Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGERUSI MAJLIS RESTU ILMU SMKPd 2012

ATUR CARA
KETIBAAN TETAMU

PERKARA
Bismillah....
Assalamualaikum wbt
Salam ceria, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam
penuh kemesraan
Yang dihormati
Tn Hj Abd Majid b Mohammad
YDP PIBG SMKPd
Yang berusaha
En Zulaffandi B Ahmad
Pengetua SMKPd
Yang dihormati
Pn Zuraida Bt Muhammad
GPK Pentadbiran
En Rafidi b Abd Jabar
GPK HEM
EN Nazarudin b Mohd Yusof
GPK Kokurikulum
AJK-AJK

PIBG, guru-guru Penolong Kanan, warga

pendidik SMKPd, dan yang dikasihi para pelajar sekalian.


Ucapan MC
Alhamdulillah terus dipanjatkan,
Demi kebesaran dan ketulusan rahmat yang dilimpahkan,
Demi kekuatan azam dan iltizam yang dikurniakan,
Beserta izin dan innayahNya jua,
Didorong dan digerakkan minda serta deria rasa,
Dianugerahkan aqal kita dengan kewarasan,
Fizikal mapan dengan afiah kecergasan,
Lantas dihimpun dan dipertemukan kita semua
Bagi menjayakan kemurnian agenda
Azlina SMKPd Jumaat 5 Oktober 2012

CATATAN

MAJLIS RESTU ILMU PMR 2011


Hadirin hadirat yang dimuliakan
Program restu ilmu dijalankan sebagai satu usaha ke arah
mewujudkan kerjasama yang berterusan di antara ibu
bapa, guru dan pelajar SMKPd (calon-calon PMR) ke arah
melahirkan generasi berilmu, berkualiti, berdaya saing dan
berhemah tinggi. Demi memartabatkan SMKPd dalam
kecemerlangan akademik .
Bacaan Doa

Demi memberkati majlis kita pada pagi ini,


Marilah kita semua,
Selaku insan kerdil sifat dan upaya,
Dengan sanubari yang bersih, minda yang jernih,
Menghimpunkan segala harapan dan hasrat,
Dengan bait-bait doa serta munajat.
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..
Ustaz Rasdi bin Mohd YUsof
Tampil seketika untuk memimpin bacaan doa pembuka
majlis pada pagi ini.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Aamin, Ya Robbal Aalamiinn..
Semoga pertemuan kita pada pagi ini dipelihara,
Dilimpahkan sepenuh manfaat dan keceriaan,
Menambah tautan kemesraan,
Serta, berpisahnya kita nanti akan diiringi dengan jutaan
ketenangan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih.

Ucapan Wakil Pelajar

Kreatif ,proaktif bijak mengira


Puitis puisi kemahiran berganda
Peluang diberi pembuka kata
Hati pelajar ingin berbicara

Azlina SMKPd Jumaat 5 Oktober 2012

Untuk itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan


Saudara Mohd Zubir bin Kamazlan untuk menyampaikan
ucapan bagi mewakili seluruh Pelajar T3 SMKPd 2012.
Dipersilakan
(ucapan Wakil)

Ucapan Wakil Guru

Terima Kasih Diucapkan kepada saudara Mohd Zubir bin


Kamazlan atas ucapan yang sungguh bermakna sebentar
tadi.
Bukan guru sebarang guru
Guru berjuang bagai pahlawan
Bukan ilmu sebarang Ilmu
Ilmu dicurahkan masa dikorbankan
Untuk itu,majlis dengan sukacitanya mempersilakan Pn
Kamariah binti Abdullah mewakili semua guru-guru
SMKPd bagi menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
(ucapan guru)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Ucapan Pengetua

Para hadirin yang dihormati sekalian,


Bukan keris tanpa hulunya
Bukan majlis tanpa terajunya
Dengan ini, majlis mempersilakan Yang Berusaha En
Zulafandi B Ahmad Pengetua SMKPd
bagi menyampaikan ucapan beliau.Dipersilakan
.
(ucapan pengetua)
Pohon seroja dilindung awan,
Bunganya mekar kembang serasi,
Terima kasih buatmu tuan
Ucapan bermakna penuh motivasi.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan

Azlina SMKPd Jumaat 5 Oktober 2012

pengetua, atas ucapan itu tadi.

Penyampaian hadiah

Hadirat hadirat sekalian


Majlis diteruskan dengan acara bersalam-salaman. Diminta
hadirin untuk berdiri.
Majlis menjemput semua pelajar Tingkatan 3 untuk naik ke
pentas bagi mendapat restu semua guru dan ibu bapa.

Penutup

Dengan berakhirnya acara bersalam-salaman itu tadi maka


berakhirlah majlis kita pada hari ini.
Akhir kata dari kami,
Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.
Wabillahitaufik.....wassalamualaikum....

Pengumuman

Azlina SMKPd Jumaat 5 Oktober 2012

Anda mungkin juga menyukai