Anda di halaman 1dari 11

BAHASA MELAYU TAHUN 4

Mata pelajaran :
Kelas
:
Tarikh
:
Masa
:
Bilangan Murid :
Tema
:
Tajuk
:

Bahasa Melayu
Tahun 4
16 Mei 2011
60 minit
15 orang
Minggu Kokurikulum
Pertunjukan Seni Mempertahankan Diri

Hasil Pembelajaran
Fokus Utama (Kemahiran Menulis)
8.3 Menulis perkataan dan ayat dengan tulisan berangkai yang kemas
Aras 2(i) Menulis ayat dengan tulisan berangkai yang kemas dan cantik
Fokus Sampingan (Kemahiran membaca, bertutur dan Mendengar)
7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat.
Aras 1 Membuat andaian tentang sesuatu perkara yang tersirat berdasarkan maklumat yang tersurat
2.2
Melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat.
Aras 2 (i)Mengemukakan data yang diperoleh tentang sesuatu perkara.
Objektif pembelajaran: Pada akhir pelajaran murid-murid dapat:
1) Menulis lima ayat huraian dengan tulisan berangkai berdasarkan teks dengan betul.
2) Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik
3) Menyatakan lima maklumat penting berdasarkan pengumuman yang dibaca
Strategi Pengajaran : 1.Koperatif Kerja berkumpulan
2.Direktif - Penerangan
Kemahiran Bahasa : Mendengar dan bertutur, membaca, menulis
Sistem Bahasa
: Ayat huraian, Kosa kata
Pengisian Kurikulum : Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik Kewarganegaraan
Kemahiran Bernilai Tambah(KBT)
1. Kemahiran Berfikir:- Menjana idea, merumus, Membanding beza
2 .Kecerdasan Pelbagai- Interpersonal, verbal linguistik, Interpersonal,
Intrapersonal
Nilai:
Bekerjasama, berusaha, rajin, patuh
Pengetahuan Sedia Ada :
Murid- murid sudah mengetahui cara menulis tulisan berangkai dan mengetahui cara menulis ayat huraian dengan betul.
Bahan Bantu Mengajar : Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4, Video, slaid, kad manila, kad

ayat .

Langkah Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Set induksi
1. Guru bersoaljawab
(5 minit) Aktiviti Kokurikulum dengan murid tentang
pelajaran yang lepas.
2. Guru meminta murid
menyebut aktiviti-aktiviti
kokurikulum yang
terdapatdi sekolah.

1.Murid memberi idea


berkaitan aktiviti
kokurikulum.
2.Murid memberi dan
menamakan aktivitiaktiviti kokurikulum di
sekolah

Contoh : Kelab
Olahraga, Silat,
Langkah
1(15minit)

Pertunjukan Seni
Mempertahankan
Diri Buku Teks
Bahasa Melayu
Tahun 4 halaman
50

Nota
Strategi/Teknik:
Penerangan
Konstektual
BBM:Slaid, Tayangan
video
Nilai: Tolenrasi
KBT:
Kecerdasan pelbagai:
1. Verbal linguistik
KBKK: Mengeluarkan
idea

1.Guru mempamerkan 1. Murid memerhati


gambar seni
gambar Seni
mempertahankan diri
mempertahankan diri
menggunakan slaid dan yang ditunjukkan oleh
berbincang tentangnya. guru.
2. Murid diminta
membaca notis dalam 2. Murid membaca
buku teks secara senyap notis secara senyap.

Strategi/Teknik:
Penerangan secara
Kelas, Koperatif

3. Guru meminta
beberapa murid ke
depan untuk
menghebahkan notis
yang telah dibaca.

Nilai: Bekerjasama

3. Murid tampil ke
hadapan kelas
menghebahkan
maklumat dalam notis
yang dibaca.

BBM:
Gambar(Powerpoint)
Buku Teks

KBT:
Belajar cara Belajar

Kecerdasan pelbagai:
1. Verbal linguistik
4. Guru menyuruh
4. Murid murid
KBKK: Mengeluarkan
semua murid membaca membaca semula notis idea

secara kuat notis yang


dihebahkan tadi
5. Guru memberi
penerangan tentang isi
notis yang dipelajari

Langkah
2
(20 minit)

Tulisan Berangkai 1. Guru meminta murid


menulis notis yang
Pembentangan Kerja dibaca dengan tulisan
berangkai secara
Kumpulan
berkumpulan.

yang dimaksudkan,
Nilai: Berani

5. Murid mendengar
penerangan guru
dengan teliti.

1.Murid menulis notis


yang dibaca dengan
tulisan berangkai
secara berkumpulan.

Strategi/Teknik:
Penerangan secara
Kelas, Koperatif
BBM: kad manila
Buku Teks,

2. Murid menulis
2. Guru mengedarkan
jawapan pada kad
kad manila kepada murid manila yang diberi guru. Nilai: Bekerjasama
.
KBT:
3. Guru meminta murid 3. Murid
membentangkan hasil membentangkan hasil Belajar cara Belajar
penulisan di hadapan
penulisan di hadapan
Kecerdasan pelbagai:
kelas.
kelas.
4. Guru meminta murid
1. Verbal linguistik
menyalin pengumuman 4. Murid menyalin
tadi dengan tulisan
pengumuman tadi
KBKK: Mengeluarkan
berangkai ke dalam buku dengan tulisan
idea
masing-masing.
berangkai ke dalam
buku masing-masing.

Langkah Membina ayat


3
dengan tulisan
(15 minit) berangkai

1.Guru menerangkan
1.Murid mendengar
dan memberikan contoh penenerangan guru.
ayat berangkai kepada
murid.

2. Guru meminta murid


membina ayat huraian
berdasarkan notis
dengan tulisan
berangkai.

3. Guru meminta
beberapa orang murid
membacakan hasil
penulisan mereka
kepada rakan-rakan
yang lain.
Penutup
(5minit)

Teguran dan Nilai


murni

1. Guru merumus isi


pelajaran dengan
memberi tegasan serta

Nilai: Berani

Strategi/Teknik:
Penerangan secara
Kelas,
BBM: kad manila

2. Murid membina lima Buku Teks,


ayat huraian
berdasarkan notis
dengan tulisan
Nilai: Bekerjasama
berangkai ke dalam
buku tulis masingKBT:
masing.

Belajar cara Belajar

3. Beberapa orang
Kecerdasan pelbagai:
murid membacakan
hasil penulisan mereka
1. Verbal linguistic
kepada murid lain.
2. Intrapersonal

KBKK: menjana idea


Nilai: Rajin

1. Murid mendengar
dengan teliti teguran
dan tegasan murid

Strategi/Teknik:
Penerangan secara
Kelas,

teguran tentang tulisan


yang kemas dan
kesalahan ejaan.
2. Guru memuji hasil
kerja murid yang baik
dan berkualiti,

tentang tulisan dan


ejaan.

BBM: Buku Teks,

2.Murid menerima
pujian dengan ikhlas
Nilai: rajin, patuh
dan berusaha membaiki
kelemahan.
KBT:
Belajar cara Belajar

3.Guru bersoaljawab
3. Murid menyatakan
tentang kebaikan
kebaikan menyertai
menyertai kegiatan
kokurikulum dan
kokurikulum dan
menyedari cara
kepentingan menghargai menggunakan masa
masa dan menggunakan lapang dengan
masa lapang dengan
berfaedah
bijak.
.

Kecerdasan pelbagai:
1. Verbal linguistic
2. Intrapersonal
KBKK: menjana idea

Sebelum P & P
Sebelum mengajar, rancangan saya selepas mengajar kefahaman dan teks pada hari pertama iaitu Isnin, saya akan mengajar kemahiran menulis dan diselitkan dengan pengajaran
tatabahasa. Bagi saya, (saya rasa guru bahasa yang lain pun buat perkara yang sama), tatabahasa memang sepatutnya diajar setiap hari walaupun cuma memasukkan satu tajuk kecil
kemahiran berbahasa. Kemahiran menulis tulisan berangkai jarang diajar kerana saya lebih fokus kepada kemahiran memperluaskan binaan ayat. Tapi kali ini saya rasa, pelajar saya akan
berminat mempelajari teknik menulis tulisan berangkai. Kemahiran menulis tulisan berangkai kali ini adalah kesinambungan daripada kemahiran yang pernah dipelajari semasa di kelas-kelas
sebelum ini.
Semasa P & P
Bahan bantu mengajar saya amat konvensional. Saya lebih banyak menggunakan papan kapur. Setiap kali menunjukkan contoh dan menegur kesilapan murid, saya banyak bergantung
kepada papan tulis. Ada juga contoh yang sudah dipamirkan dengan menggunakan kertas sebak. Pelajar lupa bagaimana menulis tulisan berangkai dengan betul. Para pelajar lupa teknik
menyambung setiap huruf dengan betul.
Kelemahan P & P
Kelemahan saya amat ketara kerana saya lebih banyak menyuruh murid membaca walaupun kemahiran fokus saya ialah menulis. Dari aspek penyediaan soalan latihan, saya hanya meminta
murid membina ayat dalam bentuk tulisan berangkai sahaja seolah-olah saya tidak mengembangkan kemahiran KBKK murid-murid dan tidak menyediakan latihan susulan yang lain. Aktiviti
berkumpulan yang saya sediakan kurang mencabar kerana saya hanya meminta murid menyalin semula. Walaupun aktiviti berkumpulan dijalankan, namun hanya segelintir sahaja yang aktif
melibatkan diri.
Kekuatan P & P
Secara keseluruhannya, pengajaran saya dapat diikuti oleh murid kerana saya menggunakan arahan yang mudah. Murid faham dan dapat melakukan setiap aktiviti dalam langkah-langkah
pengajaran yang disediakan. Murid diterangkan tentang petikan notis jadi murid akan dapat membezakan petikan teks bacaan biasa dengan petikan notis.
Tindakan susulan/Penambahbaikan
Untuk penambahbaikan saya akan cuba mempelbagaikan latihan terutama yang berfokus dengan kosa kata iaitu murid akan mengisi tempat kosong dan menyalin ayat-ayat soalan
menggunakan tulisan berangkai (agar tidak lari daripada kemahiran yang hendak diajar)
Contoh Latihan:
1. Salin ayat-ayat berikut dalam bentuk tulisan berangkai dan isikan tempat kosong dengan
perkataan yang sesuai.
2. Bina sebuah karangan dengan menggunakan tulisan sepanjang 80 patah perkataan.
3. Bina empat rangkap pantun 4 kerat dengan menggunakan tulisan berangkai.
Dari aspek pedagogi, saya akan merancang pengajaran dan latihan yang berkesan kepada murid dengan berpandukan aras kecerdasan murid di dalam kelas.

Dalam pelaksanaan aktiviti berkumpulan, murid-murid akan digalakkan mencuba dan bersikap
berani agar ada sikap jaya diri disemai.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) BAHASA MELAYU

Tarikh : 12 Mac 2012


Masa : 6.50 - 7.50 Pagi (60 Minit)
Tahun : 4 Amanah
Bil. Murid : 30 Orang
Tema : Minggu Kokurikulum.
Tajuk : Kebaikan Menyertai Seni Mempertahankan Diri.
Projek/Modul : Objektif :
Pada akhir pelajaran murid dapat:
1. Menyatakan sekurang-kurangnya 3 daripada 6 kebaikan menyertai seni mempertahankan diri.
2. Menghasilkan sekurang-kurangnya 2 daripada 5 ayat topik dengan struktu bahasa yang betul.
Hasil Pembelajaran Umum (HPU):
8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan.
Hasil Pembelajaran Khusus (HPK):
8.4 Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu perkara.
Aras 1.
ii. Membina ayat topik dan ayat huraian berdasarkan isi yang dikenalpasti tentang sesuatu
tajuk.
Aras 2.
i. Mengemukakan hujah dan alasan yang sesuai dalam perenggan.
Pengisian Kurikulum:
> Sistem Bahasa
Tatabahasa
Kosa kata

: Ayat tunggal dan ayat majmuk.


: Menagkis

> Kemahiran Bernilai tambah.


Teori kecerdasan pelbagai
Kemahiran Berfikir

: Verbal linguistik, interpersonal.


: menjana idea

Penekanan Konsep 5P
i. Penggabungjalinan
a). Kemahiran Bahasa
b). Tatabahasa
ii. Penyerapan

: mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.


: ayat tunggal dan ayat majmuk

a). Ilmu
b). Nilai

: Kemahiran Hidup
: Berdikari, semangat bermasyarakat

iii. Pemulihan

:-

iv. Pengayaan

:-

v. Penilian

: Pemerhatian, soaljawab, tugasan

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (BSPP):


> Buku teks halaman 51
Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengenali beberapa jenis seni mempertahankan diri.
PROSEDUR PERLAKSANAAN PENGURUSAN PENGAJARAN-PEMBELAJARAN
(PPP)

LANGKAH
ISI
DAN
PELAJARAN
MASA

AKTIVITI PELAJARAN DAN


PEMBELAJARAN

CATATAN

SET
INDUKSI
(5 minit)

-Soal jawab

i. guru mengimbas kembali isi pelajaran


sebelumnya.
ii. guru bersoal jawab dengan murid
iii. guru mengaitkan soal jawab dengan
isi pelajaran.

>Penyerapan:
- Kecederasan
pelbagai
(verbal linguistic)

Langkah 1
(20 minit)

-Buku teks
halaman 51

i. Murid-murid diminta untuk membuka


buku teks halaman 51.
ii. Beberapa orang murid dipilih secara
rawak untuk membaca pernyataan
tersebut.
iii. Guru menerangkan secara ringkas
berkenaan pernyataan tersebut.
iv. Guru menetapkan tajuk Kebaikan
Menyertai Persatuan Seni
Mempertahankan diri dan member
arahan kepada murid-murid.
v. Murid-murid diminta untuk duduk
dalam kumpulan masing-masing.
vi. Setiap kumpulan diminta untuk
berbincang dan mencatat sekurangkurangnya lima kebaikan seseorang
murid menyertai seni mempertahankan
diri daripada pernyataan tersebut.
vii. Guru memantau dan membimbing
perbincangan setiap kumpulan.

>BBB : buku teks


halaman 51
> Pengabungjalinan
-kemahiran
mendengar dan
bertutur
-kemahiran Menulis
-Tatabahasa
(ayat tunggal dan ayat
majmuk)
>Penyerapan
- Kecederasan
pelbagai.
(verbal linguistic,
interpersonal,
interpersonal)

viii. Guru meminta wakil setiap


kumpulan untuk menyatakan hasil
perbincangan mereka.
ix. Guru membincangkan hasil
perbincangan setiap kumpulan secara
rawak.
Langkah 2
(30 Minit)

-Ayat topic dan


ayat huraian
-Perbincangan
jawapan.

Langkah 3
Penutup

RPH Bahasa Melayu Tahun 4


Written by zainurin romli

i. Guru menerangkan ayat topik dan ayat >BBB : Buku teks


huraian kepada murid-murid.
halaman 51
ii. Murid-murid diminta untuk memilih 5
ayat topik yang telah dibincangkan
>Penggabungjalinan
untuk menghasilkan ayat huraian
-Kemahiran menulis
berdasarkan ayat topic yang mereka
telah pilih tadi di dalam buku teks dan
membuat ayat huraian di buku tulis
masing-masing.
>KBT :
iii. Guru memantau dan membimbing -menjana idea
kerja murid.
iv. Beberapa orang murid diminta untuk
membacakan ayat huraian mereka secara
rawak.
v. Guru membincangkan hasil ayat
huraian mereka secara berkumpulan.
-Guru merumus isi pelajaran dengan
nilai murni. (semangat kesukanan)

TAHUN : 4

BAIDURI

TARIKH : 10

JANUARI

2013

MASA : 8.00 - 8.30

TEMA : YANG BAIK JADIKAN TELADAN

TAJUK : PAK SENIK YANG INSAF

OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran,murid dapat


Membaca bahan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan menggunakan kata adjektif

SISTEM BAHASA :
Tatabahasa : Kata adjektif

Kosa kata (bakhil, bermuafakat,gelagat,insaf)


Kemahiran Bernilai Tambah:

Kecerdasan Pelbagai : Verbal Linguistik

Kemahiran Berfikir, Kemahiran Belajar,

Bahan bantu mengajar :

Kad perkataan,petikan cerita

Penekanan Konsep 5P

Penggabungjalinan
: Mendengar dan bertutur, Membaca dan menulis
Penyerapan : Ilmu dan tatabahasa
Penilaian : Penilaian kendiri, penilaian rakan sebaya (melalui pemerhatian)
Pengayaan : Membina ayat daripada kata adjektif yang telah disenaraikan.
Pemulihan : Latih tubi bacaan

Pengisian Kurikulum :

i. Ilmu
: Kesusasteraan
ii.Nilai murni : Keinsafan
iii. Kewarganegaraan :Bertindak dengan wajar
iv. Peraturan Sosiobudaya: Hidup bermasyarakat
v. Kemahiran Bernilai Tambah

RANCANGAN HARIAN

ISI
PELAJAR
AN
Set
induksi
(4 minit)

AKTIVITI P&P CATATAN

.Murid memilih
kad perkataan
yang dsediakan
oleh guru.
Contoh :
kambing.
.Guru menyuruh
murid berkenaan
membunyikan
bunyi haiwan

tersebut.
.Murid
membunyikan
bunyi kambing
dan murid lain
meneka haiwan
tersebut.
.Guru
mengaitkan
dengan tajuk
pelajaran.
Langkah
1
(5 minit)

. Guru
mengedarkan
petikan cerita.
.Murid-murid
membaca
secara senyap.
.Murid
bersoaljawab
mengenai
petikan cerita

Langkah
2
(7 minit)

Langkah
3
(7 minit)

. Guru memilih
beberapa orang
murid. Murid
membaca
petikan dengan
sebutan dan
intonasi yang
sesuai.
.Guru
menerangkan
tentang kata
adjektif dan
memberikan
contoh-contoh
kata adjektif.
Beberapa orang
murid
menyenaraikan
kata adjektif
yang terdapat
dalam petikan
cerita di papan

Rujuk
lampiran
1

hitam.
.Murid membina
ayat mudah
menggunakan
kata adjektif
tersebut
Langkah
4
(4 minit)

Penutup
(3 minit)

.Murid membina
ayat
menggunakan
kata adjektif
yang terdapat
dalam petikan.
.Nyanyian
Bunyi
Binatang.

Rujuk
lampiran
2

Rumusan dan
penerapan nilai.
.Kerja
susulan(menjaw
ab soalan
pemahaman
dalam buku
teks)
LAMPIRAN 1

PAK SENIK INSAF


Pada zaman dahulu, ada seorang kaya bernama Pak Senik. Kebun getahnya luas. Haiwan ternakan juga banyak. Ada
lembu, kambing, ayam dan itik. Walaupun kaya namun dia sangat kedekut. Dia sanggup makan nasi berlaukkan ikan
kering sahaja. Dia juga tidak pernah bersedekah kepada orang-orang miskin.
Pak Senik mempunyai seorang anak perempuan bernama Gayah. Suami Gayah Dolah, Tidak
suka akan sifat bapa mentuanya yang bakhil itu. Dolah dan Gayah telah menjemput Pak Senik
Ke rumah mereka.

Pada hari tersebut, Gayah memasakkan Pak Senik gulai kambing yang lazat.

Wah, sedap sungguh gulai kambing ini! Baunya pun harum dan menyelerakan, kata Pak
Senik sambil makan.Dia makan dengan berselera sekali kerana dia tidak pernah menikmati
lauk-pauk yang sedap. Mereka memperhatikan sahaja gelagat Pak Senik.

Dari mana kamu dapat daging kambing ni? Tanya Pak senik.

Saya sembelih seekor kambing ayah,jawab Dolah ,selamba. Pak Senik sangat marah.

Kamu mesti bayar ganti ruginya, jerit Pak Senik dengan kuat.

Kami tidak makan daging kambing itu, mengapa kami mesti membayarnya ? balas
Dolah.Pak Senik terdiam.

Ayah sudah tua. Harta ayah banyak.Kalau ayah murah hati dan suka bersedekah tentu orang
kampung menghormati ayah.Tuhan juga menggandakan rezeki ayah, jelas Dolah dengan
lembut.

Sejak peristiwa itu, Pak Senik insaf. Dia tidak kedekut lagi. Dia sentiasa bersedekah lagi. Dia
sentiasa bersedekah kepada fakir miskin.

LAMPIRAN 2

BUNYI BINATANG

Saya ayam kok,kok,kok,kok

Saya itik pak,pak,pak,pak,pak,

Saya burung tweet,tweet,tweet,tweet,tweet,

Kami bunyi

Kok,kok,kok,kok,kok

Pak,pak,pak,pak,pak,

Tweet,tweet,tweet,tweet,tweet.

Secara umumnya program kokurikulum adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan program ini juga setara dengan kepentingan aktiviti
di dalam bilik darjah kerana peranannya merupakan penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai
kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah. Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan, pertubuhan pakaian seragam dan kelab atau persatuan. Kegiatan kokurikulum ini
bukan sahaja menyeronokkan malahan dapat mendatangkan pelbagai faedah kepada pelajar yang menyertainya.
Kegiatan kokurikulum mampu membentuk watak dan peribadi seseorang pelajar. Antara perkembangan diri individu yang diharapkan melalui kegiatan kokurikulum ini seperti memupuk
sifat kepemimpinan, membina dan membentuk sahsiah yang sihat dan seterusnya membentuk generasi yang berdisiplin. Kegiatan kokurikulum juga mampu membentuk personaliti
yang positif dan rasa tanggungjawab. Penglibatan dalam persatuan, kelab dan aktiviti lain akan mengembangkan kemahiran bersosial, bercampur gaul dan berhubung mesra serta
keupayaan dalam perhubungan awam yang dapat dimanfaatkan dalam masyarakat kelak. Oleh itu, watak dan peribadi pelajar haruslah dipupuk sejak awal lagi kerana kalau hendak
melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Selain itu, kesihatan yang baik dan otak yang cerdas akan diperoleh daripada kegiatan kokurikulum. Kegiatan kokurikulum akan menyihatkan badan kerana aktiviti yang bersifat fizikal
akan meningkatkan daya tahan. Kebanyakan pelajar di sekolah lebih suka menyertai kegiatan sukan atau permainan disebabkan aktiviti sukan dapat membina stamina yang kuat serta
membolehkan para pelajar mengeluarkan peluh, iaitu salah satu bahan perkumuhan manusia. Murid yang aktif tidak diserang oleh penyakit dan badan yang sihat memungkinkan
pebelajaran yang berkesan. Sebagai contohnya, aktiviti sukan dan permainan seperti bola sepak dapat membina kekuatan stamina, manakala sukan catur pula akan mencerdaskan
minda seseorang. Pepatah Melayu mengatakan bahawa badan cergas, otak cerdas.
Melalui kokurikulum, pelajar dapat memupuk semangat perpaduan.
Hal ini semestinya juga akan dapat memupuk sikap bekerjasama dan toleransi dalam kalangan pelajar. Perpaduan kaum penting untuk membentuk sebuah negara yang aman damai,
supaya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 tidak berulang lagi. Oleh itu, Semangat perpaduan dapat dipupuk apabila pelajar berbilang kaum bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam
sesuatu kegiatan. Kegiatan kokurikulum mengakibatkan proses integrasi berlaku dalam kalangan pelajar supaya pelajar boleh mengenali dan menghormati antara satu sama lain.
Sebagai contohnya, dalam aktivitik pertandingan seperti bola sepak, kedua-dua pasukan ini bukan sahaja meliputi satu kaum sahaja malah ia juga disertai oleh pelajar dari pelbagai
kaum. Secara tidak langsung, hubungan antara pelajar akan bertambah erat dan kukuh ibarat isi dengan kuku serta bersatu untuk mencapai matlamat yang diharapkan kerana bersatu
teguh, bercerai roboh.
Kegiatan kokurikulum juga dapat mengembangkan potensi seseorang pelajar. Sesetengah pelajar tidak mengetahui kelebihan yang terdapat pada dirinya. Melalui kegiatan kokurikulum,
kelebihan itu akan dapat diketahui apabila seseorang pelajar bergiat dalam kokurikulum. Dengan ini, pelajar itu akan berpeluang untuk mewakili kelabnya untuk bertanding pada
peringkat sekolah. Secara tidak langsung, kejayaan pada peringkat sekolah ini akan membawa pelajar ini untuk mewakili daerah, negeri, dan kemudiannya negara. Tujuan kegiatan
kokurikulum adalah untuk memberi pengalaman kepada pelajar-pelajar dan seterusnya membantu mereka dalam mencapai kehidupan yang sempurna.
Faktor-faktor menyebabkan pelajar-pelajar dan masyarakat tidak mementingkan aktivitik kokurikulum ialah tangapan yang salah terhadap kegiatan kokurikulum. Ini adalah kerana
kokurikulum bukan berbentuk akademik dan kegiatan ini tidak diberi penilaian atau gred seperti kurikulum yang berbentuk akademik dan mengutamakan sifat-sifat kognitif. Oleh yang
demikian, kebanyakan ibu bapa enggan menggalakkan anak-anak mereka menceburi kegiatan kokurikulum dan sebaliknya menggunakan masa itu untuk anak mereka ke kelas
tambahan, muzik dan membuat kerja sekolah.
Dari perspektif yang lain, terdapat juga beberapa kelemahan pihak-pihak tertentu dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum ini. Mereka tidak menitikberatkan kegiatan kokurikulum dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan pihak guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum masih pada tahap kurang memuaskan dan ini mungkin disebabkan mereka tidak
memahami garis panduan yang dapat dipegang sebagai landasan bagi merancang aktiviti dengan jelas selain daripada kurang kemahiran dalam aktiviti khidmat masyarakat.
Langkah-langkah yang boleh diusaha untuk mengembangkan aktiviti kokurikulum iaitu pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat sekeliling perlu memberi perhatian. Mereka tidak
seharusnya berdiam diri dan menutup mata seterusnya membiarkan pelajar-pelajar tersebut terus tersesat dalam keseronokan dunia remaja tanpa pendidikan yang sempurna.
Tindakan yang tegas perlu diambil oleh pihak tertentu seperti mengenakan denda kepada pelajar sekolah yang melepak dan ponteng sekolah atau mengenakan tindakan disiplin di

sekolah. Dengan adanya penegasan dan perhatian sebegini, diharapkan mutu disiplin pelajar-pelajar yang bermasalah ini dapat ditingkatkan dan kegiatan seperti gengsterisme dapat
dicegah sebelum ia menjadi lebih berleluasa dan menjatuhkan imej pendidikan Negara.
Kesimpulannya, program kokurikulum di sekolah bukanlah sesuatu yang baru dalam aktiviti pendidikan pelajar. Pihak sekolah hendaklah memainkan peranan supaya pelajar bergiat
cergas dalam kegiatan kokurikulum. Hal ini demikian kerana kegiatan kokurikulum ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk menjadi lebih giat dan cergas. Pepatah Melayu
mengatakan bahawa hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Oleh itu, semua pelajar digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum supaya pelajar yang
berdaya saing, berketerampilan, kreatif dan inovatif dapat dihasilkan.