Anda di halaman 1dari 2

KONSEP BIMBINGAN

Menurut

Kamus

merupakan

Dewan

perbuatan

Edisi

Ketiga

membimbing,

(1997:159),
memberi

bimbingan

petunjuk

atau

memimpin seseorang dan orang yang terlibat dalam perbuatan


membimbing dikenali sebagai pembimbing.
Ahli-ahli

psikologi

mengemukakan

pelbagai

takrifan

terhadap

bimbingan dan kaunseling mengikut falsafah dan aliran pemahaman


masing-masing.
Othman Mohamed (2000) juga mendefinisikan bimbingan sebagai
sebahagian

daripada

proses

menolong.

Proses

ini

meliputi

bagaimana sesuatu arahan diberikan secara teratur dan tersusun


serta mengandungi maklumat yang sesuai untuk menentukan
pencapaian matlamat oleh orang yang menerima. Biasanya ia
merujuk kepada menentukan kebajikan dan perkembangan dirinya.
Takrifan bimbingan ini merujuk kepada pendapat Crow dan Crow
(1960 Bantuan yang diberikan oleh seseorang sama ada lelaki atau
perempuan yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai
kepada seseorang individu setiap peringkat usia untuk menolongnya
mengarahkan kegiatan hidupnya sendiri; membuat pilihan hidupnya
sendiri dan menanggung akibatnya sendiri.).
Manakala

menurut

Shertzer

dan

Stone

(1971),

menyatakan

bimbingan merupakan proses menolong individu memahami diri


sendiri serta alam sekelilingnya. Proses ini sentiasa berterusan dan
memerlukan jangka masa yang lama untuk melihat hasilnya.
Huraian secara terperinci mengenai takrifan ini diperjelaskan oleh
Tang Chee Yee(1991:1). Maksud menolong bermakna bantu ,
assisting dan availing seseorang individu dalam menyelesaikan hal
yang berkaitan dengan perkembangan dan kepuasan kehidupan

peribadi dan sosial. Perkataan memahami diri pula ialah bagaimana


seseorang individu itu memahami identiti diri, kelebihan dan
kekurangan yang dimiliki. Seterusnya alam sekeliling pula ialah
merujuk kepada keadaan yang berlaku di sekitarnya dan peluangpeluang yang harus direbut.