Anda di halaman 1dari 16

ANALISA ITEM SEJARAH TAHUN 5

1.1 PENGENALAN

Di dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid, peranan


yang perlu dimainkan oleh para guru adalah amat penting sekali. Guru juga perlu merancang
dan membina alat pengukuran, mentadbir ujian, merekod hasil pengukuran, menganalisis
maklumat, menilai, melapor dan menjalankan tindakan susulan seperti melaksanakan aktiviti
pengukuhan, pengayaan atau aktiviti pemulihan. Ujian adalah di antara salah satu kaedah
atau prosedur yang boleh digunakan untuk memperoleh maklumat secara sistematik
berkaitan dengan sifat seseorang yang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi.
Ujian juga adalah penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu
peperiksaan yang dijalankan.

Sebagai seorang guru, kita sudah semestinya perlu melalui suatu proses membuat
pemilihan jenis item atau soalan untuk ujian pencapaian tertentu seperti pencapaian
akademik pelajar di mana ianya agak sukar dan rumit, begitu juga dalam membina
item/soalan tersebut. Dengan adanya penggunaan Jadual Penentuan Ujian (JPU), ia sudah
pasti sedikit sebanyak akan dapat membantu kita untuk memilih jenis item yang diperlukan
ataupun jenis soalan yang bersesuaian dengan keupayaan pelajar-pelajar kita.

Selepas item soalan dibina dan ujian sudah digubal, analisis item dan ujian perlulah
dibuat untuk memastikan item atau soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai untuk
digunakan. Analisis item akan membolehkan kita menilai kesesuaian item tersebut dari segi
kesukarannya, yakni sama ada item tersebut terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu
kumpulan pelajar. Selepas membuat analisis item adalah digalakkan untuk membuat analisis
ujian bagi menentukan darjah ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh ujian tersebut. Analisis
analisis ini akan menghasilkan indeks yang dinamakan Indeks Kesukaran Item, Indeks
Diskriminasi Item, Indeks Kebolehpercayaan Ujian dan Indeks Kesahan Ujian. Analisis analisis ini perlu dilakukan supaya ujian yang dihasilkan adalah sesuai dan sah bagi sesuatu
tujuan tertentu.

ANALISA ITEM SEJARAH TAHUN 5

Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, kami telah ditugaskan untuk
membentuk satu Jadual Penentuan Ujian (JPU) yang meliputi salah satu sukatan pelajaran
sekolah rendah, di mana melalui JPU berkenaan kami perlu menggubal satu set instrument
ujian aneka pilihan sebanyak 20 soalan dan mentadbirkannya kepada sebuah kelas.
Kemudiannya kami perlu menentukan indeks kesukaran, indeks diskriminasi dan
menghuraikan keberkesanan item yang telah dipilih.

Oleh yang demikian, bagi melaksanakan tugasan ini, kami telah memilih tajuk
____________________ yang diambil daripada huraian sukatan matapelajaran Sejarah
Tahun 5. Berdasarkan tajuk ini kami telah membina satu unit JPU bagi memudahkan kami
untuk menggubal satu set soalan ujian aneka pilihan yang akan kami tadbirkan di sekolah
nanti. Setelah soalan ini siap dibina, kami telah mentadbirkan soalan ini kepada pelajarpelajar

tahun

yang

terdiri

daripada

20

orang

pelajar

dari

Sekolah

Rendah

Kebangsaan_________________.

Ketika pertama kali kami menerima tugasan ini, kami merasakan tugasan ini amat
berat dan sukar untuk dilaksanakan, terutamanya dalam menyediakan Jadual Penentu Ujian
( JPU ). Ini kerana, kami berasa agak keliru untuk membina soalan/item yang bersesuaian
mengikut aras taksonomi Bloom seperti mana yang dikehendaki di dalam JPU tersebut. Di
samping itu, kami turut mengalami masalah dan keliru dalam membahagikan soalan
mengikut kemahiran dan aras kognitif berdasarkan sukatan pelajaran yang telah kami pilih.
Mujurlah, pensyarah kami iaitu En.Ridzwan banyak membantu kami dalam menyediakan
Jadual Penentu Ujian ( JPU ) serta dalam membina soalan yang bersesuaian agar kami
tidak akan menghadapi masalah dalam melaksanakan tugasan yang seterusnya. Di sini,
kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Sekolah Rendah
Kebangsaan________________, di atas kerjasama yang telah diberikan ketika kami
mentadbirkan soalan ini kepada murid murid tahun 5 di sekolah tersebut.

Oleh yang demikian, kami merasakan tugasan yang telah diberikan ini banyak
memberi pengetahuan dan manfaat yang berguna kepada kami yang bakal menjadi warga
pendidik pada suatu hari kelak. Di samping itu juga, melalui tugasan ini, ia memberikan

ANALISA ITEM SEJARAH TAHUN 5

pengalaman yang baru kepada kami terutamanya ketika kami mentadbirkan soalan ini
kepada pelajar di mana kami perlu mengawal suasana kelas agar tugasan ini dapat
dijalankan dengan lancar dan berkesan serta tidak menghadapi sebarang masalah. Akhir
kata, kami berharap agar tugasan ini dapat dikekalkan pada tahun tahun yang berikutnya
kerana ia banyak memberi manfaat kepada para pelajar sebagai persediaan untuk menjadi
bakal guru dan sekali lagi kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada En.Ridzwan dan
juga kepada warga pendidik SK.________ di atas kerjasama yang telah diberikan. Sekian.

ANALISA ITEM SEJARAH TAHUN 5

1.3 JADUAL PENENTU UJIAN ( JPU )

Menurut Kubiszyn dan Borich ( 2003 ), Jadual Penentu Ujian ( JPU ) adalah carta dua hala
yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini
menyenaraikan objektif objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan
konsep konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Antara ciri ciri yang terdapat pada
Jadual Penentu Ujian ialah ia mengandungi kandungan sukatan pelajaran, jenis item yang
digunakan, kemahiran dan aras soalan mengikut aras taksonomi bloom, nombor soalan
serta jumlah keseluruhan soalan. JPU yang dibina dengan baik akan membantu penggubal
kertas ujian dan pembina item/soalan ujian. Antara kepentingan JPU ialah, kertas ujian dapat
digubal secara teratur dan bersistematik, untuk menjamin kesahan dari segi persampelan
sukatan pelajaran, memberi keseimbangan terhadap taburan soalan mengikut tajuk yang
telah ditetapkan dan perlaksanaan ujian adalah meliputi keseluruhan sukatan pelajaran yang
telah dipelajari. Di samping itu juga, aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke
tahun, walaupun item dibina oleh pembina soalan yang berbeza.

Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, kami telah membentuk satu Jadual
Penentu Ujian ( JPU ) yang meliputi sukatan pelajaran bagi Tahun 5 sepertimana yang
terdapat pada Jadual 1.1 berikut. Berdasarkan JPU tersebut, kami telah memecahkan tajuk
______________

kepada

topik

kecil

iaitu

___________,

_________

dan

__________________. Daripada topik topik ini kami telah membina I set instrument
soalan aneka pilihan yang meliputi kemahiran kognitif mengikut aras Taksonomi Objektif
Domain Kognitif Bloom. Soalan soalan yang telah kami gubal adalah terdiri daripada 6
soalan aras pengetahuan, 3 soalan aras kefahaman ,3 soalan aras aplikasi , 3 soalan aras
analisis, 2 soalan aras sintesis dan 3 soalan aras penilaian. Soalan soalan yang dibina
juga adalah terdiri daripada 10 soalan aras rendah, 5 soalan aras sederhana dan 5 soalan
aras tinggi.

ANALISA ITEM SEJARAH TAHUN 5

1.5 JADUAL ANALISIS

Setelah soalan ini siap dibina, kami telah mentadbirkan soalan ini kepada pelajar-pelajar
tahun

yang

terdiri

daripada

92

orang

pelajar

dari

Sekolah

Rendah

Kebangsaan_______________________. Hasil daripada ujian yang telah dijalankan ini,


kami telah menyediakan sebuah jadual pencapaian untuk menunjukkan hasil pencapaian
yang telah diperolehi oleh pelajar-pelajar ini seperti yang ditunjukkan pada jadual 1.2 di
bawah. Di samping itu, melalui jadual pencapaian ini ia akan memudahkan kami untuk
mengukur sejauh mana keberkesanan item soalan ini terhadap para pelajar di sekolah ini.

Berdasarkan jadual pencapaian ini, seramai 92 orang pelajar telah dipilh untuk
menjalani ujian ini yang terdiri daripada 40 orang pelajar lelaki dan 52 orang pelajar
perempuan. Daripada sejumlah 92 orang pelajar dari kelas tahun 5 Bijak ini, hanya seorang
pelajar sahaja yang mendapat markah tertinggi iaitu Mohd Khairullah Saufi yang berjaya
menjawab 16 soalan dengan tepat. Seramai 4 orang pelajar telah mendapat 15 markah, 5
orang pelajar mendapat 14 markah, 7 orang mendapat 13 markah dan yang selebihnya
bawah 12 markah.

Berdasarkan pencapaian yang diperolehi melalui jadual ini didapati hampir 70%
daripada pelajar kelas ini mampu menjawab soalan yang telah diberikan dengan baik.
Manakala 30% pelajar lagi gagal menjawab soalan yang diberikan dengan jayanya. Oleh
yang demikian, melalui pencapaian yang telah diperolehi tugasan kami yang seterusnya
ialah menentukan Indeks Kesukaran bagi item soalan yang telah kami sediakan ini.

ANALISA ITEM SEJARAH TAHUN 5

1.7 INDEKS KESUKARAN ITEM

Ciri pertama yang dapat menentukan kualiti sesuatu item ujian ialah melalui Indeks
Kesukaran Item (p).Indeks ini dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item iaitu sama
ada sesuatu item yang telah dibina itu mudah atau sukar untuk dijawab. Bagi ujian yang
berbentuk soalan aneka pilihan, indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan
calon yang memberi jawpan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab
item tersebut. Pengiraannya adalah seperti persamaan berikut :

Jadual 1.1 aras soalan

Dari segi kesesuaian soalan ujian rujukan norma, pembina soalan perlu ingat bahawa soalan
yang terlalu mudah (p>0.85) atau yang terlalu sukar (p<0.15) tidak akan dapat memberi
maklumat psikometrik ( ukuran psikologi ) yang bermakna. Ini adalah disebabkan, soalan
yang terlalu mudah akan dapat dijawab oleh hampir kesemua pelajar, sementara soalan
yang terlalu sukar pula tidak akan dapat dijawab oleh semua pelajar. Justeru, soalan
soalan ini tidak dapat membezakan pelajar yang lebih rendah keupayaannya dengan pelajar
yang tinggi keupayaannya. Antara tujuan indeks kesukaran ini diadakan adalah untuk
mengenalpasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru mendapati ramai pelajar
yang tidak dapat menjawab soalan tersebut dengan baik, untuk mengenalpasti serta
melaporkan

kekuatan

dan

kelemahan

bahagian

bahagian

kurikulum,

memberi

maklumbalas kepada pelajar bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji dan untuk
mengenalpasti soalan yang bias kepada sesuatu kandungan.

ANALISA ITEM SEJARAH TAHUN 5

Berdasarkan pencapaian yang telah diperolehi oleh pelajar selepas melaksanakan


ujian di sekolah, kami telah membina jadual untuk menunjukkan indeks kesukaran item yang
telah kami perolehi. Indeks kesukaran bagi item yang telah dijalankan adalah seperti yang
terdapat pada jadual 1.3 berikut :

Jadual 1.2 : Indeks Kesukaran Item


Melalui jadual di atas, kita dapat melihat soalan 1 dan soalan 4 mempunyai aras kesukaran
0.40 0.50 di mana pengkelasan item menunjukkan soalan ini terlalu mudah untuk
diselesaikan. Jika menurut ujian rujukan norma, soalan ini adalah tidak sesuai untuk
ditadbirkan kerana ia tidak dapat membezakan di antara pelajar yang pandai dengan yang
lemah.

Bagi soalan 8 pula, seramai 15 orang daripada 20 orang pelajar telah berjaya
menjawab soalan ini dengan betul. Ia mempunyai aras kesukaran 0.75 yang menunjukkan
soalan ini juga mudah untuk dijawab dan juga tidak sesuai untuk digunakan bagi ujian
rujukan norma.

Sebanyak 6 soalan mempunyai aras kesukaran 0.35 - 0.46 iaitu soalan 1,4,7,8,9, dan
soalan 13 di mana soalan soalan ini dikategorikan sebagai soalan yang sederhana
sukarnya. Soalan soalan seperti ini sesuai untuk ditadbirkan di dalam kelas kerana ia dapat
membezakan keupayaan menjawab di antara pelajar yang lemah dengan pelajar yang

ANALISA ITEM SEJARAH TAHUN 5

bijak.Soalan seperti ini tidaklah terlalu mudah atau terlalu sukar untuk dijawab dan sesuai
untuk menguji pengetahuan mengikut aras kemampuan kumpulan para pelajar yang
tertentu.

Soalan yang berada pada aras yang sukar iaitu pada aras 0.02- 0.29 adalah yang
paling banyak terdapat pada ujian ini di mana terdapat sebanyak 12 soalan yang sukar di
dalamnya. Antara soalan tersebut ialah soalan yang bernombor 2,3,5,6,10,12,14,15,16,18,19
dan 20. Di dapati agak ramai pelajar yang gagal menjawab dengan tepat soalan- soalan ini.
Jika mengikut ujian rujukan norma, soalan soalan seperti ini juga agak sesuai untuk
digunakan di dalam ujian kerana ia mampu membezakan pelajar yang rendah keupayaan
dengan pelajar yang tinggi keupayaannya. Walaubagaimana pun, soalan soalan seperti ini,
haruslah diperbaiki dan diseimbangkan mengikut aras kemampuan pelajar.

Manakala yang terakhir soalan 14 dan soalan 15 adalah soalan yang paling banyak
gagal dijawab oleh pelajar di mana hanya 2 orang pelajar sahaja yang berjaya menjawab
soalan 14 dan hanya 4 orang pelajar sahaja yang berjaya menjawab soalan 15 dengan
tepat. Oleh yang demikian, kedua dua soalan ini dikategorikan sebagai terlalu sukar dan
soalan ini tidak sesuai untuk dikekalkan di dalam ujian ini.

ANALISA ITEM SEJARAH TAHUN 5

1.8 INDEKS DISKRIMINASI ITEM

Indeks diskriminasi item ialah indeks yang dapat membezakan/ mendiskriminasikan


antara pelajar yang berkeupayaan rendah dengan pelajar yang berpencapaian tinggi. Indeks
diskriminasi boleh dikira dengan membahagikan perbezaan ( RU RL ) dengan T(L+U). RU
adalah bilangan pelajar yang menjawab dengan betul di kalangan pelajar yang
berpencapaian tinggi. RL pula ialah bilangan pelajar yang menjawab dengan betul di
kalangan pelajar berkeupayaan rendah.T(L+ U) adalah jumlah pelajar berpencapaian rendah
dan tinggi. Cara mengira indeks diskriminasi item adalah seperti yang berikut :

Jadual 2.0 aras indeks diskriminasi

Indeks diskriminasi boleh bernilai antara -1.00 hingga 1.00. Indeks diskriminasi hampir
kepada 1.00 bermakna soalan tersebut adalah baik untuk Penilaian Rujukan Norma ( PRN)
kerana ia dapat membezakan pelajar yang berpencapaian tinggi dengan pelajar yang
berpencapaian lemah. Bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi positif menghampiri
0.0, soalan soalan ini dikatakan tidak sesuai untuk PRN kerana ia tidak berupaya
membezakan pelajar pandai dengan pelajar lemah. Akhirnya, bagi soalan yang mempunyai
indeks diskriminasi negatif yang menghampiri -1.00, dikatakan tidak baik untuk PRN kerana
ia secara songsang membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah, iaitu lebih ramai
pelajar lemah dapat menjawab soalan soalan ini dengan betul berbanding pelajar pandai.

ANALISA ITEM SEJARAH TAHUN 5

Antara tujuan indeks diskriminasi ini ialah , untuk mengenalpasti konsep yang perlu diajar
semula, mengenalpasti serta melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian bahagian
kurikulum yang tertentu, memberi maklumbalas kepada pelajar pandai tentang kelemahan
mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji, mengenalpasti soalan yang bias kepada
sesuatu kandungan dan mengenalpasti pelajar yang berpencapaian tinggiuntuk melanjutkan
pengajian dalam bidang bidang tertentu.

Jadual 2.1 : Indeks Diskriminasi Item

Berdasarkan pencapaian yang telah diperolehi oleh pelajar selepas melaksanakan ujian di
sekolah, kami telah membina jadual untuk menunjukkan indeks diskriminasi item yang telah
kami perolehi. Indeks diskriminasi bagi item yang telah dijalankan adalah seperti yang
terdapat pada jadual 1.4 di atas. Contoh pengiraan untuk mendapatkan hasil analisa seperti
yang di atas ialah :
Contoh soalan 1 : Markah Tinggi (RU) = 6 orang
Markah Rendah (RL) = 4 orang
T(L+U) = 6 orang
(RU-RL) = 6 4 = 0.33
T(L+U) 6

ANALISA ITEM SEJARAH TAHUN 5

ANALISIS ITEM
Soalan/Item 1
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah -0.09. Seramai 6 orang murid dari kumpulan
pencapaian tinggi dan 4 orang dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab soalan
ini dengan betul. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang kurang baik dan perlu
diubah penganggu B.
- Soalan ini perlu diubah di dalam ujian ini.

Soalan/Item 2
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah -2.8 Seramai 4 orang murid dari kumpulan
pencapaian tinggi dan 2 orang murid dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab
soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalamm pengkelasan item yang tidak baik
- Soalan ini juga perlu diubah di dalam ujian ini.

Soalan/Item 3
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 4.53. Seramai 6 orang murid dari kumpulan
pencapaian tinggi dan 4 orang dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab soalan
ini dengan betul. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang baik untuk Penilaian
Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini dapat membezakan murid yang pandai dengan
murid yang lemah.
- Soalan ini sesuai dikekalkan di dalam ujian ini.

Soalan/Item 4
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.20.Bilangan pelajar berpencapaian tinggi
dan rendah yang dapat menjawab soalan ini dengan betul adalah sama.Soalan ini berada
dalam pengkelasan item yang tidak baik untuk Penilaian Rujukan Norma kerana soalan ini
tidak dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah.

ANALISA ITEM SEJARAH TAHUN 5

- Oleh itu, soalan ini perlu diganti dengan soalan yang lebih sesuai.

Soalan/Item 5
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.53. Seramai 6 orang murid dari kumpulan
pencapaian tinggi dan 4 orang dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab soalan
ini dengan betul. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang baik untuk Penilaian
Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini dapat membezakan murid yang pandai dengan
murid yang lemah.
- Soalan ini sesuai dikekalkan di dalam ujian ini.

Soalan/Item 6
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 5.73. Seramai 6 orang murid dari kumpulan
pencapaian tinggi dan 4 orang dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab soalan
ini dengan betul. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang baik untuk Penilaian
Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini dapat membezakan murid yang pandai dengan
murid yang lemah.
- Soalan ini sesuai dikekalkan di dalam ujian ini.

Soalan/Item 7
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah -1.6. Seramai 6 orang murid dari kumpulan
pencapaian tinggi dan 5 orang murid dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab
soalan ini dengan tepat. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang kurang baik untuk
Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini tidak dapat membezakan murid yang
pandai dengan murid yang lemah
- Soalan ini perlu diperbaiki atau digantikan dengan soalan yang lebih baik.

ANALISA ITEM SEJARAH TAHUN 5

Soalan/Item 8
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah -0.06. Seramai 6 orang murid dari kumpulan
pencapaian tinggi dan 5 orang murid dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab
soalan ini dengan tepat. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang kurang baik untuk
Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini tidak dapat membezakan murid yang
pandai dengan murid yang lemah
- Soalan ini perlu diperbaiki atau digantikan dengan soalan yang lebih baik.

Soalan/Item 9
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah -0.9. Seramai 3 orang murid dari kumpulan
pencapaian tinggi dan 7 orang murid dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab
soalan ini dengan tepat. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang kurang baik untuk
Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini tidak dapat membezakan murid yang
pandai dengan murid yang lemah
- Soalan ini perlu diperbaiki atau digantikan dengan soalan yang lebih baik.

Soalan/Item 10
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah -15.3. Seramai 4 orang murid dari kumpulan
pencapaian tinggi dan 4 orang murid dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab
soalan ini dengan tepat. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang kurang baik untuk
Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini tidak dapat membezakan murid yang
pandai dengan murid yang lemah
- Soalan ini perlu diperbaiki atau digantikan dengan soalan yang lebih baik.

Soalan/Item 11
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.77. Seramai 4 orang murid dari kumpulan
pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat. Manakala, tidak ada seorang
murid pun dari kumpulan murid berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini. Soalan ini
berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN)

ANALISA ITEM SEJARAH TAHUN 5

kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di
dalam kelas.
- Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.

Soalan/Item 12
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.33. Seramai 4 orang murid dari kumpulan
pencapaian tinggi dan 2 orang dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab soalan
ini dengan betul. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang baik untuk Penilaian
Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini dapat membezakan murid yang pandai dengan
murid yang lemah.
- Soalan ini sesuai dikekalkan di dalam ujian ini.

Soalan/Item 13
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah -0.19. Seramai 4 orang murid dari kumpulan
pencapaian tinggi dan 5 orang murid dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab
soalan ini dengan tepat. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang kurang baik untuk
Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini tidak dapat membezakan murid yang
pandai dengan murid yang lemah
- Soalan ini perlu diperbaiki atau digantikan dengan soalan yang lebih baik.

Soalan/Item 14
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah -1.8. Seramai 6 orang murid dari kumpulan
pencapaian tinggi dan 5 orang murid dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab
soalan ini dengan tepat. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang kurang baik untuk
Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini tidak dapat membezakan murid yang
pandai dengan murid yang lemah
- Soalan ini perlu diperbaiki atau digantikan dengan soalan yang lebih baik.

ANALISA ITEM SEJARAH TAHUN 5

Soalan/Item 15
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah -6.00 Seramai 3 orang murid dari kumpulan
pencapaian tinggi dan 2 orang murid dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab
soalan ini dengan tepat. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang kurang baik untuk
Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini tidak dapat membezakan murid yang
pandai dengan murid yang lemah
- Soalan ini perlu diperbaiki atau digantikan dengan soalan yang lebih baik atau Penganggu
B perlu diubah

Soalan/Item 16
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah -8. Seramai 4 orang murid dari kumpulan
pencapaian tinggi dan 5 orang murid dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab
soalan ini dengan tepat. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang kurang baik untuk
Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini tidak dapat membezakan murid yang
pandai dengan murid yang lemah
- Soalan ini perlu diperbaiki atau digantikan dengan soalan yang lebih baik.

Soalan/Item 17
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.66. Seramai 5 orang murid dari kumpulan
pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat. Manakala, hanya seorang
sahaja murid dari kumpulan murid berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini. Soalan
ini berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN)
kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di
dalam kelas.

- Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.

ANALISA ITEM SEJARAH TAHUN 5

Soalan/Item 18

- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 13.50. Seramai 5 orang murid dari kumpulan
pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat dan hanya 2 orang murid dari
kumpulan berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini juga
berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN)
kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di
dalam kelas.
- Soalan ini juga sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.

Soalan/Item 19
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 19.3. Seramai 6 orang murid dari kumpulan
pencapaian tinggi dan seorang murid dari kumpulan pencapaian rendah dapat menjawab
soalan ini dengan jayanya. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sangat baik
untuk PRN kerana ia dapat membezakan di antara murid yang bijak dengan murid yang
lemah di dalam kelas.
- Soalan 9 ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.

Soalan/Item 20
- Bagi soalan nombor 10 ini, indeks diskriminasinya adalah -0.58 di mana seramai 3 orang
murid dari kumpulan berpencapaian rendah telah berjaya menjawab soalan ini dengan betul
berbanding hanya seorang sahaja dari kumpulan berpencapaian tinggi.Soalan ini tidak baik
untuk PRN, kerana ia secara songsang membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah,
iaitu lebih ramai pelajar lemah dapat menjawab soalan ini dengan betul daripada pelajar
pandai.

- Soalan ini perlu diperbaiki atau diganti dengan soalan yang lebih sesuai.

Anda mungkin juga menyukai