Anda di halaman 1dari 3

MODUL TB 19 - AYAT AKTIF

LATIHAN SPM 1
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Puan Azizah telah memarahi Azmi kerana memecahkan pasu bunga.
Azmi telah dimarahi oleh Puan Azizah kerana memecahkan pasu bunga.
2. Ibu bapa harus mengawasi tingkah laku anak-anak supaya mereka tidak tersalah langkah.
Tingkah laku anak-anak harus diawasi oleh ibu bapa supaya mereka tidak tersalah langkah.
3. Puan Sarah menghadiahi Atiqah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian memandu.
Setelah lulus dalam ujian memandu, Atiqah dihadiahi oleh Puan Sarah sebuah kereta Kancil.
Atiqah dihadiahi oleh Puan Sarah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian memandu.
4. Ayah saya menyambut kedatangan birasnya yang baru tiba dari Sabah.
Kedatangan biras ayah saya yang baru tiba dari Sabah disambut oleh ayah.
5. Dia mendayung sampan itu dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat pertama dalam
pertandingan tersebut.
Sampan itu didayung olehnya dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat pertama dalam pertandingan
tersebut.
LATIHAN SPM 2
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Saya membeli rumah mewah di atas bukit itu dengan duit titik peluh saya sendiri.
Rumah mewah di atas bukit itu saya beli dengan duit titik peluh saya sendiri.
2. Ibu Anita membuat kuih bahulu yang sedap itu sempena hari lahir Kalsom.
Kuih bahulu yang sedap itu dibuat oleh ibu Anita sempena hari hari lahir Kalsom.
3. Mereka menyusun kerusi-kerusi itu di padang sebelum acara sukan bermula.
Kerusi-kerusi di padang itu disusun oleh mereka sebelum acara sukan bermula.
Kerusi-kerusi itu disusun oleh mereka di padang sebelum acara sukan bermula.
4. Semua pelajar sudah membaca buku cerita yang terdapat di perpustakaan.
Buku cerita yang terdapat di perpustakaan sudah dibaca oleh semua pelajar.
5. Saya selalu memasang lampu di hadapan rumah sebelum tidur.
Lampu di hadapan rumah selalu saya pasang sebelum tidur.
LATIHAN SPM 3
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Kamu perlu membereskan kerja yang diberikan oleh guru sebelum pulang nanti.
Kerja yang diberikan oleh guru perlu kamu bereskan sebelum pulang nanti.
2. Ali telah mengambil buku itu semalam.
Buku itu telah diambil oleh Ali semalam.
3. Saya sudah menyelesaikan tugasan itu semalam.
Tugasan itu sudah saya selesaikan semalam.
4. Ayah memarahi Kamal kerana pulang jauh malam.
Kamal dimarahi oleh ayah kerana pulang jauh malam.
5. Kakak mencuci pakaian kotor di bilik air.
Pakaian kotor dicuci oleh kakak di bilik air.
LATIHAN SPM 4
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Saya telah mengirimi adik wang saku untuk keperluannya belajar di luar negara.
Wang saku adik telah saya kirim untuk keperluannya belajar di luar negara.
Adik telah saya kirimi wang saku untuk keperluannya belajar di luar negara.
2. Ayah menghadiahi emak seutas rantai emas sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
Emak dihadiahi oleh ayah seutas rantai emas sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
3. Anda patut menyelesaikan tugas itu sekarang juga.
Tugas itu patut anda selesaikan sekarang juga.
4. Beliau menyandang jawatan yang sangat penting dalam organisasi tersebut.
Jawatan yang sangat penting dalam organisasi tersebut disandang oleh beliau.
Jawatan yang sangat penting disandang oleh beliau dalam organisasi tersebut

5. Kakak memasukkan sedikit garam ke dalam gulai yang sangat saya gemari.
Sedikit garam dimasukkan oleh kakak ke dalam gulai yang sangat saya gemari.

LATIHAN SPM 5
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Pengetua mengarahkan guru-guru memantau aktiviti pelajar pada waktu petang.
Guru-guru diarahkan oleh pengetua memantau aktiviti pelajar pada waktu petang.
2. Saya mengangkat beg besar itu masuk ke bilik hotel dengan segera.
Beg besar itu saya angkat masuk ke bilik hotel dengan segera.
3. Anda mesti menghadiri kursus itu untuk meningkatkan kemahiran anda.
Kursus itu mesti anda hadiri untuk meningkatkan kemahiran anda.
4. Ali menemui buku itu di dalam beg pakaian.
Buku itu ditemui oleh Ali di dalam beg pakaian.
5. Anda perlu mengelakkan perbuatan mencuri kerana perbuatan itu berdosa.
Perbuatan mencuri perlu anda elakkan kerana perbuatan itu berdosa.
LATIHAN SPM 6
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Kebanyakan negara hari ini mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi.
Sistem pemerintahan demokrasi diamalkan oleh kebanyakan negara hari ini.
2. Pasukan petugas Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan bagi Pembangunan Struktur Informasi menggariskan
beberapa langkah untuk membangunkan komputer peribadi buatan Malaysia sepenuhnya.
Beberapa langkah digariskan oleh pasukan petugas Agenda Teknologi MaklumatKebangsaan bagi Pembangunan
Struktur Informasi untuk membangunkan komputer peribadi buatan Malaysia sepenuhnya.
3. Ayah telah berjaya menangkap seekor rusa jantan sewaktu memburu di hutan.
Seekor rusa jantan telah berjaya ditangkap oleh ayah sewaktu memburu di hutan.
4. Adlin telah memetik buah rambutan di belakang rumah untuk diberi kepada Siva.
Buah rambutan di belakang rumah telah dipetik oleh Adlin untuk diberikan kepada Siva.
5. Adik terpaksa menyapu halaman rumah kami setiap hari kerana banyak daun yang gugur.
Halaman rumah kami terpaksa disapu setiap hari oleh adik kerana banyak daun yang gugur.
Halaman rumah kami terpaksa disapu oleh adik setiap hari kerana banyak daun yang gugur.

Anda mungkin juga menyukai