Anda di halaman 1dari 8

BAB 4

ANALISIS DATA
4.0

PENDAHULUAN
Bab ini akan membincangkan tentang mengenai hasil analisis data dan interpretasi
data berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan kepada 3 orang murid tahun 1 di
sekolah saya. Data yang diperolehi dan dibincangkan ialah daripada ujian pra dan
ujian pos, pemerhatian, dan juga daripada soal selidik yang telah dijalankan.

4.1

ANALISIS PERBEZAAN DATA MIN ANTARA UJIAN PRA DAN UJIAN POS
Pengkaji telah menjalankan ujian pra dan ujian pos ke atas responden menggunakan
set soalan sedikit berbeza berdasarkan objektif yang dinyatakan pada Bab 1.
Perlaksanaan ujian pra dan ujian pos ialah untuk menilai sejauhmana peningkatan
kemahiran mengingat responden bagi nama-nama malaikat dan tugasnya dalam
bentuk ujian penulisan. Hasil pencapaian ujian pra dan pos adalah seperti yang
berikut:
Jadual 1: Perbandingan Pencapaian Murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos
Bil

Responden

Ujian Pra

Ujian Pos

(%)

(%)

R1

35

77

R2

47

92

R3

25

84

35.7

84.3

Min

Jadual 1 menunjukkan dapatan perbandingan pencapaian murid dalam ujian Pra dan
Ujian Pos yang telah dijalankan. Berdasarkan jadual tersebut, pengkaji mendapati
peratus markah responden dalam ujian Pos adalah tidak pada tahap memuaskan

kerana markah ketiga-tiga responden di bawah 50%. Setelah rawatan dijalankan


dengan menggunakan kaedah nyanyian dalam pengajaran dan pembelajaran topik
wuduk, dapatan menunjukkan peningkatan peratusan markah pencapaian dalam
kalangan responden pada ujian Pos.
Rajah 1: Graf Perbandingan Min Markah Ujian Pra dan Ujian Pos

90
80
70
60

Axis Title 50
40
30
20
10
0

Ujian Pra

Ujian Pos

Berdasarkan perbandingan pada Rajah 1, pengkaji juga dapati purata atau min markah
kedua-dua ujian tersebut meningkat dari 35.7% pada ujian Pra dan mencapai purata
peningkatan markah 84.3% pada ujian Pra. Peningkatan nilai min markah selepas
ujian Pos dijalankan adalah sebanyak 48.6%.
Ini menunjukkan terdapat peningkatan dari segi pencapaian bagi semua responden
setelah rawatan menggunakan kaedah nyanyian dalam pengajaran dan pembelajaran
topik Wuduk dilaksanakan terhadap responden.

Rajah 2: Graf Perbandingan Peratusan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos
100
90

92

80

84
77

70
60
50

47

40
30

35
25

20
10
0

1
Ujian Pra (%)

Ujian Pos (%)

Berdasarkan dapatan pada Rajah 2 di atas, kesemua responden menunjukkan


peningkatan prestasi dari segi markah ujian selepas ujian Pra dilakukan. Peningkatan
markah yang paling banyak adalah sebanyak 59% oleh Responden 3. Responden 3
hanya memperolehi 25% pada ujian Pra. Tetapi setelah rawatan dijalankan,
Responden 3 memperolehi markah sebanyak 84%.
Peningkatan kedua tertinggi ialah Responden 2 menunjukkan peningkatan sebanyak
45% iaitu daripada 47% markah pada ujian Pra lalu melonjak kepada 92% pada ujian
Pos. Manakala Responden 1 pula menunjukkan peningkatan markah yang paling
sedikit iaitu sebanyak 42%. Namun begitu, Responden 1 berjaya meningkatkan
markah daripada 35% pada ujian Pra kepada 77% pada ujian Pos.
Keseluruhannya, pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa setelah rawatan
menggunakan kaedah nyanyian dalam pengajaran topik Wuduk dilaksanakan terhadap
responden, pencapaian mereka berjaya ditingkatkan pada ujian Pos. Peningkatan ini

ialah berdasarkan nilai min yang telah dinyatakan dalam Jadual 1 iaitu markah min
pada ujian Pra ialah 35.7% dan pada ujian Pos ianya meningkat kepada 84.3%.
Analisis data pada Rajah 2 juga menunjukkan peningkatan markah pada ujian Pos
bagi semua responden.
4.2

ANALISIS KEMAHIRAN MENGINGAT MURID DAN MENINGKATKAN


MINAT

MURID

DALAM

MENGINGAT

CARA-CARA

BERWUDUK

MELALUI KAEDAH NYANYIAN.


4.2.1

Pemerhatian

Pengkaji menggunakan instrument pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran


berlangsung bagi melihat peningkatan ingatan dan minat serta tingkahlaku responden.
Pemerhatian yang dilakukan adalah secara berstruktur iaitu dengan menggunakan
borang senarai semak pemerhatian bagi merekod bilangan kekerapan bagi setiap
fokus pemerhatian yang diperhatikan. Pemerhatian ini dilaksanakan semasa minggu
kelima kajian.
Jadual 2: Analisis Data Instrumen Pemerhatian
Bil.

Fokus Pemerhatian

Kekerapan

Peratus

1.

Beri perhatian sepanjang proses

Kekerapan (%)
66.7%

2.

pengajaran dan pembelajaran.


Mengambil bahagian dalam aktiviti

100%

3.

nyanyian
Menunjukkan minat dalam kaedah

100%

4.

nyanyian
Dapat mengingat lirik nyanyian cara-

66.7%

5.

cara berwuduk dengan betul


Dapat
menunjukkan
cara-cara

100%

6.

berwuduk yang betul


Dapat
menjawab

66.7%

soalan-soalan

berkaitan dengan cara-cara berwuduk


Berdasarkan Jadual 2 di atas, dapat diperhatikan hanya 2 orang responden memberi
perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan peratus

kekerapan sebanyak 66.7%. Manakala seorang responden kurang memberi perhatian


dengan peratus kekerapan, 33.3%. Seterusnya, semua responden iaitu dengan peratus
kekerapan 100% telah berjaya mengambil bahagian dalam aktiviti nyanyian cara-cara
berwuduk dan kesemuanya juga turut menunjukkan minat melalui tingkahlaku iaitu
berasa seronok dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh mereka.
Walaupun begitu, hanya 2 daripada 3 orang responden berjaya mengingat lirik
nyanyian cara-cara berwuduk dengan baik dengan peratusan kekerapan ialah 66.7%.
Seorang responden kelihatan sukar untuk mengingat dengan baik keseluruhan lirik
lagu. Namun demikian, kesemua responden berjaya menunjukkan cara-cara berwuduk
dengan betul sewaktu menyanyikan lagu tersebut dengan peratusan 100%. Analisis
juga menunjukkan hanya 2 orang responden dapat menjawab soalan-soalan berkaitan
dengan cara-cara berwuduk dengan cepat dan betul. Seorang lagi Responden masih
lagi lambat dan mengingat-ingat ketika menjawab soalan.
Jadual 3: Analisis Pemerhatian Terhadap Aspek Tingkah Laku dan Lisan
Kod
1,2,3,5
4,6

Aspek
Tingkah Laku
Lisan

Kekerapan

Peratus Kekerapan

11/12
4/6

(%)
91.7%
66.7%

Keseluruhannya, dari aspek tingkah laku seperti yang dirumuskan dalam Jadual 3,
para responden menunjukkan penglibatan dan minat yang baik sewaktu pengajaran
dan pembelajaran cara-cara berwuduk menggunakan kaedah nyanyian dijalankan iaitu
dengan kekerapan 91.7%. Dari aspek lisan pula, peratus kekerapan adalah lebih
rendah berbanding dengan aspek tingkah laku iaitu 66.7%. Ini disebabkan terdapat
lagi responden yang tidak begitu mengingati lirik lagu dan masih lambat serta masih
salah bila menjawab soalan-soalan berkaitan wuduk yang diajukan oleh pengkaji.

4.2.2

Soal Selidik

Pengkaji juga telah mengedarkan borang soal selidik kepada responden untuk
mengetahui peningkatan minat responden dalam mengingat cara-cara mengambil

Wuduk dengan betul melalui kaedah nyanyian sebelum dan selepas rawatan
dilaksanakan. Soalan yang dibina adalah mengikut aras kefahaman responden iaitu
soalan yang mudah difahami dan bersesuaian bagi peringkat umur responden.
Soalan yang dibina mengandungi lapan soalan yang menjurus kepada minat
responden terhadap kajian yang dilakukan terhadap mereka. Pilihan jawapan diberi
adalah berdasarkan Ya atau Tidak. Data daripada soal selidik yang dilakukan oleh
pengkaji telah dianalisis dan diterjemahkan dalam bentuk jadual bagi memudahkan
pemahaman dan pentafsiran data. Jadual 4 menunjukkan taburan kekerapan dan
peratusan analisis soal selidik selepas rawatan.
Jadual 4: Taburan Kekerapan dan Peratusan Analisis Soal Selidik
Item

Pernyataan

Ya

Tidak

1.

Saya meminati matapelajaran Pendidikan Agama

Bil (%)
1 (33.3%)

Bil (%)
2 (66.7%)

2.
3.
4.

Islam
Saya gemar menyanyi lagu
Saya gemar mendengar lagu
Saya seronok belajar menggunakan kaedah

2 (66.7%)
2 (66.7%)
3 (100%)

1 (33.3%)
1 (33.3%)
0 (0%)

5.
6.
7.

nyanyian
Saya suka mengingat sesuatu perkara
Cara-cara berwuduk sukar diingati
Saya dapat mengingat cara-cara berwuduk

2 (66.7%)
2 (66.7%)
3 (100%)

1 (33.3%)
1 (33.3%)
0 (0%)

8.

melalui kaedah nyanyian


Saya gembira dapat mengingati cara-cara

3 (100%)

0 (0%)

berwuduk
Jadual 4 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan data soal selidik untuk
mengetahui minat reponden terhadap kaedah nyanyian cara-cara berwuduk yang betul
yang diperkenalkan oleh pengkaji. Analisis soal selidik ini dilakukan terhadap
responden setelah melalui proses rawatan melalui kaedah nyanyian bagi mengingat
cara-cara berwuduk yang betul dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah.
Bagi item 1 iaitu merujuk pernyataan Saya meminati matapelajaran Pendidikan
Agama Islam, hanya 1 orang responden menyatakan Ya dan 2 orang responden lagi
menyatakan Tidak. Item ini disoal bertujuan untuk mengetahui bilangan responden
yang meminati bidang Pendidikan Agama Islam.

Bagi Item 2 pula yang merujuk kepada pernyataan Saya gemar menyanyi lagu. 2
orang responden bersamaan dengan 66.7% suka menyanyi lagu dengan menjawab Ya
dan 33.3% yang mewakili seorang responden tidak suka menyanyi lagu dengan
menjawab Tidak. Item ini akan pengkaji gunakan sebagai rujukan kepada pengkaji
adakah nyanyian dapat merangsang minat murid dalam aktiviti mengingat fakta.
Item 3 pula lebih menjurus kepada ingin mengetahui minat responden dalam
mendengar lagu. 2 daripada 3 orang responden yang membawa kekerapan peratusan
sebanyak 66.7% gemar mendengar lagu. Seorang lagi responden menjawab Tidak
kerana tidak gemar mendengar lagu.
Pernyataan yang keempat ialah Saya seronok belajar menggunakan kaedah
nyanyian. Item ini ditanyakan bertujuan untuk mengetahui samada responden suka
belajar menggunakan kaedah nyanyian dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah. Analisis menunjukkan 100% jumlah responden menyatakan Ya
iaitu mereka seronok ketika belajar dengan menggunakan kaedah nyanyian.
Seterusnya ialah item 5 yang menyatakan saya suka mengingat sesuatu perkara.
Item ini bertujuan untuk mengetahui sama ada wujudnya minat responden untuk
mengingat sesuatu perkara. Daripada 3 orng responden, seramai 2 orang responden
menyatakan Ya dan hanya seorang menyatakan Tidak.
Item ke-6 dari senarai item-item pernyataan dalam borang soal selidik ialah Caracara berwuduk sukar diingati. Seramai 2 orang responden menyatakan Ya bagi
pernyataan ini dan seorang responden menyatakan Tidak. Item ini dirangka bertujuan
untuk mengetahui adakah selepas rawatan terdapat perubahan yang berlaku bagi
mengingat cara-cara berwuduk yang betul.
Manakala item 7 pula ialah Saya dapat mengingat cara-cara berwuduk melalui
kaedah nyanyian. Analisis jawapan menunjukkan, kesemua responden menjawab Ya.
Pengkaji menggunakan item ini bertujuan untuk mengetahui adakah responden dapat
mengingat cara-cara berwuduk dengan betul setelah aktiviti nyanyian dijalankan ke
atas mereka.
Item terakhir dalam borang soal selidik yang diberikan ialah Saya gembira dapat
mengingati cara-cara berwuduk. Kesemua responden menyatakan Ya bagi pernyataan

item ini iaitu seramai 3 orang responden dan tiada seorang responden pun menyatakan
Tidak bagi pernyataan item ini. Item ini bertujuan untuk mengetahui sama ada
responden gembira atau tidak setelah mampu meningat cara-cara berwuduk dengan
betul. Dapatan-dapatan ini turut disokong oleh pemerhatian yang telah direkod oleh
pengkaji semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Anda mungkin juga menyukai