Anda di halaman 1dari 13

LEWAH, mengikut Kamus Dewan edisi ketiga (1997:805), bermaksud

“terlalu banyak hingga berlimpah (bagi barang)”, atau “berlebih-lebih


sehingga tertambah perkara, hal, dan sebagainya yang tidak perlu,
(misalnya perkataan yang digunakan dalam ayat)”. Kelewahan sering
terjadi dalam pertuturan, tetapi tidak kurang dalam penulisan juga.
Pelajar Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Tinggi Persekolahan
Malaysia didapati dapat mengenal pasti kelewahan ini dalam soalan
aneka pilihan, tetapi malangnya terus menggunakan bentuk lewah ketika
menjawab soalan penulisan.

Kelewahan menjamakkan kata bilangan pada kata nama gandaan sering


berlaku. Bentuk lewah ini terjadi apabila kata bilangan yang sudah
bermaksud "banyak" diikuti oleh kata nama gandaan. Hal ini mungkin
kerana pengaruh daripada bahasa Inggeris. Kata bilangan yang terlibat
lazimnya dari jenis tidak tentu. Sepatutnya kata nama yang mengikuti
kata bilangan itu tidak perlu digandakan lagi. Sekiranya pengguna
bahasa masih ingin menggunakan bentuk gandaan, kata bilangan boleh
digugurkan sahaja.

Kelewahan imbuhan adjektif memper-...-kan dan diper-...-kan pun


sering berlaku. Kelewahan ini terjadi apabila pengguna bahasa Melayu
cenderung untuk menggandingkan kedua-dua imbuhan ini dengan kata
dasar yang terdiri daripada kata adjektif, seperti *memperkemaskan,
*memperlebarkan, dan *mempertinggikan, dan apabila dipasifkan
menjadi *diperkemaskan, *diperlebarkan, dan *dipertinggikan.
Bentuk yang tepat hanyalah memper- dalam bentuk aktif dan diper-
dalam bentuk pasif sekiranya ingin digandingkan dengan kata dasar
adjektif. Dengan kata lain, bentuk memper-...-kan dan diper-...-kan
boleh digandingkan dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama
dan kata kerja. Sekiranya pengguna bahasa masih cenderung
menggunakan apitan bagi gandingan dengan kata adjektif, pilihan yang
lain adalah dengan menggunakan apitan meN-...-kan dan di-...-kan
sahaja.

Kelewahan apitan memper-...-i dan diper-...-i sentiasa berlaku. Bentuk


lewah ini hampir-hampir sama keadaannya dengan bentuk lewah apitan
memper-...-kan dan diper-...-kan. Pengguna bahasa Melayu kerap
menggandingkan memper-...-i dan diper-...i dengan kata nama, kata
kerja, kata adjektif dan kata tugas, seperti *memperkuasai,
*memperakui, *mempersetujui, *memperdalami dan
*memperolehi bagi bentuk aktif, dan *diperkuasai, *diperakui,
*dipersetujui, *diperdalami dan *diperolehi bagi bentuk pasif.

Bentuk yang tidak gramatis itu seharusnya digantikan dengan bentuk


lain, sama ada memper-, meN-...-i atau memper-...-kan bagi corak aktif
dan diper-, di-...-i atau diper-...-kan bagi corak pasif.

Mengikut Tatabahasa Dewan edisi baharu (1995:201), terdapat empat


bentuk sahaja yang dianggap wajar menggunakan memper-...-i, iaitu
memperingati, memperkawani, memperisteri, dan
mempersuami. Yang perlu diingat ialah bentuk memperisteri dan
mempersuami sebenarnya berbentuk memperisterii dan
mempersuamii, tetapi satu huruf i mengalami pengguguran.

Kelewahan menyaling turut berlaku. Kelewahan ini lazimnya wujud


apabila perkataan saling digunakan bersama-sama kata kerja yang
berupa gandaan yang membawa maksud “perbuatan yang saling
berbalas”. Kata ganda yang menunjukkan saling berbalas biasanya
terdiri daripada kata ganda separa yang bergandingan dengan imbuhan,
antaranya kejar-mengejar, tolong-menolong, pukul-memukul,
bersalam-salaman, dan sebagainya.

Oleh sebab perkataan saling dan gandaan separa berkenaan masing-


masing sudah menunjukkan perbuatan balas-membalas oleh dua pihak
terhadap satu sama lain, maka salah satu unsurnya wajar digugurkan.
Cara penyelesaian bagi bentuk lewah ialah sama ada dengan
mengekalkan ataupun menggugurkan perkataan saling. Sekiranya
saling dikekalkan, bentuk gandaan digugurkan, dan sebaliknya jika
saling digugurkan, bentuk gandaan dikekalkan.

l
Kelewahan kata sendi nama berlaku juga. Kelewahan kata sendi nama
terbentuk apabila dua kata sendi nama digunakan secara berturutan.
Kedua-dua kata sendi nama yang digunakan lazimnya membawa
maksud yang sama. Dengan hal demikian, sewajarnya satu daripadanya
digugurkan, atau satu sahaja yang digunakan.

Kata sendi nama demi dan untuk masing-masing membawa maksud


yang berkaitan dengan tujuan. Perkataan semenjak dan dari pula
masing-masing menjadi penanda masa atau waktu.

Kelewahan kata adjektif sering berlaku juga. Bentuk lewah ini berkaitan
dengan penggunaan kata penguat bagi kata adjektif darjah penghabisan.
Kelewahan terjadi apabila bentuk penguat paling atau ter- diikuti oleh
kata sekali. Dengan kata lain, bentuk-bentuk penguat itu tidak wajar
muncul serentak sebagai satu frasa adjektif kerana masing-masing sudah
bermaksud “darjah penghabisan”. Dengan hal demikian, pengguguran
satu daripadanya perlu dibuat, sama ada menggugurkan atau
mengekalkan sekali.

Yang sangat wajar dinyatakan ialah bahawa kata penguat, selain bentuk
paling dan ter-, boleh digunakan bersama-sama sekali. Hal yang
demikian dianggap tidak lewah kerana kata penguat amat, sungguh
dan sangat tidak membawa maksud “darjah penghabisan”, contohnya,
amat pantas sekali, sungguh sedih sekali, dan sangat cerdik
sekali.

Masih ada pengguna bahasa Melayu yang menganggap bahawa bentuk


tersebut sebagai lewah. Hal ini demikian kerana mereka belum
menyedari berlakunya perubahan sejak tahun 1993 apabila buku
Tatabahasa Dewan Jilid 1: Ayat dan Tatabahasa Dewan Jilid 2:
Perkataan telah digabungkan menjadi Tatabahasa Dewan edisi baharu.
Beberapa bahagian dalam kedua-dua jilid awal itu disemak semula dan
dibaiki atau diubahsuai mengikut perkembangan semasa. Dengan hal
demikian, sebahagian hal tentang darjah penghabisan dalam
Tatabahasa Dewan Jilid 2: Perkataan (1989:193-194) telah mengalami
sedikit pengubahsuaian juga.#

Jelaslah bahawa bentuk bahasa yang berlebih-lebihan masih terus


mengganggu kelancaran berbahasa pengguna bahasa Melayu. Bentuk
sedemikian kelihatan remeh tetapi perlu dSejak akhir-akhir ini, timbul
kekeliruan penggunaan ungkapan “salah satu” yang telah digunakan
sekian lama. Ada pendapat yang mengatakan bahawa penggunaan
ungkapan tersebut tidak tepat kerana wujud perkataan ‘”salah”
dalam rangkai kata tersebut. Katanya, rangkai kata yang tepat ialah
”Satu daripada “. Untuk menyelesaikan masalah ini, pengguna
bahasa hendaklah menggunakan teknik transformasi. Teknik
tranformasi ialah satu teknik yang menukarkan bentuk tatabahasa
kepada bentuk yang lain, tetapi masih sama dari segi maksud dan
tujuan ayat itu diungkapkan.

Terdapat 5 jenis transformasi yang dapat digunakan oleh pengguna


bahasa untuk menyelesaikan masalah tatabahasa ini. Teknik
transformasi tersebut ialah :
Tranformasi kata
Tranformasi struktur
Tranformasi makna
Transformasi pengguguran
Tranformasi jenis ayat

Untuk menyelesaikan masalah yang dikemukan tadi, kita hendaklah


menggunakan teknik tranformasi makna. Dengan menggunakan
teknik tranformasi makna, kita akan mengetahui bahawa aspek
sesuatu bahasa itu betul atau salah. Dalam artikel ini, aspek
kesalahan bahasa yang ditumpukan ialah aspek kelewahan bahasa.
Untuk itu, marilah kita merujuki Kamud Dewan Edisi Keempat pada
halaman 1372.

Menurut Kamus Dewan, salah satu (sebuah, seorang) bermaksud satu


antara dua atau banyak (orang, buah, dan lain-lain). Lihat
penggunaan rangkai kata tersebut dalam ayat yang di bawah ini:
Salah satu punca murid ponteng sekolah ialah mereka malas belajar
atau bosan berada di sekolah.
Salah seorang murid sekolah ini telah berjaya melangkah ke
peringkat akhir pertandingan itu.
Salah sebuah kereta yang terbabit dalam kemalangan itu telah
terbakar.

Dengan berdasarkan maksud yang dikemukakan oleh Kamus Dewan


tersebut, ayat 1 hingga 3 di atas, dapat juga ditulis seperti yang
berikut:

1a. Satu daripada punca murid ponteng sekolah ialah mereka malas
belajar atau bosan berada di sekolah.

2a. Seorang daripada murid sekolah ini telah berjaya melangkah ke


peringkat akhir pertandingan itu.

3a. Sebuah daripada kereta yang terbabit dalam kemalangan itu


telah terbakar.

Seterusnya, ayat 1 hingga 3 di atas dianggap lewah jika ditulis


seperti yang di bawah ini:

1b. *Salah satu daripada punca murid ponteng sekolah ialah mereka
malas belajar atau bosan berada di sekolah.

2b. *Salah seorang daripada murid sekolah ini telah berjaya


melangkah ke peringkat akhir pertandingan itu.

3b.*Salah sebuah daripada kereta yang terbabit dalam kemalangan


itu telah terbakar. Kelewahan bahasa ayat 1a. hingga 1c di atas
dapat dilihat apabila transformasi makna dilakukan pada ungkapan
salah satu seperti yang di bawah ini:

1c. *Satu daripada daripada punca murid ponteng sekolah ialah


mereka malas belajar atau bosan berada di sekolah.
2c. *Seorang daripada daripada murid sekolah ini telah berjaya
melangkah ke peringkat akhir pertandingan itu.

3c. *Sebuah daripada daripada kereta yang terbabit dalam kemangan


itu telah terbakar.

Teknik tranformasi juga dapat digunakan untuk menyelesaikan


masalah kelewahan bahasa yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah
ini:
Ahli saintis negara kita telah berjaya menghasilkan ubat yang dapat
menyembuhkan
penyakit selesema burung.

Ayat 4 di atas tidak tepat kerana rangkai kata ahli saintis ada unsur
kelewahan bahasa. Dalam bahasa Melayu, saintis bermaksud ahli
sains. Jika makna rangkai kata tersebut ditransformasikan, kita
dapat melihat kelewahan bahasa dalam rangkai kata tersebut
dengan jelas seperti yang di bawah ini.

4a. Ahli ahli sains negara kita telah berjaya menghasilkan ubat yang
dapat menyembuhkanpenyakit selesema burung.

Ayat 4b. di atas sepatutnya seperti yang berikut:

4b. Ahli sains negara kita telah berjaya menghasilkan ubat yang
dapat menyembuhkanpenyakit selesema burung, atau;

4c. Saintis negara kita telah berjaya menghasilkan ubat yang dapat
menyembuhkanpenyakit selesema burung.

Lihat ayat 5 di bawah ini pula.


*Murid sekolah itu saling tolak-menolak ketika menaiki bas.
Ayat 5a di atas juga mempunyai unsur kelewahan bahasa. Dalam
ayat tersebut, kata ganda tolak-menolak membawa maksud saling.
Oleh itu, perkataan yang tepat ialah saling menolak atau tolak-
menolak. Lihat proses transformasinya di bawah ini:

5a. *Murid sekolah itu saling saling-menolak ketika menaiki bas.


Oleh hal yang demikian, ayat yang betul ialah:
5b. Murid sekolah itu saling-menolak ketika menaiki bas.5c. Murid
sekolah itu tolak-menolak ketika menaiki bas.

Penggunaan rangkai kata “pada masa kini” juga memperlihatkan


unsur kelewahan bahasa. Lihat penggunaan ungkapan tersebut dalam
ayat yang di bawah ini:
Pada masa kini, banyak remaja yang terbabit dalam perlumbaan
haram dan penagihan najis dadah.

Dalam bahasa Melayu, kini bermaksud pada masa ini atau sekarang.
Apabila makna perkataan kini ditranformasikan kepada pada masa
ini, kita dapat melihat unsur kelewahan bahasa dalam rangka kata
tersebut.

Lihat ayat 6a di bawah ini:

6a. Pada masa pada masa ini, banyak remaja yang terbabit dalam
perlumbaan haram dan penagihan najis dadah.

6b. Sekarang sekarang, banyak remaja yang terbabit dalam


perlumbaan haram dan penagihan najis dadah. Oleh hal yang
demikian, ayat yang betul ialah:

6c. Pada masa ini, banyak remaja yang terbabit dalam perlumbaan
haram dan penagihan najis dadah.

6d. Sekarang, banyak remaja yang terbabit dalam perlumbaan haram


dan penagihan najis dadah.
6e. Kini, banyak remaja yang terbabit dalam perlumbaan haram dan
penagihan najis dadah.
Seterusnya, lihat penggunaan rangkai kata sejak kebelakangan ini
dalam ayat 7 di bawah ini;
*Sejak kebelakangan ini, kejadian banjir kita semakin kerap berlaku
di Kuala Lumpur dan Shah Alam.

Menurut Dewan Edisi Keempat, rangkai kata kebelakangan ini atau


belakangan ini bermaksud sejak akhir-akhir. Oleh hal yang demikian
ini, rangkai kata kebelakangan ini atau belakangan ini dapat
bertukar ganti dengan rangkai kata sejak akhir-akhir ini. Jadi,
penggunaan rangkai kata *sejak kebelakangan ini atau *sejak
belakangan ini dianggap lewah. Lihat rangkai kata tersebut di bawah
ini apabila ditransformasikan mengikut maksud kamus:

7a. *Sejak sejak akhir-akhir ini, kejadian banjir kita semakin kerap
berlaku di Kuala Lumpur dan Shah Alam. Ayat yang betul adalah
seperti yang di bawah ini:

7b. Kebelakangan ini, kejadian banjir kita semakin kerap berlaku di


Kuala Lumpur dan Shah Alam.

7c. Belakangan ini, kejadian banjir kita semakin kerap berlaku di


Kuala Lumpur dan Shah Alam.

Bagaimanakah pula ayat yang di bawah ini? Adakah frasa adjektif


terkenal sekali dalam ayat 8 di bawah ini betul?
8. Penyanyi yang terkenal sekali di negara kita ialah Siti Nurhaliza.
Frasa adjektif terkenal sekali dalam ayat 8 di atas adalah betul. Hal
ini demikian kerana frasa tersebut tidak menunjukkan kelewahan
bahasa. Awalan ter- dalam perkataan terkenal tidak membawa
maksud paling. Jika kita membuat transformasi makna ter- sebagai
paling seperti ayat 8a di bawah ini, ayat tersebut kelihatan janggal.
8a. Penyanyi yang paling kenal sekali di negara kita ialah Siti
Nurhaliza.

Lihat ayat 9 yang di bawah ini pula.


9. *Kerajaan telah menyediakan kemudahan infrastruktur yang
lengkap di kawasan luar bandar.

Dalam bahasa Melayu, infrastruktur bermaksud kemudahan atau


perkhidmatan asas. Oleh itu, jika kita menulis rangkai kata
kemudahan infrastruktur, kita telah menggunakan bahasa yang
lewah. Oleh hal yang demikian, ayat tersebut mestilah menggunakan
rangkai kata “menyediakan infrastruktur” seperti yang di bawah ini:

9a. Kerajaan telah menyediakan infrastruktur yang lengkap di


kawasan luar bandar.

Ayat 10 di bawah ini pula kelihatan salah. Sebenarnya, ayat tersebut


gramatis. Hal ini demikian kerana penanda –kan dalam ayat tersebut
ialah benefaktif, iaitu membuat pekerjaan untuk orang lain.

10. Ibu sedang menjahitkan adik pakaian seragam sekolah.Ayat 10


tersebut dapat dibuktikan betul dengan cara membuat transformasi
makna seperti ayat 10a. di bawah ini:
10a. Ibu sedang menjahit pakaian seragam sekolah untuk adik.

Dengan berdasarkan tranformasi di atas, frasa kerja transitif


menjahitkan adik pakaian seragam sekolah bermaksud menjahit
pakaian seragam sekolah untuk adik.
Kesimpulannya, penggunaan teknik transformasi dapat meningkatkan
pemahaman murid tentang aspek kelewahan bahasa dalam bahasa
Melayu dan juga kekeliruan yang timbul dalam bahasa Melayu. Cara
ini didapati lebih berkesan kerana pengguna bahasa, khususnya
murid dapat melihat sebab-sebab kelewahan bahasa tersebut dengan
jelas . Oleh hal yang demikian, guru mata pelajaran Bahasa Melayu
digalakkan untuk menggunakan teknik ini dalam pengajaran,
khususnya untuk menerangkan aspek kelewahan bahasa.

ibetulkan supaya penggunaan bahasa Melayu mencapai tahap yang lebih


cemerlang.

PELITA BAHASA (FEBRUARI 2005)


Dewan Bahasa dan Pustaka

LEWAH YANG LUMRAH


Daripada Kamus Dewan edisi ketiga (1994:805), perkataan lewah didefinisikan sebagai
berlebih-lebihan sehingga tertambah perkara, hal, dan sebagainya yang tidak perlu,
misalnya perkataan yang digunakan dalam ayat. Kelewahan, atau hal dan keadaan yang
berlebih-lebihan ini sering ditemukan dalam komunikasi, sama ada komunikasi lisan
ataupun komunikasi tulisan. Kelewahan merupakan fenomena yang memperlihatkan
berlakunya penambahan ataupun pengulangan unsur yang sudah wujud dan pada
hakikatnya tidak diperlukan lagi.

Sesuatu idea yang telah terungkap dengan sempurna dalam sesuatu ayat misalnya, tidak
sewajarnya diulang atau diganda kerana sifat bahasa yang turut mementingkan sifat
ekonominya. Menurut R. L. Trask dalam A Dictionary of Grammatical Terms in Linguistics
(1993:231), kelewahan banyak sekali berlaku dalam kebanyakan bahasa. Dalam bahasa
Inggeris, ayat “My teacher scolded me last week” jelas menunjukkan fenomena
kelewahan kerana penanda kala lampau (past tense) yang ditandai dengan bentuk akhiran
–ed pada kata scold diulangi dengan perkataan last week yang bermaksud “minggu lepas”.
Ungkapan “five pupils absent” memperlihatkan konsep jamak dinyatakan sebanyak dua
kali, iaitu pada kata bilangan five dan pada kata nama pupils.

Dalam bahasa Melayu, konsep kelewahan berlaku disebabkan pelbagai keadaan seperti
pengulangan perkataan seperti semua guru-guru, segala bahan-bahan, kebanyakan buku-
buku, dan sekawan burung-burung. Bentuk-bentuk ini akan menjadikan ayat yang dibina
tidak gramatis. Penggunaan imbuhan yang tidak diperlukan turut menjadikan perkataan
tersebut mempunyai unsur kelewahan. Contohnya ialah memperbesarkan, memperolehi,
dipersetujui, dan diperhalusi. Yang betul ialah memperbesar, memperoleh, disetujui, dan
dihalusi.

Pengulangan kata sendi nama secara berturutan turut disinggung sebagai kelewahan
seperti “selain daripada itu” dan “demi untuk”. Kebanyakan pengguna bahasa, khususnya
para guru dan pelajar sering didedahkan berkenaan hal ini. Kelewahan telah diberikan
penilaian yang negatif, iaitu sebagai bentuk-bentuk yang salah atau tidak gramatis
berdasarkan aturan tatabahasa pegangan.

Persoalan yang ingin dikongsi bersama-sama ialah, adakah semua bentuk kelewahan yang
wujud dalam bahasa Melayu tidak mencerminkan bahasa yang baik dan persis? Tanpa
menafikan hakikat bahawa bahasa sepatutnya diujarkan atau ditulis dengan paling baik,
sempurna, dan tanpa sebarang kesilapan, seharusnya kita turut menyedari bahawa bahasa
merupakan alat utama untuk berkomunikasi dan penekanan, pengulangan, mahupun
penegasan dalam keadaan-keadaan tertentu akan menguatkan mesej yang hendak
disampaikan. Kelewahan adakalanya memperlihatkan falsafah yang dimanifestasikan
melalui akal, aspirasi, nilai, dan adat yang didukung oleh masyarakat Melayu. Tidak
keterlaluan jika dikatakan bahawa banyak kelewahan bahasa yang berlaku dalam bahasa
Melayu dan ironinya, tidak dianggap melanggar aturan dan hukum tatabahasa.
Jika frasa “hadiah percuma” dianggap tidak gramatis kerana hadiah sememangnya
bersifat percuma, bagaimanakah pula dengan “hari Sabtu”? Bukankah Sabtu itu
merupakan salah satu hari? Wajarkah perkataan “hari” ditulis?

Sebenarnya banyak contoh kelewahan lain yang perlu diteliti agar bahasa menjadi lebih
ekonomis dan persis. Contohnya ialah negeri Kelantan, bunga ros, ikan haruan, warna
hijau, orang perempuan, burung enggang, dan tahun 2004. Semua orang sedia maklum
bahawa Kelantan itu negeri, ros itu bunga, haruan itu ikan, hijau itu warna, perempuan
itu orang, enggang itu burung, dan 2004 itu tahun. Jika demikian, mengapakah kelewahan
seperti ini tidak diberikan penelitian dan penilaian yang meluas serta dikaji secara
analitis dan kritis?

Contoh-contoh yang diberikan di atas bukanlah kutipan sebarangan, malahan yang


diperoleh daripada pengamatan pertuturan dan tulisan, baik dalam situasi formal
mahupun yang tidak formal. Menyedari keadaan ini, kelewahan dapatlah ditanggapi
sebagai sesuatu yang lumrah akan wujud dalam budaya berbahasa memandangkan
khazanah kata bahasa Melayu yang sememangnya kaya dan indah. Dari satu segi,
kelewahan dalam berbahasa perlulah diamati dengan saksama kerana jika kita
menentukan hukum bahawa sebarang kelewahan akan menyebabkan kesalahan dan
pencemaran bahasa, maka kita telah menafikan suatu hakikat terpenting, iaitu kelewahan
perlu dilihat juga sebagai satu kekayaan, daya, dan akal dalam sistem bahasa Melayu yang
menekankan keperibadian yang tersendiri dan unik.

Anda mungkin juga menyukai