Anda di halaman 1dari 7

mamasentimental.blogspot.

com

JOM KITA
BERPANTUN....SILA...O...SILA..: Pantun
31 Ogos......Sejarah Kita.
Assalamu'alaikum...
Salam kemerdekaan jiwa hamba....dari Ummi sekeluarga buat rakyat Malaysia semua... ^,^

Tetap terserlah si askar platun,


Mara menghala barisan hadapan,
Ucap Bismillah selembar pantun,
Bicara bermula titisan ucapan.

Di sangkar merbah bertelur helang,


Punai terlepas di hutan tarah;
Berkibar megah Jalur Gemilang,
Bagai mengibas lipatan sejarah.

Kini tibalah hari yang ditunggu-tunggu, hari untuk menyambut kemerdekaan negara yang ke
56 tahun......bermulanya tarikh keramat 31 Ogos 1957 sampailah sekarang....Kemerdekaan
yang membawa sejuta erti.....NEGARAKU BERDAULAT TANAH TUMPAHNYA
DARAHKU....Subhanallah ! Alhamdulillah !

Jom kita teruskan berpantun buatmu ibu pertiwi...


Dalam kerelaan majumu dewi,
Pantang rebah bangun berdiri;
Salam kemerdekaan buat ibu pertiwi.
Bertatang sembah pantun penyeri.
Jasamu diingat di tinta pusara,
Kenangan duka tidak disesali;
Perkasamu semangat cinta negara,
Laungan MERDEKA berkali-kali.
Hiris lada terhiris mentimun,
Sambal merah sedikit kari;
Portugis Belanda Inggeris dan Jepun,
Tinggal sejarah di karpet memori.
Perintis persada menangkis lanun,
Wajah tak gentar seampuh laksamana;
Portugis Belanda Inggeris dan Jepun,
Penjajah tegar musuh durjana.
Komunis melanda sadis bertahun,
Jerih bernafas peristiwa Kepong;
Portugis Belanda Inggeris dan Jepun,
Masih berbekas nyawa terapung.
31 Ogos membilang hari,
Rawan lara di zaman komunis;
Waktu berarus menggalang memori,
Pahlawan negara berteman puitis.
Waktu berarus minit berlari ,

Jangan suka berangan bermenung;


31 Ogos menggamit memori,
Kenangan merdeka kenangan dijunjung.
Persetua lara menghiris perasaan,
Waktu berarus ledakan saat;
Jiwa bersuara puitis kemerdekaan,
31 Ogos pekikan semangat.
Rahsia bersolat segera berZohor,
Sunnah dikerjakan menyembah Yang Satu;
Malaysia berdaulat negara yang makmur,
Tanah kelahiran tumpah darahku.

Kasih dijulang merafak mahkota,


Beban peristiwa bersemi pusara;
Berputih tulang tidak di mata,
Berkorban nyawa demi negara.
Membawa riwayat terpahat di batu,
Adrenalin amarah suka dan duka;
Peristiwa menyayat di Lahad Datu,
Cermin sejarah luka terluka.
Perjudi nyawa merempuh habis;
Membuka suara berbalah sangka,
Trajidi peristiwa yang sungguh sadis,
Ketika negara telah merdeka.
Bersimpul iman berapa amalan,
Sehangat pasrah membilang angan;
Tunku Abdul Rahman
Bapa Kemerdekaan

,
Keringat sejarah menjulang tangan.
Sanggul pasak kembung sekerat,
Mengapa jambangan bubuh di sisi;
Tun Abdul Razak menyambung hasrat,

Bapa Pembangunan
penuh dedikasi.
Fesyen sedondon cantik dilihat,
Jumpa Cik Puan di Jalan Teberau;
Tun Hussein Onn membelek rakyat,

Bapa Perpaduan
panggilan beliau.
Pohon banir menapis unggas,
Betapa dahan ada sepaha;
Tun Dr Mahathir berinovatif dan tegas,

Bapa Permodenan
sentiasa berusaha.
Mengaji bersolah berkabut pusara,
Terkapa ketakutan sejengkal nisan;
Datuk Seri Abdullah lembut bicara,

Bapa Pembangunan Modal Insan


.
Ketuk sudip bermata selisih,

Mengapa nasi berbau halia;


Datuk Seri Najib yang kita kasih,

Bapa Transformasi
Satu Malaysia.
Tentera berani menggenggam pusaka,
Melangkah mati nyawa diberi;
Negara kini 56 tahun merdeka,
Merdekakah hati jiwa sanubari.
Sungguh bersabar keringat dirasa,
Di ambang merdeka rakyat menanti,
Penuh debar semangat perkasa,
Lambang Merdeka memahat erti.
Kenangan duka sama merahsia,
Kering dan tua dimakan umur;
Laungan Merdeka bergema seMalaysia,
Seiring doa Malaysiakan makmur.
31 Ogos 24nya Syawal,
Merdekaraya dirai bersama.;
Bersatu bagus rapatnya kental;
Nescaya berjaya harmoninya lama.
Melilau muara menjejak hujan,
Turun di lembah merata-rata;
Kalau bicara tidak sepadan,
Mohon ditambah info dan fakta.
Pohon berdahan kelam keadaan,

Celahan pangkal selisih paya;


Mohon kemaafan salam kemerdekaan,
Cerahan Syawalkan masih bercahaya... ^,^
Sampai jumpa lagi di entri akan datang.....salam kemaafan dan
SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA YANG KE 56
.....semoga negara Malaysia sentiasa aman makmur dan damai serumpun berjiran tetangga
dan di dalam limpahan rahmat dan cahaya kasih sayang ALLAh SWT.....aminnnn, Yaa
Rabbal 'Alamin.
Telan syumi mengkelan rasa,
Saya menangis sedikit sedu;
Nukilan Ummi nukilan biasa,
Peria yang manis sepahit madu.... ^^,
Panggang tilan menunggu waktu,
Tangan siapa terik berlada;
Terang Bulan lagu Negaraku,
Jangan lupa lirik dan nada.
p/s Kalau nak dengar lagu, buatlah pilihan sendiri dengan meng'click' kat sebelah playlist
SCM tu ye...macam-macam lagu boleh dengar....selera merdeka selera nostalgia.... =)
Kalam berpena.....
UmmiAin

o
o

Aa
Sans-serif
Aa
Serif

Aa

Light
Dark
Sepia

Anda mungkin juga menyukai