Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

TUGASAN KERJA KURSUS


TAJUK PROGRAM:

NAMA PELAJAR:

PISMP AMBILAN JANUARI 2013


TAJUK KURSUS:
CIPTAAN DAN ENSEMBEL II (MZU3193)

TARIKH MULA:

SEMESTER: 6

TARIKH HANTAR:

Hasil Pembelajaran Kursus :

1.
2.
3.
4.
5.

Mencipta karya muzik pendek dengan mengintegrasikan pengetahuan konsep muzik


menggunakan kibod digital.
Mempersembah, menghayati dan melaporkan secara bertulis hasil ciptaan muzik
eksperimental dari pelbagai sumber dan persembahan muzikal yang telah ditonton.
Menghasilkan persembahan ensembel dengan mengaplikasikan teknik-teknik
permainan ensembel instrumental yang dipelajari
Menuliskan laporan persembahan muzikal yang telah ditonton serta mengamalkan nilainilai etika persembahan
Memimpin sesuatu persembahan ensembel vokal atau instrumental dengan
mengaplikasikan teknik memimpin yang betul

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,3 dan 5.

Objektif Projek :

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:


1. mencipta karya muzik pendek dengan mengintegrasikan pengetahuan konsep muzik
menggunakan kibod digital
2. mengaplikasikan persembahan ensembel secara berkumpulan dengan
mengaplikasikan teknik-teknik permainan ensembel instrumental yang dipelajari.
3. memimpin sesuatu persembahan ensembel instrumental dengan mengaplikasikan
teknik memimpin yang betul

Tugasan Projek (100%)


Mencipta dan menggubah lagu serta memimpin persembahan merupakan satu kelebihan
bagi seorang guru Pendidikan Muzik. Ia akan menambahkan repertoire peribadi di samping
menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan kerana guru boleh
mencipta dan menggubah lagu yang sesuai dengan tahap dan kemampuan muridnya.
Justeru itu, dalam kerja kursus ini; anda dikehendaki secara individu (kecuali tugasan 2b):

1.

Ciptaan (30%)
a) Anda dikehendaki mengenalpasti ciri-ciri ciptaan dari pelbagai sumber rujukan serta
menghasilkan satu penulisan ilmiah mengenainya. Kemudian, anda dikehendaki
mencipta karya pendek sekurang kurangya sepanjang 16 bar dengan menggunakan
kibod.

2.

Persembahan ensemble instrumental (60%)


a) Anda di kehendaki menggubah sebuah lagu kanak-kanak dengan sekurang-kurangnya
1 alat iringan dan 4 alat perkusi.
b) Anda di kehendaki mengaplikasikan teknik-teknik permainan ensembel instrumental
yang dipelajari dalam persembahan ensembel secara berkumpulan

3.

Memimpin persembahan (10%)

a) Anda dikehendaki memimpin suatu persembahan ensembel instrumental dengan


mengaplikasikan teknik memimpin yang betul.
Panduan Pelaksanaan Projek
1. Tugasan ini adalah tugasan individu dan berkumpulan.
2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat tentang
persembahan.
3. Format penulisan tugasan bagi penulisan ciri-ciri adalah seperti berikut :
3.1. Muka depan hendaklah mengikut templet terkini
3.2. Fon Arial
3.3. Saiz huruf - 12
3.4. Langkau 1.5 baris
3.5. Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
4. Panjang tugasan antara 1,500 hingga 2,000 perkataan atau tidak melebihi 15 muka surat
(tidak termasuk persembahan visual).
5. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.
6. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
7. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh enam minggu.

8. Buat rujukan yang mencukupi serta lampirkan senarai rujukan dalam penulisan anda.
Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan
(sekurang-kurangnya sumber dari 3 buah buku, 3 internet, 3 jurnal, 2 bahan bercetak
yang lain)
9. Anda perlu membuat latihan ensembel secara berkumpulan mengikut jadual yang
ditetapkan sendiri. Sertakan jadual latihan dan senarai kehadiran setiap ahli.
10.Tugasan ini membawa markah 100%, (ciptaan 30%, persembahan ensembel
instrumental 50% serta memimpin persembahan 30% ).Wajaran bagi tugasan ini ialah
60%.
Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria Kriteria Berikut :
1. Ciptaan.
a) Meliputi semua ciri-ciri ciptaan yang telah telah dipelajari semasa di dalam
kelas atau melalui pembelajaran kendiri berdasarkan bukti yang ditunjukkan.
b) Menggunakan pergerakan kod dan jenis-jenis kaden yang sesuai pada tempat yang
sesuai.
c) Kesuaian melodi, alat iringan, konsep muzik dan konsep gubahan yang bersesuaian
dengan tema lagu.
2. Persembahan ensembel instrumental
a) Meliputi semua ciri-ciri ciptaan yang telah telah dipelajari semasa di dalam
kelas atau melalui pembelajaran kendiri berdasarkan bukti yang ditunjukkan.
b) Menggunakan pergerakan kod dan jenis-jenis kaden yang sesuai pada tempat yang
sesuai.
c) Kesuaian melodi, alat iringan, konsep muzik dan konsep gubahan yang bersesuaian
dengan tema lagu.
d) Persembahan yang mantap dari segi teknik dan gubahan lagu yang dipersembahkan.
e) Kelancaran, keseimbangan, kordinasi, serta penggunaan semua aspek teknikal
muzik amat ditititberatkan.
3. Memimpin persembahan
a) Kemantapan memimpin serta penggunaan tangan kiri dan kanan yang betul serta
sesuai dengan gubahan lagu semasa persembahan perlulah mantap dan berupaya
menarik perhatian.
Disediakan oleh:

Disemak oleh:

(EN. SAHANUDIN BIN YUSOF)


Pensyarah MZU3173

(PN. HANIZAH BT ABDUL BAHAR)


Ketua Unit Muzik
Jabatan Sains Sosial

Disahkan oleh:
(TN. HAJI MOHD KAMAL BIN MAT YUSOF)
Ketua Jabatan
Jabatan Sains Sosial
IPG Kampus Ipoh
3