Anda di halaman 1dari 20

ABSEILING

Abseiling merupakan satu aktiviti turun dari tempat tinggi ke tempat yang
rendah. Aktiviti ini memerlukan daya ketahan otot tangan dan kaki yang kuat
untuk membuat aktiviti penurunan. Aktiviti ini memerlukan kemahiran imbangan
yang tinggi. Ia juga dapat mendisiplinkan para peserta atau seseorang individu
untuk menghadapi saat-saat kecemasan atau membina keyakinan yang tinggi
terhadap para peserta apabila berada di tempat yang tinggi.
Melalui aktiviti abseiling, para peserta dapat mempelajari cara-cara atau teknik
penggunaan tali atau penurunan tali dengan menggunakan peralatan-peralatan
khas. Peserta akan diajar bagaimana menggunakan tali atau cara menurun
curam, malah peserta juaga akan diajar bagaimana menjaga dan menyimpan tali
tersebut.
Apa yang pasti, aktiviti abseiling dapat memberi kepuasan pada para peserta,
terutama perserta yang tidak pernah melakukan aktiviti tersebut. Walaupun
aktiviti ini kelihatan amat merbahaya, dengan penggunaan teknik penurunan
yang betul dan keazaman yang tinggi, ia dapat mengurangkan rasa gemuruh
dan takut para peserta. Secara tidak langsung aktiviti ini telah membentuk
sahsiah diri para peserta dengan lebih baik.
16.2 PERALATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK AKTIVITI ABSEILING
16.2.1 TALI
Tali memainkan peranan penting dalam aktiviti abseiling. Terdapat dua
jenis tali yang digunakan dalam aktiviti tesebut, iaitu tali statik dan tali
dinamik.
1. Tali Dinamik
Tali yang mempunyai warna serta corak yang pelbagai mengikut jenama seta
pengeluarannya
Lembut dan mudah dibengkokkan dan mengikut jenis permukaan cerunan
Saiz 7.8 mm, 8.8 mm, 9.8 mm, 10.5mm dan 11mm
Tali dinamik standard-tidak mempunyai balutan kalis air tetapi boleh digunakan
pada kawasan yang mempunyai kelembapan yang tinggi
Tali dinamik double dry-lapisan kalis air dan dapat digunakan dalam situasi
serta keadaan cuaca yang lembap
2. Tali Statik
Jenis tali yang mempunyai keanjalan yang tinggi
Biasa digunakan dalam aktiviti menyelamat
Saiz- 9 mm, 10mm, 11mm dan yang paling tebal 12.5mm
Agak keras dan tidak mudah dibengkokkan
16.3 SAIZ TALI DAN KEGUNAANNYA

Saiz Sheath Jenis Berat /meter Kekuatan Kegunaan


7.5 mm Menyelamat. 39 gm 15.6 kN Tali kecemasan
9 mm Biasa Rekreasi 53 gm 19.3 kN Untuk safety lines.
10 mm Flex Rekreasi 74 gm 23.1 kN Pendidikan outdoor abseiling, top roping
10 mm Biasa Rekreasi 74 gm 23.1 kN Caving
11 mm Flex Menyelamat 82 gm 26.9 kN Keselamatan
11mm biasa Rekreasi 82 gm 26.9 kN Aktiviti lasak - caving (fixed ropes)
11mm Flex Aktiviti lasak 82 gm 26.7 kN Outdoor, climbing gyms (top-roping)
12.5mm Flex Menyelamat 104 gm 40.5 kN Fire Service, rescue teams, height
safety
16.4 BAHAN DALAMAN TALI
16.4.1 FIBRE ASLI (Tali Manila)
Hemp (kuat, lembut, senag dibentuk)
Sisal (kembang dan licin bila basah)
Sabut (ringan dan kurang kukuh)
Cotton (lembut dan mudah rosak)
16.4.2 BUATAN MANUSIA (dua kali lebih kuat)
Nylon
Polyester
16.6 PUNCA-PUNCA KEROSAKAN TALI
16.6.1 Geseran
mungkin disebabkan tali melalui bucu yang tajam dalam keadaan tali yang
tegang atau ditarik pada permukaan yang kasar sehingga menghauskan lembar
tali
16.6.2 Terluka
belitan tali berulang-ulang kali, pasir halus masuk kedalam tali, kesan
pergeseran yang menyebabkan lembar tali (dalam dan luar terputus) menjadi
putus.
Ini dapat dikesan apabila tali menjadi longgar dan saiznya menjadi lebih besar
16.6.3 Apabila tali terlalu basah dan lembap akibat terkena air
16.6.4 Tali tidak terusus dengan baik dan menyebabkan nya bengkok
16.6.5 Tidak sengaja menarik tali di atas tanah
16.6.6 Cuaca terlalu panas
Tali akan menjadi kerekod apabila terkena haba yang kuat
Terdedah kepada pancaran matahari yang kuat pada jangka masa yang lama
16.6.7 Asid / alkali
Tali buatan manusia walaupun tahan bahan kimia tetapi apbila terkena asid
atau pelarut atau sperid yang kuat akan merosakkan tali

Tali manila akan mengalami kerosakan yang teruk apabila terkena bahan kimia
terutama asid dan alkali
Sebagai langkah keselamatan,semua tali yang tercemar hendaklah
diberhentikan penggunaanya. (dihapuskan sama sekali)

16.6.8 Terkena serangan Cendawan @ kulat


Tidak seperti tali asli, tali buatan manusia tidak terjejas apabila terkena
cendawan atau kulat
Semua tali asli yang basah atau lembap hendaklah dikeringkan tanpa
menggunakan haba jika tidak digunakan
16.7 PENJAGAAN TALI
Elakkan dari memotong tali
Elakkan dari simpulan tetap
Elakkan dari melalui bucu tajam
Elakkan dari tersentap semasa menggunakan nya
Simpan di tempat yang kering dan tinggi
Jika basah jemur di tempat yang redup/teduh
Periksa tali selalu
Di simpan di dalam bekas atau beg kanvas / plastik bagi mengelakan kekotoran
serta mudah dibawa.
Di simpan di tempat yang kering dan berudara serta jauhkan daripada minyak
atau bahan kimia
Jangan simpan di atas lantai, simen atau tempat yang berkarat
Tali hendaklah diberi nombor dan direkodkan sejarahnya
Apabila membuat ikatan di pokok, tali harus dilapik dengan guni untuk
mengelakan daripada tergeser dengan benda tajam.
16.8 CARA MEMBERSIH TALI
Bersihkan tali dengan air suam / normal
Jemur tali di bawah bangunan beratap dan mempunyai pengaliran udara yang
baik
16.9 CARA MENYIMPAN TALI
Tali tali perlu dikemaskan supaya mudah dibawa, tidak berjuntai dan paling
penting ia dapat melerai dengan bebas dan tanpa kekusutan ketika dilontarkan
Beberapa teknik menggulung tali ialah : Mountaineers Coil
: Butterfly Coil

JENIS-JENIS IKATAN
Lilit Pemati Biasa
Fungsi:
Digunakan untuk mematikan hujung tali supaya nampak kemas dan tidak
terbuang.
Teknik
a) Letakkan tali kecil seperti pada rajah
b) Kemudian lilitkan dengan kemas supaya tali kecil tidak mudah terburai. Lilitan
tali kecil boleh dibuat sebanyak 10-15 lilitan sebelum memasukkan hujung
kedalam hujung kedua seperti dalam rajah.
c) Seterusnya, tarik hujung tali kecil kebawah.
d) Setelah siap hujung tali kecil hendaklah dipotong supaya kelihatan
kemas.

Buku Sila
Fungsi
~ Menyambung 2 tali yang sama saiz.
~ Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas.
Teknik
a) Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.
b) Masukkan hujung A dibawah B.
c) Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah

Tindih Kasih
Fungsi :
~ Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
~ Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan
mangsa.
Teknik :
a) Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
b) Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
c) Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam bulatan
tersebut.

Bunga Geti
Fungsi :
~ Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.
~ Mengikat tali kesuatu tanjul.
Teknik :
a) Mulakan simpul.
b) Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul
seperti rajah (b).
c) Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul seperti
rajah (c)

Simpul Manuk
Fungsi :
~ Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
~ Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki
dengan selamat.
~ Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang
gunting.
Teknik :
a) Mulakan simpul pada kayu.
b) Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.
c) Tarik hujung tali.

Simpul Pulih
Fungsi :
~ Digunakan untuk menguatkan bahagian tali yang tidak kuat tanpa
memotongnya.
~ Memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya.
Teknik :
a) Mulakan simpul pulih.
b) Kemudian bentukkan satu pusingan setiap hujung.
c) Kayu boleh digunakan atau mengikat tali kecil.

Simpul Himpit
Fungsi :
~ Digunakan untuk menyambung dua tali yang sama saiz dan licin.
~ Simpul ini amat berguna apabila mempunyai minat untuk mengail.
Teknik :
a) Mulakan simpul himpit.
b) Bentukkan satu simpulan pada kedua-dua hujung tali.
c) Kemudian, tarik hujung tali.

Simpul Bunga Geti Ganda


Fungsi :
Dibuat supaya sambung yang dilakukan bertambah kuat dan tidak mudah
terburai
Teknik :
a) Mulakan simpulan ini seperti rajah (a) dan (b).
b) Kemudian masukkan silang kedua hujung tali B seperti pada rajah (a) dan (b).
c) Seterusnya tarik hujung tali untuk membentuk simpul seperti rajah (c) dan
(d).

Lilit Balak
Fungsi :
~ Untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah.
~ Agar kayu itu tidak licin dan mudah digerak-gerakkan.
~ Untuk memulakan ikatan serong.
Teknik :
a) Gunakan tali dengan mengelilingi kayu.
b) Tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas.

Belit Lucut
Fungsi :
~ Digunakan dalam aktiviti panjat memanjat dan mendaki.
~ Digunakan semasa turun daripada pokok atau tempat tinggi.
~ Dapat dibuka dengan senang.
Teknik :
a) Lipatkan seutas tali supaya sama panjang kedua-dua hujungnya. Kemudian,
mulakan simpul tarik pada batang pokok dengan menarik bahagian A keatas
seperti dalam rajah.
b) Seterusnya tarik bahagian B melalui bawah bahagian A.
c) Tarik bahagian A untuk mengemaskan simpul ini untuk membentuk seperti
dalam
rajah.

Simpul Abah-abah
Fungsi :
~ Digunakan untuk membuat tanjul di tengah-tengah tali.
~ Digunakan dalam aktiviti panjat memanjat.
Teknik :
a) Buat satu gelung seperti dalam rajah.
b) Tarik tali bahagian atas melalui gelung.
c) Tali tersebut hendaklah membentuk tanjul.
d) Beberapa tanjul hendaklah dibuat supaya sesuai digunakan untuk memanjat.

Lilit Pasdul
Fungsi :
~ Digunakan untuk mengikat batang kayu kecil untuk membuat tangga.
~ Digunakan untuk mencabut kayu pancang yang terbenam terlalu dalam tanah.
Teknik :
a) Mulakan membuat satu gelung.
b) Ambil kayu sepanjang 60cm yang saiznya sebesar lengan kemudian
masukkan seperti dalam rajah.
c) Lakukan simpul ini pada kedua-dua hujung kayu supaya seimbang kiri dan
kanan.

Lilit Tindih Kejap


Fungsi :
~ Digunakan untuk menambat tali yang kecil pada tali besar apabila ditarik
songsang.
~ Juga digunakan untuk menarik tali besar.

Teknik :
a) Mulakan simpulan.
b) Kemudian, ulang simpulan dan tindih di atas simpulan sebelumnya.

Ikatan Pengail
Fungsi :
~ Digunakan untuk mengikat tali pada gelung besi, kayu dan pancang.
~ Ikatan ini kuat dan kukuh.
~ Sesui digunakan untuk mendaki bukit, abseiling dan rappelling.
Teknik :
a) Buat 2 gulung tali. Kemudian masukkan hujung tali seperti dalam rajah.
b) Lakukan 2 lingkaran tali.
c) Pada hujung tali itu boleh diikat seperti dalam rajah.

Simpul Kerusi
Fungsi :
~ Digunakan bagi menurunkan orang sakit dari tempat tinggi atau menaikkan ke
atas.
Teknik :
a) Buatkan 2 gelung tali.
b) Kemuadian, tarik kedua-dua bahagian tali.
c) Ikatan seperti dalam rajah akan terbentuk.
d) Seterusnya, bentukkan satu gelung pada setiap hujung tali.
e) Tarik kedua-dua hujung tali untuk mengemaskan ikatan. Satu gelung yang
lebih
kecil dibentuk untuk memasukkan bahu pesakit.

Simpul Simple Noose


Fungsi :
~ Membuat tanjul yang tidak boleh terjerut.
~ Sangat berguna dalam kerja- kerja menyelamat.
~ Boleh digunakan untuk menjerut leher binatang.
Teknik :
a) Buat satu gelung dan kemudian tarik bahagian tengahnya.
b) Seterusnya, kemaskan simpulan tersebut.

Ikat Serong
Fungsi :
~ Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu yang bersilang.
~ Digunakan untuk membina jambatan, menara, gejek dan pioneering.
Teknik :
a) Mulakan dengan lilit balak pada kayu atau buluh yang bersilang.
b) Kemudian belitkan membujur dan melintang.
c) Seterusnya dicelah-celah silang supaya lebih kuat dan kemas.
d) Akhirnya matikan ikat serong dengan menggunakan simpul manuk.

Ikat Seraya
Fungsi :
~ Digunakan apabila dua batang kayu atau buluh bersilang dengan sudut tepat.
Teknik :
a) Dimulakan dengan simpul manuk.
b) Kemudian dililitkan dengan kemas dan ketat.
c) Seterusnya dililit dicelah kayu.
d) Akhirnya matikan ikatan dengan simpul manuk

Ikat Silang Gunting


Fungsi :
~ Digunakan untuk menyambung 2 batang kayu bagi membuat kaki yang
bersilang.
~ Untuk menyambung kayu supaya menjadi panjang.
~ Menguatkan kayu yang tidak begitu kuat.
Teknik :
a) Dimulakan dengan menggunakan simpul manuk.
b) Belitkan kedua-dua tiang dengan kuat dan ketat.
c) Belitkan dicelah-celah dengan kuat.
d) Matikan dengan simpul manuk.

Ikat Silang Tungku


Fungsi :
~ Digunakan untuk mengikat 3 batang kayu atau buluh yang sama saiz.
Teknik :
a) Dimulakan dengan lilit balak atau simpul manuk. Kamudian belitkan pada
ketiga-tiga batang kayu berselang-selang.
b) Seterusnya masukkan di celah-celah batang kayu.

c) Matikan ikat silang tungku dengan menggunakan simpul manuk pada kayu
tengah.

Lilit Kacang
Fungsi :
~ Digunakan untuk mengikat kayu atau buluh bagi membuat lantai sesuatu
gadjet.
Teknik :
a) Mulakan dengan memggunakan simpul manuk atau lilit balak.
b) Ikat selang-seli pada buluh lantai dari atas ke bawah tiang sehingga selesai.

Ikat Jepun
Fungsi :
~ Kegunaannya sama dengan dengan ikat seraya.
~ Menyambung 2 jenis kayu.
Teknik :
a) Kelilingi kayu tengah dan 2 bahagian tali diambil ke atas kayu mendatar.
b) Lilit keliling kayu tegak ke bawah di bahagian hadapan kayu mendatar
sebanyak 3 lilitan.
c) Asingkan kedua-dua hujung tali dan lilitkan pada arah bertentangan.
d) Akhirkan ikatan dengan mengikat kedua-dua hujung tali dengan simpul buku
sila di antara kayu.

Sambat Balik
Fungsi :
~ Untuk mematikan hujung tali.
Teknik :

a) Pecahkan hujung tali.


b) Kemudian sambat balik bersilang-silang ke belakang. Masukkan setiap hujung
urat tali berselang-selang di atas urat yang rapat dengannya dan dibawah
lembar yang dihadapannya.
c) Lakukan menyembat balik sehingga 3 kali.

Lilit Dua Simpul


Fungsi :
~ Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau kayu.
~ Mengikat hujung tali khemah pada pancangnya.
Teknik :
a) Mulakan simpul seperti dalam rajah.
b) Kemudian lakukan 2 lengkungan.
c) Tarik bahagian B untuk mengemaskan simpul.

Bil Jenis dan Fungsi Teknik


1. Lilit Pemati Biasa
Digunakan untuk mematikan hujung tali supaya nampak kemas dan tidak
terbuang.
A. Letakkan tali kecil seperti pada rajah
B. Kemudian lilitkan dengan kemas supaya tali kecil tidak mudah terburai. Lilitan
tali kecil boleh dibuat sebanyak 10-15 lilitan sebelum memasukkan hujung

kedalam hujung kedua seperti dalam rajah.


C. Seterusnya, tarik hujung tali kecil kebawah.
D. Setelah siap hujung tali kecil hendaklah dipotong supaya kelihatan kemas.
2. Buku Sila
Menyambung 2 tali yang sama saiz.
Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas. A. Letakkan hujung A
dan B di atas satu sama lain.
B. Masukkan hujung A dibawah B.
C. Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah A.
3. Tindih Kasih
Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan
mangsa.

4. Bunga Geti
Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.
Mengikat tali kesuatu tanjul. A. Mulakan simpul.
B. Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul
seperti rajah (b).
C. Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul seperti
rajah (c).
5. Simpul Manuk
Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki
dengan selamat.
Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang
gunting.
6. Simpul Pulih
Digunakan untuk menguatkan bahagian tali yang tidak kuat tanpa
memotongnya.
Memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya. A. Mulakan simpul pulih.
B. Kemudian bentukkan satu pusingan setiap hujung.
C. Kayu boleh digunakan atau mengikat tali kecil.
7. Simpul Himpit
Digunakan untuk menyambung dua tali yang sama saiz dan licin.
Simpul ini amat berguna apabila mempunyai minat untuk mengail.
a) Mulakan simpul himpit.
b) Bentukkan satu simpulan pada kedua-dua hujung tali.
c) Kemudian, tarik hujung tali.

8. Simpul Bunga Geti Ganda


Dibuat supaya sambung yang dilakukan bertambah kuat dan tidak mudah
terburai. A. Mulakan simpulan ini seperti rajah (a) dan (b).
B. Kemudian masukkan silang kedua hujung tali B seperti pada rajah (a) dan (b).
C. Seterusnya tarik hujung tali untuk membentuk simpul seperti rajah (c) dan (d).
9. Lilit Balak
Untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah.
Agar kayu itu tidak licin dan mudah digerak-gerakkan.
Untuk memulakan ikatan serong. A. Gunakan tali dengan mengelilingi kayu.
B. Tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas.
10. Belit Lucut
Digunakan dalam aktiviti panjat memanjat dan mendaki.
Digunakan semasa turun daripada pokok atau tempat tinggi.
Dapat dibuka dengan senang. A. Lipatkan seutas tali supaya sama panjang
kedua-dua hujungnya. Kemudian, mulakan simpul tarik pada batang pokok
dengan menarik bahagian A keatas seperti dalam rajah.
B. Seterusnya tarik bahagian B melalui bawah bahagian A.
C. Tarik bahagian A untuk mengemaskan simpul ini untuk membentuk seperti
dalam rajah.

11. Simpul Abah-abah


Digunakan untuk membuat tanjul di tengah-tengah tali.
Digunakan dalam aktiviti panjat memanjat. A. Buat satu gelung seperti dalam
rajah.
B. Tarik tali bahagian atas melalui gelung.
C. Tali tersebut hendaklah membentuk tanjul.
D. Beberapa tanjul hendaklah dibuat supaya sesuai digunakan untuk memanjat.

12. Lilit Pasdul


Digunakan untuk mengikat batang kayu kecil untuk membuat tangga.
Digunakan untuk mencabut kayu pancang yang terbenam terlalu dalam tanah.
A. Mulakan membuat satu gelung.
B. Ambil kayu sepanjang 60cm yang saiznya sebesar lengan kemudian
masukkan seperti dalam rajah.
C. Lakukan simpul ini pada kedua-dua hujung kayu supaya seimbang kiri dan
kanan.
13. Lilit Tindih Kejap.
Digunakan untuk menambat tali yang kecil pada tali besar apabila ditarik

songsang.
Juga digunakan untuk menarik tali besar.

14. Ikatan Pengail


Digunakan untuk mengikat tali pada gelung besi, kayu dan pancang.
Ikatan ini kuat dan kukuh.
Sesui digunakan untuk mendaki bukit, abseiling dan rappelling. A. Buat 2
gulung tali. Kemudian masukkan hujung tali seperti dalam rajah.
B. Lakukan 2 lingkaran tali.
C. Pada hujung tali itu boleh diikat seperti dalam rajah.
15. Simpul Kerusi
Digunakan bagi menurunkan orang sakit dari tempat tinggi atau menaikkan ke
atas. A. Buatkan 2 gelung tali.
B. Kemuadian, tarik kedua-dua bahagian tali.
C. Ikatan seperti dalam rajah akan terbentuk.
D. Seterusnya, bentukkan satu gelung pada setiap hujung tali.
E. Tarik kedua-dua hujung tali untuk mengemaskan ikatan. Satu gelung yang
lebih kecil dibentuk untuk memasukkan bahu pesakit.

16. Simpul Simple Noose


Membuat tanjul yang tidak boleh terjerut.
Sangat berguna dalam kerja-kerja menyelamat.
Boleh digunakan untuk menjerut leher binatang. A. Buat satu gelung dan
kemudian tarik bahagian tengahnya.
B. Seterusnya, kemaskan simpulan tersebut.

17. Ikat Serong


Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu yang bersilang.
Digunakan untuk membina jambatan, menara, gejek dan pioneering. A.
Mulakan dengan lilit balak pada kayu atau buluh yang bersilang.
B. Kemudian belitkan membujur dan melintang.
C. Seterusnya dicelah-celah silang supaya lebih kuat dan kemas.
D. Akhirnya matikan ikat serong dengan menggunakan simpul manuk.
18. Ikat Seraya.
Diguanakan apabila dua batang kayu atau buluh bersilang dengan sudut tepat.
A. Dimulakan dengan simpul manuk.
B. Kemudian dililitkan dengan kemas dan ketat.

C. Seterusnya dililit dicelah kayu.


D. Akhirnya matikan ikatan dengan simpul manuk.
19. Ikat Silang Gunting
Digunakan untuk menyambung 2 batang kayu bagi membuat kaki yang
bersilang.
Untuk menyambung kayu supaya menjadi panjang.
Menguatkan kayu yang tidak begitu kuat. A. Dimulakan dengan menggunakan
simpul manuk.
B. Belitkan kedua-dua tiang dengan kuat dan ketat.
C. Belitkan dicelah-celah dengan kuat.
D. Matikan dengan simpul manuk.

20. Ikat Silang Tungku.


Digunakan untuk mengikat 3 batang kayu atau buluh yang sama saiz. A.
Dimulakan dengan lilit balak atau simpul manuk. Kamudian belitkan pada ketigatiga batang kayu berselang-selang.
B. Seterusnya masukkan di celah-celah batang kayu.
C. Matikan ikat silang tungku dengan menggunakan simpul manuk pada kayu
tengah.

21. Lilit Kacang


Digunakan untuk mengikat kayu atau buluh bagi membuat lantai sesuatu
gadjet. A. Mulakan dengan memggunakan simpul manuk atau lilit balak.
B. Ikat selang-seli pada buluh lantai dari atas ke bawah tiang sehingga selesai.
22. Ikat Jepun
Kegunaannya sama dengan dengan ikat seraya.
Menyambung 2 jenis kayu. A. Kelilingi kayu tengah dan 2 bahagian tali diambil
ke atas kayu mendatar.
B. Lilit keliling kayu tegak ke bawah di bahagian hadapan kayu mendatar
sebanyak 3 lilitan.
C. Asingkan kedua-dua hujung tali dan lilitkan pada arah bertentangan.
D. Akhirkan ikatan dengan mengikat kedua-dua hujung tali dengan simpul buku
sila di antara kayu.

23. Sambat Balik


Untuk mematikan hujung tali.
A. Pecahkan hujung tali.
B. Kemudian sambat balik bersilang-silang ke belakang. Masukkan setiap hujung
urat tali berselang-selang di atas urat yang rapat dengannya dan dibawah
lembar yang dihadapannya.
C. Lakukan menyembat balik sehingga 3 kali.

24. Lilit Dua Simpul


Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau kayu.
Mengikat hujung tali khemah pada pancangnya. A. Mulakan simpul seperti
dalam rajah.
B. Kemudian lakukan 2 lengkungan.
C. Tarik bahagian B untuk mengemaskan simpul.

Anda mungkin juga menyukai