Anda di halaman 1dari 7

Esei Reflektif

Dua elemen yang mencabar penghayatan dan amali nilai-nilai murni dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013-2025 ada mengariskan dalam

Anjakan 3 untuk melahirkan rakyat yang menghayati nilai bagi memastikan pelajar yang akan
mewarisi Malaysia pada masa akan datang memiliki kemahiran memimpin, tetapi juga nilai
murni sejagat seperti integriti, belas kasihan, adil, dan altruisme yang dapat membimbing
mereka dalam membuat keputusan beretika. Pada masa yang sama, pembangunan
warganegara yang global perlu diimbangi dengan pembangunan identiti nasional yang kukuh.
Hasrat ini selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu:
Pendidikan

di

Malaysia

adalah

suatu

usaha

berterusan

ke

arah

lebih

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan


insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Semua ini dapat direalisasikan sekiranya penghayatan dan amali dalam nilai-nilai murni yang
diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar dapat dilaksanakan dengan
berkesan oleh guru. Terdapat bebarapa elemen yang mencabar penghayatan nilai-nilai murni
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Elemen-elemen itu adalah mementingkan
kebendaan,

aspek

sikap

tidak bertanggungjawab,

pembangunan negara dari sudut sosio ekonomi.

aspek media massa dan

aspek

Saya akan mengupas dua elemen iaitu

mementingkan kebendaan dan sikap tidak bertanggungjawab.


Ibn Khaldun dalam Kitab Muqadimmahnya ada menyebut:
kemusnahan sesuatu tamadun ditandai dengan beberapa perkara, iaitu banyaknya
kemewahan, kehidupan penuh dengan hiburan dan perhiasan......
Malaysia selepas mencapai kemerdekaan telah menumpukan perhatian untuk
membangunkan ekonominya bagi mewujudkan pembangunan sosial, keseimbangan antara
kaum dan meningkatkan pendapatan rakyat. Kesan dari pembangunan yang pesat telah
menyebabkan berlakunya proses urbanisasi, industrilisasi dan penghijrahan masyarakat dari
15

luar bandar ke bandar.

Usaha pembangunan di teruskan dengan gigih lagi bagi menyahut

sasaran untuk menjadi Malaysia negara maju pada tahun 2020. Dalam sebuah Negara maju,
pendapatan perkapita penduduk juga harus tingi, kos sara hidup juga tinggi maka manusia
akan menjadi semakin mementingkan kebendaan kerana memikirkan taraf hidup yang semakin
tinggi. Manusia akan mementingkan kebendaan. Keadaan sebegini sedikit sebanyak
mengganggu pendidikan anak-akan yang akan mewarisi negara.
Sebagai contoh seorang guru Matematik yang bertugas di sekolah pada sebelah
paginya. Kemudiannya pada sebelah petang dan malamnya , guru itu mengajar di kelas
tuisyen swasta yang rata-ratanya terdiri daripada anak-anak muridnya sendiri. Guru tersebut
melakukan semua itu semata-mata untuk mendapatkan duit atas pelbagai sebab. Antara sebab
yang mungkin menjadi pendorong kepada guru tersebut menjalani rutin harian sedemikian rupa
ialah untuk mendapatkan wang yang lebih, untuk mendapatkan kehidupan yang selesa atau
untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.
Rutin kehidupan guru ini terlalu sibuk dan memaksa guru-guru ini pulang hingga lewat
malam. Guru ini pasti keletihan minda dan anggota badan. Guru itu perlu melakukan rutin yang
sama pada esoknya. Guru itu juga mungkin akan lewat ke sekolah kerana terlewat bangun
ataupun terpaksa melayan karenah anak-anaknya yang mahukan perhatian kerana telah lama
tidak bertemu dengan bapanya. Akibat keletihan dan marah dengan kerenah anak-anak
mungkin membuatkan mood guru akan menjadi tidak baik. Guru yang lewat ke sekolah tidak
akan sempat untuk menyediakan diri dengan bahan pengajaran dan juga rancangan
pengajaran.

Dengan

mood juga terganggu, menjadikan guru ini tidak bersemangat untuk

memasuki kelas. Mood guru akan bertambah baik atau sebaliknya juga bergantung kepada
kepada keadaan murid di dalam kelas. Pengajaran seseorang guru itu akan mencapai
objektifnya sekiranya murid berjaya melaksanakan latihan yang guru berikan. Sekiranya muridmurid tidak memahami pengajaran guru, segala latihan yang guru berikan tidak berjaya dijawab
oleh murid-murid. Guru yang kurang persediaan ini, tidak sempat untuk mengkaji cara lain
yang boleh memudahkan murid memahami konsep yang guru ingin sampaikan. Murid-murid
yang hiperaktif ataupun terlalu pendiam akan membuatkan mood guru menjadi tidak menentu.
Guru mungkin akan menjadi garang dan akan mendenda murid-murid yang mengganggu kelas.
Murid yang tidak berjaya menjawab soalan dengan betul juga akan dimarahi oleh guru.
Suasana pengajaran dalam kelas akan menjadi tegang. Keadaan ini akan membuatkan muridmurid tidak selesa untuk belajar dan mereka sukar untuk memahami isi kandungan pengajaran

16

guru. Maka apabila keadaan ini berlaku, pengajaran guru i adalah tidak mencapai objektif yang
disasarkan.
Mengikut demensi moral, seorang yang berakhlak mulia seharusnya mengamalkan
ketiga-tiga dimensi moral secara seimbang dalam kehidupan mereka. Dimensi moral terbahagi
kepada tiga iaitu penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral. Dalam masalah guru
ini, beliau perlu menggunakan dimensi moral di dalam mengimbangi tugas hakiki dan tugas
sampingan yang dilakukannya. Cara untuk menangani masalah murid yang hiperaktif bagi
guru yang

mempunyai penaakulan moral

akan bertindak

mengenakan hukuman kepada

murid itu tanpa ada rasa geram, dendam dan melabelkan murid. Guru itu boleh mendenda
murid dengan membawa murid yang menganggu itu ke depan kelas. Guru itu boleh meminta
murid itu menyalin jawapan soalan matematik yang disediakan guru di papan putih. Guru itu
juga boleh meminta murid itu untuk membaca semula cara menyelesaikan masalah matematik
itu dengan suara yang kuat. Dengan cara ini, sedikit sebanyak murid akan belajar memahami
isi pengajaran yang ingin guru sampaikan.
Guru juga perlu mempunyai perasaan moral kepada murid-murid.

Guru perlu ada

kehalusan emosi yang mengandungi sentimen, empati, simpati, prihatin, belas kasihan,
bermotivasi dan murah hati.

Guru perlu mempunyai perasaan di atas terhadap murid yang

hiperaktif ini. Mungkin murid

ini menghadapi masalah keluarga yang porak peranda

menjadi mangsa akibat penceraian. Murid ini kekurangan kasih sayang.


menunjukkan sikap hiperaktif mungkin

dan

Murid ini

untuk mendapatkan perhatian guru. Guru boleh

bertindak dengan cara memberikan pujian kepada murid itu. Contohnya lunak suara Faiz ni
boleh jadi qari mengaji al quran nanti. Guru perlu menyerapkan nilai-nilai positif di dalam diri
murid itu untuk mengajak murid ke arah kebaikan. Murid sukakan perhatian dan galakan
daripada gurunya.
Guru yang baik juga perlu mempunyai perlakuan moral. Perlakuan Moral adalah tingkah
laku dan perlakuan individu terhadap semua keputusan yang ditunjukkan dengan penuh
tanggungjawab tetapi mengikut kemampuan dirinya. Tindakan moral ini adalah hasil daripada
pemikiran moral dan perasaan moral yang mendorong seseorang bertindak secara bermoral. Di
dalam kes di atas guru perlu mempunyai perlakuan moral dengan menyematkan peringatan di
hati bahawa tugasan mengajar hakiki adalah lebih penting dan utama berbanding mengajar di
pusat tuisyen swasta. Guru boleh melakukan tugasan di pusat tuisyen itu di hari minggu sahaja.
Keadaan ini akan memastikan guru tidak penat dan tidak perlu melakukan dua kerja di dalam
17

satu masa. Guru juga boleh mengurangkan waktu tuisyen itu seperti hanya mengambil waktu
tuisyen di waktu petang sahaja. Dengan cara ini guru tidak akan pulang lewat malam ke rumah.
Guru juga tidak akan keletihan sehingga menyebabkan lewat untuk hadir ke sekolah. Dengan
cara ini guru dapat menyediakan diri dengan rancangan pengajaran harian serta bahan-bahan
pengajaran yang menarik. Guru juga boleh mengulangkaji semula tajuk yang hendak diajar
kepada murid supaya tidak terdapat kesilapan semasa aktiviti pengajaran. Guru juga boleh
mencari cara baru untuk menyelesaikan masalah dalam pengajaran subjek Matematik. Guru
yang

bersedia

untuk

menjalankan

tanggungjawab

mengajar

murid

pasti

akan

mempersembahkan sesuatu yang menarik kepada murid-murid. Murid akan seronok dan tidak
tertekan

belajar dengan guru yang komited dengan pekerjaannya. Semangat bekerja

bersungguh-sungguh yang ditunjukkan guru membuatkan murid menyerapkan nilai murni untuk
belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menjamin kejayaan.
Elemen yang kedua yang ingin bincangkan adalah sikap tidak bertanggungjawab. Dr.
Gustave Le Bon menyatakan sebab-sebab kerosakan suatu bangsa apabila berlakunya
dekadensi atau kerosakan moral yang berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab
membudaya pada bangsa itu (Muqdad Yaljan, 1986). Aspek tidak bertanggungjawab ini boleh
dipecahkan kepada 2 iaitu, tanggungjawab terhadap diri dan orang lain dan tanggungjawab
terhadap harta benda.
Sikap yang tidak bertanggungjawab terhadap orang lain seringkali dikaitkan dengan
sikap mementingkan diri sendiri. Di sini saya akan fokuskan kepada sikap tanggungjawab
kepada orang lain. Contohnya seorang guru yang sengaja untuk tidak masuk ke kelas kerana
leka berbual-bual bersama-sama rakan-rakannya di kantin sekolah.

Guru ini telah

meninggalkan tanggungjawabnya mendidik anak bangsa dengan ilmu pengetahuan yang amat
dinantikan oleh anak-anak didiknya. Tanggungjawab guru ini akan berterusan sehingga tamat
masa guru itu di dalam kelas yang sepatutnya dimasuki. Masa pengajaran seseorang guru di
dalam kelas biasanya adalah satu jam. Segala perlakuan anak murid di dalam kelas adalah
tanggungjawab guru tersebut. Sekiranya ada masalah pergaduhan, ejek mengejek dan caci
mencaci semuanya adalah tanggungjawab guru tersebut. Guru perlu bertanggungjawab
sekiranya terdapat kecederaaan hasil kecuaian guru tersebut. Tindakan keras juga boleh
diambil kepada guru yang meninggalkan kelas tanpa alasan. Nilai-nilai murni seperti sikap
bekerjasama, menghormati ketua , memanfaatkan masa tidak dilaiukan oleh guru ini dengan
sebaiknya. Murid akan berasa kurang hormat kepada guru yang mempunyai sikap sebegini.

18

Bagi guru yang berakhlak mulia seharusnya mengamalkan ketiga-tiga dimensi moral
iaitu penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral

secara seimbang dalam

kehidupan. Guru yang ada penaakulan moral akan melakukan pemikiran moral dan membuat
pertimbangan secara rasional dan bebas. Seseorang individu yang mempunyai pemikiran
moral dapat memikirkan sesuatu dilema moral dan membuat pertimbangan berasaskan prinsip
moral dan nilai-nilai moral yang diterima oleh masyarakat

setempat. Prinsip keadilan

dipentingkan semasa membuat sesuatu keputusan. Penaakulan moral juga boleh dikaitkan
dengan membuat keputusan secara rasional berasaskan fakta tanpa dipengaruhi oleh emosi
dan persekitaran.
Guru yang mengamalkan

penaakulan moral akan membuat pertimbangan secara

rasional dan bebas dengan masuk ke kelas seperti jadual yang telah ditetapkan. Guru akan
mengajar murid dengan sempurna di kelas yang diamanahkan kepada mereka. Perbuatan
melekakan seperti bersembang dengan rakan, menanda buku boleh dilakukan di masa yang
lain. Guru perlu melaksanakan tugasan itu dengan penuh rasa tanggungjawab. Contoh yang
lain pula adalah sekiranya guru mendapat jadual ganti untuk memasuki kelas yang gurunya
tidak hadir kerana masalah kesihatan ataupun berkursus. Guru yang bertanggungjawab akan
masuk ke kelas yang ditetapkan dengan segera. Guru tidak boleh mengikut emosi dengan
mengarahkan pengawas untuk menjaga kelas tersebut. Guru juga perlu mengajar murid
semasa berada di kelas ganti. Guru tidak boleh membenarkan murid membuat kerja masingmasing sedangkan guru bersahaja duduk di depan kelas. Guru mempunyai kemahiran untuk
mengajar semua mata pelajaran di sekolah. Keadaan ini akan memastikan perjalanan
organisasi pendidikan di sekolah dapat dijalankan dengan jayanya.
Seorang guru perlu mempunyai perasaan moral

iaitu

kehalusan emosi yang

mengandungi sentimen, empati, simpati, prihatin, belas kasihan, bermotivasi dan murah hati.
Perasan yang bermoral ini membawa kepada tindakan yang bermoral. Perasan ini akan
membawa kepada perlakuan individu secara bermoral dan dapat mengawal perlakuan,
menghalang seseorang individu membuat sesuatu yang bersifat anti sosial. Guru yang ada
perasaan akan masuk ke kelas walaupun mereka terbeban dengan tugas-tugas pengkeranian
yang banyak. Guru ada perasaan moral akan mengajar secara bersungguh-sungguh untuk
memastikan murid tidak tercicir untuk memperolehi ilmu hasil pengajaran guru. Guru-guru juga
akan menjalankan ulangkaji dan latih tubi untuk murid-murid yang agak lambat menerima
pengajaran guru. Guru juga berusaha mencari kaedah terbaik bagi memastikan murid-murid
memahami pengajaran guru.Perasaan moral juga akan memastikan guru-guru tidak melakukan
19

dendaan yang melampau kepada murid yang tidak mendengar arahan guru. Segala peringatan
yang diberikan oleh guru kepada murid haruslah diterapkan dengan nilai yang baik seperti
penuh berhemah dan sikap toleransi. Guru tidak boleh memarahi murid secara membabi buta.
Setiap perkataan yang diluahkan oleh guru haruslah yang mempunyai adap sopan. Ini kerana
segala perlakuan guru menjadi tontonan dan cerminan kepada sikap akan dibentuk kepada
murid. Murid mudah menyerap perlakuan guru dan ibu bapa. Dendaaan guru bukanlah
melambangkan perasaan dendam, geram atau bencikan murid tetapi kerana ingin memberikan
tunjuk ajar bagi memastikan murid-murid ini akan menjadi insan yang terbaik di masa depan.
Guru juga perlukan perlakuan moral semasa pengajaran dan pembelajaran. Perlakuan
Moral pula adalah tingkah laku dan perlakuan individu terhadap semua keputusan yang
ditunjukkan dengan penuh tanggungjawab tetapi mengikut kemampuan dirinya. Guru harus
bertanggungjawab dengan murid-murid yang mereka ajar. Seorang guru harus mengajar muridmurid dengan kaedah yang terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru mesti
memastikan murid-murid meningkat prestasi pelajaran mereka walaupun dalam kadar yang
minima. Guru mesti berusaha mencari strategi yang berkesan untuk menarik minat murid untuk
mengikuti pelajaran yang guru berikan. Sikap kecindan guru, bahan-bahan yang menarik
seperti berunsurkan multimedia, kartun dan nyanyian dapat menarik minat murid mengikuti
pengajaran seseorang guru. Perlakuan moral ini akan menajdikan guru itu seorang yang
berdedikasi dalam tugasan seharian.Seseorang guru yang bertanggungjawab akan sanggup
berjuang untuk memastikan kejayaan anak-anak muridnya.
Dalam keghairahan mengejar kemajuan, kita jangan alpa tentang peri pentingnya
peranan dan pemupukan nilai akhlak dalam masyarakat. Akhlak adalah pengukur kepada
kemajuan, kerana ia berperanan penting melahirkan manusia yang mengamalkan nilai-nilai
hidup yang baik serta berperanan mencetus kemajuan. Pembentukan nilai akhlak harus
menjadi agenda nasional dan perlu kesepaduan usaha dari semua pihak. Untuk membina
masyarakat yang berakhlak kita perlu suasana yang konstruktif kepada nilai itu berkembang
dan berusaha untuk menyekat suasana yang boleh mengikis nilai-nilai akhlak. Kita harus
mengingati selalu kata-kata seorang penyair Mesir, Syauqi Bey yang berkata; "Sesungguhnya
bangsa itu kekal selama berakhlak. Bila akhlaknya telah lenyap, maka lenyap pulalah bangsa
itu".

20

21

Anda mungkin juga menyukai