Anda di halaman 1dari 2

Hinduisme di Malaysia

Sejarah
Pengaruh Hindu lebih awal sampai di Malaysia berbanding dengan
agama Islam. Pengaruh Hindu/bahasa Sanskrit dapat dikesan dalam
bahasa Melayu, kesusasteraan dan kesenian. Candi Lembah Bujang di
Kedah adalah bukti orang Melayu di Kuala Kedah pernah menganut
agama Hindu-Buddha. Candi Borobudur dan Candi Parambanan di
Jawa, Indonesia adalah bukti penduduk Jawa pernah menganut agama
itu. Malah masyarakat Bali sehingga kini masih mengamalkan agama
dan budaya Hindu.
Penempatan India di Malaysia berasal dari wilayah Tamil Nadu di
selatan India lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20 yang bekerja
sebagai buruh ladang getah milik peladang Eropah. Minoriti India ini di
bawa ke Malaysia dari utara India dan Sri Lanka.
Sehubungan dari ini, 30% orang Tamil dari Tamil Ilagam (Tamil Nadu)
juga bekerja sebagai kerani untuk pihak British and syarikat mereka di
Pulau Pinang, Singapura and Kuala Lumpur waktu itu. Mereka yang
bekerja sebagai kerani di Pulau Pinang menyumbang kepada
pertubuhan hak asasi masyarakat Tamil dan India di Malaysia.

[sunting] Kebudayaan
Masyarakat Hindu di Malaysia telah mendirikan kuil sesuai dengan
agama, amalan dan kepercayaan mereka yang dibawa dari India.
Mereka membina kuil-kuil pelbagai saiz dan rupa di ladang-ladang dan
kediaman mereka tanpa sebarang sekatan sebelum dan selepas
merdeka. Kebanyakan mereka menyembah tuhan Shiva sebagaimana
tradisi di selatan India.

[sunting] Pendidikan
Semua pelajar India dibenarkan bersekolah di sekolah jenis
kebangsaan Tamil atau di sekolah kebangsaan. Sistem pendidikan di

Malaysia membenarkan bahasa Tamil menjadi bahasa pengantar di


sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil (SRJKT). Begitu juga dengan
bahasa Cina dijadikan bahasa dibenarkan menjadi bahasa pengantar di
sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC). Hal ini berterusan
sehingga selepas Malaysia merdeka pada tahun 1957. Seterusnya
ditegaskan lagi dalam Penyata Razak dan seterusnya.
Kebanyakan sekolah rendah Tamil terletak di ladang-ladang dan
hampir semua pelajarnya dari kaum India yang tinggal di ladang
tersebut. Ladang-ladang ini telah bertukar menjadi bandar dan
kawasan perumahan moden. Penduduk India yang tinggal di bandar
turut bersekolah di sekolah rendah Tamil ini yang dahulunya
merupakan sekolah ladang. Subjek Matematik dan Sains diajar dalam
bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Tamil. Sebaliknya subjek
Matematik dan Sains di sekolah kebangsaan diajar dalam bahasa
Ingggeris. Tahap penguasaan pelajar India dan Cina terhadap bahasa
Inggeris lebih baik daripada pelajar Melayu kerana faktor latar
belakang ibu bapa dan sebagainya.
Di peringkat sekolah menengah, bahasa Tamil dan bahasa Cina tidak
menjadi bahasa pengantar. Sebaliknya menjadi satu subjek sahaja
dengan 6 waktu setiap minggu (6 waktu X 40 minit) yang dipanggil
POL. Di sekolah menengah, pelajar India dan Cina bercampur dengan
pelajar Melayu dan lain-lain dalam konteks masyarakat majmuk.
Peluang untuk berinteraksi dan saling mengenali di antara pelbagai
kaum hanya bermula di sekolah menengah sahaja. Salah faham,
pertengkaran dan pergaduhan mudah berlaku tetapi dapat dikawal
oleh guru-guru di sekolah kerana Kementerian Pelajaran sangat
menekankan soal perpaduan kaum.
Bagi merapatkan jurang antara kaum, Rancangan Integrasi Murid
Untuk Perpaduan (RIMUP) telah dilakasanakan di sekolah dari semasa
ke semasa.
Di peringkat universiti, pelajar dari pelbagai agama dan kaum cuba
diletakkan dalam satu bilik tetapi kurang berjaya.

Anda mungkin juga menyukai