Anda di halaman 1dari 14

Rancangan Pelajaran Harian dan Refleksi

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Mata pelajaran :
Tahun :

Bahasa Melayu
3 Arif

Umur murid:

9 Tahun

Tarikh:

6 November 2012

Tema :

Amalan Hidup Sihat

Tajuk :

Mari Berekreasi

Masa :

9.00 pagi 10.00 pagi

Bilangan murid :

22 orang

Kemahiran:

Fokus Utama:

3.3 Aras 1(i) Menyampaikan pendapat yang wajar tentang sesuatu topik dengan
intonasi dan gaya yang betul.

8.3 Aras 1(i) Menyatakan pendapat yang wajar tentang sesuatu topik dengan
intonasi dan gaya yang betul.

Fokus sampingan:

4.1 Menyebut, membaca dan memahami perkataan yang mengandungi digraf dan
konsonan bergabung.

Objektif:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:

Murid dapat menyatakan pendapat yang wajar berdasarkan puisi yang dibaca.
Murid dapat menulis perkataan yang mengandungi digraph menggunakan tulisan
berangkai dengan cantik dan kemas.

Sistem Bahasa:
Tatabahasa:
Bahasa.

Kata Nama Khas, Kata Hubung, Kata Nama Am,Kata Kerja,Simpulan

Kosa Kata :

Nyanyi, Rekreasi, jogging

Pengisian Kurikulum:
Ilmu : Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
Nilai Murni: tekun, tabah, kebersihan fizikal dan mental, kerjasama, kesantunan
bahasa, hemah tinggi.

Kemahiran Bernilai Tambah:


Kem. Berfikir: menjana idea
Kecerdasan Pelbagai: Verbal linguistik, kinestetik, intrapersonal

LANGKAH
AKTIVITI
CATATAN
SET INDUKSI
( 5 minit)
1. Murid melakukan beberapa pergerakan anggota badan.
Contohnya: angkat kaki kanan, angkat kaki kiri dan lain-lain.

2. Guru mengaitkan aktiviti tersebut dengan isi pelajaran.

VAK:

Kinestetik
LANGKAH 1
( 10 minit)
1. Murid melihat papan gambar dan senikata lagu.
Murid dibimbing menyanyikan lagu mengikut melodi lagu Ikan Kekek.

2. Murid membaca senikata lagu.


BBM:
Powerpoint

VAK:
Audiovisual, Verbal, gambar tunggal
LANGKAH 2
( 20 minit)
1. Murid menyatakan pendapat tentang aktiviti semasa bersenam berdasarkan
lagu dan gambar.

2. Murid mengenalpasti perkataan yang mengandungi perkataan digraph.

BBM:
Powerpoint

VAK:
Verbal
LANGKAH 3
( 20 minit)
1. Murid-murid menulis perkataan yang mengandungi digraph menggunakan
tulisan berangkai yang kemas.

2. Murid murid menyebut dan membaca perkataan yang mengandungi digraph


berdasarkan kad imbasan.

3. Murid-murid menjawab soalan berdasarkan serikata lagu.

4. Murid-murid menyalin perkataan digraph dalam buku latihan.

BBM:
Kad imbasan
Lembaran kerja

VAK:
visual
Penutup
( 5 minit)
1. Murid menyanyikan semula lagu mengikut melodi Ikan Kekek dengan gaya
sendiri.

2. Penerangan nilai murni.

3. Rumusan.
BBM:
Powerpoint

VAK:
Visual, audiotori,
Kinestetik

Impak:

22 orang murid dapat menyampaikan pendapat yang wajar tentang sesuatu topik
dengan intonasi dan gaya yang betul.

REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO

1.0

Pendahuluan.

1.1
Saya melaksanakan pengajaran makro untuk mata pelajaran Bahasa Melayu
tahun 3 bagi menjayakan tugasan refleksi yang merupakan suatu aktiviti mengkaji
semula proses keberkesanan pengajaran yang telah dilakukan melalui renungan.
Refleksi yang telah dilaksanakan dengan hikhmah bertujuan untuk
mempertingkatkan kemahiran saya dalam elemen mendidik.

1.2

Masa yang diperuntukkan adalah selama 60 minit.

1.3

Bagi tugasan ini tajuk yang saya pilih ialah amalan hidup sihat.

1.4
Bagi melancarkan P&P saya menggunakan teknologi komputer
persembahan Ms Power point semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, kad
imbasan, gambar tunggal dan lembaran kerja sebagai bahan bantu mengajar.

1.5
Sepanjang pengajaran dan pembelajaran tersebut saya telah meminta
bantuan rakan untuk menjalankan proses rakaman dapat dijalankan dengan lancar.

1.6
Hasil rakaman dan juga respon bermula dengan bisikan hati dan nyata rasa,
saya berharap akan dapat menyatakan secara bertulis suatu refleksi kendiri yang
merupakan analisis secara aktif, terarah dan bermatlamat. Saya amat berharap
akan lahir suatu penekanan yang menitik beratkan penerokaan doman affective
spiritual dan mewujudkan suatu pemikiran membina dalam tindakannya mencari
kebenaran terhadap ilmu dan tugasan yang diterokai.
1.7
Secara peribadi saya berharap refleksi akan membina suatu anjakan
paradigma dalam diri saya dalam elemen berikut:i. Mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan dalam pengajaran pembelajaran setiap sesi.ii. Mengambil tindakan
susulan untuk mempertingkatkan mutu pengajaran pembelajaran.iii. Meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran saya dalam dunia pendidikan.iv. Menjadi refleksi
sebagai budaya kerja profesional keguruan.v. Menjadikan refleksi sebagai asas
kepada penulisan jurnal dan tugasan berkaitan dengannya.
2,0

Perancangan makro pengajaran.

2.1
Objektif pengajaran telah dirancang merujuk kepada sukatan pelajaran,
huraian sukatan pelajaran dan rancangan pelajaran tahunan Bahasa Melayu Tahun
3 mengikut kelompok yang telah diagihkan secara mingguan.

2.2
Wujud rasional objektif pengajaran kerana ianya adalah berdasarkan rujukan
KBSR Bahasa Mlayu dan mempunyai tema dan tajuk yang telah terancang dari awal
tahun dan telah diakui keesahannya oleh ketua panatia, dan guru besar.

2.3
Jika dilakukan penilaian dalam skala peratusan, objektif pengajaran saya
dinilai tercapai 95 % keseluruhannya.

2.4
Terdapat faktor-faktor yang menghalang pencapaian objektif P&P pada sesi
makro ini. Antaranya adalah faktor kesediaan murid untuk belajar. Kehadiran guruguru dalam menjayakan rakaman, pemerhatian, bantuan pengajaran berganding
telah menjadikan murid sedikit tersasar dalam tumpuan terhadap pembelajaran.
Terdapat dua orang pelajar yang belum lancar menguasai pembacaan (murid
pemulihan).

2.5
Kaitan antara tujuan pengajaran dengan objektif pengajaran makro adalah
menguasai kemahiran lisan, bacaan dan menulis dalam bahasa Melayu. Murid diberi
peluang menyampaikan dan menyatakan pendapat yang wajar tentang sesuatu
topik dengan intonasi dan gaya yang betul. Murid juga dibimbing untuk menyebut,
membaca dan memahami perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan
bergabung.

2.6
Saya dapati objektif pengajaran saya sesuai dengan minat dan tahap
perkembangan murid kerana tidak berlakunya miskonsepsi. Rancanagan
pengajaran harian yang telah diwujudkan telah mengambil kira pengetahuan sedia
ada dan tahap kemahiran bahasa murid. Rangsangan minat murid telah bermula
apabila murid dibimbing menyanyi secara kelas dengan bantuan audio yang
berkesan. Proses ini diikuti dengan beberapa sesi permainan bahasa dan
pembelajaran dalam kumpulan.

2.7
Wujud beberapa prasyarat bagi pencapaian objektif seperti tema dan tajuk
pengajaran yang selaras dengan aras kemahiran yang diperuntukkan. Suasana
pembelajaran yang kondusif, kesediaan murid, kawalan kelas dan kemudahan
infrasturktur yang selesa juga merupakan pemangkin kepada pemcapaian objektif.

3.0

Sumber pengajaran pembelajaran.

3.1
Beberapa sumber pengajaran telah digunakan bagi membantu mencapai
objektif pengajaran saya. Penggunaan Ms Power point semasa proses pengajaran
dan pembelajaran, telah berjaya menarik perhatian murid. Dengan menggunakan
Ms Power Point murid lebih tertarik dengan isi pelajaran. Tayangan yang jelas dan
lancar menyebabkan murid-merid fokus dengan setiap isi pelajaran yang ingin
disampaikan.
Melalui penggunaan LCD dan komputer,guru dapat mengaitkan pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu dengan lebih jelas dan teratur.

3.2
Saya telah mengubahsuai sumber yang sedia ada iaitu gambar tunggal
kerana ianya merupakan bahan pandang lihat yang genuin bagi murid sekolah
rendah. Bahan ini juga merupakan bahan maujud yang kekal yang membolehkan
guru membuat ulangan penerangan dan murid dapat mengunakannya secara
berulang bagi menguasai pemerhatian.

3.3
Lagu yang dinyanyikan dengan bantuan alunan audio memberikan impak
yang positif. Murid-murid memberikan tumpuan penuh dengan persembahan ini.
3.4
Rasional bagi saya memilih sumber yang digunakan adalah kerana ianya
medium utama ransangan masa kini. Pengunaan ICT dan bahan maujud juga dapat
membantu murid menyatakan respon dan pendapat peribadi mereka dengan lebih
ideal. Sesi soal jawab dan perbincangan juga berjalan lancar dan aktif. Murid- murid
dapat menjawab soalan yang ditanyakan oleh guru dan juga memberikan pendapat
sendiri berkenaan tajuk yang diberikan dengan baik.
4.0

Isi pelajaran.

4.1
Isi pelajaran yang diajar semenangnya berkaitan dengan objektif yang
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Tajuk, tema dan fokus kemahiran
sering dengan langkah pengajaran yang digalurkan secara tersusun, mengikut
urutan dan berkiatan dengan kemahiran yang diharapkan.

4.2
Butir-butir pelajaran saya merupakan kandungan yang penting. Saya
sentiasa mengawal masa dengan kehendak fokus utama da fokus sampingan
kemahiran bahasa. Saya sentiasa menastikan penerangan saya sentiasa rasional
dan tidak miskonsepsi dengan kemahiran dan sistem bahasa. Penerapan nilai dan
ilmu serta penerapan kemahiran bernilai tambah menjana idea dan kemahiran
berfikir menjadikan butiran pengajaran ini mempunyai elemen yang penting.

Semua murid mendengar penerangan daripada guru mengenai isi kandungan


tayangan tersebut.Murid-murid dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh
guru dengan betul dan tepat berkaitan dengan tayangan video.Ini menjelaskan
bahawa murid memahami isi kandungan yang hendak disampaikan dengan jelas.
4.3
Wujud jua pembahagikan isi pelajaran kepada elemen-elemen yang lebih
kecil dan menstrukturkannya agar lebih mudah diikuti oleh murid. Set induksi telah
diwujudkan bagi merangsang dan mencetuskan kehadiran P&P secara formal.
Langkah pengajaran yang tertentu telah dibahagikan dengan fokus tersendiri dalam
mencapai kemahiran lisan, bacaan dan tulisan secara berkesan. Rumusan

pengajaran diselitkan dengan penerapan nilai murni dan pengukuhan kemahiran


bahasa.
4.4.
Isi pelajaran juga mengandungi unsur yang kurang penting iaitu membaca
perkataan melalui kad imbasan. Sewajarnya dirasakan perkataan ini dapat
ditayangkan melalui slide. Akan tetapi dirasakan dengan adanya kad imbasan,
murid murid lemah dapat dibantu dengan dan pengukuhan dengan
mengunakannya secara berulang.
4.5
Saya telah mengubahsuai isi pelajaran yang akan disampaikan dan
mengambil kira sifat perbezaan individu murid. Sesi bacaan secara kelas dalam
bentuk mengeja perkataan melalui kad imbasan dapat membantu murid lemah
mengikuti bacaan secara tidak langsung.

5.0
Strategi dan aktiviti pengajaran pembelajaran.5.1
Strategi pengajaran
saya dapat merealisasikan objektif yang disediakan. Ini kerana aktiviti-aktiviti
pembelajaran yang berpusatkan murid dapat membantu mencapai objektif
pengajaran.
5.2
Pengajaran berpusatkan murid adalah suatu yang rasional bagi pemilihan
strategi pengajaran yang digunakan. Ini kerana pengajaran berpusatkan murid,
membolehkan murid cergas dalam mengambil bahagian semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran. Saya dapati murid-murid lebih aktif, saling berkomunikasi dan
sentiasa berusaha.

5.3
Aktiviti-aktiviti yang dipilih adalah sesuai dengan minat dan keupayaan
murid. Aktiviti-aktiviti yang dikelolakan yang melibatkan murid jelas menunjukkan
mereka dapat memberikan pendapat dan cadangan dalam aktiviti yang sedang
dijalankan. Ini kerana tajik dan tema yang digalurkan telah dipelajari dalam mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

5.4
Tedapat jua beberapa strategi dan langkah-langkah yang boleh dijayakan
untuk mempertingkatkan lagi pengajaran saya. Antaranya adalah pengajaran
secara kobolaratif dan penerapan seni bahasa. Drama, lakonan, teknik lakonan
arca, mimik muka, main peranan, teater pemabaca, teater bercerita dan slot
pembaca berita antara detik pembelajaran yang diidamkan oleh murid-murid dalam
pembelajaran bahasa.

Suasana komunikasi yang baik di antara guru dengan murid dapat menjayakan
onjektif yang hendak dicapai. Unsur jenaka dan kecindan yang diselitkan dapat
mengurangkan situasi tegang dan tekanan kepada murid. Murid murid akan
berasa lebih tenang jika guru dapat memakmurkan situasi P&P.
6.0

Pencerapan nilai.

6.1
Wujud jua kaitan nilai-nilai murni yang dipilih dengan nilai-nilai yang
terkandung dalam Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
6.2
Rasional diwujudkan penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran saya
adalah bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dalam semua elemen
yang diharapkan. Penerapan nilai murni jua adalah suatu lambang perjuangan
mengekalkan manusia sebagai insan yang bertamadun dengan tatsusila yang
unggul.
6.3
Nilai-nilai murni yang diterapkan adalah penting disebabkan desakan
keperluan memyediakan pelajar yang mampu mengharungi arus kehidupan yang
semakin mencabar dan penuh dengan asakan yang membimbangkan.7.0
Kemahiran-kemahiran pengajaran.

7.1
Adalah wajar seseorang guru membuat reflektif dengan memberi tumpuan
khas dalam satu masalah, dilema atau cabaran yang dihadapi.

7.2
Kemahiran yang terbina dalam set induksi jua perlu diberikan nafas baru.
Set induksi yang menggunakan medium ICT dan berbentuk muzikal secara
umumnya menarik minat murid.
7.3
Variasi rangsangan jua memainkan peranan sebagai pemangkin atau
untuk memujuk. Ganjaran berbentuk cenderahati atau pujian adalah unsur
menggalakkan murid lebih bersemangat. Senyuman, isyarat mata dan tangan
guru juga merupakan komunikasi yang merapatkan hubangan membina yang
berbentuk motivasi antara guru dan murid. Menurut Egan (1994) komunikasi bukan
lisan yang di utarakan merujuk kepada tingkah laku badan,ekspresi wajah dan
kualiti suara.

7.4
Kemahiran menyoal. Murid akan memberikan respon yang baik terhadap
soalan soalan yang diberikan oleh guru jika terdapat bantuan dalam mewujudkan
pengetahuan sedia ada. Bahan bantu mengajar seperti gambar tunggal, seni kata
lagu membantu murid dapat memahami dengan jelas isi kandungan soalan yang
ingin disampaikan

7.5
Pengurusan masa dapat dijayakan dengan baik beberapa faktor. Antaranya
adalah kawalan kelas, rancangan pengajaran yang teratur dan berkesinambungan.
8.0

Pengurusan bilik darjah.

8.1
Pengurusan bilik darjah adalah antara penyumbang suasana pembelajaran
yang kondusif dan menarik. Ini dapat melahirkan tingkah laku yang positif di dalam
bilik darjah.
Selain itu juga, seorang guru seharusnya sentiasa memberikan kata-kata pujian dan
ayat berbentuk motivasi kepada murid-muridnya bagi mengggalakkan mereka
berusaha dengan lebih tekun lagi.

9.0

Menilai kefahaman pelajar.

9.1
Kefahaman pelajar dapat diukur melalui lebaran kerja yang diberikan. Hasil
jawapan murid dapat diukur dalam struktur bahasa, ejaan, imbuhan, tanda bacaan,
isi-isi penting dan bentuk tulisannya.

10.0

Kelemahan pengajaran makro.

10.1
Saya juga tidak mencadangkan aktiviti susulan kepada murid. Pengurusan
masa juga tsedikit terganggu.

10.2
Masa yang panjang dimabil bagi menyiapkan tulisan berangkai dan
menjawab soalan pada lembaran kerja.

10.3
Kedudukan guru di dalam kelas hanya sekitar bahagian hadapan kelas.
Secara keseluruhannya, saya tidak berkesempatan untuk memantau kesemua
aktiviti murid.

10.4
Bimbingan secara individu jua tidak dapat dijayakan dengan cepat kepada
murid-murid yang menghadapi kelemahan. Saya dapati beberapa orang murid tidak
dapat mnyiapkan lembaran kerja kerana penguasaan membaca yang lemah.

11.0

Penambahbaikan.

11.1

Saya perlu merancang strategi pengajaran yang lebih berpusatkan murid.

11.2
Kawalan masa akan saya pentau dengan baik dengan mengadakan aktiviti
bersesuaian dengan aras kebolehan murid.

11.3
Saya akan lebih dalam pembahagian ahli kumpulan semasa aktiviti
kumpulan dijalankan. Susunan tempat duduk murid akan dilakukan bagi
melancarkan proses mmbimbing pelajar dan meningkatkan kawalan kelas.

11.4
Saya akan mencari ruang dan cara dalam sesi pemuliahn bagi mambantu
murid-murid yang lemah membaca berdasarkan strategi yang sesuai. mengikut
tahap kebolehan mereka.

12.0

Penutup.

12.1
Saya amat berharap agar dapat memahami beberapa elemen pembinaan
refleksi seperti
l objektif pengajaran eksplisit dan spesifik,
l implikasi objektif pengajaran
l kemungkinan-kemungkinan implikasi kepada perlakuan pengajaran.
l contoh-contoh dan gambaran-gambaran alternatif yang mungkin dapat
memperjelaskan lagi isi pelajaran dengan lebih berkesan kepada murid-murid.
l perkara yang patut dilakukan supaya dapat menarik dan mengekalkan minat
murid.
l perkara yang patut saya amalkan supaya murid lebih aktif.

l strategi pengajaran yang digunakan dapat menghasilkan pembelajaran yang


berkesan.menilai tahap diri dalam mencapai objektif pengajaran.
l cara untuk saya boleh mengetahui tahap pencapaian pengajaran saya.

12.2
Prosos menjayakan tugasan yang diberikan merupakan proses membina
sahsiah, kemahiran dan peningkatan ilmu kepada saya. Moga usaha mendidik yang
saya sandang ini dapat saya jadikan amanah yang merupakan anugerah dari Yang
Maha Pencipta Sekian Alam

Anda mungkin juga menyukai