Anda di halaman 1dari 26

1.

0 Pengenalan
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program
yang dijalankan oleh pihak Badan Pendidikan Guru melalui Institut Pendidikan
Guru Malaysia (IPGM). Semua guru pelatih dari semester 1 hingga semester
4 wajib menjalani program ini di sekolah pilihan masing-masing. Melalui
program ini, saya didedahkan dengan pelbagai perkara yang berkaitan
dengan sekolah seperti iklim sekolah, sejarah sekolah, pentadbiran sekolah,
prasarana sekolah, dan hubungan tokoh dengan komuniti atau institusi
berkenaan. Program PBS ini bertujuan untuk memberi kefahaman awal
kepada pelajar tentang alam persekolahan dari persepektif seorang guru.
Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk memahami
sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan pentadbiran
sekolah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, dan interaksi dengan guru
dan komuniti sekolah. Lantaran itu, guru pelatih dapat memahami pengurusan
sekolah dan pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid untuk
menyatupadukan teori serta amalan dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran (pdp).
Tugasan yang dilaksanakan semasa PBS adalah untuk memberi
kefahaman awal kepada guru pelatih agar dapat memahami tentang sekolah
dan persekitarannya dari perspektif seorang guru. Saya menjunjung beberapa
tujuan dalam tugas PBS sekolah, antaranya ialah mengkaji latar belakang
sekolah tersebut; Kedua, memerhati kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang telah digunakan oleh guru; Ketiga, mengadakan temu ramah dengan
guru; Keempat, mendokumentasikan segala aktiviti pendekatan pemupukan
nilai yang berlaku di dalam bilik darjah; dan kelima, prasarana sekolah yang
membantu tahap kognitif dan fizikal murid.
Selain itu, melalui PBS ini, guru pelatih dapat memantapkan diri lagi
serta kemahiran diri melalui interaksi yang diadakan bersama kakitangan
sekolah. Guru pelatih juga dapat mengaplikasikan perananperanan serta
ciriciri seorang guru yang cemerlang melalui dapatan dan sumber maklumat
yang diperolehi semasa menjalani PBS.

Saya telah menjalankan PBS semester empat di sebuah sekolah yang


berada di Ampang, Selangor iaitu SJK(C) Kampung Baru Ampang bermula
dari 28 September 2015 hingga 2 Oktober 2015. Dalam melaksanakan PBS
ini, saya dikehendaki menjalankan kajian mengenai pendekatan pengajaran
Pendidikan Moral yang sesuai dan selaras dengan KSSR pada masa
sekarang. Ringkasnya dengan menjalani program PBS pelajar akan lebih
memahami bagaimana guru mengajar, bagaimana murid belajar, dan
bagaimana pengurusan sekolah mentadbir sesebuah sekolah tersebut.
Semasa menjalankan PBS ini, saya telah mendapatkan maklumat
daripada beberapa pihak seperti guru besar, guru penolong kanan, guru
panitia, kakitangan sekolah dan murid-murid yang bersekolah di sekolah ini.
Saya juga menggunakan beberapa kaedah dalam menjalankan program
PBS ini seperti temu ramah, soal selidik dan sebagainya.

Saya turut

mengumpul dan menganalisis maklumat-maklumat yang telah dapat untuk


dijadikan satu tugasan projek ini.
Akhirnya, berdasarkan data dan analisis yang telah saya dapati ini,
saya berharap tugasan ini dapat membantu saya agar lebih mengenali
sekolah dan saya berharap tugasan ini dapat memenuhi kehendak pensyarah
yang terlibat. Ilmu yang saya dapat melalui PBS ini akan menambah
pengetahuan yang sedia ada dan akan saya manfaatkan pada hari kemudian
nanti.

2.0 Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral terdapat


pelbagai kaedah dan strategi yang digunakan oleh guru. Berdasarkan
kaedah-kaedah yang dipilih, anda dikehendaki menjelaskan peranan
guru terhadap murid bagi kaedah-kaedah tersebut.
2.1 Definisi Pendekatan, Strategi, Kaedah, Teknik Pengajaran Dan
Pembelajaran Pendidikan Moral
Menurut Parera (1986), pendekatan merupakan satu latar belakang
falsafah atau pandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan
merupakan satu aksioma (pernyataan yang diterima umum dan menjadi asas
kepada sesuatu huraian). Dalam konteks pendidikan pula, pendekatan
merujuk kepada bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan
objektifnya. Pendekatan harus berlandaskan model, prinsip dan teori
pembelajaran.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), perkataan strategi
membawa rancangan yang teratur (yang memperhitungkan pelbagai faktor)
untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi merujuk kepada cara atau
langkah yang harus dilakukan untuk mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu, guru seharusnya memiliki strategi yang khusus agar
murid dapat belajar secara lebih efektif dan efisien.
Kaedah pengajaran bermaksud tindakan-tindakan yang dilakukan oleh
guru dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini
melibatkan tindak balas antara guru dan murid (Rahil Mahyudin et al. 1997).
Menurut Edward M. Anthony (1963), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar
keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun
berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih.
Teknik pula ialah cara yang digunakan guru untuk melaksanakan
kaedah, strategi dan pendekatan. Teknik yang digunakan hendaklah
bergantung kepada keadaan dan berdasarkan kepada minat pelajar serta
bahan pengajaran yang hendak disampaikan (Rashid et al 1996).
Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran
pembelajaran Pendidikan Moral iaitu nyanyian, bercerita, lakonan, main
3

peranan, simulasi, penyelesaian masalah, perbincangan, projek, lawatan,


perbahasan, dan tunjuk cara.
Seterusnya, Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru
mempunyai tiga tugas utama iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan
tugas kemasyarakatan (sivic mission). Jika dikaitkan dengan kebudayaan,
maka tugas pertama berkaitan dengan logik dan estetika manakala tugas
kedua dan ketiga berkaitan dengan etika.
WF Connell (1972) pula membezakan tujuh peranan seorang guru iaitu
pendidik (nurturer), model, pengajar dan pembimbing, pelajar (learner),
jurucakap

dan

penghubung

terhadap

masyarakat

setempat,

pekerja

pentadbiran serta kesetiaan terhadap perlembagaan.


Dalam Pendidikan Moral, guru memainkan peranan bukan sahaja
sebagai agen moral yang membentuk keperibadian murid-murid, malahan
kaedah yang digunakan guru semasa menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran juga memainkan peranan yang penting bagi memastikan
objektif pengajaran yang ditetapkan dapat dicapai.
Oleh itu, saya mendapati kaedah bercerita, perbincangan serta
lakonan telah digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran setelah
saya membuat pemerhatian di kelas Puan Chin Yam Wah waktu Pendidikan
Moral.
2.2 Kaedah Bercerita
Kaedah bercerita ialah salah satu pendekatan yang sesuai digunakan
untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang
dapat

menarik

minat

dan

perhatian

pelajar.

Bercerita

juga

boleh

mempromosikan minat dalam mana-mana bahagian kurikulum melalui latihan


pemahaman,

perluasan

perbendaharaan

kata

dan

tatabahasa

yang

disampaikan.
Secara umumnya, terdapat beberapa perkara asas yang perlu diberi
perhatian oleh guru yang ingin menggunakan kaedah bercerita dalam
Pendidikan Moral. Pertamanya, guru harus bijak memilih cerita yang sesuai
4

dengan umur, minat dan kecerdasan murid-murid. Dalam Teori Kecerdasan


Pelbagai, guru-guru telah didedahkan tentang kepelbagaian minat dan cara
belajar murid-murid di dalam sesebuah kelas. Oleh itu, guru harus memilih
cerita yang berkaitan dengan perkara yang diminati murid. Guru boleh
mempelbagaikan watak di dalam cerita yang disampaikan supaya semua
murid yang mempunyai pelbagai minat tersebut dapat memberi perhatian
yang sewajarnya semasa guru bercerita. Selain itu, murid-murid juga lebih
senang mengingati isi pelajaran yang berkaitan dengan diri dan persekitaran
mereka.
Perkara kedua ialah guru menyesuaikan cerita dengan isi pelajaran
yang ingin disampaikan. Sebagai contoh, objektif pengajaran guru pada hari
tersebut adalah supaya murid dapat menyatakan perkara yang boleh dan
tidak boleh dilakukan terhadap ahli keluarga. Jadi, guru boleh bercerita
tentang kasih sayang seorang ibu yang dibalas oleh anak yang derhaka;
contohnya kisah Si Tanggang yang masyhur. Selain itu, guru juga boleh
mengubah jalan cerita untuk menjadikannya lebih menarik.
Untuk menjadikan kaedah bercerita lebih menarik, guru boleh
menggunakan objek-objek sebenar, objek 3D, gambar ataupun bahan-bahan
media seperti audio dan visual untuk memberikan kesan yang lebih
menyeronokkan kepada murid-murid. Ini kerana, murid-murid mudah hilang
fokus terhadap penceritaan yang mendatar dan hanya menggunakan lisan
sebagai medium penceritaan. Aspek kawalan kelas juga dapat ditingkatkan
kerana guru lebih mudah mendapatkan perhatian yang sewajarnya daripada
murid-murid dengan adanya alat bantu mengajar (ABM) atau bahan bantu
mengajar (BBM). Kad-kad frasa juga boleh disediakan oleh guru supaya
pengintegrasian subjek lain ke dalam subjek Pendidikan Moral dapat
dilaksanakan. Sebagai contoh, nilai yang ingin diajar oleh guru ialah hormatmenghormati. Jadi guru boleh meminta murid untuk mengambil kad frasa dan
membina ayat yang lengkap berdasarkan jalan cerita yang telah disampaikan
oleh guru. Oleh yang demikian, murid-murid bukan sahaja dapat memupuk
nilai murni dalam diri malahan kemahiran bahasa merka juga dapat
ditingkatkan melalui kaedah bercerita.

Walau bagaimanapun, jika dilihat dengan lebih teliti, terdapat tiga fasa
yang harus diberi perhatian oleh guru yang mana ketiga-tiganya menuntut
komitmen dan peranan yang tinggi daripada guru supaya kaedah bercerita
dapat dilaksanakan secara efektif. Fasa pertama ialah fasa sebelum
bercerita. Guru harus memastikan tempat yang akan beliau gunakan untuk
menjalankan kaedah bercerita adalah bersesuaian. Keselesaan menjadi
keutamaan. Adalah disarankan supaya murid-murid dapat duduk mengelilingi
guru yang bercerita jika ruang yang digunakan kecil, guru tidak perlu
melakukan banyak pergerakan dan bilangan murid adalah sedikit. Walau
bagaimanapun, jika bilangan murid adalah ramai maka guru perlulah memberi
perhatian terhadap aspek lain supaya suara beliau dapat terus didengari oleh
semua murid. Pastikan juga tiada apa-apa yang menghalang murid daripada
melihat guru yang bercerita.
Guru perlu memastikan semua murid telah bersedia dan memberikan
perhatian sebelum guru mula bercerita. Jika guru tidak mahu sebarang soalan
atau gangguan ketika bercerita, guru haruslah memaklumkan semua perkara
tersebut terlebih dahulu agar masa yang dirancang tidak terbuang begitu
sahaja. Murid juga boleh diberi peluang berkongsi cerita, peristiwa dalam satu
keadaan tidak formal sebagai permulaan kepada pengalaman bercerita yang
lebih mendalam.
Fasa

kedua

ialah

semasa

bercerita.

Guru

perlu

bercerita

menggunakan suara yang kuat dan jelas. Nada suara juga harus disesuaikan
mengikut jalan cerita sama ada suara tinggi-rendah, perlahan-kuat atau
kasar-nyaring. Ekspresi muka juga perlu dipelbagaikan agar perasaan yang
ingin disampaikan oleh guru dalam sesebuah cerita dapat dirasai oleh muridmurid.
Guru juga membenarkan murid-muridnya untuk mencatat nota sebagai
persediaan untuk perbincangan lanjut pada sesi pembelajaran seterusnya.
Namun, hal ini bukanlah alasan bagi murid untuk tidak memberi perhatian
terhadap penceritaan guru. Guru boleh menyoal, meminta pandangan atau
meminta murid menyambung cerita yang disampaikan oleh guru supaya
mereka sentiasa berjaga-jaga dan terus memberi perhatian sepanjang proses
6

pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pandangan mata atau eye


contact haruslah sentiasa dititikberatkan oleh guru supaya komunikasi gurumurid akan menjadi lebih berkesan.
Fasa terakhir ialah fasa selepas bercerita. Guru boleh meminta murid
untuk membuat kesimpulan daripada cerita yang disampaikan guru. Nilai-nilai
murni yang dipelajari beserta contohnya dalam kehidupan seharian juga
boleh disoal kepada murid-murid untuk menguji sejauh mana kefahaman
mereka terhadap penceritaan guru.
2.3 Kaedah Perbincangan
Kaedah perbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan, di mana
murid berinteraksi sesama mereka dan membincangkan sesuatu isu atau
masalah. Manakala guru pula berperanan sebagai pemudahcara dan
pembimbing

murid

sepanjang

sesi

perbincangan.

Guru

juga

perlu

mengemukakan soalan-soalan divergen dan menggalakkan mereka menyoal


kembali idea dari rakan-rakan mereka.
Semasa sesi perbincangan, guru perlu memastikan murid berada
dalam keadaan terkawal iaitu menumpukan pada sesi perbincangan. Menurut
Kementerian Pendidikan 1990:85, teknik perbincangan didefinisikan sebagai
satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk.
Tujuannya ialah untuk melatih murid mengeluarkan fikiran dan pendapat
dengan bernas.
Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti perbincangan
dikendalikan oleh murid sendiri. Teknik perbincangan boleh dijalankan
mengikut langkah-langkah seperti guru menarik perhatian murid kepada tajuk
perbincangan yang akan dijalankan. Selepas itu, guru membahagikan murid
kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua yang boleh
dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat
dijalankan dan dicapai. Kemudian, guru menugaskan setiap kumpulan
mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.
Ketika perbincangan dilakukan, guru harus bergerak dari satu kumpulan ke
satu

kumpulan

yang

lain,

menegaskan

perkara-perkara

yang

perlu
7

dibincangkan, dan mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara


yang betul. Setelah tamat perbincangan, guru boleh meminta laporan
daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan di papan tulis
mengikut mana-mana yang penting. Setelah berbincang, guru bolehlah
menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.
Sesi perbincangan adalah satu aktiviti yang memberi peluang kepada
murid

untuk

mengambil

bahagian

secara

langsung

dalam

aktiviti

pembelajaran. Sesi perbincangan yang dirancang dengan rapi akan


mengembangkan pemikiran yang kreatif dan kritis di kalangan murid. Aktiviti
seperti ini akan menghasilkan murid yang mahir berkomunikasi dan yakin
dalam menyampaikan buah fikirannya kepada orang lain. Perbincangan
menolong murid memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas dan
membantu guru mengesan sejauh mana kefahaman mereka. Perbincangan
adalah sangat baik bagi menolong murid memahami konsep dan idea yang
sukar. Sesi ini juga menolong murid membentuk pendapat dan sikap mereka
mengenai sesuatu isu seperti perbincangan yang baik membolehkan murid
memperoleh beberapa faedah seperti kemahiran komunikasi lisan, kemahiran
mendengar, kemahiran berfikir secara kritikal, teknik penyelesaian masalah,
dan kemahiran sosial.
Seterusnya, perbincangan dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu
sesi buzz dan sumbang saran. Sesi Buzz ialah perbincangan dalam
kumpulan kecil yang terdiri daripada empat hingga enam orang. Bagi
melaksanakan sesi buzz, terdapat beberapa garis panduan. Pertama,
seorang ketua mewajibkan setiap peserta mengemukakan ideanya. Kedua,
pelajar akan mencatatkan idea-idea dan membuat rumusan berhubung
dengan perbincangan tersebut. Ketiga, kumpulan kecil itu akan berkumpul
semula untuk perbincangan am. Keempat, idea-idea yang dipersetujui
bersama akan disampaikan kepada guru untuk penilaian.
Selain itu, sumbang saran merupakan satu bentuk perbincangan yang
membolehkan satu kumpulan mengeluarkan sebanyak mungkin idea secara
spontan dan berkelompok. Setiap peserta digalakkan memberikan sebarang
idea yang difikirkan relevan. Setiap idea perlu diterima untuk dikaji sama ada
8

sesuai dengan tajuk perbincangan atau tidak. Guru dan murid dilarang
mengkritik idea-idea pada peringkat awal kerana akan menghalang kelahiran
idea-idea baru. Pada akhir sesi idea-idea yang sesuai akan diasingkan
dengan idea yang tidak sesuai untuk dibuat rumusan. Rumusan itulah
menjadi hasil sesi sumbang saran.
Terdapat beberapa panduan untuk mengendalikan sesi pengajaran
secara

perbincangan.

Antaranya

ialah

dengan

mewujudkan

iklim

perbincangan yang sesuai. Sesuatu iklim perbincangan yang baik dapat


diwujudkan dengan memastikan perkara-perkara seperti hormat-menghormati
di kalangan ahli, menghargai pendapat orang lain, mengelakkan apa juga
bentuk gangguan dan sindiran, pengerusi kumpulan tidak memaksa ahli
menerima pendapatnya serta setiap ahli kumpulan mengambil bahagian.
Di samping itu, sesi perbincangan yang dijalankan mestilah berkaitan
dengan tajuk. Bahan perbincangan boleh diperolehi daripada sumber-sumber
berikut rencana sains yang menarik daripada akhbar, rakaman rancangan
radio dan TV mengenai gambar, carta, slaid dan transparensi, isu menarik
yang diutarakan oleh guru atau murid sendiri. Penilaian perbincangan
merupakan panduan penting untuk menjayakan kaedah pengajaran secara
perbincangan.

Selepas

setiap

aktiviti

perbincangan

dijalankan,

guru

hendaklah membuat penelitian ke atas beberapa perkara penting seperti


matlamat yang ingin dicapai, penglibatan murid dalam mengambil bahagian,
perbincangan topik yang menarik dan kesimpulan yang akan diperolehi.
Terdapat banyak kebaikan melalui kaedah perbincangan. Melalui teknik
perbincangan ini, murid berpeluang mengemukakan isu-isu, pendapat dan
idea-idea mengenai sesuatu topik dan guru bersama murid akan membuat
rumusan pada akhir sesi perbincangan. Secara tidak langsung, murid dapat
menjana minda untuk mendapatkan idea-idea yang bernas berkaitan sesuatu
isu atau masalah. Guru juga perlu merangsang minda murid dengan
mengemukan soalan-soalan berkaitan isu tersebut.
Teknik perbincangan juga dapat memberi kebaikan kepada murid dan
guru, di mana murid akan memberi reaksi tentang topik atau masalah dalam
perbincangan yang dilaksanakan di bawah kawalan guru. Keadaan ini
9

membolehkan semua murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran tersebut.


Bagi murid yang kurang memahami sesuatu topik yang dibincangkan, mereka
boleh meminta penerangan daripada guru atau rakan-rakan. Di sini, guru atau
tenaga pengajar berperanan sebagai fasilitator atau pemudahcara kepada
murid-murid. Perkara ini juga dapat menjimatkan masa pembelajaran, di
mana murid lebih mudah faham tanpa pengulangan penerangan daripada
guru untuk sesuatu topik pelajaran. Teknik perbincangan ini juga dapat
memberi kebaikan kepada guru dalam mengendalikan sesuatu mata
pelajaran kerana teknik perbincangan ini dapat dilaksanakan dalam semua
mata pelajaran dan sebarang situasi bilik darjah. Teknik perbincangan ini tidak
terhad dalam kelas teori semata-mata, malah dalam kelas amali juga boleh
menggunakan teknik perbincangan ini.
Tambahan pula, pengendalian kelas oleh guru menjadi lebih mudah
dengan menggunakan teknik perbincangan ini. Ketika perbincangan guru
harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan
perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan
menghala ke arah perkara yang betul. Melalui teknik ini juga hubungan guru
dengan murid akan lebih mesra kerana guru dan murid saling berkomunikasi
dan bertukar pendapat. Keadaan ini membolehkan murid berfikiran dengan
lebih luas dan mendidik murid supaya berani dan yakin kepada diri sendiri
dalam mengemukan hujah, pendapat dan menyelesaikan masalah.
Galakan daripada guru akan menambahkan lagi keyakinan murid. Guru
seharusnya menyakinkan murid dalam mengemukakan pendapat walaupun
pendapat tersebut mungkin kurang tepat. Jngan memarahi murid jika murid
membuat silap secara tidak sengaja dalam pembelajaran. Topik yang dipilih
oleh guru mestilah sesuai dengan objektif pembelajaran dan pengajaran serta
dapat menarik minat murid. Keadaan ini membolehkan murid belajar dalam
keadaan yang gembira tanpa tekanan yang membebankan.
Bukan

itu

sahaja,

kaedah

perbincangan

dapat

melatih

murid

membiasakan diri bercakap dalam situasi formal. Kebanyakkan masalah yang


dihadapi oleh murid ialah sukar dan malu untuk bercakap dalam situasi
formal, lebih-lebih lagi kepada murid yang berada di negeri-negeri yang
10

mempunyai dialek tertentu. Proses interaksi sesama murid menyebabkan


murid sukar untuk bertutur mengikut laras bahasa yang betul dan malu untuk
tampil ke hadapan bagi membentangkan hasil kerja dan menyuarakan
pendapat atau hujah tentang sesuatu topik. Kaedah perbincangan ini mampu
melatih murid mengunakan bahasa yang betul dan mengikis perasaan malu
untuk bercakap secara formal. Guru berperanan penting dalam memimpin
murid agar tidak malu dan yakin kepada diri sendiri untuk menyuarakan
pendapat atau hujah mengenai sesuatu topik.
Kaedah perbincangan turut dapat membina keyakinan diri dan konsep
kendiri murid. Pelajar akan lebih yakin kepada diri, kaedah perbincangan ini
merupakan suatu aktiviti yang biasa dilaksanakan di dalam kelas. Sokongan
dari guru dan murid lain akan dapat menghakis perasaan takut dan malu
untuk mengemukakan idea dan pendapat. Seterusnya melalui teknik
perbincangan ini juga, murid dapat memupuk unsur-unsur bekerjasama,
hormat-menghormati, menghargai dan mendengar pendapat orang lain. Nilainilai murni ini dapat diterapkan menerusi kaedah perbincangan seperti
bertolak ansur dan bekerjasama.
2.4 Kaedah Lakonan
Lakonan berperanan sebagai ragam pembelajaran, iaitu sebagai salah
satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Lakonan ialah salah satu
aktiviti manusia yang bertujuan untuk menggembirakan hati dengan cara
meniru watak yang berlainan dengan dirinya yang sebenar. Seseorang akan
melakonkan sesuatu cerita atau peristiwa sama ada secara spontan atau
membaca skrip yang disediakan. Menurut Cook dalam Courtney Richard
(1975: 54), beliau menyatakan bahawa lakonan merupakan satu cara yang
sebenar untuk belajar. Terdapat empat jenis lakonan iaitu lakonan spontan
(lakonan tanpa skrip), lakonan berskrip (baca dan lakon), lakonan mimos
(menggunakan

mimik muka

dan

lakon

tanpa

suara),

dan

lakonan

menggunakan pelbagai boneka.


Guru telah memainkan peranan yang penting terhadap murid-murid
dalam kaedah lakonan. Ini adalah untuk memastikan sesi pengajaran dan
pembelajaran kelas dapat dijalankan dengan lancar dan murid-murid dapat
11

memahami nilai murni dengan lebih baik. Sebelum sesuatu lakonan bermula,
guru hendaklah memastikan kawasan untuk berlakon adalah luas. Selain
membolehkan murid-murid bergerak dengan lebih selesa, kecederaan juga
boleh dielakkan. Guru juga perlu memastikan murid-murid yang lain dapat
melihat lakonan rakan mereka.
Guru perlu menyediakan skrip lakonan yang sesuai untuk murid-murid.
Skrip yang dipilih mestilah sesuai dengan umur dan tahun murid-murid. Skrip
untuk murid-murid tahap 1 hendaklah senang untuk difahami dan nilai murni
tersebut dapat dirasai dan dipersembahkan dengan mudah. Manakala untuk
murid-murid tahap 2, oleh sebab mereka mula mempunyai kebolehan untuk
menganalisis perkara, skrip yang diberi boleh memberi peluang kepada
mereka untuk berbincang dengan rakan-rakan dan berfikir apakah nilai murni
yang hendak disampaikan.
Untuk murid-murid tahap 1 pula, mereka lebih sesuai untuk
menjalankan lakonan berskrip atau lakonan menggunakan pelbagai boneka.
Hal ini demikian kerana mereka masih berada pada tahap yang memerlukan
bahan konkrit untuk menjelaskan sesuatu, maka jenis lakonan tersebut
adalah lebih sesuai untuk mereka. Apabila murid-murid berada pada tahap 2,
pemikiran mereka mula berkembang. Maka, mereka juga sesuai untuk
menjalankan lakonan spontan dan lakonan mimos. Guru juga boleh
menyediakan pelbagai peralatan untuk membolehkan lakonan murid-murid
kelihatan lebih nyata.
Seterusnya, guru harus memupuk keyakinan murid. Semasa berlakon,
tentunya terdapat murid yang tidak mempunyai keyakinan dan enggan
berlakon di depan kelas. Pada masa ini, guru tidak digalakkan hanya
memanggil beberapa murid yang aktif sahaja, tetapi guru juga harus
menggalakkan murid-murid yang bersifat malu dan pendiam untuk berlakon.
Apabila murid-murid berlakon dengan baik, berilah pujian atau hadiah kepada
mereka. Sekiranya lakonan mereka tidak memuaskan, guru juga tidak wajar
untuk mengkritikkan mereka tetapi seharusnya memberi galakkan kepada
mereka. Dengan memberi galakkan dan tidak mengkritik mereka, keyakinan

12

murid dapat dipupuk sedikit demi sedikit. Rakan-rakan turut perlu sentiasa
mengiringi agar mereka tidak ketakutan.
Selain itu, guru bertanggungjawab mengawal disiplin kelas. Semasa
berlakon dalam kelas, murid-murid akan menjadi sangat aktif sebab hendak
melibatkan diri dalam lakonan. Dengan itu, kelas akan menjadi kelam-kabut
dan menjadi bising. Ini telah menjadi satu cabaran untuk guru untuk
mengawal disiplin kelas. Guru boleh menetapkan peraturan dalam kelas dan
meminta murid-murid untuk mematuhi peraturan tersebut.
Bukan itu sahaja, guru merupakan fasilitator. Guru berperanan sebagai
fasilitator dalam kaedah lakonan, di mana guru hanya akan membimbing
murid-murid dan memastikan mereka faham kandungan yang dilakonkan oleh
mereka. Sedangkan mereka akan meneroka maklumat yang hendak
disampaikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut. Murid-murid
juga harus bersifat aktif dalam pembelajaran mereka. Selepas menjalankan
lakonan, guru tidak berhenti begitu sahaja. Adalah penting bagi guru untuk
membimbing murid-murid untuk memahami nilai-nilai murni yang hendak
disampaikan dalam lakonan tersebut. Guru tidak memberitahu mereka secara
terang, tetapi bertanya soalan atau mengadakan perbincangan sesama rakan
untuk mencari nilai-nilai murni tersebut.
Selepas memahami nilai murni itu, adalah penting untuk mengaitkan
dengan kehidupan seharian murid. Pendidikan Moral bertujuan untuk
menyampaikan nilai murni dan memupuk dalam jiwa murid. Oleh itu,
pengaitan dan pemupukan nilai moral dalam kehidupan adalah sangat
penting. Guru memainkan peranan untuk membantu murid-murid mengaitkan
nilai murni tersebut ke dalam kehidupan seharian mereka.
2.5 Strategi Pemusatan Guru
Kaedah yang mengaplikasikan strategi pemusatan guru merupakan
kaedah bercerita. Di bawah strategi pengajaran dan pembelajaran ini, guru
memainkan peranan yang utama. Di dalam kelas, gurulah yang menguasai
dan mengawal segala aktiviti pelajaran iaitu guru banyak memberi
penerangan

dan

pelajar

hanya

duduk

mendengar.

Brophy

(1978),

menyatakan bahawa pengajaran pemusatan guru merupakan pendekatan


13

yang mudah dirancang dan diurus, membekalkan model untuk pemikiran


yang betul dan mengelakkan suasana elitis yang sering dikaitkan dengan
kaedah kumpulan.
2.6 Strategi Pemusatan Murid
Antara kaedah yang mengaplikasikan strategi pemusatan murid
merupakan

kaedah

perbincangan

dan

lakonan.

Di

bawah

strategi

berpusatkan murid ini, murid memainkan peranan yang penting dalam proses
pembelajaran. Mengikut strategi ini, murid digalakkan melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Di dalam bilik darjah, guru
merupakan seorang pemimpin yang memandu murid menjalankan aktiviti
pembelajaran, sama ada secara kumpulan ataupun individu.

14

3.0 Pendekatan Pemupukan Nilai merupakan satu pendekatan yang


bertujuan untuk menanamkan set nilai budaya masyarakat ke dalam diri
ahli masyarakatnya bagi menjalin kesinambungan budaya masyarakat
tersebut.

Pelajar

dikehendaki

mendokumentasi

segala

aktiviti

pendekatan pemupukan nilai yang berlaku di dalam bilik darjah semasa


proses pengajaran dan pembelajaran.
3.1 Definisi Pendekatan Pemupukan Nilai
Pendekatan pemupukan nilai merujuk kepada proses pemupukan budi
pekerti yang baik pada diri kanak-kanak. Menurut Prof. Madya Dr. Chang Lee
Hoon (2002), fokus utama dalam pemupukan nilai ialah menanamkan set nilai
budaya sesuatu masyarakat ke dalam diri individu supaya menjamin
kesinambungan budaya masyarakat tersebut. Set nilai ini dianggap sebagai
standard tingkah laku moral yang patut diamalkan dalam kehidupan harian,
sama ada secara peribadi atau dalam hubungannya dengan orang lain. Oleh
sebab pendekatan ini digunakan secara sedar dan tidak sedar, pemupukan
merupakan pendekatan yang paling luas digunakan dalam Pendidikan Moral
sekolah rendah. Pendekatan ini juga sesuai digunakan pada peringkat
sekolah menengah rendah. Objektif pendekatan ini adalah untuk menanam
nilai tertentu yang dianggap baik dan patut dimiliki oleh murid-murid.
Pendekatan ini adalah berkaitan dengan teori pembelajaran tingkah
laku. Menurut teori ini, seorang belajar untuk bertingkah laku melalui
pemerhatian terhadap persekitarnya. Sesuatu tingkah laku pula jika diberi
peneguhan positif akan memungkinkan ianya diulang bila diberi rangsangan.
Begitu

juga

sebaliknya

jika

diberi

ganjaran

yang

negative,

akan

memungkinkan perbuatan tersebut tidak akan diulangi lagi.


Menurut pendekatan ini, nilai dilihat sebagai piawai atau peraturan
tingkah laku yang tetap dan sarwajagat dalam sesuatu masyarakat atau
budaya. Pendokong pemupukan nilai percaya bahawa pendekatan ini dapat
memenuhi keinginan dan matlamat masyarakat untuk mengatasi, malahan
menentukan keperluan dan matlamat individu.

15

Pendekatan pemupukan nilai boleh dilaksanakan dengan cara seperti


pertama, mengambil contoh teladan daripada tokoh-tokoh tempatan, negara
dan luar negeri. Kedua, pengukuhan perlakuan positif kepada tingkah laku
yang baik dan dendaan yang sesuai bila berlakunya tingkah laku negatif.
Ketiga, guru memberi keterangan serta memanipulasi keadaan atau
pengalaman yang dialami oleh pelajar supaya mereka menerima dengan
baiknya sesuatu nilai yang hendak diterapkan.
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendekatan ini adalah pertama,
menentukan
penghayatan

nilai
yang

yang

akan

dipupuk;

dikehendaki;

Kedua,

Ketiga,

mengenalpasti

menentukan

taraf

objektif-objektif

pelajaran; Keempat, memilih teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang


sesuai; Kelima, melaksanakan pengajaran-pembelajaran dalam kelas; dan
keenam, menilai pengajaran-pembelajaran.
Kebaikan pendekatan pemupukan nilai ini ialah ia memberi peluang
kepada pelajar untuk memahami, menganalisis sesuatu nilai sebelum
menerima and menghayati nilai tersebut yang berlandaskan kepada prinsip
moral. Selain itu, ia dapat memupuk nilai yang dikehendaki mengikut norma
masyarakat di kawasan tersebut. Pendekatan ini juga mudah untuk
diaplikasikan dengan memberi contoh teladan yang mudah kepada pelajar
seperti ibu bapa, guru dan tokoh terkenal. Antara kebaikan lain, melalui
pendekatan ini juga guru dapat memanipulasikan keadaan berdasarkan
pengalaman murid untuk menerima nilai yang hendak diterapkan.
3.2 Aktiviti Pendekatan Pemupukan Nilai Di Dalam Bilik Darjah
Semasa PBS, saya telah menemu bual seorang guru, Puan Chin Yam
Wah berkenaan isu-isu pemilihan kaedah dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Puan Chin pernah menggunakan kaedah bercerita, kaedah
perbincangan,

dan

kaedah

lakonan

dalam

pengajarannya.

Beliau

berpendapat bahawa ketiga-tiga kaedah ini adalah lebih berkesan dalam


memupuk nilai murni dalam kalangan murid. Ini adalah kerana ketiga-tiga
kaedah tidak seperti kaedah pengajaran tradisional yang mungkin akan
membosankan murid-murid terutamanya kaedah lakonan yang bersifat

16

menyeronokkan. Oleh itu, murid-murid akan melibatkan diri secara aktif dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya, saya meminta kebenaran guru untuk memasuki kelas
beliau untuk memerhati dan belajar cara menyampaikan nilai-nilai murni
dengan menggunakan kaedah bercerita, kaedah perbincangan, dan kaedah
lakonan. Tema yang diajar pada hari itu merupakan Bersama-sama Membuat
Perkara Baik pada setiap hari (Tahun 2) dengan nilai murni yang hendak
disampaikan, iaitu baik hati.
Pertama

sekali,

Puan

Chin

telah

memulakan

kelas

dengan

menayangkan sebuah video yang menunjukkan sebuah keluarga bersamasama membuat kerja rumah. Dalam video tersebut, seorang gadis memimpin
seorang nenek yang tua melintasi jalan raya dan membawa nenek itu menaiki
bas untuk balik rumah. Nenek tersebut amat berterima kasih kepada gadis.
Walaupun kedua-dua orang saling tidak mengenali antara satu sama lain,
tetapi gadis tersebut masih menghulurkan bantuan kepada nenek tersebut. Di
sinilah, nilai murni yang ingin disampaikan sejajar dengan buku teks ialah baik
hati dan tolong-menolong.
Selepas tayangan video, Puan Chin bertanya kepada murid-murid apa
yang didapati oleh mereka daripada video tersebut. Kemudian, Puan Chin
menjelaskan baik hati adalah faktor penting dalam mewujudkan masyarakat
yang harmonis. Puan Chin menerangkan maksud baik hati dan memberi
contoh amalan baik hati. Puan Chin meminta murid-murid mengeluarkan buku
teks untuk menceritakan isi-isi yan penting yang terdapat dalam buku teks.
Semasa bercerita, beliau menggunakan intonasi suara yang sesuai dan
pergerakan anggota badan yang dapat menarik minat murid. Beliau turut
bertanya soalan sepanjang sesi bercerita kepada murid-muridnya. Banyak
murid telah mengangkat tangan untuk menjawab soalan. Jadi, Puan Chin
telah meminta murid-murid menurunkan tangan dan memberitahu mereka
bahawa sesiapa yang dapat mengangkat tangan mereka dengan cepat sekali
akan diberi peluang untuk menjawab soalan. Cara ini dapat merangsang
motivasi murid untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh.

17

Puan Chin turut menguji kefahaman murid dengan memanggil murid


menceritakan tajuk yang telah diajar pada waktu tadi. Beliau telah memberi
satu soalan yang bertajuk Cara Anda Menerapkan Sikap Baik Hati Dalam
Kehidupan Seharian. Beberapa murid telah menceritakan pengalaman
mereka dan juga memberi contoh-contoh lain yang menunjukkan sikap baik
hati. Secara tidak langsung, Puan Chin telah menagmbil sesi bercerita
sebagai aktiviti perkongsian antara guru dengan murid. Maka, hubungan
antara guru dengan murid juga akan bertambah erat.
Seterusnya, Puan Chin telah mengaturkan murid-murid dalam
kumpulan. Terdapat 8 orang murid dalam satu kumpulan, jumlahnya 4
kumpulan. Kemudian, beliau memberi satu situasi lakonan iaitu membantu
rakan yang terjatuh disebabkan kelicinan lantai. Mereka diberi masa untuk
berbincang dan menghasilkan skrip yang ringkas. Setiap kumpulan telah
membahagikan ahli-ahli kumpulan mereka kepada beberapa perwatakan. Di
sinilah, saya mendapati kaedah perbincangan telah diaplikasikan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab murid-murid melibatkan diri
secara aktif, mereka akan menumpukan perhatian yang lebih dalam lakonan
tersebut, maka mereka akan lebih memahami dan menghayati nilai-nilai
murni yang diterapkan dalam lakonan ini.
Selain itu, Puan Chin telah meronda-ronda di sekitar kelas untuk
memantau perkembangan murid-murid serta memberi bimbingan kepada
mereka. Namun, masalah yang

dihadapi

oleh Puan

Chin

semasa

menggunakan kaedah perbincangan telah menyebabkan murid-murid akan


menjadi sangat bising dan hilang kawalan. Oleh itu, Puan Chin akan berhenti
sekejap dan menyatakan 1, 2, 3, murid-murid akan menyambung diam,
diam, diam. Dengan ini, mereka akan menjadi diam dan mendengar arahan
guru.
Oleh sebab kesuntukkan masa, Puan Chin hanya meminta satu
kumpulan untuk melakonkan hasil perbincangan mereka. Kumpulan tersebut
telah bersama-sama memapah rakan tersebut sambil menyenangkan hati
rakan yang sedang nangis akibat terjatuh. Selepas lakonan tersebut, Puan
Chin telah berbincang dengan murid-murid apa yang mereka peroleh
18

daripada lakonan rakan mereka dan kepentingan mengamalkan nilai baik


hati. Selepas itu, Puan Chin pun memberi nasihat baik hati kepada murid
sebagai kesimpulan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari itu.
Terdapatnya

beberapa

kekuatan

bagi

sesi

pengajaran

dan

pembelajaran Pendidikan Moral. Kaedah lakonan adalah salah satu kaedah


pengajaran yang disukai oleh murid-murid kerana ia sangat berbeza daripada
kaedah chalk-and-talk yang agak membosankan. Oleh itu, apabila Puan Chin
berkata hari itu akan menjalankan lakonan, murid-murid kelihatan sangat
gembira dan melibatkan diri secara aktif dalam lakonan tersebut. Ini adalah
satu keadaan yang baik kerana apabila murid-murid melibatkan diri secara
aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, pengetahuan yang hendak
disampaikan akan diterima dan senang diingati oleh mereka. Selain itu,
murid-murid

juga

dapat

memahami

dan

menyatakan

kepentingan

bekerjasama selepas lakonan tersebut. Ini menunjukkan mereka telah


bermula menerima dan menghayati nilai tersebut dalam diri mereka sendiri.
Seterusnya, kawasan untuk murid-murid berlakon juga agak luas. Ini dapat
memastikan murid-murid mempunyai tempat yang mencukupi dan ruangan
yang selesa semasa berlakon. Ia juga dapat mengelakkan kecederaan
berlaku apabila lakonan sedang dijalankan.
Walaupun kaedah lakonan disukai oleh murid-murid, tetapi masih
terdapat beberapa kekurangan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
tersebut. Murid-murid menjadi sangat bising apabila lakonan dijalankan.
Ramai yang memberi sorakkan sehingga kelas menjadi bising dan kelamkabut. Walaupun Puan Chin berjaya menenangkan mereka, tetapi itu tidak
berkekalan lama. Murid-murid akan terus membuat bising selepas beberapa
minit. Bukan itu sahaja, oleh sebab kesuntukkan masa, beliau hanya meminta
satu kumpulan untuk berlakon. Ini menyebabkan kumpulan lain tidak dapat
melakonkan hasil perbincangan mereka. Ini adalah kurang sesuai kerana
guru tidak dapat tahu apa yang dibincangkan oleh murid-murid dan
kefahaman mereka terhadap konsep kerjasama. Bukan itu sahaja, ia juga
akan melenyapkan minat murid terhadap pembelajaran kerana hasil tidak
dikongsi bersama orang lain.

19

Di samping itu, saya mencadangkan Puan Chin boleh menetapkan


beberapa peraturan di mana apabila murid-murid membuat bising, lakonan
tidak akan diteruskan. Ini bukanlah sejenis dendaan, tetapi menyedarkan
murid-murid apabila mereka membuat bising, mereka tidak dapat menyaksi
dan memahami lakonan rakan mereka serta informasi yang hendak
disampaikan. Di samping itu, sorakkan mereka juga akan mengganggu kelas
lain. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan ketenangan murid-murid
supaya sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar
dan murid-murid dapat memanfaatkan pengetahuan yang disampaikan.
Dengan merujuk kepada perkara, iaitu bukanlah semua murid dapat
melakonkan hasil perbincangan mereka, saya mencadangkan beliau boleh
mencari masa yang lebih panjang seperti dua masa Pendidikan Moral atau
masa lepas sekolah.

Masa yang lebih ini membolehkan setiap kumpulan

dapat melakonkan hasil perbincangan masing-masing.


Dengan ini, beliau juga dapat menilai dan memahami kefahaman
murid-murid terhadap konsep kerjasama seterusnya memberi komen yang
berkenaan. Selain itu, saya juga mencadangkan beliau boleh memberi
beberapa situasi lakonan dan mengagihkan kepada kumpulan yang
berlainan. Ini membolehkan semua murid lebih memahami kepentingan
mengamalkan sikap bekerjasama dalam pelbagai situasi.
Pendekatan pendidikan moral yang digunakan oleh Puan Chin dalam
kaedah bercerita merupakan pendekatan pemupukan nilai. Kaedah bercerita
merupakan kaedah yang dapat melatih kemahiran verbal-linguistik seseorang
sama ada guru ataupun murid. Semasa guru bercerita, murid harus senyap
dan menumpukan perhatian kepada pelajaran yang disampaikan oleh guru.
Di sini, murid-murid telah mempelajari untuk menjadi seorang yang
bertanggungjawab dan mematuhi peraturan. Selepas bercerita, murid-murid
akan mempunyai peluang untuk menceritakan pengalaman kehidupan
mereka yang sejajar dengan tema yang diajar. Murid dapat belajar untuk
mengekspresikan perasaan dalam bentuk perkataan di dalam kelas. Jadi,
kayakinan murid akan bertambah dan akan mempunyai perasaan berterima
kasih kepada orang yang pernah menolongnya semasa bercerita di hadapan
semua rakannya.
20

Pendekatan pendidikan moral yang digunakan oleh Puan Chin dalam


kaedah perbincangan merupakan pendekatan pemupukan nilai. Hal ini
demikian kerana banyak nilai murni dapat disemai dalam diri murid. Semasa
perbincangan, murid-murid dapat mengeluarkan idea dan pendapat masingmasing. Murid-murid dapat menguasai kemahiran berkomunikasi dengan
orang lain. Ini selaras dengan kemahiran interpersonal yang terdapat dalam
Teori Kecerdasan Pelbagai. Murid mampu mengamalkan sikap bertolak ansur
semasa berkumpulan. Sebagaimana yang kita tahui, sikap toleransi
merupakan kunci utama untuk menjayakan sesuatu. Hubungan antara ahliahli kumpulan akan bertambah erat dan ini akan meningkatkan persefahaman
dalam melakukan seusatu perkara. Murid-murid akan belajar kemahiran
mencatatkan nota-nota yang penting hasil daripada perbincangan. Lantaran
itu, kaedah perbincangan ini amatlah perlu untuk dilaksanakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran supaya sikap kerjasama dapat dipupuk dalam
setiap murid.
Pendekatan pendidikan moral yang digunakan oleh Puan Chin dalam
kaedah lakonan merupakan pendekatan pemupukan nilai. Nilai murni dapat
dipupuk dan ditanam dalam diri kanak-kanak secara tidak sedar. Pendekatan
pemupukan nilai ini turut membolehkan murid-murid untuk memahami dan
menganalisis sesuatu nilai sebelum menerimanya. Semasa merancang plot
untuk lakonan, murid-murid harus memikirkan cerita supaya nilai kerjasama
dapat ditonjolkan. Selepas itu, dengan melakonkan plot cerita tersebut, muridmurid dapat merasai kepentingan mengamalkan sikap kerjasama dalam
menjayakan sesuatu usaha. Dengan adanya perbincangan bersama guru,
murid-murid dapat memahami sikap kerjasama dengan lebih baik dan nilai
murni tersebut dapat dipupuk dalam diri murid sedikit demi sedikit.
Peneguhan turur merupakan salah satu elemen yang penting dalam
menanam sifat baik ini.

21

4.0 Rumusan
Semua guru pelatih telah mejalankan Pengalaman Berasaskan
Sekolah (PBS) ini selama lima hari di sekolah yang dipilih oleh diri sendiri.
Oleh kerana masa yang agak singkat, guru pelatih perlu merancang apa yang
perlu dilakukan pada setiap hari. Antara perancangan yang telah saya buat
ialah menjalankan temu ramah dengan guru dan mengambil gambar suasana
bilik darjah.
Seterusnya, saya telah mempelajari banyak perkara baru berkenaan
suasana dan realiti sebenar keadaan seorang guru mengajar dan suasana
serta iklim kelas itu sendiri. Apa yang boleh saya nyatakan di sini adalah
tentang kesedaran emosi saya semasa melakukan PBS. PBS banyak
mengajar saya berubah ke arah pemikiran dan pengurusan emosi yang
positif, bukan dengan cara memberi tekanan kepada perasaan.
Selain itu, melalui PBS dapat memupuk keyakinan diri saya dalam
melakukan sesuatu perkara. Ia mengajar saya untuk lebih berketerampilan
dan berkeupayaan untuk bergaul mesra dengan masyarakat sekeliling
terutamanya ketika berhadapan dengan murid-murid. Ia juga menambahkan
semangat saya untuk menimba ilmu pengetahuan. PBS juga membolehkan
saya menjadi bijak dalam berkomunikasi dan berhubung dengan orang ramai.
Tambahan lagi, saya dapat menyampaikan maklumat dengan jelas dan
meyakinkan orang ramai dengan mewujudkan dasar keterbukaan dan telus
dalam pergaulan.
Melalui PBS juga, saya dapat memupuk kepercayaan di antara satu
sama lain, rasa hormat di kalangan para guru, staf sekolah dan murid-murid
serta berkongsi pemikiran untuk mencapai kesefahaman. Malah saya juga
dapat menyesuaikan diri dengan idea-idea, pendekatan dan maklumat yang
baru diterima. Jadi, saya telah mendapat pengetahuan baru dalam PBS ini.
Bukan itu sahaja, saya telah mengetahui latar belakang sekolah dan
PIBG sekolah tersebut dengan lebih jelas sekali.
sistem

pentadbiran

sekolah

tersebut

dalam

Saya telah memahami

pelbagai

aspek melalui

wawancara dengan tokoh-tokoh. PBS juga banyak mengajar saya tentang


22

menyedari keperluan orang lain terutamanya murid-murid yang untuk mereka


membangun dan meningkatkan potensi diri sendiri. Sebagai seorang guru,
seseorang harus mengetahui pengurusan sebuah sekolah dengan baik dan
jelas sekali. Peranan dalam membantu perkembangan murid tidak hanya
bergantung sepenuhnya kepada pentadbir sekolah dan guru-guru, malah
kerjasama dari semua pihak termasuk ibu bapa dan masyarakat turut
memainkan peranan penting di dalam melahirkan golongan murid yang
mempunyai tahap perkembangan yang seimbang.
Kesimpulannya, saya berasa amat bersyukur kerana diberikan peluang
untuk menjalankan PBS ini walaupun hanya menghadirkan diri ke sekolah
selama 5 hari sahaja. Amat sayang untuk meninggalkan sekolah tersebut
kerana warga sekolah itu sangat mengalu-alukan kedatangan guru-guru
pelatih ke sekolah ini. Pengalaman yang ditimba akan terpaku dalam sanubari
dan akan digunakan sebaiknya sebagai bekalan mengajar kelak.

23

5.0 Rujukan
Abdullah Sani Yahya, Abdul Rashid Mohamed, Ph.d, & Abdul Ghani Abdullah,
Ph.d. (2007). Guru sebagai pemimpin. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Ali Mohd. (2008). Unit 2 pengenalan kepada kaedah dan teknik pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Moral. Diperolehi pada 5 Oktober 2015
daripada
https://www.scribd.com/doc/6125026/Unit-2-PENGENALAN-KEPADAKAEDAH-DAN-TEKNIK-PENGAJARAN-DAN-PEMBELAJARANPENDIDIKAN-MORAL
Anis Huda. (2013). Definisi strategi, pendekatan, kaedah dan teknik.
Diperolehi pada 5 Oktober 2015 daripada
https://www.scribd.com/doc/126169397/DEFINISI-STRATEGIPENDEKATAN-KAEDAH-DAN-TEKNIK
Cik Syue. (2012). Konsep teknik bercerita. Diperolehi pada 5 Oktober 2015
daripada

http://nota-budak-ipg.blogspot.com/2012/10/konsep-

teknik-bercerita.html
Choong Lean Keow. (2012). Murid dan alam belajar. Selangor: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Deria. (2013). Pendekatan pengajaran. Diperolehi pada 5 Oktober 2015
daripada

http://deriakacamata.blogspot.com/2013/07/pendekatan-

pengajaran.html
Intan Safinas Mohd Ariff Albakri, Fazilah Idris, Maznah Ibrahium, & Alawiah
Ibrahim. (2001). Kaedah pengajaran berkesan: antara keperluan
pelajar dan realiti pengajaran pengajian jarak jauh. Jurnal pengajian
umum, 2, 81-94.
Ismail bin Said, Dr. (2014). Kaedah pengajaran Sejarah. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

24

Jann Abrahman. (2011). Strategi perbincangan. Diperolehi pada 5 Oktober


2015 daripada
https://www.academia.edu/5177848/1._STRATEGI_PERBINCANGANzuriani
Mimieymanjer. (2012). Teknik bercerita. Diperolehi pada 5 Oktober 2015
daripada
http://mimieymanjer.blogspot.com/2012/04/teknik-bercerita.html
Mohd Fuad Sam, Marina Majid, Afrah Salwani Jusoh, & Mohd Zain Kosnon.
(2013). Murid dan alam belajar. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2012).
Murid dan alam belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub, Dr. & Mohd. Zohir Ahmad. (2007).
Pedagogi: strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Kuala
Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Umie Kamaruddin. (2013). Pendekatan Moral. Diperolehi pada 5 Oktober
2015 daripada
https://www.scribd.com/doc/134506405/Pendekatan-Moral
Yatt Fushaa. (2013). Teknik lakonan Pendidikan Moral. Diperolehi pada 5
Oktober 2015 daripada
http://www.slideshare.net/suduDANgarpu/peta-minda-1-teknik-lakonan

25

6.0
Lampiran

26

Anda mungkin juga menyukai