Anda di halaman 1dari 6

Kertas 1

Masa: 1 jam
Arahan am:
Tiap-tiap soalan diikuti tiga pilihan jawapan A, B. C. dan D. Antaranya
adalah satu jawapan yang betul. Pilih satu jawapan yang betul sahaja.
Kemudian tandakan jawapan anda dengan menghitamkan ruang pada kertas
jawapan.
Soalan 1 hingga soalan 5
Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikut.

Tahukah anda nyamuk aedes boleh membunuh? Nyamuk aedes ialah


penyebab terjadinya penyakit demam denggi. Penyakit ini boleh membawa maut
jika tidak dirawat dengan segera. Oleh itu, orang ramai diingatkan agar
mendapatkan rawatan dengan segera jika berlaku tanda-tanda seperti bintikbntik merah pada badan, sakit pada sendi-sendi, berdarah pada badan, hidung,
mulut, muntah-muntah, hilang selera makan atau sakit perut.
Nyamuk aedes boleh dimusnahkan jika orang ramai melakukan amalan
kebersihan di premis masing-masing. Pastikan tempat-tempat pembiakan nyamuk
aedes diperiksa secara kerap seperti di dalam bekas pasu bunga, tin-tin atau
plastic minuman, tayar-tayar buruk, takungan air hujan, bekas-bekas plastik yang
terdedah dan sebagainya. Bubuh ubat jentik-jentik ke dalam bekas-bekas
tersebut.
Nyamuk aedes boleh dikenali dengan belang hitam dan putih di badan
dan kakinya. Ingat, jentik-jentik boleh membesar menjadi nyamuk aedes hanya
dalam tempoh seminggu. Nyamuk aedes hanya membiak di dalam air jernih.
Kebiasaannya nyamuk ini akan mencari mangsanya pada waktu petang dan awal
pagi.
Jabatan Kesihatan melalui unit pencegahan meminta kerjasama orang
ramai agar membenarkan pihaknya melakukan semburan kabus dilakukan di
premis masing-masing. Orang ramai juga boleh menghalau nyamuk ini dengan
menggunakan ubat nyamuk dan semburan racun perosak. Oleh itu, cegahlah
aedes untuk kesejahteraan hidup.

1. Mengapakah nyamuk aedes sangat berbahaya?


A. Nyamuk aedes akan menghisap darah
B. Nyamuk ini cepat membiak
C. Gigitan nyamuk aedes boleh membunuh
D. Nyamuk ini mencari mangsa pada bila-bila masa
2. Apakah jenis penyakit disebabkan oleh nyamuk aedes?
A. Demam kepialu
B. Demam denggi
C. Pening kepala
D. Demam selsema
3. Pernyataan berikut benar tentang petikan ini kecuali
A. Nyamuk aedes hidup dalam tempoh seminggu
B. Nyamuk aedes sangat berbahaya dan mampu membunuh
C. Nyamuk aedes hanya membiak di dalam air jernih
D. Rawatan segera diperlukan jika mengalami demam yang teruk.
4. Apakah yang perlu dilakukan oleh Encik Ahmad jika pasukan dari unit
pencegahan datang ke rumahnya?
A. Menghalau mereka dengan meyembur racun perosak
B. Memberitahu mereka bahawa nyamuk aedes tidak membiak di
rumahnya
C. Membenarkan mereka melakukan semburan kabus di kawasan
rumahnya
D. Menyuruh mereka pulang
5. Cara yang paling berkesan untuk menghapuskan nyamuk aedes ialah
A. Menggunakan ubat nyamuk pada waktu malam
B. Memastikan tiada bekas atau tempat yang boleh menakung air
hujan
C. Menyembur racun aerosol di kawasan di kawasan rumah pada
setiap minggu
D. Tidak keluar rumah pada waktu pagi dan senja

Soalan 6 hingga soalan 10


Baca dialog di bawah dan jawab soalan-soalan berikut.

Munir : Salma, apakah cita-cita kamu?


Salwa: Saya ingin menjadi seorang pendidik
Munir : Mengapakah kamu ingin menjadi pendidik?
Salwa: Ibu dan bapa saya adalah pendidik. Selain itu, saya ingin memajukan
bangsa, masyarakat dan Negara.
Munir : Tidak berminatkah kamu untuk menjadi seorang usahawan?
Salma: Minat juga Munir? Tapi..
Munir : Mengapa?
Salwa: Kerjaya itu agak mencabar dan saya pula masih tidak tahu apa-apa
tentang keusahawanan. Mungkin apabila dewasa nanti saya akan
mengusahaknnya sehingga saya berjaya.
Munir : Jadi, apakah perancangan kamu?
Salwa: Pada masa ini saya akan belajar sehabis baik dan berusaha dengan gigih
agar berjaya dalam pelajaran. Inilah asas yang perlu saya bina
sekarang.
Munir : Saya lihat kamu pun berminat dalam bidang sukan?
Salwa: Sudah tentu. Bersukan itu banyak faedahnya.
Munir : Sukan apakah yang paling kamu minati?
Salwa: Tentulah sukan olahraga, Munir.
Munir : Oh ya! Kamu kan Olahragawati harapan sekolah. Baiklah Salwa, terima
kasih kerana memberi peluang saya menemuramah kamu.
Salwa: Sama-sama
6. Apakah cita-cita utama Salwa?
A. Guru
B. Peguam
C. Ahli sukan
D. Usahawan
7. Bagaimanakah cara Salwa ingin mencapai cita-citanya?
A. Rajin pergi ke sekolah
B. Mengikut kelas tambahan
C. Belajar bersungguh-sungguh
D. Melibatkan diri dalam sukan olahraga
8. Apakah yang menyebabkan Salwa ingin menjadi pendidik?
A. Dia berminat dalam bidang itu
B. Dia amat menghormati pendidiknya
C. Kedua-dua orang tuanya ialah pendidik
D. Dia ingin memajukan bangsa , masyarakat , dan Negara

9. Manakah yang berikut bukan minat Salwa?


A. Belajar
B. Berlepak
C. Bersukan

D. Berniaga
10.
Salwa menyatakan bahawa dia masih tidak tahu apa-apa
tentang bidang keusahawan di dalam dialog di atas menunjukkan
dia
A. Tidak berminat dengan kerjaya itu.
B. Tidak mempunyai modal lagi.
C. Perlu belajar untuk mencapai cita-citanya.
D. Belum pernah menjadi usahawan sebelum ini.

Soalan 11 hingga soalan 15


Baca surat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut.

Persatuan Kajian Tempatan,


Sekolah Kebangsaan Taman Mesra,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
___________________________________________________________________________
Pengurus,
Tapak Semaian Nuri,
Taman Mesra,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
2008

28 FEBRUARI

Tuan,
Memohon Sumbangan Pokok Bunga
Merujuk kepada perkara di atas, Persatuan Kajian Tempatan sekolah ini telah
bercadang untuk memohon sumbangan pokok bunga daripada pihak tuan.
2. Tujuan persatuan ini memohon sumbangan pokok bunga adalah untuk
aktiviti gotong-royong menceriakan sekolah yang akan diadakan pada 15 Mac
2008.
3. Pokok-pokok bunga ini yang ingin disumbangkan bolehlah dihantarkan
ke sekolah pada 13 Mac 2008.
4. Pihak persatuan amat mengalu-alukan sumbangan daripada pihak tuan.
Sumbangan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
_________________
( ZUHANA ISMAIL)
Setiausaha,
Persatuan Kajian Tempatan,
Sekolah Kebangsaan Taman Mesra,

11. Siapakah yang telah menulis surat tersebut?


A. Setiausaha persatuan
B. Guru Penasihat
C. Guru Besar
D. Pengerusi persatuan
12. Apakah tujuan utama pokok bunga disumbangkan kepada pihak sekolah?

A. untuk menceriakan dewan sekolah


B. untuk hiasan pintu masuk
C. untuk menceriakan kawasan sekolah
D. untuk kegunaan persatuan
13. Bilakah pokok bungan boleh dihantar ke sekolah
A. mulai 28 Februari 2008
B. pada 13 Mac 2008
C. semasa hari gotong-royong
D. bila-bila masa sahaja
14. Semua yang berikut benar, kecuali ________
A. guru-guru terlibat dalam sumbangan itu
B. pokok bunga boleh dihantar terus ke sekolah
C. kerjasama pihak Tapak Semaian Nuri diharapkan oleh pihak
persatuan
D. sumbangan pokok bunga bertujuan untuk menceriakan kawasan
Sekolah.
15. Perkataan dihantarkan dalam petikan bermaksud_____________
A. dilonggokkan
B. diletakkan
C.diserahkan
D. disusunkan

Anda mungkin juga menyukai