Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan

Pendidikan dan pembangunan sumber manusia adalah kunci kepada peningkatan daya
saing Negara menurut Hasnah Ali, Luqman Ahmad, Sanep Ahmad, & Noraziah Ali dalam
jurnal mereka bertajuk Keperluan, Kepentingan Dan Sumber Perancangan Pendidikan
Dalam Pembangunan Ekonomi Malaysia (2009). Menurut mereka lagi, sumber
pendidikan harus memenuhi kehendak komersil dan industri, dan boleh menghasilkan
tenaga kerja yang berupaya dan bersifat inovatif, produktif dan berkemahiran. Oleh yang
demikian, pentingnya perancangan pendidikan yang sempurna kearah penyediaan sumber
tenaga kerja yang mampu menggunakan sumber lain Negara secara maksimum.
Menyedari hakikat kepentingan itu, kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan yang
tinggi untuk bidang pendidikan pada setiap tahun. Jumlah perbelanjaan kerajaan untuk
sektor pendidikan boleh dilihat dalam Jadual 1 dibawah.

Jadual 1: Peruntukan Pembangunan Sektor Pendidikan Mengikut Rancangan Malaysia

Kerajaan juga turut bertindak memperuntukkan RM56 bilion kepada Kementerian


Pendidikan untuk membiayai pelbagai program pengajaran dan pembelajaran pada tahun
2015 melalui Belanjawan Negara 2015 yang dibentang oleh Perdana Menteri Malaysia.
Bajet ini bertujuan untuk memperkukuhkan sektor pendidikan Negara yang merupakan
tunggak kemajuan masa hadapan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia(PPPM) 2013-2025 yang memberi penekanan kepada pemantapan sekolah yang


memerlukan bimbingan dan bantuan khusus.
Melalui belanjawan yang telah diberikan oleh kerajaan kepada sektor pendidikan,
pengurusan perbelanjaan yang berhemah dan efisyen diperlukan dalam pengurusan
sumber kewangan yang diperolehi agar penggunaan sumber tersebut dapat memberi
manfaat yang maksimum kepada sesebuah organisasi. Hal ini adalah kerana sumber yang
diperolehi adalah terhad dalam memenuhi kehendak organisasi yang tidak terhad. Sistem
belanjawan atau bajet boleh digunapakai untuk mengimbangkan perbelanjaan dan hasil
sesebuah organisasi. Belanjawan merupakan suatu penyataan hasil dan perbelanjaan bagi
suatu masa hadapan yang digunakan sebagai alat perancangan sumber ekonomi negara
untuk memenuhi keperluan negara dan rakyat. Belanjawan juga memainkan peranan
penting dalam menentukan arah tuju dan kedudukan ekonomi sesebuah organisasi dan
sesebuah negara.

Anda mungkin juga menyukai