Anda di halaman 1dari 8

TAJUK: PUISI MENCERITAKAN LATAR BELAKANG MASYARAKAT

FAKULTI BAHASA dan KOMUNIKASI


BSS3063-PUISI MELAYU
KAMPULAN C
TUGASAAN INDIVIDU

NAMA: VIANI ANAK INTAI


NO MATRIK: D20141066392
NO IC: 940417136377
NAMA PENSYARAH: Profesor Madya Dr. Mohd Rosli bin Saludin

PUISI MENCERITAKAN LATAR BELAKANG MASYARAKAT


PENGENALAN:
Puisi merujuk kepada susunan atau ayat yang menyampaikan maksud dalam bentuk
atau bahasa yang indah. Puisi juga merupakan satu cabang kesenian manusia yang telah ada
sejak zaman dahulu. Bentuk-bentuk puisi yang telah dihasilkan sentiasa berubah mengikut
zaman, di mana kita lihat setiap puisi yang telah dihasilkan oleh penulis adalah berbeza ciri
pemikiran dan gaya penyampaian juga turut berbeza mengikut peralihan zaman dan amalan
masyarakat pada zaman tersebut. Puisi boleh berdiri secara sendiri dan boleh juga dihasilkan
dalam seni lain seperti drama, lirik dan sebagainya. Karya-karya puisi amat memainkan
peranan dalam masyarakat terutamanya dalam menaikkan semangat nasionalisme, pemujaan
pada masa lalu dan sebagainya dalam kehidupan masyarakat terutamanya dalam masyarakat
Melayu. kebanyakan Puisi-Puisi yang dihasilkan Pada masyarakat pada masa dahulu adalah
terdiri dari pantun, gurindam, seloka, teromba, talibun, mantera, peribahasa berangkap, syair
dan sebagainya. Pada masa ini Puisi juga masih memainkan peranan dalam kehidupan
masyarakat terutamanya dari sudut pendidikan, perkara ini dapat kita lihat melalui dengan
adanya pengajaran terhadap kesusasteraan Melayu di sekolah, ipta dan sebagainya. Selain itu
puisi jaga dihasilkan untuk menaikkan semangat cinta akan negara dan ada juga puisi
dihasilkan untuk menyedarkan masyarakat pada masa kini tentang keruntuhan akhlak
masyarakat, kemusnahan hutan dan sebagainya. Dengan ini kita dapat mengenal pasti latar
belakang masyarakat pada sesuatu zaman tersebut dan banyak lagi yang kita boleh kaji
melalui penghasilan puisi pada setiap zaman, mengikut gaya pemikiran penulis terhadap
masyarakat dan pemikiran penulis tersebut melalui penghasilan karya puisinya. Dalam
tugasan ini saya akan menceritakan serba sedikit latar belakang Masyarakat melalui
penghasilan Beberapa puisi Melayu tradisional oleh tokoh-tokoh.

SKOP KAJIAN:
1. Latar masyarakat dalam pantun tradisional
2. Latar Masyarakat dalam Syiar

GAMBARAN MASYARAKAT TERDAHULU DALAM PANTUN


Pantun menurut Muhammad Haji Salleh adalah benang yang menghubungkan nilai-nilai
kebersamaan masyarakat Melayu di rantau Nusantara. Daripada pantun yang dihasilkan pada
masa lalu masyarakat pada masa kini dapat mengenal hati budi, gaya hidup, sistem nilai,
pemikiran, sistem sosial masyarakat Melayu terdahulu. Bukanlah sedikit pantun yang telah
dihasilkan pada masa dahulu, oleh pengarang, penulis dan sebagainya. Dari pantun yang telah
dihasilkan banyak gambaran masyarakat terdahulu yang dapat di tafsir dan diambil kebaikan
untuk generasi Melayu pada masa ini. Di sini saya akan memberi beberapa gambaran
masyarakat yang diceritakan dalam beberapa buah pantun terpilih.

a. Masyarakat Melayu yang Kuat Berpegang pada Adat.


Adat merupakan set aturan yang mengawal dan memandu perjalanan hidup masyarakat
berasaskan pemahaman masyarakat terhadap sesuatu perkara. Dalam masyarakat Melayu,
adat dapat mengawal dan memandu perjalanan hidup bangsa Melayu dan membawa atau
memandu sistem masyarakat yang mempunyai nilai dalam hidup.
Berdasarkan maksud ini, adat merupakan elemen yang sangat penting dalam
menyusun atur semua kaedah bagaimana anggota masyarakat bertingkah laku dan bersosial.
Kepatuhan dan keyakinan pada adat menunjukkan adat itu memiliki nilai keabsahan dan
keesahannya. Kerana itu, masyarakat Melayu terdahulu menunjukkan sikap yang kuat
berpegang pada adat dan memelihara dengan baik hingga ke hari ini. Syed Alwi Sheikh Al
Hadi (1986) menyebut apa yang dikatakan adat dan istiadat itu iaitu cara-cara dan aturanaturan hidup yang dipusakai dari datuk nenek yang diturunkan dari bapa kepada anak atau
dari yang tua kepada yang muda.
Orang Melayu sanggup mempertahan kewujudan dan keberadaan adat itu dalam
sistem sosial masyarakat Melayu hari ini, sekalipun sebilangan besar masyarakat Melayu
moden masa kini kurang memberi pertimbangan pada adat untuk membuat suatu tindakan.
Perkara ini juga sama dengan mana-mana bangsa yang mengagung-agungkan adat resam
serta kebudayaan mereka (Engku Mohd. Zaman Tahir 1986:48-49).
Resam kehidupan yang dipegang zaman berzaman amat kukuh sehingga seluruh
hidup orang-orang Melayu terdahulu menampakkan diri mereka dilingkungi budaya dan cara
hidup yang berasal daripada adat ini sendiri.

Anak Cina menghisap madat,


Madat ditaruh dalam cembul,
Hidup manusia dikandung adat,
Adat manusia dilengkung bendul.
(Za,ba 1984:49)

Jiwa orang Melayu mengatur budaya hidup mereka dalam keadaan yang luhur dan
unggul. Keluhuran itu lahir dalam rutin hidup mereka dan menyerap lunas tatacara adat
dengan normanya. Di sini, mereka meletakan ciri-ciri keluhuran itu dalam keseluruhan
budaya hidup yang dipegang kepada adat. Kekuatan hubungan orang Melayu dengan adat
disifatkan hidup mereka bagaikan dikandung. Perkataan dikandung selalunya dikaitkan
dengan seorang wanita yang mengandung, yang membawa erti seluruh kehidupan mereka
diberi gambaran bahawa kehidupan mereka dilingkungi oleh adat sebagai yang dapat dikesan
dalam pantun di atas.

b. Masyarakat Melayu yang Mementingkan Budi


Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Gunung daik jauh ke tengah,
Di balik awan Pulau Angsa Dua;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Sikap orang Melayu yang suka dan sangat menghargai budi dalam masyarakat Melayu
tergambar sebagai satu norma hidup yang amat penting. ketinggian budi mempunyai nilai
kehidupan yang abadi, kerana budi manusia yang berbudi diumpamakan sebagai hutang yang
mungkin dapat dibayar oleh manusia yang hidup setelah kematiannya, gambaran ini dapat
dilihat dalam rangkap pantun pertama
Bandingan budi yang dikiaskan dengan emas masih tidak sepadan, kerana berhutang
benda-benda seperti emas dan sebagainya masih tidak sukar untuk dibayar oleh si
penghutang. Sebaliknya sesuatu budi ataupun budi yang ditinggalkan akan diingat dan
dikenang sehingga ke hujung nyawa ataupun selama-lamanya. Dalam rangkap pertama juga
menunjukkan gambaran masyarakat Melayu meletak nilai kebendaan jauh lebih rendah
nilainya berbanding dengan nilai budi seseorang.
Pantun pada rangkap satu menunjukkan pemikiran Melayu yang tidak bersifat
materialistik itu dikuatkan lagi dengan pantun pada rangkap dua yang turut menunjukkan
sikap suka mengenang budi seseorang, sekalipun tuan yang berbudi sudah meninggal dunia.
Budi dalam rangkap duai dipadankan dengan badan. Dalam konotasi yang lain, rupa paras
dan fizikal manusia tidak penting dalam kehidupan orang Melayu, sebaliknya budilah yang
lebih diutamakan lebih diutamakan dan diingat dalam ingatan selama-lamanya ataupun
diingat secara berkekalan. Badan yang hancur dimakan tanah adalah sebuah perlambangan
tentang kerendahan nilai sifat luaran yang tidak dipandang tinggi oleh masyarakat Melayu
berbanding nilai sesebuah budi.

GAMBARAN MASYARAKAT DALAM SYAIR.

Keseluruhan pengkaji sependapat bahawa istilah syair berasal daripada bahasa Arab yang
bermaksud puisi secara umum. Dalam bahasa Melayu, istilah syair sudah menjadi satu istilah
yang khusus. Syair Melayu tidak beracuankan syair daripada tradisi Arab atau mana-mana
puisi Arab tetapi dalam bentuk dan acuan asli masyarakat Melayu (Harun Mat Piah, 1989).
Namun, terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa syair Melayu juga dipengaruhi oleh
syair atau puisi Arab (Islam). Manakala Menurut pandangan bangsa Arab, Syair merupakan
puncak keindahan dalam sastera, sebab syair itu adalah suatu bentuk gubahan yang dihasilkan
dari kehalusan perasaan dan keindahan daya khayal, karena itu bangsa Arab lebih
menyenangi syair dibandingkan dengan hasil sastera lainnya.
Apabila dibandingkan antara karangan-karangan ataupun kuliah dan khutbah, maka
yang dapat berpengaruh lebih dahulu di hati seseorang adalah gubahan syair, karena gubahan
syair itu dapat langsung dirasakan dalam hati walaupun tidak di fikirkan terlebih dahulu.
Dalam masyarakat Melayu Penghasilan.
Syair merupakan jenis puisi tradisional Melayu warisan Islam yang paling popular .
Kemunculan syair di alam Melayu mempunyai kaitan rapat dengan Pengaruh agama Islam
Yang berkembang di Nusantara. Menjadi kelaziman kepada para ulama dan cendekiawan
Melayu Islam menggunakan puisi sebagai uslub dalam penyampaian ajaran dan nasihatnasihat agama kepada masyarakat. kaedah ini amat penting kerana masyarakat Melayu pada
masa itu masih akrab dengan cerita-cerita lipur lara, dongeng dan cerita-ceri rakyat

a. Latar Belakang Dalam Syair Panji


Menurut liew yock fang, sebahagian daripada syair panji diolah dalam bentuk prosa.
Contoh-contoh syair panji ialah Syair Panji Semerang, Syair Panji tambuhan, Syair
Panji Undakan Agung Udaya dan Syair Agreni. Syair ini disebut syair panji kerana
jalan ceritanya atau isinya diambil dari cerita-cerita panji dengan pengolahannya lebih
sederhana berbanding dengan cerita panji. Syair semerang misalnya diambil dari
hikayat panji semerang, syair Agreni diambil isinya dari panji Agreni.

Contoh Syair Panji Syair ken tambuhan.


Serta terpandang hatinya berdebar
Lakunya tidak lagi tersabar
Arwah melayang berahi terkibar
Bagai penyakit tiada tertambar.
Latar masyarakat dalam rangkap ini adalah mengesahkan golongan kerabat
diraja yang ingin mengambil hasil burunya lalu ternampak seorang gadis di dalam
kurungan.
Rangkap syair ini mengesahkan cerita pertemuan kerabat diraja dengan gadis yang
menarik hatinya. Raden Inu kertapati yang bertamu dengan ken Tambuhan, tatkala
berusaha mendapatkan burung serindit panahananya yang terjatuh dalam kota tempat
Ken Tambuhan dikurung. Di situlah Raden terpandang Ken Tambuhan.

Raden pun duduk bersuka


Di dalam istana Ken Tambuhan
Bertambah kasih dengan kasih
Pangku dan belai di atas riba.

Dalam rangkap ini menceritakan daripada pandangan dan pertemuan itu, raden
Ini Kertapati memujuk Ken Tambuhan sehinggakan Ken Tabuhan bersetuju untuk
menjadi isterinya. Kesah ini menceritakan latar belakang masyarakat Melayu pada
masa itu masih menggunakan syair dalam bentuk pujian kepada wanita dan golongan
diraja yang dianggap tinggi darjatnya. Selain itu juga syair ini telah diolah kepada
kesesuaian masyarakat pada masa itu.

Kesimpulan

Puisi bukan sahaja alat penghibur atau warisan malah puisi boleh dianggap sebagai
mesej atau tulisan sejarah yang ditinggalkan oleh masyarakat Melayu pada masa lalu
untuk masyarakat Melayu pada masa kini sebagai pengajaran atau warisan sejarah.
Kegemaran masyarakat pada masa lalu berpuisi dan sebagainya mendorong dan
memberi ilham kepada mereka untuk menulis tentang kehidupan mereka dalam
bentuk puisi. Secara tidak langsung masyarakat pada masa ini dapat mengkaji latar
belakang masyarakat pada masa lalu mengikut umur sesuatu puisi itu ditulis. Pada
zaman dahulu masyarakat lebih suka berpuisi dalam menyampaikan sesuatu maksud,
mahupun dalam percakapan seharian mereka.
Dari puisi-puisi yang dihasilkan kita juga dapat mempelajari betapa tingginya
nilai-nilai yang diamalkan oleh masyarakat Melayu pada masa lalu. Tambahan lagi
kita juga dapat mempelajari gaya pemikiran masyarakat Melayu pada masa lalu
dengan corak puisi yang dihasilkan oleh mereka. Pemikiran masyarakat yang amat
mencintai seni dan bahasa yang tinggi pada masa itu haruslah menjadi teladan kepada
masyarakat pada masa kini untuk diamalkan dalam kehidupan seharian setiap
individu.