Anda di halaman 1dari 4

KE ARAH KARANGAN YANG CEMERLANG

(BAHAGIAN B)
1. Memilih Tajuk
a) ada 5 soalan
b) pilih satu yang benar-benar anda faham, kuasai dan
tahu akan formatnya.
c) Baca semua soalan dengan teliti.
d) Kalau ada lebih daripada satu yang anda faham,
pilih satu tajuk yang paling anda minat dan yakin
akan isinya.
e) Jangan pilih tajuk yang sukar.
2. Merangka Karangan
a) buat catatan ringkas tentang isi
b) pendahuluan harus diberikan perhatian
c) Isi dirangka mengikut keutamaan
d) Pastikan isi karangan menepati tajuk.
e) isi disertakan dengan rangka huraian dan contoh.
3. Menulis Karangan
a) Pastikan ada pengenalan.
b) Pengenalan mestilah memperkenalkan tajuk secara
khusus dan ditulis dengan ringkas dan padat dalam
satu perenggan.
c) Isi mestilah tepat dan berkaitan dengan tajuk.
d) Isi mestilah dihuraikan dengan memberikan contoh
yang konkrit.
e) Satu isi satu perenggan.

f) Isi mesti berkaitan antara satu perenggan dengan


perenggan yang lain.
g) Kesimpulan dibuat dalam satu perenggan.
h) Kesimpulan mestilah ringkas, padat dan
merumuskan tajuk yang dibincangkan
PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN
1. Pengenalan yang kurang menarik dan tidak matang.
2. Isi karangan tidak menepati tajuk.
3. Isi tidak dihuraikan.
4. Huraian tanpa isi.
5. Pemerengganan yang tidak sesuai.
6. Banyak kesalahan ejaan.
7. Tulisan buruk atau sukar dibaca.
8. Penggunaan bahasa yang berbelit-belit.
9. Penggunaan perbendaharaan kata yang terhad.
10.

Isi yang berulang

11.

Fakta yang salah

12.
Panjang karangan tidak mengikut jumlah perkataan
yang diminta.
13.

Isi tidak logik

14.

Tidak memahami format karangan

15.

Kesalahan penggunaan tatabahasa

Ciri-Ciri Karangan Cemerlang


1. Tajuk karangan dihuraikan dengan baik dan jelas.
2. Isi yang ditulis berkaitan dengan tajuk.
isi hendaklah disusun mengikut keutamaan
3. Karangan menampakkan kematangan fikiran.
4. Perenggan mesti kemas dan sesuai serta seimbang.
dicadangkan 7 perenggan ke atas
5. Satu perenggan satu isi dengan huraian isi serta contoh
atau bukti yang boleh menyokong isi. (1P = 1I+1H+1C)
6. Perenggan isi mesti ada kaitan dengan perenggan
seterusnya.
7. Susunan ayat mesti lengkap dan mudah difahami.
8. Penggunaan ragam dan struktur ayat dipelbagaikan.
ayat aktif
ayat pasif
ayat tanya
ayat songsang
9. Gunakan penanda wacana yang sesuai.
10.
Gaya penyampaian mestilah cukup menarik.
11.
Elakkan penggunaan bahasa pasar dalam
karangan. Ejaan mesti betul.
12.
Tanda baca yang betul dan tepat.
13.
Penggunaan kosa kata yang luas dan tepat.
14.
Tulisan mesti jelas dan mudah dibaca.
15.
Tulis jumlah perkataan di akhir penulisan karangan.
dicadangkan 450 patah perkataan ke atas