Anda di halaman 1dari 20

Topik7 X Masalah

Pendengaran

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. menerangkan definisi masalah pendengaran;
2. membincangkan tiga jenis masalah pendengaran;
3. mengenal pasti struktur anatomi telinga;
4. menjelaskan dua kaedah pengukuran kemampuan pendengaran;
5. membincangkan lima punca masalah pendengaran;
6. menghuraikan empat kriteria psikologi dan tingkah laku dalam
masalah pendengaran; dan
7. menyatakan tiga pendekatan pendidikan kanak-kanak bermasalah
pendengaran.

X PENGENALAN
Hello. Selamat datang ke Topik 7 berkenaan dengan masalah pendengaran.
Anda tentu setuju bahawa setiap individu yang dilahirkan mempunyai
keistimewaan dan kelebihan masing-masing. Ada individu dilahirkan sempurna
dan ada yang sebaliknya. Walau apa pun kekurangan dan kelebihan yang
dimiliki, setiap manusia mempunyai hak yang sama dalam mendapatkan
pendidikan, kebebasan bersuara mahupun mendapatkan perkhidmatan
perubatan.
Bagi kanak-kanak yang kurang upaya (OKU), pelbagai istilah sebenarnya
diberikan kepada golongan ini. Ada yang memberikan istilah istimewa, kanakkanak luar biasa, cacat dan sebagainya. Namun begitu, istilah yang diberikan
bukanlah halangan untuk mereka mendapatkan peluang pendidikan yang
disediakan khusus buat mereka.
Dalam masyarakat kita, kehilangan pendengaran dilihat sebagai satu keaiban.
Salah satu sebab mengapa kurangnya permintaan untuk rawatan kehilangan
pendengaran ialah kerana kita kurang berbincang mengenainya. Alasannya,
kesilapan pendengaran merupakan tanda usia yang semakin lanjut. Namun

108 X

TOPIK 7

MASALAH PENDENGARAN

begitu, sebagaimana individu yang kehilangan penglihatan, ini adalah masalah


kesihatan yang biasa berlaku di seluruh dunia.
Jadi dalam topik ini anda akan mempelajari tentang definisi dan jenis-jenis
masalah pendengaran. Selain itu, struktur anatomi telinga serta kriteria psikologi
dan tingkah laku akan turut dipelajari. Akhir sekali, anda akan diberikan tiga
pendekatan dalam mendidik kanak-kanak ini. Selamat membaca.

7.1

DEFINISI MASALAH PENDENGARAN

Apakah yang anda faham tentang masalah pendengaran? Dapatkah anda


berikan definisinya?

Tahukah anda ada berapa tahap kehilangan pendengaran? Tahap kehilangan


pendengaran ada dua iaitu:
Bermasalah
pendengaran:

Pekak:

Kehilangan seluruh atau sebahagian kemampuan


mendengar daripada satu atau kedua-dua belah
telinga. Tahap kehilangan pendengaran boleh jadi
ringan, sederhana atau teruk.
Kehilangan seluruh kemampuan pendengaran pada
satu atau kedua-dua belah telinga.

Bermasalah pendengaran dikategorikan mengikut darjah


pendengaran. Apakah maksud darjah kehilangan pendengaran?

kehilangan

TOPIK 7

MASALAH PENDENGARAN

W 109

Terdapat lima tahap kehilangan pendengaran yang lazim digunakan seperti


yang ditunjukkan dalam Jadual 7.1.
Jadual 7.1: Tahap kehilangan pendengaran

Kehilangan Pendengaran
(desibel)
0dB hingga 20 dB
20dB hingga 40dB
40dB hingga 60dB
60dB hingga 90dB
Lebih 90dB

Darjah Kepekakan
Normal
Ringan
Sederhana
Teruk
Sangat Teruk

Bagaimanakah kita hendak mengenal pasti kepekakan? Kepekakan dapat


dikenal pasti melalui lima tanda (lihat Rajah 7.1).

Rajah 7.1: Lima tanda kepekakan

110 X

7.2

TOPIK 7

MASALAH PENDENGARAN

JENIS-JENIS MASALAH PENDENGARAN

Apabila menjelaskan kaitan kehilangan pendengaran, secara umumnya kita


melihat kepada tiga perkara iaitu jenis kehilangan pendengaran, tahap
kehilangan pendengaran serta konfigurasi kehilangan pendengaran. Bagi
kehilangan pendengaran, ia boleh dikategorikan dengan mengenal pasti
bahagian sistem auditori yang rosak.
Tahukah anda terdapat tiga jenis masalah pendengaran iaitu:
(a) Konduktif
(b) Sensori neural
(c) Campuran kehilangan pendengaran (konduktif dan sensori neural)
Kita akan melihat ketiga-tiga jenis masalah pendengaran ini satu persatu dalam
sub-topik berikutnya.

7.2.1 Konduktif
Apakah yang dimaksudkan dengan kehilangan pendengaran konduktif?

Lazimnya, kehilangan pendengaran jenis ini melibatkan pengurangan bunyi atau


kemampuan untuk mendengar bunyi-bunyi kurang jelas. Kehilangan
pendengaran ini selalunya boleh diatasi melalui rawatan atau pembedahan.
Terdapat sembilan keadaan yang boleh menyebabkan kehilangan pendengaran
konduktif seperti:
(a) cuping telinga yang tidak sempurna
(b) external otitis (telinga bernanah)
(c) keadaan bentuk telinga tengah
(d) kegagalan tiub eustachio berfungsi
(e) jangkitan telinga tengah

TOPIK 7

(f)
(g)
(h)
(i)

MASALAH PENDENGARAN

W 111

saluran auditori luar tidak sempurna


bengkak di gegendang telinga
bendasing dalam saluran auditori luar
ketidaksempurnaan tetulang

7.2.2 Sensori Neural


Tahukah anda bagaimanakah kehilangan pendengaran sensori neural berlaku?

Masalah pendengaran jenis ini adalah sangat serius. Masalah ini tidak dapat
diatasi melalui rawatan perubatan mahupun pembedahan kerana ini merupakan
kehilangan pendengaran tetap. Kehilangan pendengaran jenis ini bukan sahaja
melibatkan kekurangan tahap bunyi atau kemampuan mendengar bunyi-bunyi
yang tidak jelas, malahan turut mempengaruhi kefahaman pertuturan atau
kemampuan untuk mendengar bunyi yang dituturkan.
Tahukah anda apakah sebab-sebab masalah ini? Kehilangan pendengaran jenis
ini boleh disebabkab oleh berikut:
(a) Penyakit
(b) Kecederaan semasa kelahiran
(c) Genetik/keturunan
(d) Virus
(e) Trauma
(f) Tumor atau ketumbuhan
(g) Umur yang semakin lanjut

7.2.3 Campuran Kehilangan Pendengaran (Konduktif dan


Sensori Neural)
Tahukah anda adakalanya kehilangan pendengaran konduktif turut bercampur
dengan kehilangan pendengaran sensori neural? Dalam erti kata lain, pesakit
mengalami kerosakan pada kedua-dua anatomi telinga iaitu telinga luar dan

112 X

TOPIK 7

MASALAH PENDENGARAN

telinga dalam atau saraf pendengaran. Apabila keadaan ini berlaku, kita
merujuknya sebagai kehilangan pendengaran campuran.

7.3 ANATOMI TELINGA


Anda tentu bersetuju bahawa telinga merupakan anggota tubuh yang sangat
penting dalam kehidupan. Pancaindera ini sangat besar maknanya bagi
membolehkan fungsi pendengaran yang sempurna. Tanpa anggota tubuh ini,
kenikmatan pendengaran yang dianugerahkan oleh Tuhan mungkin tidak dapat
dirasai. Justeru itu, sebagai menghargai segala nikmat yang diberikan kepada
kita, penjagaan yang sempurna perlu ditekankan supaya pendengaran yang kita
miliki kekal terpelihara.
Telinga manusia terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu telinga luar, telinga
tengah dan telinga dalam (Rajah 7.2). Seterusnya kita akan melihat fungsi setiap
bahagian telinga ini yang mempengaruhi fungsi pendengaran manusia dalam
Jadual 7.2.

Rajah 7.2: Anatomi telinga


Sumber : http//www.medicastore.com

TOPIK 7

MASALAH PENDENGARAN

W 113

Jadual 7.2: Fungsi dan ciri telinga luar, tengah dan dalam

Telinga
Luar

Tengah

Dalam

Fungsi dan Ciri


Terdiri daripada cuping telinga, salur telinga dan ruang udara.
Hujung sebelah dalam ditutup dengan gegendang.
Panjangnya lebih kurang satu inci.
Gelombang bunyi masuk melalui salur dan akan menyebabkan
gegendang bergetar (vibrate).
Salur telinga berfungsi sebagai pemantul dan penguat gelombang
bunyi berfungsi (amplifies sound naves/ acoustic resonator).
Tekanan dua hingga empat kali ganda lebih besar pada gegendang
di dalam telinga berbanding dari luar.
Telinga luar membolehkan kita mengesan bunyi yang tidak dapat
dikesan jika gegendang telinga terletak di luar telinga.
Lokasi gegendang di dalam telinga bertujuan untuk melindungi
daripda kerosakan fizikal, daripada terdedah kepada cuaca panas
dan kelembapan udara.
Mengandungi osikel pendengaran iaitu tiga tetulang kecil
(tukul/malleus, andas/incus dan rakap/stapes).
Dihubungkan secara mekanikal antara gegendang dan telinga
dalam.
Rongga yang dikelilingi oleh tulang kepala.
Osikel dalam rongga tengah dihubungkan dengan ligamen agar
tergantung kepada dinding rongga.
Pemegang tukul/malleus terlekat pada gegendang dan meliputi
lebih separuh daripada keluasan gegendang.
Pergerakan atau getaran gegendang dipindahkan oleh tukul ke
andas yang bersambung dengan rakap.
Tapak rakap menutup jendela bujur (pintu masuk ke bahagian
dalam telinga).
Ruang tengah telinga adalah sepenuhnya tertutup menyebabkan
berlakunya perbezaan tekanan udara di dalam dan luar telinga.
Salur eustachio yang terletak di telinga tengah dan rongga mulut
menghubungkan ruang telinga tengah dengan udara luar.
Perbezaan boleh dirasa apabila tekanan udara luar tiba-tiba
berubah. Contohnya: bila kita mendaki, turun naik sewaktu dalam
pesawat dan menyelam di dalam air.
Perbezaan tekanan yang sedikit menyebabkan kita kurang selesa.
Perbezaan yang terlalu banyak akan menyebabkan kesakitan atau
gegendang pecah ataupun koyak.
Apabila kita menelan, biasanya saluran eustachio terbuka sebentar
dan membantu tekanan menjadi seimbang semula.
Kecil, berongga dan dikelilingi oleh tulang kepala.
Koklea berbentuk seperti siput, berfungsi menukar getar mekanikal

114 X

TOPIK 7

MASALAH PENDENGARAN

kepada denyutan saraf (nerves impulses).


Terbahagi kepada dua bahagian utama di sepanjang saluran iaitu:
Bahagian I: menghubungkan jendela bujur ialah skala vestibul.
Bahagian II: bahagian yang menghubungi jendela bujur ialah skala

tympani.

Kedua-dua bahagian dipenuhi oleh cecair dipanggil perilymph (dua


kali lebih pekat daripada air).
Bahagian tengah ialah pembahagian koklea (cochlea partition
antara skala vestibul dengan skala tympani).
Di hujung koklea dinamakan epical end. Terdapat ruang yang
terbuka yang diselaputi membran menghubungkan semula ke
telinga tengah.
Salur vestibul tidak memainkan apa-apa peranan dalam mekanisme
pendengaran.
Salur separuh bulat adalah organ yang mengawal sistem
keseimbangan anggota tubuh kita.

AKTIVITI 7.1
1. Dengan merujuk kepada bahan bacaan tambahan, bincangkan apakah
peranan telinga tengah dalam fungsi pendengaran manusia.
2. Bincangkan TIGA jenis masalah pendengaran serta apakah puncapunca masalah pendengaran tersebut berlaku.

7.4 PENGUKURAN KEMAMPUAN PENDENGARAN


Apakah cara untuk mengukur bunyi? Terdapat dua cara untuk mengukur bunyi
iaitu:
(i)
dari segi kekuatannya atau tahap desibel
(ii) dari segi frekuensi atau nada

TOPIK 7

MASALAH PENDENGARAN

W 115

Apakah yang dimaksudkan dengan skala desibel?

Tahap desibel (dB) bermula dari 0 iaitu bunyi yang paling perlahan dapat kita
dengar ke tahap bunyi yang paling kuat dalam lebih kurang 150dB.
Dalam perspektif seharian, percakapan manusia berada dalam lingkungan 40
hingga 60dB. Tahap bunyi yang melebihi 80dB adalah berpotensi untuk
merosakkan pendengaran sekiranya berpanjangan. Frekuensi disukat dalam
hertz (Hz). Tahukah anda maksud hertz?

Frekuensi yang berkaitan dengan julat pertuturan manusia berada dalam


lingkungan 200 hingga ke 8000Hz, walaupun telinga manusia boleh mengesan
frekuensi dari 20 hingga 20000Hz.
Bagi mengukur kemampuan pendengaran individu, dua kaedah yang lazim
digunakan ialah audiometri nada tulin (pure tone audiometry) dan audiometri
pertuturan (speech audiometry).

7.4.1 Ujian Bunyi Tulin (Pure Tone Audiometry)


Pertama sekali, kita perlu mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan ujian
bunyi tulin.

116 X

TOPIK 7

MASALAH PENDENGARAN

Bagi kanak-kanak yang berumur lebih daripada 30 bulan, ujian boleh dijalankan
dengan rangsangan bunyi tulin melalui earphone. Alat yang digunakan ialah
audiometer, ujian terus udara atau ujian melalui tulang (air-conduction/bphone
conduction (bunyi terus ke telinga dalam) boleh dijalankan. Hasil ujian akan
direkodkan dalam audiogram. Ujian yang dijalankan perlu dilaksanakan di
dalam bilik tara bunyi (acoustic room). Sebaik-baiknya ujian dijalankan beberapa
kali untuk mendapatkan kesahihannya (validity).
Dalam ujian bunyi tulin ini, simbol-simbol yang digunakan ialah:

Ujian melalui udara - O/R = telinga kanan


- X = telinga kiri

Ujian melalui tulang - [<

= telinga kanan

]>=telingakiri

Ujian kehilangan pendengaran yang diambil dengan headphone melalui


audiometer biasanya dicatatkan dalam dBHL (decibel hearing loss).
Audiogram yang diambil dalam keadaan terbuka bagi kanak-kanak kecil atau
audiogram dengan memakai alat pendengaran biasanya dicatat dalam dBSPL
(decibel sound pressure level).

7.4.2 Audiometri Pertuturan (Speech Audiometry)


Oleh kerana kemampuan untuk mengesan dan memahami pertuturan
merupakan suatu kemahiran yang penting, satu teknik yang dipanggil
audiometri pertuturan atau speech audiometry telah dibangunkan untuk
menguji sejauh mana seseorang individu dapat mengesan dan memahami bunyi
pertuturan. Pengesanan pertuturan dikenal pasti sebagai tahap yang paling
rendah (dalam dB) apabila seseorang individu dapat mengesan pertuturan tanpa
perlu memahaminya.
Apa yang lebih penting ialah keyakinan pada tahap desibel yang manakah
seseorang itu berupaya atau mampu memahami pertuturan. Ini dikenali sebagai
SRT (Speech Reception Treshold). Satu cara untuk mengukur SRT ialah dengan
menunjukkan seseorang dengan senarai dua suku kata perkataan dan menguji
kedua-dua belah telinga secara berasingan. Tahap desibel individu tersebut
boleh memahami sebahagian perkataan tersebut lazimnya digunakan sebagai
anggaran tahap SRT.

TOPIK 7

7.5

MASALAH PENDENGARAN

W 117

PUNCA-PUNCA MASALAH PENDENGARAN

Sekarang mari pelajari punca-punca masalah pendengaran. Tahukah anda


bahawa masalah pendengaran yang berlaku ke atas individu di seluruh dunia
hari ini disebabkan oleh pelbagai faktor? Anatomi telinga yang merangkumi tiga
bahagian seperti yang telah kita bincangkan tadi merupakan anggota penting
tubuh yang perlu diberi penjagaan yang baik. Ini adalah kerana terdapat
pelbagai faktor yang boleh merosakkan anatomi telinga kita yang seterusnya
akan mempengaruhi pendengaran yang kita dimiliki. Antara punca masalah
pendengaran ialah kerosakan di bahagian telinga luar, tengah dan dalam serta
jangkitan. Selain itu, terdapat juga beberapa faktor lain yang menyumbang
kepada masalah ini. Mari kita lihat punca-punca tersebut dengan lebih lanjut.

7.5.1 Kerosakan di Bahagian Telinga Luar


Punca pertama ialah kerosakan di bahagian telinga luar. Anda harus sedar
bahawa walaupun kerosakan di bahagian telinga luar tidaklah begitu serius jika
dibandingkan dengan telinga tengah atau kerosakan di bahagian telinga dalam,
sesetengah kerosakan di bahagian telinga luar juga turut boleh menyebabkan
seseorang mengalami masalah pendengaran. Contohnya, sesetengah kanakkanak yang mempunya fizikal cuping telinga yang tidak sempurna (atresia)
boleh menghadapi masalah ini. Selain itu, jangkitan terhadap saluran luar telinga
juga boleh menyebabkan pendengaran kanak-kanak terjejas. Tumor atau
ketumbuhan juga antara faktor menyebabkan pendengaran seseorang boleh
terjejas.
Adakah masih terdapat punca lain? Ya. Antara punca lain masalah pendengaran
ialah jangkitan seperti serangan kuman tehadap kulit atau tisu, jerawat, kudis
akibat luka atau cedera akibat jolokan benda keras seperti kuku, pin, bilah
mancis atau gigitan serangga. Zat lilin atau wax yang terlalu banyak dan keras di
dalam salur telinga juga boleh mengganggu pendengaran seseorang.

7.5.2 Kerosakan di Bahagian Telinga Tengah


Sekarang kita lihat pula punca kedua masalah pendengaran. Tahukah anda
bahawa keabnormalan bahagian telinga tengah lazimnya lebih serius berbanding
kerosakan di bahagian telinga luar? Ini adalah kerana kerosakan yang dialami
akan menyebabkan seseorang individu diklasifikasikan menghadapi masalah
pendengaran berbanding pekak. Kehilangan pendengaran yang berpunca
daripada telinga tengah lazimnya disebabkan oleh tindakan mekanikal tulangtulang osikel. Kerosakan pada bahagian telinga tengah boleh dirawat melalui
rawatan perubatan atau pembedahan.

118 X

TOPIK 7

MASALAH PENDENGARAN

Masalah yang biasa ditemui di bahagian telinga tengah ialah otitis media iaitu
jangkitan di bahagian ruangan telinga tengah yang disebabkan oleh bakteria.
Kerosakan ini lazimnya sukar dikesan terutamanya pada bayi kerana
kebanyakannya tidak menunjukkan simptom pada peringkat awal (Giebink,
1990). Otitis media mempunyai hubung kait dengan kegagalan tiub eustachio
berfungsi di mana tiub eustachio tidak dapat berfungsi untuk mengering serta
mengawal bahagian telinga tengah daripada sebarang jangkitan.
Otitis media sering dihidapi oleh kanak-kanak sindrom Down atau kanak-kanak
sumbing (cleft palate) kerana ketidaksempurnaan tiub eustachio. Jangkitan di
salur eustachio menyebabkan nanah-nanah terkumpul dalam rongga telinga
tengah dan menyebabkan sakit telinga yang amat teruk. Otitis media boleh
menyebabkan seseorang individu mengalami kehilangan pendengaran
konduktif sementara atau sekiranya tidak dirawat boleh menyebabkan
kerosakan pada bahagian gegendang telinga.

7.5.3 Kerosakan di Bahagian Telinga Dalam


Tahukah anda bahawa kebanyakan kehilangan pendengaran yang dialami
kanak-kanak berkait dengan punca ketiga iaitu telinga dalam? Kehilangan
pendengaran yang melibatkan kerosakan telinga dalam ini akan mepengaruhi
rawatan dan pendidikan kanak-kanak. Kecacatan telinga dalam boleh
mempengaruhi keseimbangan badan serta mengakibatkan keadaan vertigo
(pening, mual dan muntah) akibat kehilangan pendengaran. Ada ketikanya,
kanak-kanak yang menghadapi kerosakan telinga dalam sering mendengar
bunyi berdesing dan bunyi bising.
Kebanyakan kes kepekakan dalam kalangan kanak-kanak berpunca daripada
keturunan (Schildroth, Rawlings & Allen, 1989). Selain itu, jangkitan bakteria
seperti meningitis merupakan punca kedua yang sering mengakibatkan
kepekakan dalam kalangan kanak-kanak. Kekurangan oksigen, rubella dan sifilis
juga merupakan antara faktor yang boleh memberi kesan terhadap pendengaran
kanak-kanak.

7.5.4 Jangkitan
Jangkitan terhadap anatomi telinga boleh menjadi salah satu faktor kehilangan
pendengaran di kalangan kanak-kanak. Jangkitan akibat selsema yang teruk
akan mengakibatkan berlakunya jangkitan di saluran eustachio yang boleh
mempengaruhi pendengaran kanak-kanak. Beguk, cacar serta radang tonsil
kronik juga menyebabkan kesakitan telinga yang teruk. Selain itu, jangkitan
otosklerosis juga akan menyebabkan kepekakan yang kronik di mana tulang

TOPIK 7

MASALAH PENDENGARAN

W 119

stapes menjadi kaku dan tidak dapat bergerak dengan bebas di dalam jendela
bujur pada telinga tengah.

7.5.5 Faktor-faktor Lain


Akhir sekali, mari kita lihat faktor-faktor lain. Antara faktor-faktor lain yang
menyumbang kepada masalah kehilangan pendengaran ialah:
(i)
Ketidaksempurnaan semasa lahir atau congenital malformation.
(ii) Kanak-kanak yang lahir tanpa pinna atau salur auditori .
(iii) Keturunan atau genetik (individu yang tidak pekak sebagai pembawa gen
resesif).
(iv) Jangkitan kuman (rubella, campak, herpes simplex).
(v) Penggunaan alkohol, dadah dan arak berlebihan sewaktu mengandung.
(vi) Kanak-kanak yang menghadapi masalah ketidaksempurnaan salur auditori
mereka.
(vii) Faktor peningkatan umur.
(viii) Kekurangan berat badan (tidak cukup bulan).

SEMAK KENDIRI 7.1


1.

Jelaskan DUA kaedah pengukuran kemampuan pendengaran


yang lazim digunakan untuk mengukur kemampuan
pendengaran seseorang individu.

2.

Nyatakan faktor-faktor atau punca-punca masalah pendengaran


dan cadangkan langkah-langkah mengatasi masalah kehilangan
pendengaran.

7.6

KRITERIA PSIKOLOGI DAN TINGKAH LAKU

Sekarang mari kita lihat kriteria psikologi dan tingkah laku. Tahukah anda
kehilangan pendengaran mempunyai kesan hubung kait dengan aspek tingkah
laku kanak-kanak? Jika anda diberi pilihan sama ada menjadi buta atau pekak,
yang mana satukah anda pilih? Secara umum, kebanyakan daripada kita akan
memilih menjadi pekak kerana kita masih ada penglihatan dan kemampuan
untuk bergerak dan kebanyakan apa yang ada di persekitaran kita masih boleh
dilihat. Selain itu, dalam menentukan fungsi penggunaan bahasa, orang buta
lebih beruntung kerana orang pekak kurang penguasaan bahasanya kerana
ketidakmampuan mereka untuk mendengar.

120 X

TOPIK 7

MASALAH PENDENGARAN

7.6.1 Perkembangan Bahasa dan Pertuturan


Kebanyakan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak pekak atau kanak-kanak
yang menghadapi masalah pendengaran ialah masalah pemahaman dan
pengeluaran bahasa. Kanak-kanak pekak lazimnya menghadapi masalah untuk
menguasai bahasa berbanding kanak-kanak normal dalam masyarakat.
Kemampuan bertutur adalah berkait rapat dengan kehilangan pendengaran.
Sebanyak 75 peratus kanak-kanak yang dikesan pekak lazimnya gagal
menguasai bahasa berbanding hanya 14 peratus yang mempunyai kehilangan
pendengaran yang teruk mampu menguasai bahasa walaupun tidak sepenuhya.
Kanak-kanak yang kehilangan pendengaran sukar belajar bercakap kerana
mereka tidak mendapat tindak balas pendengaran daripada bunyi yang mereka
bunyikan. Mereka juga tidak dapat mendengar bahasa orang dewasa. Kegagalan
tindak balas juga merupakan sebab utama kekurangan pengeluaran bahasa
dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pendengaran. Menurut Fry (1966),
kanak-kanak yang mendengar akan dapat membina gerakan atau tindak balas
yang diterima apabila mereka menggerakkan jari, mulut dan lidah, sedangkan
kanak-kanak pekak pula sebaliknya. Oleh kerana itu, kanak-kanak pekak tidak
dapat mengulang semula bunyi-bunyi perkataan atau pertuturan yang
dituturkan.
Kelemahan bahasa yang dialami oleh kanak-kanak pekak boleh dilihat melalui
kelemahan-kelemahan berikut:
(i)
sukar memberikan makna daripada teks
(ii) gagal memberi tanggapan yang tepat terhadap maklumat yang diterima
(iii) perbendaharaan kata yang terhad
(iv) kesilapan dalam sintaksis
(v) sukar memahami perkara-perkara abstrak
(vi) sering melakukan kesilapan dalam tugasan-tugasan secara bertulis
(vii) mengambil masa yang lebih lama untuk membaca, memahami dan
menerima maklumat
(viii) kurang keyakinan diri dalam menghasilkan tugasan-tugasan akademik

7.6.2 Kemampuan Intelek


Kebanyakan profesioanal percaya bahawa kanak-kanak pekak menghadapi
kemampuan intelek yang terbatas kerana kekurangan bahasa pertuturan yang
dimiliki. Kepercayaan ini berasakan kepada dua sebab iaitu:
(a) Andaian bahawa bahasa boleh disamakan dengan kemampuan kognitif
(Vygotsky, 1962). Vygotsky mengandaikan pertuturan awal kanak-kanak
lebih bersifat dalaman dan boleh mempengaruhi pemikiran.

TOPIK 7

(b)

MASALAH PENDENGARAN

W 121

Andaian bahawa individu yang tidak boleh bertutur adalah disebabkan


orang pekak tidak mempunyai bahasa. Namun begitu, walaupun mereka
tidak mempunyai bahasa pertuturan seperti bahasa Inggeris, sekiranya
mereka menggunakan American Sign Language (ASL), mereka dikatakan
menggunakan bahasa yang betul dengan struktur tatabahasa tersendiri.

Kegagalan komunikasi dengan kanak-kanak pekak juga menyebabkan ramai


pengkaji mengandaikan bahawa kanak-kanak pekak menghadapi kekurangan
dalam kemampuan kognitif mereka. Walaupun kanak-kanak pekak
menggunakan bahasa isyarat, pembahagian tumpuan menjadi masalah yang
mengganggu perkembangan intelek kanak-kanak pekak. Pelaksanaan ujian
persembahan berbanding ujian verbal terutamanya dalam bahasa isyarat boleh
membantu guru untuk menentukan kemampuan intelek (IQ) kanak-kanak
pekak.

7.6.3 Pencapaian Akademik


Kebanyakan kanak-kanak pekak menghadapi kekurangan atau kelemahan
dalam pencapaian akademik. Kemampuan membaca merupakan kemahiran
akademik yang paling terjejas dalam kalangan kanak-kanak pekak. Kajian
menunjukkan bahawa perkembangan pencapaian pembacaan dalam kalangan
kanak-kanak pekak hanya satu pertiga daripada kanak-kanak normal. Walaupun
setelah tamat peringkat menengah, tidaklah menjadi sesuatu yang luar biasa
sekiranya mendapati remaja pekak mampu untuk membaca pada tahap kanakkanak dalam darjah empat.
Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak pekak yang
mempunyai ibu bapa yang pekak menunjukkan pencapaian yang lebih baik
dalam kemahiran membaca berbanding kanak-kanak pekak yang mempunyai
ibu bapa yang bukan pekak. Ini disebabkan oleh dua faktor berikut:
(a) Ibu bapa yang pekak mampu untuk berkomunikasi dengan lebih baik
dengan anak-anak yang pekak menggunakan ASL serta dapat
membekalkan keperluan-keperluan sokongan yang diperlukan oleh anakanak mereka.
(b) Kanak-kanak pekak yang mempunyai ibu bapa yang juga pekak lebih
mahir dalam penggunaan ASL; dan ASL dapat membantu kanak-kanak ini
mempelajari bahasa penulisan dan pembacaan (Lane, 1992).

122 X

TOPIK 7

MASALAH PENDENGARAN

7.6.4 Penyesuaian Sosial


Sosial dan pembangunan personaliti dalam populasi kanak-kanak atau individu
pekak bergantung kepada komunikasi. Situasi ini juga diperlukan dalam
komuniti bukan pekak seperti kita. Individu normal tidak menghadapi masalah
untuk berkomunikasi dengan orang lain. Bagaimanapun, bagi orang pekak,
mereka menghadapi masalah untuk mencari individu lain yang boleh
berkomunikasi atau berbual dengan mereka. Kajian menunjukkan bahawa
kanak-kanak pekak mengahapi risiko untuk berasa keseorangan (Charlson,
Strong & Gold, 1992; Loeb & Sarigani, 1986).
Dua faktor utama yang penting ditekankan untuk mengelakkan pengasingan
kanak-kanak pekak ialah percantuman dan status pendengaran ibu bapa kanakkanak pekak tersebut.

7.7

PERTIMBANGAN DARI ASPEK PENDIDIKAN

Bagi kanak-kanak pekak, pendekatan pengajaran yang sesuai dapat membantu


kanak-kanak ini untuk menguasai apa yang dipelajari. Kaedah yang digunakan
perlu disesuaikan dengan tahap kehilangan pendengaran kanak-kanak. Di
samping itu, penglibatan ibu bapa, rakan sebaya dan masyarakat amat
diperlukan sebagai sokongan kepada kemajuan proses pembelajaran kanakkanak pekak. Terdapat tiga pertimbangan dalam pengajaran kanak-kanak pekak
iaitu pendekatan lisan-auditori verbal, komunikasi seluruh dan bacaan bibir.
Mari kita pelajari tiga pertimbangan ini satu persatu dengan lebih lanjut dalam
sub-topik berikutnya.

7.7.1 Pendekatan Lisan Auditori Verbal


Apakah yang dimaksudkan dengan pendekatan ini?

TOPIK 7

MASALAH PENDENGARAN

W 123

Melalui kaedah ini, penekanan diberikan kepada kemahiran mendengar bunyi


pertuturan (unisensory stimulation) tanpa membaca pergerakan bibir. Kaedah
ini bergantung sepenuhnya kepada keupayaan penggunaan alat bantuan
pendengaran. Pengajaran lazimnya dijalankan di dalam bilik tara bunyi (well
acoustic room) atau di bilik senyap. Pendekatan ini perlu diajar seawal mungkin
sebelum kaedah komunikasi lain seperti bahasa isyarat digunakan. Kaedah ini
lebih efektif dengan penglibatan ibu bapa dalam proses pembelajaran anak-anak
mereka.

7.7.2 Komunikasi Seluruh


Bagaimana pula dengan komunikasi seluruh? Mari kita lihat maksudnya.

Kaedah ini menarik kerana menggunakan keseluruhan bahasa iaitu gerakan


isyarat, bahasa isyarat, mimik muka, pertuturan, bacaan bibir, ejaan jari,
membaca dan menulis. Selain itu, kaedah ini perlu digunakan seawal mungkin
supaya kanak-kanak berupaya menguasai bahasa dan dapat berkomunikasi
dalam masyarakat serta mampu mengelakkan perasaan terasing.

7.7.3 Bacaan Bibir


Akhir sekali ialah bacaan bibir. Pertama sekali, mari kita lihat definisinya.

Walau bagaimanapun, pendekatan ini mempunyai kelemahan. Apakah


kelemahannya?

124 X

TOPIK 7

MASALAH PENDENGARAN

Bacaan bibir amat bergantung kepada deria penglihatan di mana pencahayaan


yang terang adalah amat diperlukan bagi memudahkan penumpuan ke arah
wajah penutur. Antara organ pertuturan yang terlibat dalam bacaan bibir ialah
paru-paru, tenggorok, larinks, pita suara, tekak, hidung, rahang dan mulut.

AKTIVITI 7.2
1. Terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan dalam
pendidikan kanak-kanak pekak. Bincangkan kebaikan pendekatanpendekatan tersebut.
2. Jelaskan perkembangan bahasa kanak-kanak pekak daripada
peringkat bayi sehingga berumur tiga tahun melalui bacaan rujukan
tambahan. Bincangkan bersama rakan dalam kuliah berikutnya.

Bermasalah pendengaran merujuk kepada kehilangan seluruh atau


sebahagian kemampuan mendengar daripada satu atau kedua-dua belah
telinga.
Tiga jenis masalah pendengaran adalah:
(i)
konduktif
(ii) sensori neural
(iii) campuran kehilangan pendengaran (konduktif dan sensori neural)
Telinga manusia terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu telinga luar,
telinga tengah dan telinga dalam.
Dua kaedah yang lazim digunakan dalam mengukur kemampuan
pendengaran ialah audiometri nada tulin (pure tone audiometry) dan
audiometri pertuturan (speech audiometry).
Lima punca masalah pendengaran adalah:
(i)
kerosakan pada bahagian telinga luar
(ii) kerosakan pada bahagian telinga tengah

TOPIK 7

MASALAH PENDENGARAN

W 125

(iii) kerosakan pada bahagian telinga dalam


(iv) jangkitan
(v) faktor-faktor lain
Empat kriteria psikologi dan tingkah laku dalam masalah pendengaran
adalah:
(i)
perkembangan bahasa dan pertuturan
(ii) kemampuan intelek
(iii) pencapaian akademik
(iv) penyesuaian sosial
Tiga pendekatan pendidikan kanak-kanak bermasalah pendengaran
adalah:
(i)
pendekatan lisan auditori verbal
(ii) komunikasi seluruh
(iii) bacaan bibir

Bacaan bibir
Bermasalah pendengaran

Incus
Komunikasi seluruh

Konduktif
Malleus

Pendekatan lisan-auditori verbal

Pure Tone Audiometry


Sensorineural
Speech Audiometry
Stapes
Vertigo

Pekak

Audiology

(t.
t.).
Dicapai
pada
25
http://www.bcm.edu/oto/studs/aud.html

Julai

2007

dari

Deafness and hearing impairment (March, 2006). Dicapai pada 29 Mei 2007 dari
http://www.who.int/mediacentre/factsheet/fs300/en/print.html
Fry, D. B. (1966). The development of a phonological system in the normal and
the deaf child. In F. Smith & G.A Miller (Eds.), The genesis of language: A
sycholinguistic approach. Cambridge. MA:MIT Press.
Giebink, G. S. (1990). Medical issues in hearing impairment: The otitis media
spectrum. In J. Davis (Ed), Our forgotten children: hard of-hearing pupils
in schools (pp.49-55) Bethesda.MD: Self Hep for Hard of Hearing People.

126 X

TOPIK 7

MASALAH PENDENGARAN

Hallahan, D. P., & Kauffman, J. M. (2003). Exceptional children: Introduction to


special education. Boston: Allyn and Bacon.
Heward, W. (2003). Exceptional children: An introduction to special education.
Upper Saddle River, NJ: Merrill Prentice Hall.
Lane, H. (1992). The mask of benevolence: Disabling the deaf community. New
York: Knopf.

Teaching students with hearing impairments (t. t.). Dicapai pada 27 Julai 2007
dari ttp://www.shef.ac.uk/disability/teaching/hearing/3_language.html

Warning signs: Language/communication developmental delay (t. t.). Dicapai


pada 28 Mei 2007 dari http://www.disabilitymalaysia.com