Anda di halaman 1dari 13

500 tahun tidak reput

Oleh SUBASHINI RAJANDRA


Bagaimanakah penduduk bumi dapat
menghentikan penggunaan beg plastik
secara konsensus?

SECARA purata, seorang individu


menggunakan lapan helai beg plastik
seminggu.
MENURUT perangkaan, rakyat
Malaysia membuang sumber kitar
semula bernilai RM476 juta dua tahun
lalu. Selain kertas yang mencatat
pengeluaran sisa terbanyak iaitu 17
peratus atau RM205 juta, sumber
buangan kedua terbesar ialah plastik iaitu
9 peratus atau RM163 juta.
Keadaan yang sama disaksikan di Britain
tahun demi tahun apabila berbilion helai
plastik dibuang sewenang-wenangnya
walaupun baru sekali digunakan. Ingat,
untuk setiap lima minit sehelai beg
plastik dipakai tetapi mengambil masa
500 tahun untuk mereput!
Dalam satu kajian, dirumuskan 36
peratus daripada mereka yang ditemu
ramah mengakui membuang beg plastik
selepas digunakan sekali.
Secara purata, seorang individu
menggunakan hampir lapan keping beg
plastik seminggu. Bagaimana pula
dengan anda?
Beg plastik yang terbuang biasanya
meninggalkan pemandangan kurang
enak di atas pokok, jalan raya, taman-
taman, tasik, sungai dan tempat awam
lain.
Di samping mengeluarkan bau yang
kurang menyenangkan, ia memudaratkan
kesihatan manusia dan hidupan lain
termasuklah haiwan dan tumbuhan.
BEG plastik yang hanyut ke laut
membunuh penyu dan haiwan marin.

Beg plastik yang hanyut ke laut pula


turut membunuh kelompok penyu dan
haiwan marin kerana menyangkakan ia
adalah obor-obor.
Pengeluaran, pembuangan dan pereputan
beg plastik juga bukan semudah yang
disangka. Ia secara langsung
menyumbang kepada pembentukan gas
rumah hijau yang memberi kesan kepada
pemanasan global.
Di kebanyakan negara termasuklah
Ireland, sehelai beg plastik biasa
memaparkan cukai kerajaan yang
bernilai 15 sen Euro atau 47 sen.
Perkara yang sama dapat dilihat di
negara bukan ahli Kesatuan Eropah
seperti di Crotia dalam usaha untuk
mengawal jumlah penggunaan beg
tersebut.
Pasar raya di Perancis mempraktikkan
peraturan yang lebih drastik apabila tidak
menggunakan beg plastik langsung.
Ia hanya menjual beg kitar semula yang
berkualiti pada harga yang berpatutan.
Pendekatan ini bukan sahaja menjadi
insentif untuk memaksa individu
menggunakan beg kitar semula bahkan
membantu menyelamatkan bumi.
IMPLIKASI limpahan plastik
menghodohkan pemandangan sekeliling.

Benarkah pengurangan beg plastik dapat


membawa perubahan? Pada 30 April
2007, sejarah pemuliharaan alam
merekodkan pencapaian yang amat
bermakna kepada manusia sejagat.
Modbury di Devon, England menjadi
bandar pertama di dunia bebas daripada
beg plastik di Eropah.
Matlamat ini direalisasi berikutan
pendedahan Rebecca Hoskins, seorang
jurugambar haiwan liar yang
menceritakan semula kesan pencemaran
alam ke atas haiwan. Semua peniaga
secara bersepakat untuk bertukar kepada
kertas kanji jagung, kapas dan kain.
Selepas enam bulan, lebih daripada
sedozen bandar dan perkampungan lain
mengikut amalan yang sama.
Jadi, mulakan sekarang dengan
memeriksa sama ada beg plastik yang
anda pegang mempunyai label pensijilan
ISO 14001 untuk bahan kitar semula.
KEMPEN tidak menggunakan beg
plastik adalah salah satu cara
menyelamatkan bumi.

Rencana Utama!»

Segala-galanya ada di Melaka

 Gen ikan Sara Campbell


 Sekolah pondok moden
 Diseksa kerana kasta rendah
 Sindrom artis salah fesyen
 Pernah baring dalam mahkamah
 Memulihkan artifak Laut Mati
 DNA otak sel tubuh
 Restorasi khazanah purba
 Lima pelukis tersohor Johor

Pemotoran!»

Peugeot 308 Turbo

PEUGEOT 308 Turbo boleh anda miliki dengan tanda harga RM113,888 seunit bersama
jaminan tiga tahun atau perbatuan menjangkau 100,000 kilometer.

 Comel dan sporty


 Gear klac berkembar
 Legasi SUV
 Jaguh yang dilupakan
 Sistem navigasi Nissan Sylphy
 Caldina Club Malaysia
 Honda CR-V
 Kit M Sport percuma
 Honda CB400
selangkah di hadapan

Horizon!»
Memori zaman bercinta

 Pengalaman safari yang sukar dilupakan


 Aplikasi modul bertaraf dunia
 Pemandu arah
 Ikhtiar hidup dikala sesat
 Porsche 911 Turbo
 Wajah baru air panas Tawau
 Pernah terkoyak dahi
 Haramkan jualan tayar terpakai
 Lompat pulau ke pulau

Varia!»

Vaksin halal meningokokus

DZULKIFLI ABDUL RAZAK (lima dari kanan) dan Francisco Dominguez Alvarez
(enamdari kanan) pada majlis menandatangani memorandum perjanjian untuk
membangunkan vaksin halal penyakit meningokokus di Kedutaan Besar Malaysia di
Havana baru-baru ini.
 Katering bergerak Pizza Hut
 Bayar zakat di pejabat pos
 Set menu sambal Portugis
 Ham bok cantik sempena Seollal
 Zolsani warisi seni alat besi
 Kad pintar di lif pangsapuri
 Pewangi sisa buah-buahan
 Graduan tauke baja cacing
 Pinjaman tanpa faedah

Iklan@KOSMO!

Berita Terkini!
Vandalisme lif semakin berleluasa

KUALA LUMPUR - Vandalisme lif di rumah pangsa kos rendah di sekitar Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur semakin berleluasa dan membimbangkan Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Malaysia (JKKM) kerana pelakunya sanggup melakukan
perkara kejam termasuk membakar bayi di dalamnya. Lagi...

 Bila anak enggan bantu ibu bapa


 Jenazah mangsa dera dituntut
 Ledakan kuat di Denpasar
 Lagi Terkini...

Artikel-artikel di INFINITI :
 » Elak jangkitan dan pembaziran
 » Abadikan momen indah
 » Coklat dari rumah
 » Menyejuk tanpa membazir tenaga
 » Komputer riba generasi baru
 » Google Buzz saingan Facebook?
 » Meredah dunia Venetica
 » Terpesona kebaya Jawa Barat
 » Berita Sains
 » Penyelidik tempatan pamer bakat

Iklan@KOSMO!

Alam Damai

Dari lantai ke dinding


LANTAI dapat membawa perubahan yang besar kepada suasana kediaman. Justeru itu,
setiap pemilik pastinya menginginkan yang terbaik dari segi hiasan hinggalah ke lantai
rumah. Lagi...

Infiniti

Elak jangkitan dan pembaziran

RAMAI yang maklum betapa perlunya penyediaan tempat mengambil


wuduk yang selesa, lebih-lebih lagi jika kekerapan ia digunakan digandakan
lagi dengan bilangan orang yang menggunakannya. Lagi...

Kesihatan

Bengkak ginjal undang maut

Seumpama virus, kegagalan buah pinggang boleh berlaku pada bila-bila


masa. Lagi...

Iklan@KOSMO!

Iklan Teks

Anda mungkin juga menyukai