Anda di halaman 1dari 2

DOA SEMPENA MAAL HIJRAH 1437

Alhamdulillah dengan penuh khusyuk dan tawaduk, kami bersyukur di atas segala
nikmat dan rahmat yang telah Engkau kurniakan dan dengannya dapatlah kami
berhimpun bersama-sama bagi meraikan Majlis Maal Hijrah 1437 Hijri ini.

Ya Allah..

Sesungguhnya kami mengakui bahawa hijrah Nabi-Mu Muhammad adalah


dengan perintah dan suruhan-Mu yang terkandung di dalamnya pelbagai
keistimewaan dan rahsia hijrah yang membawa kepada kekuatan umat Islam
berjuang menegakkan kebenaran, menzahirkan keadilan dan kemakmuran menuju
kebahagiaan dan keamanan.

Ya Allah..
Kami memohon kepada-Mu, apalah kiranya Engkau terima segala amalan kami
pada tahun yang lalu agar amalan kami tidak menjadi sia-sia. Pada tahun baru ini
kami memohon agar semua amalan kami merupakan amlan yang Engkau redhai,
amalan yang mendekatkan diri kepada-Mu. Kurniakanlah kami kesabaran dalam
menunaikan ketaatan kepada-Mu. Anugerahkanlah kami kesabaran dalam
meninggalkan maksiat kepada-Mu. Lindungilah kami dari sebarang punca kejahatan
yang memesongkan kami dari mengingati-Mu. Semoga tahun ini juga membawa
lebih kemakmuran, kebahagiaan, keamanan, dan keselamatan kepada kami setiap
masa dan ketika, menjadi bangsa yang terbaik dalam setiap lapangan, rajin
berusaha sehingga ketahap cemerlang, mempunyai kehidupan yang terbilang serta
disegani kawan dan lawan.

Ya Allah..
Bersempena dengan perhimpunan pada malam ini, kami memohon agar pengertian
serta semangat hijrah akan dapat diteruskan, sentiasa hidup di hati sanubari
kesyukuran, berhijrah daripada malas berusaha kepada rajin dan sedia berkorban,
berhijrah dari jahil kepada berpengetahuan, berkeadaan tidak baik kepada baik dan
lebih baik mengikut petunjuk pimpinan Tuhan. Semoga dapat menempuh hidup
baru dan maju kehadapan, sesuai tujuan manusia dijadikan sebagai khalifah di
muka bumi yang luas terbentang ini.

Ya Allah..
Kami juga memohon dengan rahsia keagungan sifat-sifat-Mu agar dikurniakan
keselamatan dan kesihatan serta taufik dan bimbingan kepada Raja kami Seri
Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong al-Mu'tasim Billah Muhibbuddin Tuanku al-

Haj Abdul Halim Muazzam Shah ibni al-Marhum Sultan Badli Shah dan Seri Paduka
Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajjah Haminah, dan putri-putri baginda,
kerabat diraja sekalian dan semua pemimpin serta umat Islam seluruhnya.
Peliharalah perpaduan kami, dipereratkan lagi tali persaudaraan di antara kami,
semoga hidup kami sentiasa berada di dalam keadaan selamat sejahtera aman dan
damai berpanjangan.

Boleh dimuat turun di: http://www.islam.gov.my/yaasin-sempena-maal-hijrah-1437h

Anda mungkin juga menyukai