Anda di halaman 1dari 4

Refleksi berdasarkan dimensi moral.

Rohana binti Abd.Jalil


PPG Ambilan Februari 2012.
BM( A).

Isu di kalangan masyarakat bukanlah perkara baharu, setiap hari kita berhadapan dengan isu
moral rakyat Malaysia yang pelbagai sama ada melibatkan golongan dewasa atau remaja,
kolar putih atau biru, lelaki atau wanita, dan orang Melayu, Cina atau India. Antara isu moral
yang sentiasa hangat dalam masyarakat Malaysia berbilang kaum adalah kes rogol, rempit,
sumbang mahram, keganasan rumah tangga, penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi.
Isu sebegini tidak akan berlaku sekiranya

semua rakyat Malaysia mengamalkan

dimensi moral dalam kehidupan mereka. Seorang yang berakhlak mulia seharusnya
mengamalkan ketiga-tiga dimensi moral secara seimbang dalam kehidupan mereka. Dimensi
moral terbahagi kepada tiga iaitu penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral.
Penaakulan moral juga disebut sebagai pemikiran moral dan pertimbangan yang dibuat
secara rasional dan bebas. Ini bermaksud seseorang individu yang mempunyai pemikiran
moral dapat memikirkan sesuatu dilema moral dan membuat pertimbangan berasaskan prinsip
moral dan nilai-nilai moral yang diterima oleh masyarakat

setempat. Prinsip keadilan

dipentingkan semasa membuat sesuatu keputusan. Penaakulan moral juga boleh dikaitkan
dengan membuat keputusan secara rasional berasaskan fakta tanpa dipengaruhi oleh emosi
dan persekitaran.
Sebagai contoh, di dalam masalah rempit. Bagi seorang lelaki yang berlumba motorsikal
untuk kali pertama kerana desakan kehidupan dan perlukan wang ganjaran yang disediakan
dalam pertandingan perlumbaan haram untuk digunakan bagi melunaskan hutang ayahnya
bersama ceti haram. Sekiranya Mat rempit ini tidak berjaya untuk melunaskan hutang ayahnya
maka semua ahli keluarganya akan dibunuh. Walaupun niat Mat rempit ini melakukan lumba
haram adalah untuk mendapatkan ganjaran kewangan bagi membela nasib keluarganya yang
diancam bunuh, tindakannya yang merempit di atas jalan raya yang digunakan oleh orang
awam adalah perbuatan yang salah di sisi undang-undang. Kelakuan ini patut dihukum
mengikut undang-undang kesalahan lalu lintas iaitu memandu melebihi had laju yang
dibenarkan dan memandu dengan keaadaan yang membahayakan.
1

Pihak yang bertanggung

jawab seperti polis peronda

yang menggunakan penaakulan moral akan mengemukakan

saman dan perlu membuat ujian air kencing bagi memastikan mat rempit ini tidak memandu di
dalam pengaruh dadah ataupun alkohol. Saman dan ujian air kencing tetap akan dilakukan ke
atas Mat rempit itu walaupun pegawai polis itu adalah kenalan rapat Mat rempit. Keputusan
yang dibuat oleh pegawai polis peronda itu adalah berdasarkan penaakulan moral tanpa
dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran.
Sekiranya semua ahli masyarakat mempunyai

perasaan moral, perlakuan negatif

seperti pembuangan bayi, sumbang mahram, kes rogol, penderaan kanak-kanak dan
keganasan rumah tangga tidak akan berlaku. Perasaan moral adalah kehalusan emosi individu
yang mengandungi sentimen, empati, simpati, prihatin, belas kasihan, bermotivasi dan murah
hati. Perasan yang bermoral ini membawa kepada tindakan yang bermoral. Perasan ini akan
membawa kepada perlakuan individu secara bermoral. Oleh itu, emosi moral ini adalah penting
untuk mengawal perlakuan, menghalang seseorang individu membuat sesuatu yang bersifat
anti sosial. Misalnya, perasaan empati dan simpati akan menyebabkan seseorang individu
sentiasa membantu orang miskin atau cacat tanpa mengira kepentingan diri sendiri.
Seorang lelaki seperti bapa, abang, sepupu, dan adik lelaki

tidak akan melakukan

sumbang mahram terhadap perempuan yang merupakan ahli kerluarga mereka sekiranya
mereka mempunyai perasaan moral. Mereka akan merasa kasihan dan simpati kepada nasib
yang akan menimpa saudara perempuan mereka sekiranya mereka didapati mengandung anak
luar nikah. Pastinya

saudara perempuan ini akan dicemuh kerana tidak tahu menjadi

kehormatan diri, dituduh sebagai sundal dan gatal yang sanggup melayan dan menggoda lelaki
di dalam keluarga sendiri. Mereka pastinya perlu disiasat oleh polis atas kesalahan yang tidak
perpunca dari kesalahan orang perempuan. Lelaki yang baik tentunya akan bersimpati dan
akan mempertahankan maruah dan kehormatan saudara perempuan mereka. Sekiranya
saudara perempuan mereka diganggu oleh lelaki yang tidak baik, pastinya mereka mengambil
tindakan untuk melindungi hak saudara perempuan mereka. Lelaki ini mungkin akan berjumpa
dengan lelaki yang tidak bertanggungjawab itu untuk diberikan amaran atau nasihat supaya
tidak melakukan perkara yang tidak baik kepada saudara perempuan mereka. Saudara lelaki
yang baik dan bertanggung jawab tidak akan sanggup untuk melakukan atau menyebabkan
kesakitan dari segi fizikal dan mental kepada saudara perempuan mereka.

Perlakuan Moral pula adalah tingkah laku dan perlakuan individu terhadap semua
keputusan yang ditunjukkan dengan penuh tanggungjawab tetapi mengikut kemampuan dirinya.
Tindakan moral ini adalah hasil daripada pemikiran moral dan perasaan moral yang mendorong
seseorang bertindak secara bermoral. Di dalam masyarakat Malaysia hari, perasaan moral di
kalangan masyarakat semakin menipis. Perasaan suka mengambil tahu hal jiran diangggap
negatif dan dikatakan suka menjaga tepi kain orang. Kebenarannya, sikap mengambil tahu ini
adalah baik demi untuk kebaikkan dan

kepentingan bersama. Setiap keburukan atau

kepincangan dalam masyarakat akan boleh diperbaiki dengan cepat sekiranya adanya sifat
mengambil tahu. Seorang jiran yang berbaik dengan jirannya dan mengamalkan sifat
mengambil tahu dan tahu masalah yang dihadpi jirannya. Mereka akan sanggup menolong
jirannnya yang mengalami masalah seperti masalah kesihatan seperti sakit sehingga tidak
berdaya untuk pergi ke hospital. Jiran yang prihatin akan menolong jirannya ini dengan cara
menghantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Satu lagi

contoh yang saya alami sendiri untuk menunjukkan bahawa masyarakat

Malaysia masih mempunyai perlakuan moral yang kental. Saya telah mengalami masalah tayar
kereta yang pancit ketika saya mahu menghadapi peperiksaan semasa saya di semester 3.
Saya tidak menyedari bahawa tayar kereta saya telahpun pancit. Pemandu kereta di laluan
disebelah saya di jalan raya, menunjukkan isyarat bahawa tayar kereta saya telah pancit.
Saya telah memberhentikan kereta saya di kawasan letak kereta di Kelana Jaya. Saya tidak
mengetahui cara untuk menukarkan tayar ketera. Suami saya tidak dapat sampai ke Kelana
Jaya kerana masalah kesesakan lalu lintas. Saya bernasib baik kerana tiga orang lelaki
berbangsa Cina sanggup untuk membantu menukarkan tayar kereta saya yang pancit tanpa
meminta upah. Saya berasa

sungguh terhutang budi dengan bantuan pemuda Cina itu.

Disebabkan tindakan pantas tiga lelaki Cina itu saya dapat menghadiri peperiksaan di waktu
yang ditetapkan.
Kehidupan masyarakat yang mengejar kebendaan dan perkembangan dunia global
sedikit sebanyak telah merubah hubungan rapat sesama ahli masyarakat. Ahli masyarakat
terlalu sibuk dengan hal masing-masing sehinggakan untuk bertanyakan khabar keluarga
terdekat juga tidak mampu dilakukan. Ahli masyarakat terlalu sibuk mengejar kebendaan untuk
memenuhi kehendak kehidupan yang semakin mendesak. Masyakat harus berpijak di bumi
nyata. Semua perkara harus dilakukan dengan saksama dan mengikut norma-norma masyakat
yang dibentuk sememangnya untuk kesejahteraan hidup ahli masyarakatnya. Ahli masyarakat

yang bijak harus terus mendokong dimensi moral untuk memastikan kelangsungan hidup
berlaku dengan teratur dan sistematik.