Anda di halaman 1dari 12

KERTAS KERJA

KEJOHANAN OLAHRAGA TREK DAN PADANG,


SEKOLAH KEBANGSAAN PETRI JAYA,
TAHUN 2012.

1.0 PENDAHULUAN
Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui
kegiatan sukan, murid-murid bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam
bidang ini, malah juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta dapat
mendisiplinkan diri. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sukan dilihat
dapat menggalakkan pertumbuhan kanak-kanak yang cemerlang dari aspek intelek,
jasmani, rohani, emosi dan sosial . Atas kesedaran inilah, maka Sekolah Kebangsaan
Petri Jaya akan mengadakan satu Kejohanan Olahraga Trek dan Padang menjurus
kepada pembentukan insan yang seimbang. Melalui kejohanan ini diharapkan dapat
menggalakkan pembangunan diri murid-murid Sekolah Kebangsaan Petri Jaya sekali
gus mencapai ke arah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2.0 RASIONAL
Rasional Kejohanan Olahraga Trek dan Padang ini diadakan adalah seperti berikut :
i)

ii)
iii)

Memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada murid Sekolah Kebangsaan Petri


Jaya dalam meyertai acara-acara yang dipertandingkan dalam sesuatu kejohanan
olahraga
Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid dalam acara-acara olahraga.
Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.
3.0 MATLAMAT
Kejohanan Olahraga Trek dan Padang ini berfokus untuk mendedahkan murid-murid
Sekolah Kebangsaan Petri Jaya dengan acara-acara sukan olahraga serta memberikan
pengalaman kepada mereka menyertainya sendiri. Selain itu, kejohanan ini juga untuk
mencungkil bakat murid-murid dalam acara sukan olahraga bagi mengetengahkan
mereka ke tahap yang lebih tinggi.

4.0 OBJEKTIF
Melalui Kejohanan Olahraga Trek dan Padang ini, diharapkan guru pelatih dapat:

i)
ii)
iii)
iv)
v)

Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid.


Melahirkan insan yang sentiasa berdaya saing dan berlumba-lumba.
Memupuk semangat bekerjasama dan berganding bahu di dalam satu pasukan.
Memupuk semangat setia kawan dalam kalangan murid dan guru.
Menggilap bakat istimewa murid di dalam bidang sukan untuk diserlahkan kepada
peringkat yang lebih tinggi.

5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT


Tarikh
Masa
Tempat

: 2 MEI 2012
: 7 PAGI 2 PETANG
: SEKOLAH KEBANGSAAN PETRI JAYA, 81900 KOTA TINGGI, JOHOR.

6.0 SASARAN
Semua murid Sekolah Kebangsaan Petri Jaya, Kota Tinggi.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL
PERKARA
1
Pingat
Pingat acara olahraga individu.
Emas
Perak
Gangsa

2.

3.

KUANTITI

JUMLAH

26 x RM5
26 x RM5
26 x RM5

RM130
RM130
RM130

Pingat acara olahraga pasukan.


Emas
Perak
Gangsa

4 x4 x RM5
4 x4 x RM5
4 x4 x RM5

RM80
RM80
RM80

Piala Kejohanan
Juara
Naib Juara
Tempat Ketiga
Olahragawan dan olahragawati

1x RM25
1 X RM20
1x RM15
2 X RM10

RM25
RM20
RM15
RM20

Hamper
Juara
Naib Juara
Ketiga
Keempat

1 X RM30
1 x RM30
1 x RM20
1x RM20

RM30
RM30
RM20
RM20

4.
5.

Makanan /Minuman
Pegawai /guru/ staf

100 x RM5

RM500

Bayaran Pelepas

1 x RM120

RM 120

JUMLAH

RM2210

8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN


JAWATANKUASA INDUK
:
:
:

Penasihat Kejohanan
Pengurus Kejohanan
Penolong Pengurus Kejohanan

Tuan Haji Said Bin Hasran


Encik Zali Bin A.Rahman
Encik Tormadi Bin Jono

: Pn
Norhayati
Binti
Ibrahim
Setiausaha
Bendahari

Cik Nurulain Hasan

AHLI JAWATANKUASA
Publisiti dan Buku
Program
Perasmian dan Penutupan
Kepegawaian
Teknikal
Hadiah dan Cenderamata
Juruacara
Jurugambar
Dokumentasi
Rekod dan Statistik

:
:
:
:
:
:
:
:
:

: Mohd Nazirul Bin Ahmad


Norghahira Binti Ahmad Shukri
Mohd Haniff Bin Miohd Suhaimi
Mohd Azizi Zamri Bin Ilias
Nor Aien Binti Abu Hasan
Norainzatun Binti Md.Kasim
Nur Syaima Binti Salleh
Nur Zufika Binti Che Rosdi
Mohamad Faris Bin Mokhtar
Nurulain Binti Hasan

Penjaga Masa

Penyelia Peserta
Pengadil Lorong

Pelepas
Penolong pelepas
Pelepas panggil balik
Hakim Penamat
Pencatat

Referi Balapan

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Rafeah Binti Badaruddin


Mohamad Riezman Bin Ramli
Nur Farhana Binti Abd Majid
Chia Lee Shan
Hamizan Bin Mohd Noor
Chia Ee Chiam
Ang Angeline
Nadia bt Mustafa
Muhammad Hamiduddin Bin Shuhaimi
Muhammad Hafiz Azree Bin Badrul Hisham
Mohd Izuddin b Mohd Zain
Muhammad Faris Bin Hashim
Muhamad Asyraf Bin Yunus
Ruslina bt Hassan
Foo Kwee Yee
Stefaenus Olver Sabin
Muhammad Zulhilmi Bin Rahazat

(Rujuk Lampiran 2, Bidang Tugas)


9.0 TENTATIF PROGRAM

7.00 - 7.30 am

Semua murid dan kakitangan SKPJ berkumpul di dalam khemah rumah sukan
masing-masing.
Semua ibu bapa/ penjaga berada di dalam khemah khas untuk mereka.

7.30 - 7.50 am

Taklimat dan persiapan perbarisan untuk setiap kontigen SKPJ.

8.10 am

Ketibaan VIP

8.10 - 9.30 am

Kata alu-aluan juruacara


Lintas hormat setiap kontijen
Ikrar Temasya Sukan
Doa
Perarakan masuk bendera Temasya Sukan Tahunan
Ucapan Guru Besar
Ucapan perasmian Kejohanan Olahraga Kali Ke-12
Perarakan keluar semua kontigen
Persembahan padang (senam earobik)
9.40 - 1.00 pm

Pegawai bertugas mengambil tempat


Pertandingan akhir berlangsung
Penyampaian pingat-pingat
Sambungan acara akhir
Penyampaian pingat

1.00- 2.00 pm

Majlis Penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan 2012 Kali Ke-12 SKPJ


Penyampaian Hadiah
Khemah rumah sukan dan kontinjen terbaik
Olahragawan 2012
Olahragawati 2012
Hadiah keseluruhan

(Rujuk lampiran Jadual Pertandingan)

10.0 PENUTUP
Kejohanan Olahraga Trek dan Padang ini diharapkan dapat memberikan peluang
kepada semua murid Sekolah Kebangsaan Petri Jaya merasai sendiri pengalaman
menyertai sukan olahraga. Selain itu, kejohanan ini juga diharapkan dapat
meningkatkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid serta
menggalakkan mereka untuk mewakili sekolah dalam acara-acara olahraga.
Lampiran 5 ( Surat Jemputan)

KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-12


SEKOLAH KEBANGSAAN PETRI JAYA,
KOTA TINGGI JOHOR

Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Olahraga Kali Ke-12, Tahun
2012,
Sekolah Kebangsaan Bandar Petri Jaya,
Kota Tinggi Johor,
Dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan:
Tuan/Puan:
_____________________________________________________________
Hadir ke Kejohanan Olahraga kami pada:
Hari Khamis ( 26 April 2012)
Jam: 8.00 pagi
Tempat: Padang Sekolah Kebangsaan Bandar Petri Jaya, Kota Tinggi Johor.
Semoga kehadiran Tuan/Puan menambah serikan lagi temasya kami.

Terima kasih
Lampiran 2

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA


JAWATANKUASA

BIDANG TUGAS

Pengurus Kejohanan

Penolong Pengurus
Kejohanan

Setiausaha

Bertangungjawab dalam pengendalian dan


menentukan kejohanan berjalan dengan lancar
Memastikan semua pegawai telah melapor untuk bertugas
Bertanggungjawab membantu Pengurus Kejohanan
Bertanggungjawab menguruskan mesyuarat
jawatankuasa kerja atau induk dan penyediaan laporan
kejohanan
Bertanggungjawab kepada pengerusi dalam bidang
pengurusan dan pentadbiran
Mengumpul semua maklumat dan merekodkan semua

Publisiti dan Buku


Program

Perasmian dan
Penutupan

Kepegawaian

Teknikal

Hadiah dan

fail-fail sebagai rujukan


Bertanggungjawab untuk hadir dalam setiap mesyuarat
dalam perlaksanaan program
Memanggil ahli jawatankuasa untuk mesyuarat
Menguruskan urusan surat-menyurat kepada pihak
yang berkenaan
Menyedia dan mengedarkan catatan minit mesyuarat
dan surat pekeliling kepada yang berkenaan
Bersama pengerusi menentukan tempat, masa, tarikh dan
agenda mesyuarat
Menyediakan kertas kerja yang diperlukan program
Menyusun dan menyediakan tempat dan kemudahan
mesyuarat
Menyediakan buku program/cenderamata
Mengedarkan buku program kepada setiap guru
dan tetamu.
Menyediakan kain rentang kejohanan
Menyediakan senarai nama peserta
Menyediakan senarai nama peserta
Mengatur aturcara perasmian penutupan kejohanan.
Menguruskan latihan/raptai perasmian penutupan
(termasuk bacaan ikrar)
Menguruskan pertandingan perbarisan.
Menyediakan bendera, papan tanda untuk pasukan
yang mengambil bahagian.
Membuat surat jemputan dif kehormat
Mengatur dan melatih pembantu padang.
Memastikan persediaan petugas-petugas berjalan
dengan lancar
Menguruskan dan menyediakan semua alatan
pertandingan untuk acara padang dan balapan.
Memastikan persediaan balapan dan padang berjalan
dengan lancar
Memastikan alatan untuk pertandingan mengikut
spesifikasi rasmi
Menyediakan dan mengedarkan borang yang diperlukan
dalam pertandingan.
Menyusun aturcara bagi saringan pertandingan dan akhir
kejohanan.
Menyediakan senarai hadiah dan cenderamata

Cenderamata

Juruacara

Jurugambar dan
Dokumentasi

Menyusun hadiah, piala pusingan dan cenderamata.


Menghias meja hadiah
Melatih pembantu untuk upacara penyampaian hadiah.
Menyediakan senarai pemenang hadiah.
Menyediakan skrip mengikut susunan aturcara dan program
Memaklumkan kepada hadirin bagi setiap acara
Keputusan bagi setiap acara perlu diumumkan dengan segera
Mengumumkan pemenang bagi upacara penyampaian
hadiah

Bertanggungjawab merakam dan merekod segala aktiviti


yang berlangsung sepanjang program
Membuat laporan atau dokumentasi setelah program
berakhir
Menyelia papan markah (Score board)
Mengira jumlah markah yang diperolehi daripada
pengacara atau pencatat
Menyelia markah dari sukantara
Memastikan bilangan penjaga masa yang mencukupi bagi
semua peserta yang bertanding
Mengagihkan tugas-tugas kepada setiap penjaga masa
Menyemak kehadiran dan kesediaan peserta-peserta yang
bertanding.
Mengumpul pemenang untuk upacara penyampaian

Rekod dan Statistik

Penjaga Masa
Penyelia Peserta

Pengadil Lorong

Pelepas

Pelepas panggil balik

hadiah
Memerhati dan memastikan peserta yang bertanding tidak
melanggar peraturan.
Memutuskan sebarang bantahan peserta
Memastikan peserta berlari mengikut lorong
Menunjukkan bendera merah jika berlaku pelanggaran
peraturan
Menunjukkan bendera putih jika semua peserta sudah bersedia
Mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap pesertapeserta yang
sedang dalam keadaan sedia
Sebelum memulakan pelepasan pastikan Penjaga masa dan
Pengadil lorong sudah bersedia
Pastikan berdiri di tempat yang boleh dilihat sepenuhnya oleh
peserta sebelum memulakan pelepasan
Bertanggungjawab dalam membantu tugas-tugas Pelepas


Penolong pelepas

Hakim Penamat

Pencatat

Refri

Pastikan berada dalam kedudukan yang sepatutnya supaya


dapat memerhati setiap peserta dengan jelas
Memastikan semua peserta dalam saringan atau larian yang
betul dan memakai nombor
Menempatkan semua peserta di lorong atau di tempat
permulaan
masing-masing
Mengumpul semua peserta lebih kurang 3m di belakang
garisan
permulaan
Memberikan syarat kepada Pelepas sekiranya semua peserta
sudah bersedia
Memastikan dan mencatat pemenang bagi setiap acara
yang dipertandingkan
Menghantar keputusan kepada Pencatat untuk direkod
Menerima dan mencatat keputusan setiap acara ke dalam
borang keputusan rasmi
Memaklumkan kepada juruacara untuk tindakan selanjutnya
Refri yang berasingan dilantik bagi setiap acara
Menentukan segala Peraturan dan membuat keputusan
terhadap
sebarang perkara ketika kejohanan
Setelah selesai sesuatu acara, kad keputusan hendaklah
dilengkapkan
segera, ditandatangani oleh Refri yang berkaitan dan
diserahkan kepada Setiausaha Pertandingan

Lampiran
3
Aturcara Pertandingan Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Petri Jaya
No
Acara
Kategori
Acara
01
50m
Lelaki
02
50m
Perempuan
03
100m
Lelaki
04
100m
Perempuan
05
200m
Lelaki
06
200m
Perempuan
07
400m
Lelaki
08
400m
Perempuan
09
800m
Lelaki
10
800m
Perempuan
11
1500m
Lelaki

12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28

1500m
4x50m
4x50m
4x100m
4x100m
4x400m
4x400m
Lompat jauh
Lompat jauh
Lompat tinggi
Lompat tinggi
Lontar peluru
Lontar peluru
Lempar cakera
Lempar cakera
Merejam lembing
Merejam lembing

Perempuan
Lelaki
Perempuan
Lelaki
Perempuan
Lelaki
Perempuan
Lelaki
Perempuan
Lelaki
Perempuan
Lelaki
Perempuan
Lelaki
Perempuan
Lelaki
Perempuan

Lampiran
4
Jadual Pertandingan Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Petri Jaya.
Khamis, 26 April 2012 (Berkumpul pada 7:30 pg)
No No Acara
Acara
Kategori
Peringkat
Masa
1

06

200m

Perempuan

AKHIR

0930

07

400m

Lelaki

AKHIR

1000

08

400m

Perempuan

AKHIR

1015

09

800m

Lelaki

AKHIR

1030

10

800m

Perempuan

AKHIR

1045

13

4x50m

Lelaki

AKHIR

1100

14

4x50m

Perempuan

AKHIR

1115

15

4x100m

Lelaki

AKHIR

1130

16

4x100m

Perempuan

AKHIR

1145

10

17

4x400m

Lelaki

AKHIR

1200

11

18

4x400m

Perempuan

AKHIR

1230

12

19

Lompat jauh

Lelaki

AKHIR

0900

13

20

Lompat jauh

Perempuan

AKHIR

0930

14

21

Lompat tinggi

Lelaki

AKHIR

0900

15

22

Lompat tinggi

Perempuan

AKHIR

0930

16

23

Lontar peluru

Lelaki

AKHIR

0800

17

24

Lontar peluru

Perempuan

AKHIR

0830

18

25

Lempar cakera

Lelaki

AKHIR

1400

19

26

Lempar cakera

Perempuan

AKHIR

1400

20

27

Merejam lembing

Lelaki

AKHIR

1000

21

28

Merejam lembing

Perempuan

AKHIR

1030

Lampiran
1
KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-12,
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PETRI JAYA, KOTA TINGG JOHOR.
Semua Jawatankuasa Kerja
Kejohanan Olahraga 2012
Sekolah Kebangsaan Bandar Petri Jaya,
81900 Kota Tinggi Johor.
Tuan/puan,
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kejohanan Olahraga Kali Ke-12
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kejohanan Olahraga
Tahunan 2012 kali ke-12 akan diadakan seperti berikut:
Tarikh
Masa
Tempat

: 13 April 2012 (Khamis)


: 9:00 pagi
: Dewan Seri SKPJ

2.0 Agenda-agenda adalah seperti berikut:


2.1
Ucapan Pengerusi
2.2
Ucapan PK HEM
2.3
Membentang jenis sukan yang akan dipertandingkan pada karnival sukan
2.4
Pembahagian senarai jawatankuasa dan fungsi-fungsi
2.5
Hal-hal lain
Diharap tuan/puan dapat melapangkan masa untuk hadir. Kerjasama dari pihak tuan/puan amat dihargai.
Sekian
Yang menjalankan tugas

........................................
( Cik Nurulain Binti Hasan)
Setiausaha Kejohanan Olahraga 2012
s.k.
Tuan guru besar
Tuan PK. HEM