Anda di halaman 1dari 9

PUSAT PERDAGANGAN

Pada pertengahan abad ke-15, Melaka muncul sebagai pusat perdagangan antarabangsa.
Kegemilangan Melaka dalam bidang perdagangan telah dinyatakan dalam buku Sejarah Melayu
melalui pernyataan yang berbunyi:
Maka segala dagang atas
angin dan bawah angin
sekaliannya datang ke
Melaka; terlalu ramai bandar
Melaka pada zaman ini.

Kedudukan Geografi
Lokasi Melaka di Selat Melaka menjadikannya tempat yang amat strategik, iaitu di
pertengahan laluan perdagangan antara Timur dengan Barat. Muara Sungai Melaka yang dalam
membolehkan kapal-kapal berlabuh dengan mudah untuk menurunkan barang dagangan dan
mendapatkan barang keperluan. Pelabuhan Melaka juga terlindung daripada tiupan angin
monsun Barat Daya kerana Pulau Sumatera dapat menghalang tiupan angin tersebut. Banjaran
Titiwangsa pula dapat menghalang pelabuhan Melaka daripada tiupan angin monsun Timur Laut.
Keadaan ini membolehkan kapal dagang datang dan berlabuh di pelabuhan Melaka dengan
selamat.
Pedagang datang dan pulang mengikut musim angin monsun. Pedagang dari Timur
datang ketika angin monsun Timur Laut. Manakala pedagang dari Barat pula datang ke Melaka
ketika angin monsun Barat Daya. Keadaan ini menjadikan pelabuhan Melaka sebagai pusat
tumpuan pedagang dari Timur dan Barat. Ketika menunggu peralihan angin monsun, pedangan
akan menjalankan urusan jual beli di Melaka. sementara itu, pedagang Melaka pula berperanan
sebagai orang perantaraan dalam urusan jual beli barangan di antara pedagang dari Timur dan
Barat.
Bentuk muka bumi Melaka yang berbukit-bukau menjadi petunjuk kepada pedagang
untuk belayar. Kapal-kapal dagang yang belayar di perairan Selat Melaka boleh menjadikan
bukit-bukau tersebut sebagai panduan untuk menuju ke Melaka. Selain itu, bukit-bukau menjadi
tempat yang strategik untuk memerhatikan dan mengawasi keselamatan Selat Melaka.

Sistem cukai dan surat kebenaran berniaga


Sistem cukai yang teratur, berpatutan dan adil diperkenalkan oleh kerajaan Melaka. sebelum
urusan jual beli dijalankan, pedagang perlu membayar panduan, iaitu cukai rasmi. Sistem cukai
yang diamalkan di Melaka dikenali sebagai Sistem Cukai Berkeutamaan atau Cukai Mengikut
Tempat. Surat kebenaran berniaga juga perlu diperoleh oleh pedagang yang berdagang di
Melaka. Surat ini sebagai lessen bagi peniaga berjual beli di Melaka. Tujuan surat kebenaran
berniaga dikeluarkan kerajan Melaka adalah untuk memastikan urusan perdagangan berjalan
dengan lancar serta sebagai sumber pendapatan kerajaan.

Penggunaan sistem mata wang


Pedagang asisng tertarik untuk berdagang di Melaka kerana selain daripada menjalankan urusan
jual beli melalui sistem barter, mereka juga boleh menggunakan mata wang dalam urusan
perniagaaan mereka. Kerajaan Melaka memperkenalkan pengguna mata wang logam iaitu
calains yang diperbuat dari timah. Wang emas tempatan juga digunakan dalam urusan jual beli
di Melaka.

Pelabuhan entrepot
Pelabuhan Melaka merupakan sebuah pelabuhan entrepot. Ini berbeza daripada pelabuhan lain di
rantau Asia Tenggara yang hanya memperdagangkan hasil tempatan. Sebagai sebuah pelabuhan
entrepot, Melaka memainkan peranan sebagai pusat pengumpulan barangan dari Kepulauan
Melayu dan pusat pengedaran barangan dari Timur dan Barat ke Kepulauan Melayu.

Bahasa Melayu sebagai lingua franca


Bahasa Melayu dijadikan lingua franca atau bahasa perantaraan dalam urusan perdagangan di
Melaka kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa utama masyarakat di rantau Asia Tenggara
dan digunakan dengan meluas oleh pedagang di pelabuhan Melaka. Hal ini juga disebabkan
Bahasa Melayu mudah difahami. Pedagang asing tiada masalah menggunakan Bahasa Melayu
dalam urusan mereka dengan pegawai dan pedagang di Melaka.

Keberkesanan Undang-Undang Laut Melaka


Kerajaan Melaka telah menggubal Undang-Undang Laut Melaka untuk melicinkan urusan
perdagangan di Melaka. Dengan adanya sistem perundangan yang berkesan, aktiviti perdagangan
di Melaka dapat dijalankan dengan lancar dan adil. Ini dapat memberi keyakinan kepada
pedagang untuk berdagang di Melaka. Undang-Undang Laut Melaka mengandungi 24 fasal.
Perkara-perkara penting yang ditegaskan Undang-Undang Laut Melaka ialah:
i)

Peraturan dan tata tertib berniaga

ii)

Cara berjual beli

iii)

Hukum-hukam jenayah yang berlaku di kapal

iv)

Larangan dan tanggungjawab nakhoda, kiwi dan anak kapal

PERLUASAN KUASA
Cara-cara Perluasan Kuasa
Melaka Berjaya membentuk sebuah empayar yang agung melalui penaklukan, perkahwinan, dan
kerelaan raja negeri lain untuk menjadi naungan Melaka.
Bagi menjamin keselamatan, kemakmuran, dan keutuhan, kerajaan Melaka telah
menakluki beberapa buah kerajaan. Antara kerajaan yang ditakluki oleh Melaka ialah Kampar
dan Pahang. Kerajaan ini disebabkan oleh kebijaksanaan sultan Melaka dalam mengatur strategi
serta dibantu oleh askar yang berani dan sanggup berkorban.
Terdapat juga pemerintahan yang rela bernaung di bawah kerajaan Melaka. Antaranya
ialah Jambi dan Lingga. Raja-raja yang berada di bawah naungan Melaka biasanya ditabalkan
oleh Sultan Melaka.
Perluasan kuasa empayar Melaka juga dilakukan melalui perkahwinan. Putera dan puteri
sultan Melaka akan dikahwinkan dengan putera dan puteri raja negeri lain seperti Pahang,
Kelantan, dan Siak. Perkahwinan ini dapat mengukuhkan hubungan persaudaraan antara keduadua buah kerajaan.
Kerajaan Melaka turut memberi bantuan kepada kerajaan lain yang menghadapi huruhara dalam negeri. Kerajaan Melaka telah membantu raja Pasai, Sultan Zainal Abidin yang
hendak digulingkan daripada takhta. Melaka turut membantu Pasai mengalahkan kerajaan Aru

yang mengancam Pasai dan Melaka. Dengan itu, kekuasaan Melaka diakui oleh Pasai walaupun
kedudukan Pasai dianggap setaraf dengan Melaka.
Kebijaksanaan Pemimpin
Kejayaan Melaka membentuk sebuah empayar yang luas disebabkan oleh kebijaksanaan sultan
dan pembesarnya. Usaha perluasan kuasa bermula semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah.
Baginda berjaya menguasai Pahang, Inderegiri, dan Kampar.
Sultan Muzaffar Shah bertindak bijak dengan menghantar Tun Perak bagi menghadapi
serangan Siam terhadap Melaka. Baginda juga menjalin hubungan diplomatik dengan China.
Melalui hubungan ini, kedudukan Melaka bukan sahaja diiktiraf oleh sebuah kuasa yang kuat
seperti China, malahan oleh kerajaan lain di rantau ini.
Sultan Muzaffar Shah juga bijak menyelesaikan perbalahan antara orang Melayu dengan
orang India-Muslim di istana. Dengan itu, baginda dapat menumpukan usaha meluaskan kerana
tidak menghadapi masalah dalam negeri.
Selepas kemangkatan Sultan Muzaffar Shah, usaha perluasan kuasa telah diteruskan oleh
pengganti baginda iaitu Sultan Mansor Shah. Baginda berjaya menguasai Bernam dan Perak di
Semenanjung Tanah Melayu serta Siak di pantai timur Sumatera. Dengan usaha baginda,
Pahang, Kampar, dan Inderagiri berjaya dihalang daripada membebaskan diri daripada
penguasan Melaka.
Selepas kemangkatan Sultan Mansor Shah, tampuk pemerintahan kerajaan Melaka
diterajui oleh Sultan Alauddin Riayat Shah. Baginda merupakan seorang pemimpin yang warak
dan sangat mementingkan pentadbiran negara. Buku Sejarah Melayu menggambarkan Sultan
Alauddin Riayat Shah sebagai seorang yang gagah.
Usaha memperluas kuasa kerajaan Melaka turut dibantu oleh pembesar yang berwibawa
dan cekap. Salah seorang pembesar tersebut ialah Tun Perak. Semasa menjadi penghulu Klang,
Tun Perak berjaya menghalang serangan Siam pada tahun 1445. Tun Perak mengarahkan
pengikutnya membawa keluarga masing-masing berpindah ke Melaka. Ini dapat menaikkan
semangat tenteranya untuk mempertahankan Melaka.
Perluasan kuasa memberi beberapa kesan terhadap kerajaan Melaka. Melalui dasar
perluasan kuasa ini, Melaka menerima pelbagai ufti sama ada dalam bentuk wang, barangan atau
ketenteraan.

Dengan menguasai kerajaan di pantai timur Sumatera dan semua kerajaan di


Semenanjung Tanah Melayu, kerajaan Melaka dapat mengawal perairan Selat Melaka. Bekalan
barangan juga sentiasa diperoleh daripada negeri jajahan dan naungan.
Dasar perluasan kuasa juga telah membolehkan Melaka mengembangkan ajaran agama
Islam ke kawasan yang dikuasainya. Dengan itu, agama Islam tersebar luas di Kepulauan
Melayu.
Kerajaan Melaka membentuk sebuah empayar yang luas merupakan penyambung
keagungan kerajaan Srivijaya. Melaka muncul sebagai kuasa teragung di Selat Melaka. Kejayaan
ini adalah disebabkan Melaka mempunyai ramai pemimpin yang bijak dan berwawasan, serta
mendapat sokongan daripada rakyat, dan tentera yang gagah dan setia. Melaka bukan sahaja
dapat menguasai politik tanah jajahannya, tetapi turut memajukan ekonomi kawasan tersebut.

UNDANG-UNDANG BERTULIS
Undang-undang bertulis merupakan himpunan peraturan larngan & adat istiadat dalam bentuk
bertulis. Undang-undang bertulis yang terawal ialah Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang
Laut Melaka. Undang-undang ini digubal pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
Unsur-unsur yang terdapat dalam undang-undang ini tersebar ke negeri Johor, Perak, Pahang,
dan Kedah. Penyebaran ini berlaku kerana negeri tersebut merupakan jajahan takluk Kesultanaan
Melayu Melaka.
Hukum Kanun Melaka

Merupakan dokumen undang-undang


yang mengandungi 44 fasal.

Antara kandungannya
-

Undang-Undang Laut Melaka

Hak keistimewaan raja dan kaum


kerabatnya
Peranan dan tanggungjawab raja
dan pembesar
Unsur islam yang berkaitan dengan
jenayah,
muamalah,
keluarga,
keterangan dan acara

Digubal bagi menentukan peraturan


pelayaran dan pedagangan. Antara
kandungannya termasuklah:
-

Tugas pegawai kapal

Langkah keselamatan dalam kapal

Tugas anak-anak kapal

Penyewaan dan penumpang kapal


dagang

Kuasa
nakhoda
hukuman.

menjatuhkan

Undang-undang dalam kerajaan Melayu menekankan unsur pencegahan, pengajaran, dan nasihat
melalui hukuman yang dikenakan. Undang-undang ini mencerminkan sebuah negara yang aman
dan stabil. Sewajarnya setiap anggota masyarakat mematuhi peraturan dan undang-undang demi
kemajuan negara.
A. Pengaruh Islam dalam Hukum Kanun Melaka
1. Daripada 44 fasal dalam Hukum Kanun Melaka, 18 fasal sahaja yang menurut undangundang Islam. Sementara dalam Undang-Undang Laut Melaka hanya mengandungi 1
fasal daripada 24 fasal yang menurut undang-undang Islam iaitu hukum zina.
2. Pengaruh Islam yang paling jelas mengikut sistem perundangan Islam adalah berkaitan
dengan undang-undang keluarga undang-undang perkahwinan

Menerangkan orang yang berhak menjadi wali bagi perempuan yang akan berkahwin.

Syarat dan tatacara ijab dan qabul dalam nikah

Syarat menjadi saksi dalam upacara nikah.

Pembatalan nikah

Hukum talak

Syarat-syarat serta soalan berhubung dengan melakukan cina buta

3. Hukum jenayah yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka :

Jenayah bunuh dibalas bunuh.

Hukuman ini samalah seperti dalam al-Quran, surat al-Maidah ayat 45 dan surah
al-Baqarah, ayat 178.

Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas
dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan
telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah
dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka
menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa
yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
Surah Al-Maidah, ayat 45

Jenayah mencuri

Hukumnya potong tangan. Hukum ini diambil dari al-Quran surah al-Maidah,
ayat 38. Perlaksanaan hukum ini pada zaman Sultan Alauddin Riayat Shah
menyebabkan tiada pencuri lagi di Melaka.
Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka
(hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa
yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari
Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Surah Al-Maidah, ayat 38

Perbuatan zina

Dihukum rejam atau disebat dengan rotan. Dalam Hukum Kanun Melaka, disebat
sebanyak 80 kali, tetapi dalam Undang-undang Laut Melaka disebat 100 kali.

Hukuman ini sama seperti dalam al-Quran, surah an-Nur, ayat 2-5 dan surat anNisa , ayat 34.
4. Hukum Muamalat

Hukum berjual-beli dan pinjam-meminjam

Hukum Kanun Melaka hanya menekankan kepentingan mencatatkan segala nilai


pinjaman dengan disaksikan oleh dua orang lelaki. Ini bersesuaian dengan
ketetapan al-Quran dalam surah al-Baqarah, ayat 282.

Barang-barang yang boleh dan tidak boleh diniagakan. Contohnya, larangan


menjual arak, khinzir, anjing dan tuak.

5. Lain-lain hukuman yang menerima pengaruh Islam

Tuduh menuduh / fitnah dan beban orang yang menuduh untuk membuktikan kebenaran
tuduhannya. Syarat, dua orang saksi yang baligh dan tidak gila.

Ikrar dan wasiat. Amalan ini merupakan antara amalan yang dianjurkan dan digalakkan
oleh ajaran Islam.

Upacara dan adat-istiadat raja-raja, meminta agar ahli-ahli agama khususnya kadi turut
serta. Ini menunjukkan bahawa Hukum Kanun Melaka mengakui golongan agama dalam
urusan rasmi kerajaan.

6. Wujud percampuran antara hukum-hukum dapat dan hukum-hukum syarak. Contoh


kesalahan jenayah membunuh sering ada pilihan antara hukum adat dengan hukum
syarak.
Tidak menerima pengaruh Islam
7. Dalam fasal 14.2 yang bersabit dengan pembunuhan orang yang bersalah, hakim
mempunyai kuasa menentukan sama ada hukum dapat atau hukum syarak yang harus
digunakan untuk menghukum pesalah. Peraturan qisas seperti yang terdapat dalam
hukum syarak terdapat kesalahan membunuh tidak terdapat dalam hukum ini.
8. Dalam Hukum Kanun Melaka juga terdapat perbezaan kelas; kelas bangsawan, orang
merdeka dan hamba. Perkara ini bertentangan dengan kehendak hukum Islam. Dalam
Islam semua manusia ini sama. Mereka akan dihukum dengan hukuman yang sama
mengikut kesalahan mereka. Hukuman yang dikenakan tidak sama antara orang merdeka
dengan hamba walaupun kesalahan yang dilakukan adalah sama.

9. Kesalahan ini hanya boleh diampuni oleh raja dan hanya jika dilakukan oleh rakyat. Jika
raja yang melakukannya, tidak bersalah. Malah terdapat pertukaran di dalam fasal 5:4.

KESIMPULAN
Kita seharusnya berbangga dengan kejayaan yang dicapai oleh kerajaan Melaka. Usaha
pemimpin yang telah membawa pada kegemilangan Melaka haruslah dihargai. Sebagai rakyat,
kita hendaklah setia kepada raja dan negara. Sikap taat kepada ajaran agama dan mengamalkan
toleransi beragama juga perlu dalam sebuah masyarakt yang berbilang kaum seperti Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai