Anda di halaman 1dari 12

PENDAHULUAN

Perang Tiga Segi yang memakan masa hampir lebih 100 tahun ini bermula dari
tahun 1511 di mana kuasa Portugis berjaya menawan Melaka sehinggalah kuasa
Belanda berjaya merampas Melaka dari kuasa Portugis pada tahun 1642.
Peperangan
yang
melibatkan
permusuhan,
persengketaan,
kematian,
kemusnahan, keadaan huru-hara, strategi yang pelbagai, tipu-helah, kerugian
serta sebagainya telah meninggalkan banyak kesan kepada kerajaan-kerajaan
Melayu yang ada di sekitar Gugusan Kepulauan Melayu ini secara tidak langsung.

FAKTOR-FAKTOR BERLAKU
Perebutan Kota Melaka yang dianggap sebagai pusat perdagangan yang
unggul di alam melayu.
Kedudukan Melaka sebagai pusat perdagangan yang sangat penting telah
menyebabkan Portugis berniat untuk menakluk Melaka. Mereka memerlukan
pelabuhan Melaka terutamanya untuk mengawal perniagaan rempah di Maluku. 1
Niat mereka itu tercapai pada tahun 1511 setelah Melaka kalah dalam
pertarungan yang tidak seimbang kerana Portugis pada masa itu mempunyai alat
atau senjata perang yang lebih canggih daripada askar Melaka. Berikutan
kemenangan Portugis itu, maka bermulalah era keganasan di Melaka. Orang
Portugis telah melakukan keganasan dan pembunuhan yang kejam terhadap
orang Melaka, sama ada lelaki, perempuan ataupun kanak-kanak, terutamanya
yang beragama Islam. Mereka juga telah merampas banyak harta khazanah di
Melaka khususnya yang terdapat dalam istana Sultan Ahmad dan Sultan Mahmud
serta rumah pembesar-pembesar.
Kemunculan dan perkembangan
keruntuhan Melaka

pesat

kerajaan

Acheh

selepas

Semasa Portugis menakluk Melaka, kerajaan Acheh sedang berkembang di


bawah pemerintahan Sultan Ali Mughayat Syah. Apabila Portugis menakluk
Melaka, pedagang-pedagang Islam yang dahulunya berkunjung ke Melaka mula
menumpukan kegiatan mereka di Acheh. Hal ini demikian kerana keadaan di
Melaka pada masa itu tidak lagi tenang dan aman disebabkan layanan buruk
Portugis terhadap pedagang Islam. Acheh pula pada masa itu mengamalkan
dasar berbaik-baik dengan pedagang Islam serta mengenakan cukai pelabuhan
yang rendah dan tidak membebankan para pedagang. Hal ini sekaligus
menjadikan Acheh sebagai tumpuan ekonomi yang baru dan bukan lagi Melaka.

1 Zainal Abidin Abdul Wahid, op.cit., hlm. 87.

Kemajuan perdagangan di Acheh dan kemerosotan perdagangan di Melaka tidak


menyenangkan Portugis. Oleh itu, Portugis telah mengambil keputusan untuk
menyerang Acheh. Pada tahun 1521, Portugis telah melancarkan serangan
terhadap Acheh tetapi gagal dan pada tahun 1524, pasukan Acheh menghalau
Portugis dari Pedir. Semenjak itu, beberapa siri pertempuran telah berlaku
diantara Portugis dan Acheh. Antara tahun 1558 hingga tahun 1575, Acheh
beberapa kali menyerang Melaka. Serangan yang dilancarkan pada tahun 1568
melibatkan 20,000 orang termasuk 400 orang askar Turki. Walaubagaimanapun,
usaha Acheh untuk menakluk Melaka gagal sepertimana juga serangan-serangan
yang dilancarkan pada tahun 1574 dan tahun 1575. Portugis pula bernasib baik
kerana setiap kali Acheh menyerang Melaka, tiada kerajaan Melayu lain yang
memberikan bantuan. Sebaliknya, perang sentiasa berlaku antara Acheh dengan
kerajaan Johor.
Kebangkitan Sultan Johor
Perkembangan pesat Johor sebagai pelabuhan yang besar menimbulkan masalah
dengan Portugis di Melaka. Perdagangan dengan negeri China dan Jawa adalah
penting kepada Portugis dan Johor. China banyak membawa barang-barang
seperti sutera dan tembikar, sementara padagang-pedagang Jawa pula
membawa beras. Dengan kehadiran saudagar-saudagar China dan Jawa ini akan
menarik pedagang lain datang ke satu-satu pelabuhan. Oleh itu, Portugis sedayaupaya ingin menarik saudagar-saudagar ini ke Melaka, sementara Johor pula
enggan membenarkannya. Tetapi kedudukan Johor yang mengawal jalan masuk
ke Selat Melaka dari selatan, menyebabkan kawalannya supaya pedagangpedagang China dan Jawa datang ke Johor adalah lebih berkesan. Taktik yang
digunakan ialah dengan menenggelamkan kapal di Selat Singapura yang sempit
dan sekaligus menutup jalan untuk ke Utara Selat Melaka.
Keadaan ini
menyebabkan Portugis menyerang Johor.
Keagamaan
Sebelum pertapakan Portugis di Melaka, orang-orang Portugis sudah mempunyai
keinginan untuk menyebarkan agama Kristian. Malah, mereka juga berhasrat
untuk memerangi perkembangan agama Islam. Keagungan Melaka yang menjadi
pusat penyebaran agama Islam telah mendorong orang-orang Portugis untuk
menaklukinya pada tahun 1511. Di Melaka, Portugis telah bersungguh-sungguh
untuk menyebarkan agama Kristian. Buktinya, selain membina kota A Famosa,
Albuquerque juga mengarahkan supaya dibina sebuah gereja. Gereja tersebut
siap dibina pada tahun 1515. Selanjutnya, sebuah lagi gereja dibina iaitu Gereja
Our Lady of the Visitation. Pada tahun 1521, Duarte Coelho membina sebuah lagi
gereja, iaitu Gereja St. Paul yang diperbuat daripada kayu. Pada tahun 1590,
barulah gereja itu diganti dengan sebuah bangunan batu. Kegiatan mubaligh
dimulakan dengan bersungguh-sungguh setelah Francis Xavier tiba di Melaka
pada tahun 1550 hingga 1553. Beliau menubuhkan pusat mubaligh Jesuit serta
sekolah St. Paul, menyelenggarakan terjemahan rukun sepuluh dan beberapa doa
ke dalam bahasa Melayu.

Selepas Portugis menakluk Melaka pada tahun 1511, orang-orang Portugis


telah memperlihatkan kebencian mereka terhadap penganut-penganut agama
Islam. Pihak Portugis telah bertindak kejam terhadap pedagang-pedagang Islam
dengan memberikan layanan yang buruk terhadap mereka. Situasi ini
menyebabkan pedagang-pedagang Islam hilang minat untuk berdagang di
Melaka dan mula mencari tempat perdagangan yang baru. Acheh pada masa itu
merupakan tempat yang sesuai kerana pemerintahnya memberikan layanan
yang baik terhadap pedagang-pedagang Islam. Hal ini ditambah pula dengan
kadar cukai pelabuhan yang rendah yang tidak membebankan pedagang. Oleh
itu, kebanyakan pedagang-pedagang Islam ini mula berpaling tadah ke Acheh
dan bukan lagi di Melaka. Hal ini sekaligus menjadikan Acheh sebagai pusat
ekonomi yang baru. Malah, Acheh turut menjadi pusat penyebaran agama Islam
sehingga dianggap sebagai pusat serambi Mekah. Keadaan ini tidak
menyenangkan Portugis dan mula berkeinginan untuk menghapuskan kerajaan
Acheh. Kebencian Portugis terhadap agama Islam menyebabkan Portugis
melakukan serangan terhadap Acheh. Kebencian orang-orang Portugis ini juga
turut didorong oleh semangat Perang Salib yang berlaku di antara kaum Islam
dan Kristian.

PROSES BERLAKU PERANG 3SEGI


Perang Tiga Segi Pada Abad ke-16
Perang tiga segi melibatkan tiga kuasa iaitu Portugis (Melaka), Acheh dan Johor.
Perang tiga segi ini bermula apabila kota Melaka berjaya ditawan oleh Portugis
pada tahun 1511. Setelah Portugis menakluki Melaka, pedagang Islam yang
dahulunya berkunjung ke Melaka mula menumpukan kegiatan mereka di Acheh.
Kemajuan perdagangan menjadikan Acheh sebagai kuasa politik yang kemudian
berjaya mengawal bahagian timur Pulau Sumatera. Keadaan ini menjadi suatu
ancaman kepada Portugis di Melaka. Akibatnya, pada tahun 1521, Portugis
menyerang Acheh tetapi gagal dan pada tahun 1524, pasukan Acheh menghalau
Portugis dari Pedir. Permusuhan antara Portugis dengan Acheh menjadi semakin
hebat pada tahun 1537, apabila Sultan Alauddin Riayat Shah memerintah Acheh.
Beliau mengamalkan dasar luar yang agresif. Dasar agresif ini dapat dilihat
apabila Acheh menyerang Melaka dalam tahun yang sama, sejurus selepas
Sultan Alauddin Riayat Shah menjadi pemerintah Acheh. Namun begitu, Portugis
berjaya mengundurkan serangan tersebut tetapi Portugis terpaksa menanggung
kerugian yang besar. Selepas itu, Acheh berhenti daripada menjalankan serangan
selama kira-kira sepuluh tahun kerana menerima pukulan yang hebat dari Johor,
Perak, dan Siak. Selama sepuluh tahun Melaka dalam keadaan aman dan
tenteram.
Dalam tahun 1547, Acheh menyerang semula Portugis di kota Melaka. Mereka
mengepung bandar Melaka dan mara hingga ke Perlis, untuk memotong
perbekalan dan bantuan tentera yang mungkin datang dari sana. Dalam masa
kepungan inilah St. Francis Xavier membuat telahan yang bantuan dari Patani
akan tiba. Ketetapan ramalannya ini bertanggungjawab menyelamatkan kota

Melaka dari kepungan tersebut. Dengan bantuan dari Patani, Portugis dengan
sebuah angkatan laut yang kecil telah berjaya mengalahkan Acheh di Perlis.
Betapa pentingnya kemenangan Portugis ini bolehlah dilihat dari kekuatan bala
tentera yang menentang mereka-Johor, Perak dan Pahang bersama-sama
mengumpulkan angkatan laut yang terdiri daripada 300 buah kapal dan 8,000
orang askar. Berita kemenangan Portugis di Perlis itu meredakan serangan ke
atas Melaka untuk sementara waktu.
Portugis juga menjadi musuh Johor, selain Acheh. Permusuhan mereka ini
menyebabkan tercetusnya perang tiga penjuru yang merupakan persaingan
untuk membolot perdagangan di Selat melaka. Tetapi Acheh mempunyai citacitanya yang lebih luas daripada Portugis. Acheh ingin mengukuhkan
kedudukannya sebagai kuasa politik utama di Selat Melaka, menggantikan Johor.
Pada tahun 1535, Portugis telah melanggar Johor. Portugis berpendapat bahawa
mereka perlu menghapuskan ancaman bekas pemerintah Melaka itu sekiranya
mereka mahu mengaut keuntungan sebagai penguasa pusat perdagangan
termashyur di Nusantara itu. Justeru, Portugis di bawah pimpinan Estevao da
Gama melancarkan serangan seterusnya memusnahkan pusat kuasa Johor
sebanyak dua kali, tetapi penduduknya mudik ke hilir sungai, sama seperti yang
mereka lakukan beberapa kali kemudian demi mengelakkan kemusnahan dan
membina semula pusat kerajaan mereka. Misalnya, pada tahun 1536, Sultan
Alauddin Riayat Syah II melarikan diri ke Sayong, Muar dan selepas itu di Bintan.
Kemudiannya, pada tahun 1540, baginda membuat pusat pemerintahan di Johor
Lama yang dikenali sebagai Kota Batu. Perpindahan pusat pemerintahan ini
berikutan serangan-serangan yang dilancarkan oleh Portugis sebelum ini.
Antara tahun 1558 hingga tahun 1575, Acheh beberapa kali menyerang
Melaka. Serangan yang dilancarkan pada tahun 1568 melibatkan 20 000 orang
termasuk 400 orang askar Turki. Namun demikian, sekali lagi Acheh tidak dapat
menakluk Melaka sebagaimana juga serangan-serangan pada tahun 1574 dan
tahun 1575. Portugis bernasib baik kerana setiap kali Acheh menyerang Melaka,
tiada kerajaan Melayu lain memberi bantuan. Sebaliknya, perang sentiasa
berlaku antara Acheh dengan kerajaan Johor. Perak pula telah dikuasai oleh
Acheh pada tahun 1575. Acheh turut melancarkan serangan ke Aru dan Johor
pada tahun 1564. Aru dan Johor dapat dikalahkan dan pemerintah Johor iaitu
Sultan Alauddin Riayat Syah telah dibawa ke Acheh. Baginda mangkat di Acheh.
Dengan itu putera baginda, Raja Muzaffar telah dilantik menjadi Sultan Johor,
dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah. Kota Batu yang rosak akibat serangan
Acheh telah dibaiki semula dan beberapa lama kemudian, Sultan Muzaffar Syah
berpindah dan mendirikan pusat pemerintahannya di Selunyut. Namun demikian,
Johor sekali lagi diserang oleh Acheh pada tahun 1570, iaitu semasa
pemerintahan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah II (1571-1597). Ekoran daripada
serangan tersebut, pusat pemerintahan Johor sekali lagi berpindah ke Tanah
Puteh; dan berikutnya ke Johor Lama.
Dalam tahun 1587, Johor melancarkan serangan besar-besaran ke atas
Melaka dari laut dan dari darat. Orang Minangkabau dari Naning dan Rembau
mengambil bahagian dalam serangan tersebut. Dalam serangan balasnya,

Portugis melanggar Johor Lama dan memusnahkannya sama sekali. Keganasan


Portugis dalam serangan balas mereka terhadap Johor itu boleh jadi disebabkan
oleh kemajuan bandar tersebut yang dapat menandingi Melaka dalam
perniagaannya. Apabila kota Johor Lama diserang dan ditawan oleh Portugis,
Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah II telah memindahkan pusat pemerintahannya ke
Batu Sawar. Selepas kemangkatan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah, takhta
kerajaan Johor digantikan oleh putera baginda, Raja Mansur dengan memakai
gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah III. Oleh kerana menjaga kepentingan negeri
daripada serangan Portugis dan juga Acheh, Sultan Alauddin Riayat Syah III telah
mengadakan persahabatan dengan Belanda. Hubungan ini membawa kepada
penempatan pegawai Kompeni Belanda di Batu Sawar.
Perang Tiga Segi Pada Abad Ke-17
Apabila Johor menjalinkan hubungan persahabatan dengan Belanda, Portugis di
Melaka telah memberi amaran kepada Sultan Alauddin Riayat Syah III supaya
membatalkan persahabatan tersebut. Namun begitu, Sultan Alauddin Riayat
Syah III tidak menghiraukan amaran tersebut walaupun dinasihati oleh Raja
Abdullah atau Raja Seberang. Sebagai akibatnya, pada tahun 1608, Portugis
melancarkan serangan ke atas Johor. Sejurus selepas perang tersebut berakhir,
Sultan Alauddin Riayat Syah III memutuskan untuk menjalinkan persahabatan
dengan Portugis di Melaka. Sikap baginda ini menyebabkan Acheh di bawah
pemerintahan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607-1636) menyerang Batu Sawar
pada tahun 1613. Hal ini menyebabkan pusat pentadbiran Johor di Batu Sawar
berjaya dimusnahkan.
Sultan Alauddin Riayat Syah III, Raja Abdullah dan
Bendahara Tun Seri Lanang telah dibawa ke Acheh. Ketika berada di Acheh, Raja
Abdullah telah berkahwin dengan adinda Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.
Perkahwinan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan Acheh-Johor.
Seterusnya, Sultan Abdullah dibenarkan pulang ke Johor pada akhir tahun 1613.
Sultan Alauddia Riayat Syah III pula dibenarkan pulang ke Johor pada tahun 1614.
Walaupun Acheh memberi amaran kepada Johor supaya tidak melakukan
sebarang hubungan persahabatan dengan Portugis dan Belanda, tetapi tidak
dipatuhi oleh Johor. Raja Abdullah masih meneruskan hubungan dengan Belanda.
Malah lebih dari itu, Belanda telah menempatkan orang-orangnya di Batu Sawar.
Sementara itu, Sultan Alauddin Riayat Syah III membuat pakatan dengan Portugis
dengan melantik puteranya, Raja Bujang sebagai Sultan Pahang pada tahun
1615, mengambil tampuk pemerintahan Pahang daripada putera Sultan Abdul
Ghafur yang dikatakan berkelakuan tidak baik. Perkembangan di Johor ini, tidak
disenangi oleh Acheh. Dengan itu, pada tahun 1615, Acheh sekali lagi
melancarkan serangan ke atas Batu Sawar. Walaupun Sultan Alauddin Riayar
Syah III berjaya mengundurkan diri ke Selunyut tetapi baginda berjaya ditangkap.
Sultan Alauddin Riayat Syah III di bawa ke Acheh dan dibunuh. Dengan itu Raja
Abdullah telah ditabalkan menjadi Sultan Johor dengan gelaran Sultan Abdullah
Muayat Syah (1615-1623). Kenaikan baginda di atas takhta kerajaan bermakna
keluarga diraja Johor berkuasa semula.
Oleh kerana kenaikan Raja Bujang di atas takhta kerajaan Pahang adalah
melalui pakatan Johor-Portugis menyebabkan Acheh melancarkan serangan ke

atas Pahang pada tahun 1617.


Pahang telah dikalahkan. Raja Bujang
mengundurkan diri ke Pulau Lingga. Raja Ahmad dan puteranya, Raja Mughal
telah ditawan dan dibawa ke Acheh. Kemudiannya Sultan Abdullah Muayat Syah
pula berpindah ke Pulau Lingga. Pada tahun 1623, Acheh menyerang Pulau
Lingga. Keadaan ini telah memaksa Sultan Abdullah Muayat Syah dan Raja
Bujang untuk mengundurkan diri ke Pulau Tembelan. Sultan Abdullah Muayat
Syah mangkat di sini dan baginda dikenali dengan panggilan Marhum Tembelan.
Dengan itu takhta kerajaan berikutnya diduduki oleh Raja Bujang. Baginda
memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Syah III (1623-1677). Kenaikan Sultan Abdul
Jalil Syah III di atas takhta kerajaan Johor bermakna keturunan kesultanan
Melaka-Pahang menduduki semula takhta kerajaan Johor. Sementara itu jaminan
diberikan bahawa putera Sultan Abdullah Muayat Syah, Raja Bajau akan dilantik
sebagai Sultan menggantikan Sultan Abdul Jalil Syah III nanti. Raja Bajau dilantik
sebagai Raja Muda dan berkuasa di Pahang.
Peningkatan kuasa Iskandar Muda Mahkota Alam bukan sahaja menjadi
ancaman kepada Johor, tetapi juga kepada Portugis, yang amat memusuhinya.
Hal ini terbukti apabila Acheh di bawah pimpinan Sultan Alaudin Riayat Shah
(1537-1571) menyerang Johor beberapa kali untuk menghancurkan tunas-tunas
kuasa yang mampu untuk bersaing dan menjadi ancaman kepada impian Acheh
untuk menjadi kuasa politik dan ekonomi yang baharu di rantau Melayu. Dengan
kemunculan tokoh yang berkarisma iaitu Iskandar Muda sebagai pemimpin
Acheh, Acheh menjadi ancaman yang lebih berbahaya terhadap keselamatan
pewaris pemerintah Melaka yang telah mempunyai kedudukan yang mantap di
Johor. Iskandar Muda memantapkan kuasanya di kawasan pantai barat Sumatera
ke selatan hingga ke Padang dan sepanjang pantai timur Sumatera hingga ke
Siak dan kemudian berusaha menguasai Kedah, Perak, Pahang dan Johor di
Semenanjung. Johor menentang dengan beraninya usaha Acheh memusnahkan
kepimpinannya terhadap orang Melayu, walaupun tidak dapat menyekat kuasa
acheh menguasai wilayah-wilayah naungannya di Sumatera. Namun begitu, Johor
masih mampu bertahan daripada serangan berterusan kedua-dua pihak, iaitu
Portugis dan Acheh.
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, Portugis dilihat sangat bimbang
dengan peningkatan Kekuasaan Acheh. Justeru itu, Portugis akhirnya
melancarkan serangan terhadap Acheh pada tahun 1629. Dalam pertempuran
yang dikatakan sengit ini, akhirnya angkatan Acheh berjaya dikalahkan oleh
tentera Portugis di Melaka. Hal ini menyebabkan kekuatan Acheh menjadi lemah.
Dalam perang ini angkatan Acheh kehilangan nyawa sebanyak 19,000 orang.
Kekalahan ini secara tidak langsung membolehkan Johor mengembangkan
pengaruhnya ke beberapa bahagian di Sumatera. Walaupun kuasa Acheh dilihat
semakin terhakis akibat daripada pertempuran dengan Portugis di Melaka,
Pemerintah Johor itu tetap membuat kesimpulan bahawa kedua-dua ancaman,
Melaka yang dikuasai Portugis dan Acheh di bawah Iskandar Muda Mahkota Alam,
tidak dapat dihapuskan secara bersendirian tetapi perlu dengan bantuan sekutu
yang kuat. Malah seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, Johor telah mula
menjalin hubungan dengan Belanda pada tahun 1606, tetapi langkah itu tidak

membawa kepada penawanan semula Melaka. Misalnya, dalam bulan Mei 1606,
orang Belanda menandatangani satu perjanjian dengan Johor.
Sebenarnya, itulah perjanjian mereka yang mula-mula dengan sebuah
negeri di Tanah Melayu. Matelieff bersetuju membantu sultan menawan Melaka.
Jika serangan itu berjaya, bandar Melaka akan terserah ke tangan Belanda.
Selepas tertawan, bandar dan kota Melaka hendaklah diserahkan kepada
States-General (iaitu syarikat India Timur Belanda) serta dengan kebebasan
untuk meluaskan lagi pertahanan di sana. namun seperti yang telah dijelaskan
sebelum ini, serangan tersebut tidak berjaya dan timbul pula perselisihan di
antara Belanda dengan Johor. Boleh jadi Sultan Johor insaf bahawa pada akhirnya
baginda tidak akan mendapat apa-apa faedah dengan tertawannya bandar
Melaka. Sebaliknya apa yang dibuat oleh baginda itu hanyalah menukarkan
orang Portugis yang lemah dengan orang Belanda yang lebih kuat.
Matelieff terpaksa membatalkan kepungannya apabila satu angkatan laut
Portugis yang kuat tiba dari Goa. Dalam pada itu dalam pertempuranpertempuran yang berikut dia dapat memberi pukulan yang berkesan ke atas
angkatan orang laut Portugis di timur. Selepas Metalieff gagal menyerang Melaka,
ia pun bertolak ke Batu Sawar dan menandatangani satu persetiaan baharu
dengan Sultan Johor, dalam bulan September, 1606. Menurut persetiaan ini,
sultan memberi sekeping tanah kepada syarikat Belanda untuk tempat
memunggahkan barang dan ubat bedil, dan tempat merawat kakitamgan mereka
yang sakit dan membina tempat kediaman sebagaimana yang hendak dibuat di
Melaka. sementara itu penolong Matelieff menandatangani pula persetiaan
persahabatan dengan Acheh dan dalam perjanjian tersebut kedua-dua belah
pihak bersetuju hendak menyatukan angkatan tentera mereka menentang orang
Portugis dan Sepanyol. Nyatalah bahawa dengan perjanjian dengan kedua-dua
belah pihak, iaitu negeri Acheh dan Johor, orang Belanda ini telah mencuba
mengelakkan diri mereka daripada menyebelahi mana-mana pihak dalam
pertikaian antara Johor dan Acheh. Dalam hal ini, kita dapat melihat bahawa
pihak Belanda tidak mengamalkan dasar bermsuhan dengan mana-mana wilayah
di Nusantara.
Pihak Belanda telah mendatangi banyak tempat di Nusantara dan amat
ingin menjalin hubungan dengan pemerintah tempatan yang bersedia
memberikan kuasa monopoli terhadap bekalan barangan terutamanya rempah
kepada Belanda. Usaha mereka mendapatkan rempah-ratus menyebabkan
Belanda terpaksa berdepan dengan Portugis di Asia sebagai lanjutan kepada
pergolakan yang lebih besar di Eropah. Sejak dari awal lagi, Belanda lebih disukai
oleh para pemimpin Melayu kerana VOC tidak begitu memusuhi pedagang
Muslim dan tidak berhasrat menguasai seluruh rantau itu, seperti yang dilakukan
oleh Portugis. Lagipun, VOC membawa suatu konsep kerjasama yang baharu
yang berasaskan perjanjian, yang pada mulanya kelihatan asing tetapi
kemudiannya terbukti menguntungkan, dan boleh diketepikan sekiranya
memudaratkan kepentingan masyarakat tempatan. Hal inilah yang difahami para
pemerintah Melayu apabila mengadakan perjanjian dengan Belanda sepanjang
kurun ke-17 dan ke-18, suatu kefahaman yang secara amnya terbukti betul, hasil

daripada keadaan yang khusus berkait dengan VOC di bahagian barat kepulauan
Nusantara.
Penerimaan positif dalam kalangan pemerintah Melayu ini memudahkan
Belanda (VOC) untuk terlibat dalam penguasaan terhadap kawasan di kepulauan
Nusantara yang kaya dengan bahan mentah seperti rempah dan bijih timah
untuk didagangkan ke Eropah. Dengan itu, VOC bersungguh-sungguh berusaha
mengadakan hubungan dengan Johor bagi mendapatkan Melaka dengan
keyakinan bahawa banyak keuntungan akan diperolehi dengan menawan Melaka,
sama seperti yang dipercayai Portugis sebelum mereka. Seperti yang telah
dijelaskan sebelum ini, Belanda telah melakukan perjanjian rasmi yang pertama
dengan Johor pada tahun 1639 membenarkan VOC membina kubu di Batu Sawar
sebagai balasan untuk VOC membantu Johor menangkis serangan Acheh dan
memusnahkan Portugis di Melaka.
Justeru itu, peperangan bagi menawan semula Melaka segera dilancarkan
pada 2 Ogos 1640, angkatan perang Belanda dengan bantuan pasukan Johor
telah melancarkan kepungan ke atas Melaka. Orang-orang Johor memainkan
peranan penting dalam pembinaan kubu dan parit serta mengangkut barangbarang. Pasukan Johor ini di bawah kepimpinan Seri Raja Diraja, anak Laksamana
Johor. Kepungan ini berakhir dengan kekalahan Portugis pada Januari 14 Januari
1641. Kekalahan Portugis ini bermakna Johor bebas daripada ancaman yang
mengganggui kerajaan Johor selama kira-kira seratus tiga belas tahun. Dalam hal
yang lain, VOC menyatakan penghargaan yang tinggi terhadap sokongan Johor,
sekutunya itu, kerana tanpanya tidak mungkin Melaka dapat ditawan.

KESAN PERANG 3SEGI


Kemunculan
Kuasa
Belanda
Kerajaan/Negeri-negeri Melayu.

Dan

Campur

Tangannya

Dalam

Kedatangan Belanda ke Asia Tenggara sebenarnya adalah untuk mencari


kawasan yang ada mengeluarkan hasil rempah disebabkan oleh masalah
perdagangan yang berlaku di Bandar Lisbon. Keengganan King Philip
membenarkan orang Belanda berniaga di Lisbon mendorong orang Belanda
datang ke Asia Tenggara. Di Nusantara, Belanda disambut baik oleh pemimpin
pemimpin tempatan dan Belanda berjaya membuka pelabuhannya di Betawi.
Belanda memajukan Betawi kerana Betawi mempunyai kepentingan ekonomi
yang sangat baik kepada mereka. Namun begitu, Betawi sahaja tidak mencukupi
dan Belanda memerlukan pelabuhan lain bagi menjana ekonomi mereka, oleh itu
Melaka menjadi pilihan disebabkan oleh keuntungan yang boleh didapati melalui
Melaka.

Peluang Belanda untuk menakluk Melaka terbuka apabila Johor


menghadapi ancaman daripada Portugis dan Belanda mengambil peluang ini
untuk menjalinkan hubungan dengan negeri Melayu di daratan Melaka lantas
memudahkan usaha Belanda. Disebabkan tindakan Portugis yang memusuhi
Johor menyebabkan Johor menjalinkan hubungan dengan Belanda bagi
keselamatan dan kepentingan ekonomi Johor ini membolehkan Belanda
menjatuhkan Portugis yang juga merupakan halangan pertumbuhan ekonomi
Belanda di Betawi. Maka Belanda telah mengadakan perjanjian dengan Johor
pada 1939 untuk melancarkan serangan terhadap Melaka. Pada masa itu juga,
Sultan Abdul Jalil III bersungguh-sungguh hendak bersahabat dengan Belanda
dan bersetuju untuk melanggar Melaka . Dengan bantuan Johor, pada 14 Januari
1941 Portugis di Melaka semakin lemah setelah diserang dan dua hari kemudian
Melaka ditawan setelah gabenor Portugis menyerah diri . Disebabkan perang
yang berlaku antara Portugis dan Johor inilah yang membawa kepada kejayaan
kepada Belanda dalam usaha mereka menakluki Melaka.
Kemunculan kuasa Belanda di Alam Melayu dan campur tangan kuasa ini
terhadap kerajaan-kerajaan Melayu merupakan kesan utama yang terhasil akibat
daripada Perang Tiga Segi yang berlaku. Belanda meluaskan kuasanya terhadap
kerajaan-kerajaan Melayu yang ada pada waktu itu melalui taktik perjanjian.
Belanda meminta kerajaan-kerajaan terbabit membuat perjanjian perdagangan
dengannya dan perjanjian yang dibuat biasanya berat sebelah serta memihak
kepada pihak Belanda sahaja. Rancangan Belanda pada awalnya adalah untuk
menjadikan pelabuhan Betawi sebagai pusat perdagangan dan Melaka hanya
dijadikan pangkalan bagi mereka mengawal negeri-negeri di Semenanjung yang
kaya dengan bijih timah sehingga Belanda telah cuba mewujudkan keadaan
monopoli biji timah ke atas negeri-negeri di Semenanjung. Oleh sebab itu,
Belanda tidak bersungguh-sungguh untuk menyebarkan kuasa politiknya luar
dari Melaka tetapi sebenarnya lebih berminat kepada aspek ekonomi untuk
menjalankan dasar monopoli di negeri-negeri dalam lingkungan Gugusan
Kepulauan Melayu.

Melaka
Belanda mula memberikan perhatian kepada Gugusan Kepulauan Melayu pada
awal kurun ke-17 kerana ingin mendapatkan rempah secara langsung dari Timur
dan bukannya lagi dari Portugis. Ini menyebabkan mereka ingin menguasai jalan
perdagangan di Selat Melaka dan seterusnya menguasi Melaka dari tangan
Portugis bagi mencapai matlamat tersebut sehingga menyebabkan Belanda turut
terlibat dalam Perang Tiga Segi ini dengan beberapa kali menyerang Portugis di
Melaka serta dibantu oleh Johor pada tahun 1606, 1608 dan antara tahun 1623
hingga 1627. Namun serangan pada tahun 1641 bersama dengan Johor
membuahkan hasil apabila Belanda berjaya menakluk Melaka selepas itu. Pada

saat inilah bermulanya era kuasa Belanda di Tanah Melayu seterusnya campur
tangan Belanda dibeberapa buah kerajaan Melayu dan pendudukan Belanda di
Tanah Melayu ini menjangkau hampir 100 tahun sebelum diserahkan kepada
kuasa British selepas itu melalui perjanjian Inggeris Belanda 1824.
Kebangkitan Pelabuhan Johor Dan Kuasa Kesultanan Johor Yang Penting
Di Alam Melayu.
Kemangkatan Sultan Iskandar Muda Thani pada tahun 1641 telah memberi kuasa
kepada isterinya, Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Shah untuk memerintah Acheh
selepas itu tetapi keadaan ini sebenarnya telah menyebabkan lagi kejatuhan
kuasa Acheh dan ditambah lagi dengan kesan yang diterima oleh Acheh selepas
tamatnya Perang Tiga Segi yang berlaku sebelum itu. Keadaan ini pula telah
memberi peluang kepada Johor untuk bangkit sebagai sebuah kuasa yang kuat
dan penting di perairan Selat Melaka serta mengambil alih tempat Acheh sebagai
pusat perdagangan yang terkenal selepas itu. Kejayaan Johor ini adalah hasil
kerjasamanya bersama kuasa Belanda untuk mengusir Portugis dari Melaka
sebelum itu menyebabkan Johor bebas dari ancaman kuasa Portugis mahupun
Acheh kerana Belanda ada bersamanya untuk membantu jika ia di serang. Selain
itu faktor ketewasan Aceh kepada Portugis dalam satu pertempuran besar antara
dua kuasa tersebut pada tahun 1629 telah memberi peluang untuk Acheh
memulihkan kekuatannya di Alam Melayu.
Pembangunan pesat kerajaan Johor ini membawa masalah kepada pihak
Portugis kerana kedudukan Johor yang strategik membolehkan Johor mengawal
jalan masuk ke Selat Melaka dari Selatan. Johor bertindak mengawal pedagangpedagang dari China dan Jawa supaya bertumpu di Johor dengan menggunakan
taktik menenggelamkan kapal di Selat Singapura yang sempit bagi menutup
jalan untuk ke Utara Selat Melaka menyebabkan ekonomi Portugis di Melaka mula
merosot. Bagi Portugis, kedua pedagang ini mampu menarik pedagang lain
datang ke sesebuah pelabuhan disebabkan oleh bekalan sutera, tembikar dan
beras yang mereka ada.

Kejatuhan Kuasa Portugis


Dasar luar yang agresif oleh Acheh semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat
telah membantu perkembangan Acheh sebagai sebuah pusat perdagangan yang
hebat sehingga pertengahan abad ke-16, Portugis menganggap Acheh sebagai
negara utama dalam perdagangan di antara Asia Barat serta India dengan
Gugusan Kepulauan Melayu dan keadaan ini telah menjadikan kedudukan
Portugis di Melaka semakin lemah.

Tempoh masa dari tahun 1540 hingga 1640 merupakan satu tempoh masa yang
panjang di mana kuasa Portugis dan Acheh menguasai jalan perdagangan di
Selat Melaka walaupun pada masa itu proses serang-menyerang selalu berlaku
antara kuasa-kuasa ini. Walau bagaimanapun, kepungan lalu lintas pelayaran di

Selat Melaka serta usaha pemulauan perdagangan yang selalu dihadapi oleh
pihak Portugis menyebabkan kelemahan kuasa Portugis di Melaka sehingga
membawa kepada kejatuhannya di Melaka pada tahun 1641. Peperangan
Portugis dengan Johor sememangnya membawa kepada kemerosotan dalam
perdagangan di Melaka, malah bukan itu sahaja, Portugis juga kehilangan banyak
tenaga manusia kerana orang-orang Portugis banyak yang terkorban dalam
peperangan. Namun begitu, perang atau serangan daripada Acheh lebih ditakuti
oleh Portugis dan keadaan ini boleh dilihat apabila orang Acheh cuba
menghalang percubaan Portugis untuk mendapatkan kawasan di utara Sumatera
apabila mereka menakluk Pasai dan Pedir pada tahun 1523 . Bagi Acheh,
peperangan terhadap Portugis di Melaka adalah sebahagian daripada matlamat
utama mereka dalam perluasan kuasa Acheh di Tanah Melayu.
Selain itu, Acheh juga berniat untuk merampas kawasan perdagangan
musuh mereka iaitu Portugis di Melaka kerana Melaka mampu membawa
keuntungan terhadap Acheh dari segi ekonomi. Namun begitu kejatuhan Melaka
ke tangan Belanda adalah kesan daripada sikap Portugis sendiri yang memusuhi
Johor dan berkali-kali menyerang ibu kota Johor sehingga menyebabkan kerajaan
Johor menjalinkan hubungan dengan Belanda. Portugis bimbang dengan
hubungan Johor dan Belanda ini sehingga memaksa Portugis menyerang Johor
sewaktu pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah III pada tahun 1608. Sikap
Portugis ini menyebabkan Johor tiada pilihan lain selain daripada bergantung
dengan Belanda dalam melindungi keselamatan mereka terutama sekali ketika
Johor tidak berupaya membalas serangan daripada Portugis dan juga Acheh. Bagi
memastikan keselamatan yang kekal, maka Johor bersetuju membantu Belanda
dalam menghapuskan Portugis di Selat Melaka. Serangan Belanda dan Johor
terhadap Melaka menyebabkan Portugis terpaksa menyerah kalah dan
menyerahkan Melaka kepada pihak Belanda. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa
permusuhan Portugis terhadap Johor dan juga Acheh akhirnya membawa kepada
kekalahan Portugis di Melaka.
Kemunculan Betawi Sebagai Sebuah Pelabuhan Dan Pusat Perdagangan
Yang Hebat Di Alam Melayu
Belanda yang bertapak di Melaka ingin menguasai perdagangan di Selat Melaka
dan menjadikannya sebagai pusat pengumpulan barang dagangan tetapi tidak
berjaya membuat demikian sepenuhnya. Pengambilan Melaka oleh Belanda
bukanlah untuk tujuan politik tetapi lebih kepada untuk tujuan ekonomi iaitu
untuk menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat pengumpulan bagi menyimpan
barang keperluannya sahaja dan back-up kepada perkembangan pelabuhan
Betawi (Jakarta) yang menjadi milik Belanda terlebih dahulu sebelum Melaka.
Dalam masa yang sama, Belanda menjalankan dasar yang memaksa kapal-kapal
dagang dari Barat supaya belayar melalui Sumatera Barat dan singgah di
Pelabuhan Betawi dalam usahanya untuk memajukan lagi pelabuhan itu.
Selain itu, bagi memajukan lagi pelabuhan Betawi dan menggelakkan persaingan
daripada pelabuhan di Melaka, Belanda telah membuat peraturan untuk
mengawal semua kapal yang datang dari Timur dan Barat yang akan melalui
Selat Melaka mestilah terlebih dahulu mendapatkan surat kebenaran dari pihak

Belanda untuk menjalankan aktiviti perdagangan. Ini mengelakkan daripada


pelabuhan lain yang ada di perairan Selat Melaka lebih maju daripada pelabuhan
di Betawi.
Kemerosotan Kuasa Acheh Di Alam Melayu
Ketewasan Acheh dalam satu pertempuran besar dengan Portugis pada tahun
1629 menyebabkan kekuatan Acheh mula merosot dan ditambah lagi dengan
kemangkatan Sultan Iskandar Muda pada tahun 1636. Selepas itu, sehingga
hujung abad ke-17, Acheh diperintah oleh raja-raja perempuan yang lemah dari
segi pemerintahannya sehingga dengan mudah di tawan oleh Belanda.
Sementara itu, kelemahan angkatan laut Acheh juga telah menyebabkan
kerajaan Acheh tidak dapat mengawal jajahan takluknya dan menyebabkan
Belanda berjaya menjalankan dasar yang mengikat perjanjian perdagangan
dengan kerajaan-kerajaan ataupun negeri-negeri Melayu di bawah takluk Acheh
sehingga mereka berjaya melepaskan diri dari kerajaan Acheh. Perjanjian yang
yang dimeterai antara Belanda dengan kerajaan Melayu ini menyebabkan
mereka perlu menjual barangan mereka kepada Belanda sahaja.