Anda di halaman 1dari 8

DEFINISI

Menurut Nana Sudjana(1989:2), penilaian ialah suatu tindakan atau kegiatan untuk
melihat sejauh mana tujuan-tujuan instruksional telah dapat dicapai atau dikuasai
oleh dalam bentuk hasil-hasil belajar yang diperlihatkannya setelah mereka
menempuh pengalaman belajarnya(proses belajar-mengajar).
Menurut Djemari Mardapi(1999::8), penilaian adalah kegiatan menafsirkan atau
mendeskripsikan hasil pengukuran.
Gay(1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap
sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada
sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seerusnya bagi
membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat
berhubung pengajaran dan pembelajaran.
Stufflebean et al (1971):xxv) menyatakan penilaian sebagai the process of
delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision
alternatives. Definisi ini menjangkau melepasi daripada maksud pengujian dan
pengukuran.
Secara ringkasnya, penilaian ialah satu proses membuat pertimbangan dalam
mentafsir hasil pengukuran. Bertujuan memberikan maklumat tentang pencapaian
murid, objektif pelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum.

1.2

TUJUAN

Penilaian dilakukan untuk mengetahui kemajuan dan hasil belajar peserta didik,
mendiagnosa kesulitan belajar, memberikan umpan balik/perbaikan proses belajar
mengajar, dan penentuan kenaikan kelas. Informasi yang tepat tentang
penyelenggaraan pembelajaran dan keberhasilan belajar peserta didik, guru, serta
proses pembelajaran itu sendiri diperolehi daripada penilaian. Melalui informasi
tersebut, keputusan tentang pembelajaran, kesulitan peserta didik dan upaya
bimbingan yang diperlukan serta keberadaan kurikulum itu sendiri dapat dibuat.
1.2.1

Alat mencari punca kelemahan.

Penilaian bertujun untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid


supaya tindakan susulan yang sesuai dapat dijalankan untuk membantu mereka
mengatasi kelemahan yang telah dikenalpasti. Selain itu, penilaian bertujuan untuk
memperbaiki pembelajaran murid dengan mengubahsuai aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berasaskan maklumat yang diperoleh dari PKBS. Ianya juga dapat
mengenalpasti kelemahan dan kekuatan kurikulum, dan seterusnya
mengubahsuainya mengikut maklumat dan objektif yang tertentu.
1.2.2

Mendapatkan maklumbalas(feedback)

Penilaian dilakukan untuk meninjau setakat mana objektif pelajaran telah dicapai
oleh murid. Ia juga digunakan untuk menentukan kemajuan dan pencapaian murid
dalam pembelajaran, memahami daya penyerapan murid dalam pembelajaran,

member penjelasan kepada guru sama ada pengajarannya berkesan atau tidak, dan
memberi gambaran kepada guru supaya mengambil tindakan untuk memperbaiki
pengajaran tersebut.
1.2.3

Menilai prestasi/pencapaian/kemajuan murid.

Proses penilaian yang dijalankan dapat memberikan maklumat tentang setakat


mana penguasaan murid-murid tentang sesuatu kemahiran yang telah
diajar. Selain itu, penilaian juga bertujuan untuk menentukan gred yang
memperlihatkan tahap pencapaian secara keseluruhan yang telah pelajar
kuasai. Guru akan dapat membezakan pelajar yang cemerlang, sederhana dan
lemah berdasarkan keseluruhan prestasi pencapaian yang ditunjukkan dalam
peperiksaan yang diduduki.
1.2.4
pelajar.

untuk mengenalpasti pengetahuan pembelajaran lampau pelajar-

Guru perlu mengadakan penilaian sebelum dan semasa pengajaran dan


pembelajaran. Sebelum memulakan pengajaran, guru haruslah mengadakan
penilaian dan menguji pelajar-pelajarnya bagi meninjau sejauh manakah pelajarpelajarnya telah menguasai sesuatu kemahiran atau ingin mendapatkan aspekaspek yang akan dipelajari. Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran
dan pembelajaran yang berlangsung pula akan memperlihatkan kemajuan pelajar
dalam jangka masa tertentu. Ini bertujuan untuk guru mengetahui masalah yang
dihadapi oleh pelajar.

2.0 Jenis-Jenis Ujian dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Ujian (sejarah & apresiasi seni)

Kaedah pemerhatian

Kaedah temubual

Kaedah perbincangan

Kaedah anekdot

Menggunakan senarai semak

Menggunakan soal selidik

Pengukuran sikap

Portfolio

2.1 Jenis-jenis ujian yang boleh digunakan dalam penilaian Pendidikan


Seni Visual
a ) Ujian Diagnostik ( tentang minat/ sikap dan lain-lain)

Mengenalpasti sesuatu masalah yang berlaku dan menentukan punca-punca yang


menimbulkan masalah. Diagnostik mempunyai tujuan-tujuan yang konstruktif.
Dalam proses P&P, Ujian Diagnostik ( UD) dapat menentukan kedudukan seseorang
pelajar dalam pelajarannya. Kedudukan pelajar perlu diketahui sebelum
memulakan sesuatu pelajaran. Oleh itu, sesuatu pelajaran itu dapat diajar dengan
lebih berkesan kepada pelajar-pelajar yang ditemapatkan pada peringkat yang
sesuai.
Selain itu, ujian diagnostik digunakan untuk mengenalpasti sebab wujud kelemahan
dalam pembelajaran. Sebagai contoh, seorang guru ingin menilai kebolehan pelajar
menguasai kemahiran mewarna pada waktu pagi. Guru perlu menilai dari aspek
pilihan warna serta penggunaan teknik yang sesuai. Dari penghasilan kerja pelajar
tersebut guru mengumpul data, seterusnya sudah dapat menilai kebolehan pelajar
sama ada boleh menguasai, kurang menguasai atau lemah. Dari sini guru akan
merangka strategi pengayaan atau pemulihan dengan meletakkan pelajar di dalam
sesuatu kumpulan yang sesuai dengan aras kebolehan mereka. (Guilford,J.P.:1967)
Contoh Ujian Diagnostik:
Guru mengumpul maklumat selepas ujian pencapaian terhasil dalam bentuk profil
individu atau pelajar berasaskan kemahiran yang diajar. Berdasar data yang
dikumpul guru akan mengetahui aspek yang manakah masih beum dikuasai oleh
pelajar sepenuhnya ataupun di peringkat yang dapat diterima.
Contoh: Data individu dalam Unit 1: Unsur Seni.
Contoh maklumat terkumpul melalui ujian pencapaian yang diadakan berdasar
sukatan pelajaran, selalunya dilapurkan dalam bentuk peratus (%), jumlah markah
dan peringkat peratusan.
Gambarajah2

Berdasar data yang dikumpul dapat membantu guru menyediakan rancangan P&P
yang lebih sistematik sama ada latihan dalam bentuk pengayaan atau pemulihan.
Ujian diagnostik ini sesuai digunakan kerana tujuan pengujian dan penilaian yang
paling jelas adalah untuk memberi pergerakan kepada pelajar supaya mereka
belajar dan guru pula mengajar dengan sempurna.(Gronlund,N.E:1965)

b) Kaedah Pemerhatian
Dalam bidang Pendidikan Seni Visual, pelajar perlu menyelami perkara-perkara
yang berkait dengan bidang itu untuk mengetahui ciri-ciri dan bidang itu. Sebagai
contoh dalam Pendidikan Seni Visual, pelajar perlu memahami dan
mempelajari bidang penghasilan seni yang meliputi Asas Seni Reka, Seni Halus,
Komunikasi Visual, Reka bentuk dan Kraf Tradisional, manakala bidang sejarah dan
apresiasi seni pula meliputi perkembangan Seni Visual di Malaysia, alat permaianan,
seni bina dan sebagai. (Sukatan Pelajaran P.Seni: Kementerian Pelajaran Malaysia)
Pelajar perlu memerhati setiap elemen dalam kandungan dan perkembangan seni
supaya dapat menjadi pelajar yang kreatif dan kritis. Melalui pemerhatian dan
pengamatan pelajar akan mempelajari dan kemudian menyatakannya dalam bentuk
ekspresi atau penyataan diri tentang apa yang dilihat dan diamati. Pengamatan
adalah asas kepada pembentukan sesuatu hasil atau ciptaan karya. Apabila pelajar
mengamati sesuatu, dia akan menerapkannya di dalam pemikirannya.
Penggabungannya dengan pengetahuan dan didorong oleh motivasi tertentu
menyebabkan pelajar bersedia untuk mengemukakan sesuatu gubahan idea atau
hasil karya.
Pengamatan adalah satu proses yang kompleks. Ini dapat dilihat daripada hasil
karya yang dikemukakan kelak. Hasil karya banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor
yang berkait dengan kemahiran mekanis. Jika pelajar disoal, mungkin ia akan
memberi gambaran yang berlainan tentang benda yang diamati itu daripada
gambaran sebenar.
Sebagai contoh yang lain, seorang pelukis mengamati sebuah rumah, hasil
pengamatannya tidak lagi serupa dengan rumah asalnya. Di dalam instrumen
pemerhatian/pengamatan ini, kemahiran yang berkait rapat melalui deria patut
diberi penekanan, ini termasuklah sensitif terhadap pergerakan, pendengaran,
penglihatan, penyentuhan dan sebagai.
Hasil karya pelajar akan dinilai guru dengan mengambil kira aspek-aspek tertentu
seperti ketelitian, kehalusan karya, bahkan hasil dari pemerhatian dan pengamatan
tersebut, guru akan membuat penilaian untuk mengesan perkara yang telah
dipelajari oleh murid hasil dari pengajarannya. Guru juga memerlukan maklum
balas mengenai keberkesanan kaedah mengajar yang telah digunakan.

c) Ujian bertulis:
i) Ujian Objektif
Ujian objektif merupakan pembentukan soalan-soalan yang mudah, cepat serta
senang dijawab.Salah satu daripadanya adalah ujian benar-salah. Item ini boleh
dijawab dengan mudah dan cepat. Pemberian markah boleh dijalankan dengan
menggunakan petunjuk. Langkah cermat perlu diambil kira supaya susunan
perkataan dalam kenyataan jelas dan tepat serta maknanya tidak boleh
dipersoalkan lagi. Guru dapat membuat penilaian tentang keberkesanan
pembelajarannya melalui keputusan ujian tersebut sama ada pelajar dapat

menjawab dengan cemerlang atau tidak. Pembinaan item jenis objektif ini sesuai
digunakan sama ada bagi pelajr di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Ini disebabkan
setiap satu item hanya menumpukan satu perkara dan satu peringkat dalam
pengetahuan atau kemahiran.
Dalam erti kata lain pembinaan item jenis objektif ini tidak menguji banyak perkara
sekaligus. Pembinaan item jenis ini cukup berstruktur bagi mengelakkan
penyelewengan semasa menjawab. Namun begitu ada juga pelajar yang menjawab
secara meneka sahaja.Justeru satu panduan tentang pembinaan item ini perlu
dibincangkan supaya kebolehpercayaan dan kesahannya diperakukan.
ii) Ujian Subjektif:
Makna perkataan yang membawa maksud dipengaruhi oleh pilihan diri sendiri, oleh
itu perkara yang subjektif tidak dapat dibuktikan dengan saintifik. Penyataan juga
tidak dapat dipastikan dengan tepat. Ujian subjektif biasanya berbentuk esei dan
pemberian markahnya boleh dibuat dengan dua cara iaitu dengan cara;
a) pemarkahan secara pandangan sepintas lalu
- membaca lalu memberi pandangan berdasar perasaan sama ada esei pelajar itu
baik atau sebaliknya dan markah diberi berasaskan kepada pandangan tadi.
b) pemarkahan secara analitik
-pemberian markah yang lebih relevan dan baik berdasar ciri-ciri jawapan esei
itu sendiri. Sebagai contoh melalui markah 100%, beberapa elemen telah diberi
pecahan markah mengikut kronologi kepentingan isi. Sebagai contoh dalam kertas
Pendidikan Seni Visual Sijil Pelajaran Malaysia iaitu Kertas 2: Seni Halus
(menggambar) , markah 50 yang ditetapkan meliputi markah seperti yang telah
dipecahkan kepada beberapa bahagian utama iaitu;
i) Warna 15 markah
ii) Gubahan 15 markah
iii) Interpretasi 10 markah
iv) Kreativiti 10 markah
Biasanya cara pemberian markah secara analitikal ini akan tersedia rapi dalam satu
skim pemarkahan. Namun begitu skim pemarkahan ini bukanlah sesuatu yang rigid
dan tidak boleh disangkal. Ia tetap mempunyai kelemahan berdasar hasil karya
pelajar dengan markah yang diberi, di mana kadang-kadang tidak boleh diterima
akal. Maksud di sini karya pelajar tidak sepatutnya dapat markah yang tinggi
apabila dinilai penghasilannya kurang memuaskan. Justeru ciri-ciri utama
mengadakan ujian seperti keesahan, kebolehpercayaan, interpretasi data dan
sebagai diragui apabila timbul isu-isu di sebaliknya.
(d) Pentaksiran
Dalam konteks sekarang, istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat
penilaian. Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan

pentaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Dalam konteks
pendidikan, pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran
yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan
menterjemah maklumat pembelajaran seseorang pelajar. Dasar penting bagi
pencapaian P&P yang berkesan melalui langkah2 pengujian, pengukuran dan
penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan dalam kelas. Justeru kecekapan guru
dalam membangun instrumen pengujian dan penilaian amat penting.
Namun begitu cara penilaian seperti ini mengundang beberapa isu, yang secara
tidak langsung mempertikaikan corak penilaian dalam sistem pendidikan dalam
negara kita. Antara persoalan yang timbul seperti berikut;
a) Soalan bocor
b) Skrip tidak diperiksa tetapi markah ada
c) Soalan di luar sukatan pelajaran
d) Berlaku pakatan untuk capai kejayaan
e) Pelajar masih gagal walaupun telah menduduki peperiksaan beberapa kali.
f) Terdapat pelajar yang tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.
g) Peperiksaan dan pentaksiran kurang menjurus ke arah pembelajaran yang
berkualiti tinggi.
h) Mendorong pelajar berbuat apa sahaja untuk dapat markah tinggi.
i) Berlaku kesilapan dalam pemberian markah.
j) Gagal menjawab soalan walaupun telah diajar berulang kali.

(e) Portfolio
Penilaian portfolio berdasar kesesuaian tema, kecekapan menggunakan alat dan
bahan untuk transform idea melalui pengolahan unsur-unsur seni visual, menilai
juga tentang kreativiti pelajar menyelesaikan masalah artistik, ketepatan,
kesempurnaan, ketelitian dan kehalusan kerja. Michael (1998) mencadang 8 objektif
perlu dibuat penilaian berasas pengalaman studio dan hasil kerja seni pelajar itu
sendiri; meliputi:
a) Komunikasi/ekspresi
b) Keyakinan diri
c) Perkembangan persepsi
d) Pengetahuan seni
e) Ketekalan organisasi estetika
f) Kreativiti

g) Kemahiran
h) keupayaan
Isu yang timbul:
a) Pelajar membuat kerja amali selepas waktu persekolahan. Aktiviti-aktiviti anjuran
sekolah serta kekangan waktu menyebab pelajar gagal menyiapkan bidang tugas
yang telah ditetapkan mengikut takwim penghasilan folio dan hasil karya;
menyebabkan mereka terpaksa datang pada waktu sebelh petang atau hari Sabtu
tetapi disebabkan masalah kewangan di kalangan pelajar orang asli, mereka kerap
tidak hadir ke sekolah. Justeru folio dan hasil karya disiap dalam keadaan tidak
sempurna
b) Penguasaan sesuatu kemahiran tidak mencapai tahap yang ditetapkan. Terdapat
pelajar yang tidak mempunyai asas langsung dalam mata pelajaran PSV semasa di
T4 dn T5, tetapi mendaftar mata pelajaran tersebut semasa di T6; guru perlu
bermula dari awal proses P&P.
c) Modul P&P m/p PSV perlu dibuat post mortem serta penambahbaikan supaya
kualiti P&P dapat ditingkatkan.
(f) Menggunakan senarai semak
Borang senarai semak boleh dijadikan sebagai instrumen untuk menilai pelajar
dalam ketiga-tiga aspek domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Guru
membuat senarai semak untuk melihat keberkesanan pembelajaran. Sebagai
contoh dalam pembelajaran di Tingkatan 6, guru menyediakan borang senarai
semak sama ada pelajar telah menyiapkan tugasan yang diberikan secara
berperingkat mengikut sekuen yang telah ditetapkan. Berdasar senarai semak juga
guru boleh menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu tajuk di samping
mendapatkan maklumat daripada pelajar tentang respon mereka terhadap P&P
Pendidikan Seni.
Daripada maklumat atau data yang diperolehi guru dapat mengambil tindakan
susulan sama ada meneruskan kaedah yang sama dalam P&P atau membuat
pengubahsuaian ke arah pembelajaran yang lebih sistematik. Begitu juga dengan
maklumat yang dikumpul, guru boleh merancang aktiviti seterusnya sama ada
membuat aktiviti pengayaan, pemulihan atau penambah baikan. Malahan daripada
maklumat tersebut kelemahan pelajar dapat dikesan tentang penguasaan dan
pemahaman setiap tajuk yang diajar guru. Rumusan daripada soal selidik itu, guru
akan tahu keberkesanan proses P&P mereka. (Abu Bakar Nordin:1986)
Selain daripada itu, dapat membina pelajar menjadi pengguna yang bekerjasama
dan yang mementingkan kualiti dan nilai estetika dalam penghasilan karya seperti
terkandung dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual itu sendiri. (Stephen &
Rederick:1978)

3.0

RUBRIK

3.1

DEFINISI

Rubrik merupakan panduan penilaian yang menggambarkan kriteria yang


diinginkan oleh guru dalam menilai atau mempertingkatkan hasil pekerjaan
pelajar. Rubrik perlu memuat daftar karakteristik yang diinginkan yang perlu
ditunjukkan dalam suatu pekerjaan siswa disertai dengan panduan untuk
mengevalusi masing-masing karakteristik tersebut.
3.2

MANFAAT PENGGUNAAN RUBRIK

Rubrik bertujuan untuk menjelaskan deskripsi tugas. Rubric juga


memberikan informasi bobot penilaian. Pelajar memperoleh umpan balik yang
cepat dan akurat. Dengan penggunaan rubric, penilaian akan lebih objektif dan
konsisten.
3.3

RUBRIK PERSEPSIONAL

3.3.1

Skala Rubrik Persepsional

SKALA PENILAIAN
NO

PERNYATAA
N

Sangat
tidak setuju
(1)

Tidak setuju Setuju


(2)

(3)

Sangat
setuju
(4)