.0

6.0

BUTIRAN PROJEK
Nama Projek

: Projek Pemprosesan Buku Pusat Sumber

Tempoh

: 5 9 Oktober 2015

Tempat

: Pusat Sumber SK Tambalang, Tuaran

ORGANISASI
Penasihat

Encik Jerry M Inggang


(Guru Besar SK Tambalang)

7.0

Mentor

Noraidah binti Muparang

Pelaksana

Ellysuzyla Jerry Kolin

PELAN TINDAKAN PROJEK


Langka
h
1

Aktiviti

Mendengar taklimat serta demonstrasi terperinci tentang


teknik memproses buku pusat sumber dari mentor

Melaksanakan projek memproses buku pusat sumber


mengikut arahan serta teknik yang betul sepertimana yang

3
4

diajar oleh Guru Perpustakaan dan Media sekolah


Membersihkan PSS secara berperingkat.
Menulis laporan dan refleksi hasil projek yang dijalankan.

8.0

SUMBER KEWANGAN
Peruntukan daripada pihak SK Tambalang.

9.0

ANGGARAN BELANJAWAN
BIL.
1.
2.
3.

10.0

PERKARA

UNIT

Poket buku
30
Slip perolehan
30
Slip
pemulangan
dan
30
peminjaman
JUMLAH KESELURUHAN

HARGA
SEUNIT (RM)
0.50
0.50
0.20

JUMLAH (RM)
15.00
15.00
6.00
36.00

PENUTUP
Semoga projek ini dapat membentuk bakal guru yang penuh dengan
komitmen yang padu untuk kecemerlangan profesion keguruan pada masa
hadapan. Semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa ada
sebarang kesulitan yang boleh menjejaskan objektif yang sebenar serta dapat
menjaga nama baik kelab. Justeru ,diharapkan agar segala objektif yang
telah diatur dan nilai-nilai murni yang cuba diserapkan dalam program ini
dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian para peserta dan pihak yang
terlibat.
.

Disediakan oleh:

...............
( ELLYSUZYLA JERRY KOLIN )
Guru Pelatih,
IPG Kampus Perlis

Disemak dan Disahkan oleh:

......
( JERRY M INGGANG )
Guru Besar,

SK Tambalang, Tuaran

Anda mungkin juga menyukai