Anda di halaman 1dari 3

1.

0 PENGENALAN
Penggunaan teknologi maklumat semakin mempengaruhi manusia dari pelbagai peringkat
umur tidak kira yang tua atau yang muda. Ia seiring dengan kemajuan dalam inovasi arus
teknologi yang hampir setiap hari mengeluarkan gadget baru berserta aplikasi canggih terkini.
Keadaan ini akan memberi kelebihan kepada semua pihak kerana ia bukan lagi sekadar
umpama dunia di hujung jari bahkan seolah-olah telah berada dalam genggaman cuma yang
membezakan adalah cara kemudahan ini dimanfaatkan.
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) Kementerian Pendidikan Malaysia menyedari
bahawa komputer merupakan elemen yang sesuai untuk dijadikan perantaraan yang berkesan
dalam mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Maka dengan ini, budaya
persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang
berpengetahuan, kreatif, bijak berfikir dan penyayang dengan mengaplikasikan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT).
Pengajaran Pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) telah menjadi suatu perkara
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana penggunaan PPBK ini secara
terancang akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan, aktif dan bermutu. Di sekolahsekolah di negara kita, perisan PPBK ini selalunya dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia melalui Bahagian Teknologi Pendidikan. Apakah yang dimaksudkan dengan PBK.
Menurut Sander (1987), PPBK merupakan suatu situasi pembelajaran di mana pelajar-pelajar
berinteraksi dan dibimbing komputer melalui satu proses pembelajaran yang terancang untuk
mencapai matlamat pembelajaran tertentu. Manakala Moursund (1980) pula menyatakan
PBK ini adalah untuk menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajar, di mana berlaku
interaksi antara sistem komputer dengan pelajar-pelajar untuk membantu mereka tentang
bahan yang dipelajari.

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah aturcara komputer yang
menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untuk membantu seseorang belajar
(Jamaluddin,1989). Mikrokomputer digunakan untuk menyelenggara aktiviti pengajaran
dengan berpandu kepada program yang dibentuk oleh penulis perisian. Murid berinteraksi
dengan program komputer atau perisian melalui terminal ( Nik Azis, 1989) Terdapat beberapa
perkara penting yang oleh para pendidik berhubung dengan penggunaan komputer dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Pertama Komputer hanya akan bertindak sebagai alat
bantu dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang
dengan teliti oleh guru supaya penggunaan komputer dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Kedua

komputer tidak akan mengubah peranan guru. Sebaliknya, guru akan sentiasa

berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka khususnya dalam bidang
IT. Ketiga

penggunaan komputer dapat mengurangkan beban tugas guru dan pelajar

disamping setiap kerja dalam dilakukan dengan kemas teratur dan sistematik.

Dalam pengajaran berbantukan komputer, komputer boleh dianggap sebagai tutor atau guru.
Dalam proses pengajaran sebenar dalam bilik darjah, guru berperanan sebagai pengajar
(instructor), penerang (explaner) dan pemudahcara (facilitator). Semua peranan ini boleh
diambil alih oleh komputer dalam CAI ( Abd. Rahman, 1995 ). Pengajaran berbantukan
komputer melibatkan sistem tutorial, permainan dan simulasi di samping aktiviti latih tubi
( PPK, 1993; Jamaludin, 1989 ). Pengajaran berbantukan komputer boleh dilihat sebagai satu
alternat
if ke arah melahirkan generasi yang kreatif, inovatif, kritis dan berwawasan selaras dengan
hasrat kerajaan yang ingin mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan, di mana ia menjadi
asas kepada Pembentukan Kurikulum Pendidikan Malaysia. Pengajaran berbantukan
komputer boleh diaplikasikan dengan pelbagai cara. Sebagai contoh, guru boleh
menggunakan teknologi ICT melalui laman web pembelajaran untuk mengadakan latih tubi
di dalam kelas. Setiap pelajar dikehendaki menjawab soalan latih tubi di laman web dan
kemudian guru dan pelajar akan membincangkan jawapannya di dalam kelas. Sebagai
contoh,

laman

web

yang

disediakan

oleh

Kementerian

Pelajaran

iaitu,

http://spp.moe.edu.mymengandungi pelbagai nota dan latih tubi yang amat berguna buat guru
dan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai