Anda di halaman 1dari 9

Novel Tingkatan 1 Bukan Duniaku.

PERSOALAN - KETABAHAN MENGHADAPI DUGAAN.


Soalan 1:
Berdasarkan novel di atas berikan tiga contoh peristiwa yang dapat
menggambarkan persoalan di atas?
Jawapan:
Novel yang saya kaji ialah Bukan Duniaku. Terdapat banyak peristiwa yang
menggambarkan ketabahan menghadapi dugaan dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah, Halim dan Saleh tabah menghadapi dugaan
semasa tinggal bersama Abang Joe yang tidak berperikemanusiaan.
Selain itu, peristiwa Saleh sanggup menemani Halim menemui Abang Joe.
Dia tidak meninggalkan Halim sendirian walaupun dia dipukul oleh konco-konco
Abang Joe.
Akhir sekali, peristiwa Halim tabah meneruskan kehidupan dengan bekerja
sebagai pencuci kereta walaupun Abang Joe tidak membayar sebarang upah
kepadanya.

Soalan 2:
NILAI KEGIGIHAN
Berdasarkan novel Bukan Duniaku. Jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan
nilai kegigihan.
Jawapan:
Novel yang saya kaji ialah Bukan Duniaku. Terdapat banyak peristiwa yang
menggambarkan nilai kegigihan dalam novel ini.

Peristiwa yang pertama ialah Saleh gigih menjalani kehidupan dalam


keadaan daif dan miskin.
Selain itu, peristiwa Faris gigih menyiasat untuk membongkar kegiatan Abang
Joe.
Akhir sekali, peristiwa Halim dan Salleh gigih meneruskan kerja mereka
walaupun tidak diberi sebarang upah oleh Abang Joe.

Soalan 3:
NILAI KEBERANIAN
Berdasarkan novel Bukan Duniaku. Jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan
nilai keberanian.
Jawapan:
Novel yang saya kaji ialah Bukan Duniaku. Terdapat banyak peristiwa yang
menggambarkan nilai keberanian dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah Saleh berani pergi ke Kuala Lumpur seorang diri
untuk mencari pekerjaan.
Selain itu, peristiwa Halim berani lari dari rumah seorang diri pada waktu
malam.
Akhir sekali, peristiwa Saleh berani membela Halim ketika Halim dibelasah
oleh konco-konco Abang Joe.

Soalan 4:
NILAI KASIH SAYANG

Berdasarkan novel Bukan Duniaku. Jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan


nilai kasih sayang.
Jawapan:
Novel yang saya kaji ialah Bukan Duniaku. Terdapat banyak peristiwa yang
menggambarkan nilai kasih sayang dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah Saleh sanggup membela Halim apabila
dibelasah oleh konco-konco Abang Joe.
Selain itu, peristiwa Saleh sayang akan adik-adiknya. Dia sanggup berhenti
sekolah demi adik-adiknya menyambung pelajaran.
Akhir sekali, peristiwa Saleh sayang akan keluarganya dengan sanggup pergi
ke Kuala Lumpur seorang diri untuk mencari pekerjaan demi membantu keluarganya
yang susah.

Soalan 5:
PERWATAKAN WATAK UTAMA HALIM SEORANG YANG MEMPUNYAI
PERASAAN SIMPATI.
Berdasarkan novel Bukan Duniaku, jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan
perwatakan watak utama dalam seperti yang ditetapkan di atas?
Jawapan:
Novel yang saya kaji ialah Bukan Dunia. Watak utama dalam novel ini ialah
Halim. Halim digambarkan seorang yang mempunyai perasaan simpati.
Peristiwa yang pertama Halim bersimpati akan kesusahan hidup Saleh
dengan membantu Saleh meneruskan persekolahannya dengan dibantu oleh ayah
Halim.
Selain itu, peristiwa Halim bersimpati kepada rakan-rakannya yang
terperangkap dengan sindiket Abang Joe.

Akhir sekali, peristiwa Halim bersimpati kepada Saleh yang telah dibelasah
oleh konco-konco Abang Joe ketika di gudang simpan dadah.

Soalan 6:
PERWATAKAN WATAK UTAMA HALIM SEORANG YANG GIGIH
Berdasarkan novel Bukan Duniaku, jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan
perwatakan watak utama dalam seperti yang ditetapkan di atas?
Jawapan:
Novel yang saya kaji ialah Bukan Duniaku. Watak utama dalam novel ini
ialah Halim. Halim digambarkan seorang yang gigih.
Peristiwa pertama yang menggambarkan Halim gigih ialah Halim gigih
menjalankan kerjanya sebagai pencuci kereta walaupun tidak diberi sebarang upah
oleh Abang Joe.
Selain itu, peristiwa Halim gigih dalam usahanya untuk melepaskan diri dari
cengkaman Abang Joe.
Akhir sekali, peristiwa ketika Halim gigih memberi maklumat kepada Fariz
bagi menumpaskan sindiket Abang Joe

Soalan 7:
PERBANDINGAN WATAK
WATAK UTAMA
HALIM

WATAK SAMPINGAN
ABANG JOE

Berdasarkan novel di atas nyatakan 3 perbandingan antara watak utama dan watak
sampingan?

Jawapan:
Novel yang saya kaji ialah Bukan Duniaku. Terdapat banyak perbandingan
antara watak utama dan watak sampingan.
Perbandingan yang pertama ialah Halim merupakan murid berusia 15 tahun
dan anak sulung manakala Abang Joe merupakan ketua sindiket.
Selain itu, Halim seorang yang terburu-buru dalam melakukan sesuatu
perkara manakala Abang Joe licik dalam memperdayakan golongan remaja untuk
memperoleh keuntungan.
Akhir sekali, Halim seorang yang prihatin terhadap rakannya iaitu Saleh
manakala Abang Joe seorang yang kejam dan tidak berperikemanusiaan dengan
mengarahkan konco-konconya memukul Halim dan rakan-rakannya.

Soalan 8:
Berdasarkan novel Bukan Duniaku, jelaskan tiga latar tempat bagi setiap tempat
tersebut. Berikan contoh tiga peristiwa yang berlaku?
Jawapan:
Novel yang saya pilih ialah Bukan Duniaku. Terdapat banyak latar tempat
dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama ialah tempat cuci kereta. Contohnya peristiwa
yang berlaku ialah tempat Halim bekerja mencuci kereta setelah dia diperangkap
oleh Abang Joe.
Selain itu, latar tempat yang seterusnya ialah bawah pokok. Di sini berlakunya
tempat Halim meletakkan peralatan mencuci kereta dan tempat Halim duduk
sementara menunggu pelanggan datang untuk mencuci kereta.
Akhir sekali, latar tempat ialah rumah Halim . Contoh peristiwa yang dapat
dilihat di sini ialah di rumah Halim. Halim sering ditemani pengasuhnya, Mak Esah
apabila ayah dan ibunya keluar bekerja.

Soalan 9:
Berdasarkan novel Bukan Duniaku, jelaskan tiga latar masyarakat. Bagi setiap
tempat tersebut berikan contoh tiga peristiwa yang berlaku?
Jawapan:
Novel yang saya pilih ialah Bukan Duniaku. Terdapat banyak latar
masyarakat dalam novel ini.
Latar masyarakat yang pertama ialah masyarakat remaja yang terlalu
mengikut kata hati. Contohnya peristiwa yang berlaku ialah Halim yang baru berusia
15 tahun sanggup lari dari rumah semata-mata kerana berkecil hati apabila ayah
dan ibunya terlupa akan hari jadinya.
Selain itu, latar masyarakat yang seterusnya ialah masyarakat yang hidup
dalam kesusahan kerana kemiskinan. Di sini berlakunya keluarga Saleh hidup dalam
kemiskinan. Ayah Saleh tidak mampu menanggung belanja persekolahan Saleh.
Akhir sekali ialah latar masyarakat yang berhati mulia kerana sanggup
berkorban demi keluarga. Saleh sanggup berhenti sekolah kerana tidak mahu
membebankan ayah dan ibunya serta ingin memberikan peluang kepada adikadiknya belajar. Malah, Saleh sanggup pergi ke bandar untuk mencari kerja demi
membela nasib mereka sekeluarga.

Soalan 10:
LATAR
MASA

TEMPAT

MASYARAKAT

Latar merupakan unsur penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang
anda kaji huraikan satu contoh peristiwa bagi setiap latar di atas?
Jawapan:
Novel yang saya kaji ialah Bukan Duniaku. Terdapat banyak latar yang
digunakan oleh pengarang seperti latar masa, tempat , dan masyarakat.

Latar masa dapat di lihat pada waktu siang. Peristiwa yang berlaku ialah
setiap hari Halim bekerja mencuci kereta setelah dia termasuk perangkap Abang
Joe.
Latar tempat pula berlaku di tempat cuci kereta. Di sini berlakunya tempat
Halim bekerja mencuci kereta setelah dia diperangkap oleh Abang Joe.
Latar masyarakat yang digambarkan ialah masyarakat remaja yang terlalu
mengikut kata hati. Contohnya peristiwa yang dinyatakan ialah Halim baru berusia
15 tahun sanggup lari dari rumah semata-mata kerana berkecil hati apabila ayah
dan ibunya terlupa akan hari jadinya.

Soalan 11:
KITA HENDAKLAH SENTIASA MENGAMALKAN SIKAP BANTU MEMBANTU DALAM
KEHIDUPAN.
Huraikan tiga contoh peristiwa yang berkaitan dengan pernyataan di atas daripada
sebuah novel Tingkatan Satu.
Jawapan:
Novel yang saya kaji ialah Bukan Duniaku. Terdapat banyak peristiwa yang
memperlihatkan sikap saling membantu dalam kehidupan.
Peristiwa yang pertama ialah Saleh membantu Halim ketika Halim dibelasah
oleh konco-konco Abang Joe.
Selain itu, peristiwa ketika bapa Halim membantu membiayai perbelanjaan
persekolahan Saleh.
Peristiwa yang terakhir yang dapat dilihat ialah Fariz membantu Halim dan
kawan-kawannya terlepas dari cengkaman Abang Joe.
Soalan 12:
PENGAJARAN
KITA MESTILAH TABAH MENGHADAPI CABARAN HIDUP

KITA MESTILAH PRIHATIN AKAN KESUSAHAN ORANG LAIN


KITA JANGANLAH MENGAMALKAN SIKAP TERBURU-BURU

Berdasarkan novel Tingkatan satu yang anda pelajari, berikan satu contoh peristiwa
yang menggambarkan setiap pengajaran di atas.
Jawapan:
Novel yang saya kaji ialah Bukan Duniaku. Terdapat banyak pengajaran
yang diutarakan oleh pengarang melalui novel ini.
Antara pengajarannya ialah kita mestilah tabah menghadapi cabaran.
Peristiwanya, ialah Halim dan Saleh tabah menghadapi dugaan semasa tinggal
dengan Abang Joe yang tidak berperikemanusiaan.
Selain itu, kita mestilah prihatin akan kesusahan orang lain. Contoh peristiwa
yang dapat dilihat ialah semasa di dalam pondok. Halim bersimpati akan Saleh yang
terpaksa berhenti sekolah kerana ayahnya tidak mampu menanggung perbelanjaan
persekolahannya.
Akhir sekali, kita janganlah mengamalkan sikap terburu-buru. Misalnya, Halim
yang berusia 15 tahun sanggup melarikan diri dari rumah kerana ibu bapanya
terlupa akan hari jadinya.

Soalan 13:
Berdasarkan satu daripada novel yang anda kaji, huraikan tema bagi setiap novel
dan berikan tiga peristiwa yang berkaitan dengan tema tersebut.

Jawapan:
Novel yang saya kaji ialah Bukan Duniaku. Tema novel ini ialah ketabahan
hati seorang remaja lelaki dalam menempuh liku-liku kehidupan.
Peristiwa yang berkaitan dengan tema ini ialah Halim tabah menghadapi
dugaan hidup di ibu kota setelah dia termasuk dalam perangkap Abang Joe.
Selain itu, peristiwa Halim cekal meneruskan kehidupan dengan bekerja
sebagai pencuci kereta walaupun tidak dibayar sebarang upah.
Akhir sekali, mengenai kes Abang Joe yang telah terbongkar. Inspektor
Fariz bijak menyembunyikan identitinya sebagai anggota polis dan bekerja di
bahagian narkotik dan jenayah dalam menyiasat kes Abang Joe.