Anda di halaman 1dari 2

Sekolah memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah

pelajar dan moral pelajar sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat dijalankan dengan baik sekali. Pihak
pentadbiran memastikan bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan Berjaya
dilaksanakan untuk fizikal, emosi, rohani, dan intelektual. Pelbagai program dan
aktiviti telah dilaksanakan untuk memastikan sekolah dalam keadaan terbaik
dan sentiasa cemerlang. Bagi program keintelektualan, pelbagai program
akademik telah diadakan dan diatur oleh pihak pengurusan dan guru
terutamanya murid darjah enam yang bakal berdepan dengan peperiksaan
UPSR.
Dari segi fizikal pula terutamanya untuk perkembangan kanak-kanak
atau pelajar, sekolah-sekolah dapat mengadakan Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) yang ditaja oleh pihak kerajaan untuk pelajar yang miskin dan
kurang berkemampuan. Guru besar bertanggungjawab untuk memastikan
kelancaran program ini. Di samping itu, sekolah juga menyediakan air
minumam yang bersih untuk para pelajar secara percuma. Pihak sekolah juga
memberikan bantuan susu percuma untuk setiap pelajar sekolah.
Dari segi emosi, pihak sekolah telah menyediakan guru kaunseling dan
bimbingan yang terlatih untuk membantu para pelajar yang menghadapi
masalah atau kesukaran. Mengadakan kem khas untuk para pelajar seperti
kem motivasi. Guru kauseling dan bimbingan akan memberikan ceramah atau
kata-kata nasihat dan dorongan untuk pelajar.

Dari segi rohani pula, berbagai aktiviti telah dilakukan dan dirancang
sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti program motivasi,
kem dan sebagainya. Pengaruh FPK dalam pendidikan: Pelajar amat
menghormati guru mereka. Pelajar akan memberi salam atau mengucapkan
selamat pagi apabila bertemu dengan orang luar atau dengan orang yang tidak
dikenali. Sebelum memulakan aktiviti persekolahan, para pelajar akan
membaca doa beramai-ramai begitu juga apabila sesi persekolahan selesai,
sebelum pulang mereka akan membaca doa dan berselawat. Pembangunan
rohani begitu penting dalam diri pelajar.