Anda di halaman 1dari 3

Taubatnya Seorang Pembunuh

Dari Abu Said, Saad bin Malik bin Sinan al-Khudzri


bahawa Rasulullah SAW bersabda;
Hiduplah seorang lelaki di suatu masa sebelum
kamu, ia telah membunuh 99 jiwa, lalu ia bertanya
kepada orang yang paling alim dari penduduk suatu
negeri dan disarankan agar ia menanyakan tentang
perkara tersebut pada seorang rahib. Ia pun
mendatangi dan menanyakannya. Si Rahib menjawab
bahawa taubatnya tidak dapat diterima. Ia pun marah
dan dibunuhlah si Rahib itu, sehingga genaplah seratus
orang yang telah di bunuh.
Namun niatnya bertaubat tetap teguh. Maka
kembalilah ia kepada orang yang paling alim untuk
meminta petunjuk
kepada siapakah ia harus
menanyakan masalah taubatnya. Lalu ditunjukkan
kepada seorang lelaki pintar, ia pun berjumpa
kepadanya dan menceritakan segala perbuatannya,
yakni membunuh nyawa seratus orang, tetapi ia ingin
bertaubat, Apakah mungkin taubatnya masih boleh
diterima?
Orang itu menjawab ;Ya diterima. Siapakah yang
menghalangi taubat seorang hamba? Sekarang saya
anjurkan agar engkau meninggalkan dari negerimu
yang buruk itu dan berhijrah ke sebuah negeri yang
berpenduduk orang-orang soleh dan ahli ibadat kepada
Allah SWT, agar engkau dapat beribadat bersama
mereka.
Ia pun segera meninggalkan negerinya. Dalam
separuh perjalanan menuju negeri itu, datang ajal

menjemputnya. Maka bersilang pendapatlah dua


malaikat, malaikat Rahmat dan Malaikat Azab. Malaikat
Rahmat berkata : Ia datang dengan niat bertaubat
sepenuh hatinya.
Malaikat Azab pun membantah :Tetapi ia belum
melakukan kebajikan sama sekali.
Maka datanglah malaikat dalam bentuk manusia
yang bertindak sebagai halim dalam memutuskan
perkara kedua-dua malaikat tersebut. Si hakim
menganjurkan agar setiap malaikat mengukur, dengan
bumi (tempat) manakah mayat tersebut lebih dekat,
maka bumi (tempat) yang lebih dekat dengannya
adalah miliknya. Setelah di ukur, ternyata simayat lebih
dekat dengan tempat tujuannya,iaitu yang dihuni oleh
orang-orang soleh,beerti ia termasuk mereka. Maka
Malaikat rahmatlah yang berhak membawanya.
(Hadis Riwayat Muttafaq Alaih)

Dalam riwayat lain diterangkan, selisih jarak antara


kedua negeri itu hanya satu jengkal, sungguhpun
demikian ia masuk bumi (tempat) yang baik, kerana ia
lebih dekat dengannya.
Sebuah riwayat dalam kitab sahih juga menyebutkan ;
"Maka Allah SWT mewahyukan kepada bumi yang
buruk agar menjauh dan pada bumi yang baik agar
mendekat. Lalu diperintahkan agar mengukur jaraknya,
sehingga didapati ia lebih dekat pada bumi yang baik
selisih satu jengkal dan ampunilah dia".

Tidak diragukan lagi bahawa pintu taubat sentiasa


terbuka kepada sesiapa saja yang ingin bertaubat.
Thabit bin Qurrah berkata: "Kerehatan badan
bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa
bergantung kepada kurangnya melakukan dosa.
Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya
bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan."