Anda di halaman 1dari 3

Kajian di institusi pengajian tinggi

Kemahiran insaniah ataupun softskill kini semakin dititikberatkan dikalangan pelajar di


institusi pengajian tinggi awan dan swasta (IPTA & IPTS). Kemahiran insaniah merangkumi
tujuh aspek utama iaitu,

kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran

menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan


pengurusan maklumat, etika dan integrity, kemahiran kepimpinan, dan kemahiran
keusahawanan. Kemahiran-kemahiran ini jika diterapkan mampu menghasilkan graduan yang
berketrampilan dan unggul di mata dunia.
Jadi, menjadi usaha pihak institusi-institusi pengajian tinggi awan atau swasta untuk
menerapkan nilai-nilai kemahiran insaniah dikalangan pelajar mereka agar mampu bersaing
dalam pasaran kerja semasa kelak. Sehubungan itu, pelbagai usaha telah dibuat bagi
menerapkan nilai kemahiran ini dalam diri setiap pelajar di IPTA. Antaranya memperkenalkan
subjek baru seperti keusahawanan, memperbanyakkan lagi aktiviti kebajikan atau
kemasyarakatan antara pelajar dan masyarakat luar, menerapkan nilai kemahiran ini dalam
subjek kokurikulum dan sebagainya.
Kajian lepas
a) Kajian Penerapan Kemahiran Generik di kalangan Pelajar Tahun Akhir Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
Satu kajian oleh Norasykin dan Nurul Huda pada tahun 2007 ke atas pelajar tahun akhir
Fakulti Pendidikan yang mengikuti program Ijazah Sains Muda Sains dan Komputer serta
Pendidikan (Kimia, Fizik dan Biologi) di Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 66 orang
pelajar tahun akhir daripada Jabatan Multimedia telah dipilih sebagai sampel daripada
populasi tersebut. Kajian dibuat adalah berbentuk dekstriptif dan kaedah kuantitatif iaitu
menggunakan borang soal selidik yang diedarkan oleh pengkaji kepada responden.
Objektif kajian ini dibuat adalah untuk mengkaji tahap penerapan kemahiran generik
dan persepsi pelajar terhadap kepentingan kemahiran generik. Kajian ini adalah bagi

mengenalpasti tahap penerapan kemahiran generik dalam diri pelajar dan persepsi pelajar
terhadap kepentingan generik.
Kajian ini penting bagi pelajar kerana mereka dapat meninjau tahap penerapan
kemahiran generik di dalam diri mereka serta dapat menyedari kepentingan kemahiran
generik untuk menembusi pasaran kerja yang kompetetif. Dari segi ekonomi, pelajar juga
dapat menembusi pasaran kerja semasa yang kompetetif serta dapat menyumbangkan sesuatu
yang berkualiti kepada sektor ekonomi negara. Seterusnya dapat meningkatkan taraf
kemajuan negara.
Daripada analisis data yang diperolehi mendapati para responden mempunyai tahap
penerapan kemahiran generik yang tinggi kerana min purata ketujuh-tujuh kemahiran yang
dikaji berada pada nilai min yang tinggi. Kemahiran kepimpinan mencatat nilai min yang
tinggi iaitu 3.84 berbanding kemahiran usahawan. Hal ini berlaku kerana para responden telah
diterapkan nilai kepimpinan sejak dari bangku sekolah. Manakala, kemahiran usahawan
mencatatkan min pada tahap yang sederhana iaitu 3.58. Hal ini berlaku kerana kemahiran
keusahawanan baru saja diterapkan dan diberi penekanan oleh kerajaan apabila Kementerian
Pembangunan dan Usahawan (MeCD) menganjurkan Gerak Usahawan pada Mei 2005.
Persepsi pelajar terhadap kepentingan kemahiran generik dalam kajian ini adalah tinggi.
Ini menunjukkan bahawa pelajar mengganggap kemahiran generik adalah penting dan perlu
diamalkan terutamanya untuk menembusi pasaran kerja masa kini. Oleh itu, penerapan nilai
kemahiran generik adalah penting di kalangan pelajar IPTA atau IPTS.
b) Kajian Kemahiran Insaniah dan Kepentingan Penerapannya dalam Program
Baktisiswa Perdana UniMAP
Kajian yang telah dibuat oleh Hanum Hasaan, Razli Ahmad dan Azuddin Bahari pada tahun
2008 bertujuan mengkaji persepsi pelajar terhadap penerapan insaniah, elemen kemahiran
insaniah yang paling tinggi diperolehi oleh pelajar dan persepsi pelajar berdasarkan jantina
terhadap penerapan insaniah melalui program Bakti Siswa Perdana. Respond adalah seramai
270 orang terdiri daripada peserta program Bakti Siswa Perdana. Kaedah adalah secara
borang soal selidik. Kepentingan kajian ini adalah untuk membantu pihak UniMAP
mempertingkatkan penerapan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajarnya.

Berdasarkan dapatan kajian bagi mengkaji persepsi pelajar terhadap penerapan insaniah
menunjukkan pelajar dapat memperolehi kemahiran insaniah melalui Program Bakti Siswa
Perdana. Melalui program di universiti seperti Program Bakti Siswa berupaya menghasilkan
pelajar yang berketrampilan dalam pelbagai aspek dan mampu melahirkan nilai kemahiran
insaniah kepada pelajar berkenaan.
Berdasarkan dapatan kajian bagi aspek elemen yang paling tinggi diperolehi oleh
pelajar antara aspek berkomunikasi, kerja berpasukan, kepimpinan dan pemikiran kreatif
adalah berkomunikasi menunjukkan dapatan nilai paling tinggi diperolehi oleh pelajar. Ini
kerana melalui penglibatan ramai pelajar dalam sesuatu program akan meningkatkan tahap
komunikasi dalam kalangan pelajar terlibat.
Dapatan kajian ketiga pula berkenaan dengan persepsi pelajar berdasarkan jantina
terhadap penerapan insaniah melalui program Bakti Siswa Perdana, tidak mempunyai
perbezaan yang ketara antara kaum mengenai tanggapan dalam konteks kemahiran insaniah
dalam persekitaran pelbagai kaum di Malaysia. Jadi, kajian ini menunjukkan memperolehi
kemahiran insaniah dalam persekitaran pelbagai kaum adalah penting bagi mewujudkan
perpaduan dan meningkatkan keharmonian masyarakat di Malaysia. Kajian ini hanya
menekankan kepada empat aspek sahaja kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan
kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran kepimpinan.
Aspek kemahiran usahawan, etika dan moral serta pembelajaran berterusan dan pengurusan
maklumat tidak di dimasukkan dalam kajian ini.

Rujukan
Hanum Hassan dan Razli Ahmad. 2008. Kemahiran Insaniah dan Kepentingan
Penerapannya dalam Program Baktisiswa Perdana UniMAP. Pusat Kemahiran Komunikasi
dan Usahawan, UniMAP. 634-644.
Norasykin Mohd Zaid dan Nurul Huda Abdul Wahab. 2007. Penerapan Kemahiran Generik
di kalangan Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai