Anda di halaman 1dari 5

Teori-teori Kaunseling:

Teori Behavioris
Teori Pemusatan Perorangan (Humanistik)
Teori Rasional Emotif
Pendekatan Kognitif
1.0 Pengenalan:
Teori merupakan asas-asas kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu
pengetahuan. Sebenarnya setiap daripada kita mempunyai pandanganpandangan yang membentuk sesuatu teori penggunaan tentang tingkah laku
manusia. Teori penggunaan sebenarnya merujuk kepada kepercayaankepercayaan dan andaian-andaian yang mempengaruhi hidup kita sehari-hari.
Teori seperti ini memang mempengaruhi tingkah laku terutamanya hubungan
antara individu. Teori peribadi kita telah dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti
sosioekonomi, jantina, pengalaman, taraf persekolahan, rakan-rakan dan
peluang sahsiah, perangai dan kesedaran diri.
Jika kita sedar tentang teori-teori peribadi kita, kita akan dapat melihat
bagaimana teori tersebut berkait dengan teori formal dan amalan-amalan yang
menolong kita.
2.0 Kepentingan Teori Kepada Kaunseling:
Bagi seorang guru bimbingan dan kaunseling, teori kaunseling adalah penting
atas sebab-sebab yang berikut: Pertama, teori disifatkan sebagai rangka rujukan
yang baik untuk membantu guru bimbingan dan kaunseling memahami tingkah
laku manusia, seterusnya merancang pelan tindakan yang bersesuaian dengan
klien yang dipertemukan.
Kedua,

teori

menerangkan

tentang

perubahan

tingkah

laku

serta

membekalkan maklumat tentang faktor-faktor berhubung dengan perhubungan,


matlamat kaunseling, teknik proses, dan hasil. Penerangan seperti ini boleh
dijadikan panduan guru bimbingan dan kaunseling dalam memahami bagaimana
manusia berfungsi serta bagaimana sesuatu masalah itu timbul, kemudian

mambantu kanak-kanak berkenaan untuk mengurus hidupnya ke arah


pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
Ketiga, pengetahuan tentang pelbagai teori dapat membantu guru bimbingan
dan kaunseling memilih teori yang sedia ada, atau membentuk teori baru yang
konguren dengan nilai serta personalitinya, dan sesuai digunakan dengan
pelbagai jenis klien yang mengalami isu yang berbeza-beza.
3.0 Terapi Rasional Emotif
Pengasas Terapi Rasional Emotif
Teori Rasional Emotif Terapi telah diasaskan oleh Albert Ellis. Teori ini terbina
apabila beliau mendapati bahawa teori Psikoanalasis yang dipelopori oleh Freud tidak
mendalam dan adalah satu bentuk pemulihan yang tidak saintifik. Pada awal tahun 1955,
beliau telah menggabungkan terapi-terapi kemanusiaan, fisolofikal dan tingkah laku dan
dikenali sebagai teori emosi-rasional (RET). Semenjak itu beliau terkenal sebagai bapa
kepada teori RET dan datuk kepada teori tingkah laku kognitif.
Ellis menekankan bahawa terapis dan klien perlu bekerjasama untuk mencabar
kepercayaan tidak rasional yang mengakibatkan gangguan emosional. Mereka perlu
menuju ke arah mengubah perkara yang tidak realiti, tidak matang, terlalu menuntut dan
tidak lojik kepada pemikiran yang logik, matang dan realistik.
Hipotesis RET:
Emosi berpunca daripada kepercayaan, penilaian, interpretasi dan tindakan
daripada situasi kehidupan.
Di dalam proses teraputik emosi-rasional, klien mempelajari kemahiran yang akan
digunakan untuk mengenal dan memerangi kepercayaan yang telah tertanam lama di
dalam diri seseorang. Ini disebabkan oleh teori ini lebih bersifat pendidikan daripada
perubatan yang direka dalam keadaan di mana kaunselornya aktif terarah dengan tepat
dan mengajar.

Konsep ABCDE (menjelaskan bagaimana gangguan emosi dan fikiran berlaku) :

Proses berlaku:

Kebaikan RET:
Pendekatan ini cepat sampai kepada masalah yang dihadapi oleh klien.
perawatan juga dapat dilakukan dengan cepat.
Kaedah pemikiran logik yang diajarkan kepada klien dapat digunakan
dalam menghadapi gejala yang lain.
Klien merasakan diei mereka mempunyai keupayaan intelektual dan
kemajuan.

Kelamahan RET:
Aada klien yang begitu terpisah dari reality sehingga usaha untuk
membawanya ke alam nyata sukar sekali dicapai.
Ada klien yang terlalu berprasangka terhadap logik, sehingga sukar
untuk mereka menerima analisa logik.
Ada klien yang memang suka mengalami gangguan emosi dan
bergantung kepadanya di dalam hidupnya, dan tidak mahu membuat
apa-apa perubahan lagi dalam kehidupan mereka.

4.0 Pendekatan Kognitif


Kaitan antara pendekatan dan teori dalam bimbingan dan kaunseling.

Suatu pendekatan mengandungi satu atau beberapa teori yang


mempunyai ciri persamaan mengenai cara melaksanakan bimbingan dan
kaunseling

Pendekatan Kognitif
Terapi kognitif adalah jenis psikoterapi yang di kembangkan oleh Aaron Beck.
Menurut beliau, orang yang menghadapi masalah emosi lazimnya melakukan
kesilapan logikal yang kemudian memutarbelitkan reality objek. Terapi kognitif
digunakan untuk mengubah cara klien menafsirkan dan memandang segala
sesuatu semasa mengalami kekecewaan sehingga mereka berasa lebih baik
dan bertindak produktif.
Matlamat terapi kognitif merangkumi pemulihan gejala, membantu klien
menyelesaikan masalah yang tertekan, dan mengajar klien dengan strategi
mencegah kembalian.

Kaunseling kognitif (Beth Horwin)


Membantu klien dalam mengenali, menganalisis dan mengelola keyakinannya.
Membiarkan

klien

bersandar

pada

memorinya,

dan

berusaha

untuk

membetulkannya.
Menempatkan dan menitikberatkan pada keyakinan klien, tentang siapa
dirinya dan apa tujuan hidup dia di dunia ini
Menjaga

fokus

pada

upaya

meningkatkan

kepuasan

hidup

secara

menyeluruh, bukan pada upaya penurunan emosi yang negatif


Memberikan kesempatan kepada klien untuk memeriksa/menguji kembali apa
yang telah diucapkannya dengan kenyataan dirinya.
Mengidentifikasi

dan

berbagai keterampilan praktis (misalnya, tentang

penetapan tujuan dan pemecahan masalah). Melanjutkan untuk melakukan


pekerjaan ini untuk waktu jangka panjang, setelah proses kaunseling selesai.

Anda mungkin juga menyukai