Anda di halaman 1dari 3

Ruj.

Kami
Tarikh

: PTSB/UPLI/PEL941/JLD
: 07/10/2015

Nama Pelajar : MOHD SYAHIR BIN ABD SUKOR


Alamat
: NO 28.BATU 21 1/4 JALAN YAN ,
0
06900,YAN
KEDAH
Per: Penempatan Latihan Industri 30 NOVEMBER 2015 - 15 APRIL 2016
Dengan sukacitanya saya merujuk kepada perkara di atas.
2.
Adalah dimaklumkan bahawa saudara/ saudari dikehendaki melapor diri untuk Latihan
Industri seperti berikut:

Nama Firma : MUTIARA KULIM TRADING


Alamat
: 242, TAMAN MUTIARA
FASA 3
09700,KARANGAN
KEDAH
Tempoh latihan : 30 NOVEMBER 2015 - 15 APRIL 2016
Tarikh lapor diri : 30 NOVEMBER 2015
Masa lapor diri : 8.00 AM
Pegawai yang perlu di hubungi : ENCIK KHAIRUL NIZAM BIN ABU HASSAN
Keperluan semasa melapor
: a. Kad Pelajar / Kad Latihan Industri
b. Buku Laporan Harian

3.
Surat Pengenalan Lapor Diri ini akan terbatal dengan sendirinya sekiranya saudara/saudari
didapati tidak mematuhi mana-mana syarat seperti yang disenaraikan pada para 2.5. (Penempatan
Latihan) di dalam buku Garis Panduan Latihan Industri. Proses Lapor Diri saudara/saudari di
Organisasi adalah tertakluk kepada Keputusan Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik Tuanku
Sultanah Bahiyah. Jika Keputusan Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik Tuanku Sultanah
Bahiyah menyatakan saudara/saudari tidak layak untuk menjalani Latihan Industri,
saudara/saudari dikehendaki melapor diri di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah pada tarikh yang
ditetapkan.

4.
Saudara/saudari juga dikehendaki mengisi Kad maklumat Semasa Latihan, Melukis plan
lokasi tempat latihan dan mendapatkan tandatangan pegawai dan cop organisasi pada Kad
Pengesahan Lapor Diri dan kembalikan ke Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik
Tuanku Sultanah Bahiyah dalam tempoh seminggu selepas tarikh lapor diri. Sebarang perubahan
alamat tempat latihan, alamat tempat tinggal dan nombor telefon bimbit hendaklah dilaporkan
dengan segera kepada pihak kami.
5.
Sekiranya saudara/saudari mempunyai sebarang kemusykilan atau masalah mengenai
latihan industri, sila rujuk kepada buku Garis Panduan Latihan untuk panduan dan bimbingan.
Saudara/saudari juga boleh berhubung terus dengan pihak kami sekiranya terdapat kemusykilan
6.
Akhir sekali, saudara/saudari diingatkan bahawa saudara/saudari masih tertakluk dengan
segala peraturan politeknik walaupun sedang menjalani latihan industri. Oleh itu, saudara/saudari
dikehendaki sentiasa mematuhi peraturan/arahan yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik dan
organisasi. Sila rujuk para 6.0 tindakan tatatertib (di dalam buku Garis Panduan Latihan Industri)
untuk perkara-perkara yang menjadi kesalahan dari segi peraturan/etika latihan industri semasa
menjalani latihan. Saudara-saudari adalah bertanggungjawab menjaga imej Politeknik Tuanku
Sultanah Bahiyah dengan menunjukkan sikap yang positif terhadap latihan dan tidak menimbulkan
masalah disiplin di tempat latihan. Tindakan tatatertib seperti yang dinyatakan di dalam buku Garis
Panduan Latihan Industri, akan diambil terhadap pelajar yang melanggar mana-mana
arahan/peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik atau organisasi.
Sekian, terima kasih

Saya yang menurut perintah,

( MUHAMAD FAIRUZZAIRI BIN ABDUL HAMID )


Pegawai Perhubungan Dan Latihan Industri
b.p. Pengarah
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
Kedah

Peringatan :
Surat ini adalah janaan komputer. tidak perlu ditandatangani.

Anda mungkin juga menyukai