Anda di halaman 1dari 18

Page 1 of 12

Panduan Kursus/PEL/Version 3.0 1


FASA 1: HBEF2503 (Kaedah Penyelidikan dalam
Pendidikan)
FASA 2: HBEF3603 (Amalan Profesional)
FASA 3: HBEF4303 (Projek Kajian Tindakan)

Page 2 of 12
Panduan Kursus/PEL/Version 3.0 2
RASIONAL PERLAKSANAAN KURSUS ATAS TALIAN
Education Portal for Internet Courses (EPiC)
Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (atau Kementerian
Pelajaran Malaysia, ketika itu) telah menyediakan satu Standard Program Pensiswazahan
Guru semasa program ini dimulakan dalam tahun 2011.
Termaktub dalam Standard ini adalah reka bentuk kurikulum yang WAJIB dipatuhi oleh semua
pembekal latihan termasuk OUM. Reka bentuk kurikulum MESTI merangkumi kursus-kursus
seperti:
Kursus wajib merangkumi elemen Dasar Negara, Hubungan Etnik,
LINUS, MBMMMI, TITAS,PENDIDIKAN INKLUSIF;
Kursus Pengajian Profesional/Ilmu Pendidikan seperti Falsafah

Pendidikan dan Perkembangan Pendidikan, Psikologi Pendidikan,


Sosiologi Pendidikan, Pedagogi Pendidikan,PERKEMBANGAN
PROFESIONALISME GURU BERTERUSAN (BINA INSAN GURU);
Kursus major
Kursus minor atau elektif mata pelajaran sekolah
AMALAN PROFESIONAL
Sukan dan KOKURIKULUM sekolah
OUM telahpun merangka kursus tambahan berasaskan experiental learning dan atas talian
melalui portal EpiC untuk memenuhi syarat Standard iaitu:
1. HBEF2703 Kokurikulum
2. HBEF3503 Pendidikan Inklusif
3. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan ( Bina Insan Guru)
4. HBEF3603 Amalan Profesional (Praktikum)
BPG juga telah menyediakan Standard Bina Insan Guru (HBEF2803)
yang mewajibkan semua guru menjalani tiga siri aktiviti yang berlainan seperti
perkhemahan, ceramah, seminar, bengkel, lawatan, tugasan, kolokium, kerja lapangan,
khidmat masyarakat dan lain-lain. OUM telah menyediakan tugasan dan seminar untuk para
pelajar.
BPG juga telah menyediakan Standard Amalan Profesional dimana setiap pelajar
PPG WAJIB menjalani praktikum (HBEF3603) mengikut syarat-syarat dalam Standard.
Mengambilkira pengalaman guru, maka OUM telah merangka kursus Amalan Profesional yang
digabungkan dengan kursus HBEF2503 dan HBEF4303.
Harap semua pelajar PPG mengambil maklum tentang kursus-kursus mengikut

kehendak Standard Program Pensiswazahan Guru.

Page 3 of 12
Panduan Kursus/PEL/Version 3.0 3
CARTA ALIR PELAKSANAAN KURSUS
HBEF2503, HBEF3603 dan HBEF4303
FASA 1 - HBEF2503 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan
Penyediaan Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan:
Cadangan strategi/teknik PdP baru untuk satu topik dalam major yang diikuti di
OUM.
Rujuk panduan kursus HBEF2503 untuk penyediaan cadangan (proposal) kajian
tindakan.
FASA 2 - HBEF3603 Amalan Profesional
Terdapat 2 tugas :
Tugas 1:
(a) Melaksanakan PdP seperti yang dicadangkan dalam HBEF2503
(b) Melengkapkan kesemua aktiviti (A1-A4) dalam HBEF3603
Tugas 2:
(a) Kumpul data untuk penyediaan laporan kajian tindakan di Fasa 3 (HBEF4303)
mengikut kaedah/metodologi yang dicadangkan dalam HBEF2503
Contoh : guna soalselidik, temubual untuk mendapatkan pandangan responden yang
telah diajar mengikut strategi PdP dalam HBEF3603 tentang strategi baru ini.
Nota:

Pelajar WAJIB mengemaskini maklumat Guru Pembimbing yang telah dipilih ke dalam
e-portfolio: dengan tepat dan terkini bagi tujuan rekod pihak OUM-BPG-KPM.
Rujuk panduan kursus HBEF3603 untuk pelaksanaan PdP.
FASA 3 - HBEF4303 Projek Kajian Tindakan
Penulisan Laporan Kajian Tindakan:
Analisis data yang dikumpul daripada praktikum Amalan Professional HBEF3603).
Penyediaan laporan berdasarkan format panduan penulisan yang diberikan.
Rujuk panduan kursus HBEF4303 untuk penyediaan laporan kajian tindakan.

Page 4 of 12
Panduan Kursus/PEL/Version 3.0 4
FASA 1
PANDUAN KURSUS HBEF2503 (KAEDAH
PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN)
A. TANGGUNGJAWAB TUTOR PENYELIA
(a) Membimbing pelajar untuk menyediakan cadangan (proposal) kajian tindakan.
(b) Mencadangkan kepada pelajar sumber-sumber untuk memperolehi bahan bacaan
yang berkaitan dengan kajian yang dibuat.
(c) Memeriksa cadangan (proposal) kajian tindakan mengikut skema markah yang
disediakan.
(d) WAJIB mengatur perjumpaan/perbincangan dengan pelajar sekurang-kurangnya
DUA (2) kali; 2 jam / pertemuan.
(e) Tarikh dan masa perjumpaan adalah mengikut perbincangan di antara tutor

penyelia dengan pelajar masing-masing.


(f) Laporan Kemajuan Penyeliaan (Lampiran A HBEF2503_01) perlu diisi pada
setiap kali perjumpaan diadakan.
(g) Mengisi Borang Pemarkahan Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan (Lampiran A HBEF2503_02) dan memasukkan markah berkenaan ke skrin Project Supervisor
dalam Online Marks Entry System (OMES) mengikut tarikh akhir yang telah
ditetapkan.
(h) Perlu menyimpan salinan cadangan (proposal) kajian tindakan supaya dapat terus
menyelia pelajar bagi kursus Amalan Profesional (HBEF3603) dan Projek Kajian
Tindakan (HBEF4303).
B. TANGGUNGJAWAB PELAJAR
(a) Pelajar perlu menghadiri tutorial bersemuka yang dikendali oleh tutor bersemuka
yang dilantik.
(b) Pelajar dikehendaki menyediakan cadangan (proposal) kajian tindakan yang
bercirikan inovasi dan kreativiti dalam PdP.
(c) Peperiksaan akhir adalah berdasarkan modul HBEF2503 yang dibekalkan.
(d) Pelajar WAJIB berjumpa dengan tutor penyelia sekurang-kurangnya DUA (2) kali; 2
jam/pertemuan;
(e) Tarikh, tempat dan masa perjumpaan adalah mengikut persetujuan di antara tutor
penyelia dengan pelajar.

Page 5 of 12
Panduan Kursus/PEL/Version 3.0 5

C. KEPERLUAN KURSUS
Kursus ini memerlukan pelajar untuk:
(i) Menghadiri tutorial bersemuka
(ii) Menyediakan cadangan (proposal) kajian tindakan
(iii) Berjumpa tutor penyelia
(iv) Menduduki peperiksaan akhir
1. Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan
(a) Sediakan satu cadangan (proposal) kajian tindakan berkaitan dengan Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) dalam kelas/sekolah sendiri.
(b) Untuk mendapatkan tajuk/permasalahan yang hendak dikaji, pelajar perlu menilai
situasi PdP yang sedang/telah dibuat di bilik darjah sendiri.
(c) Tajuk/permasalahan penyelidikan yang dikenalpasti mestilah berkaitan dengan inovasi
dan kreativiti dalam PdP dimana pengetahuan dan kemahiran yang telah diperolehi
selama belajar di OUM akan diaplikasikan.
(d) Inovasi dalam PdP merangkumi pedagogi baru/terkini; kaedah baru; strategi dan/atau
teknik baru dalam mengajar sesuatu topik/sub topik dalam bidang pelajar. Inovasi
dalam PdP ini akan dilaksanakan melalui kursus HBEF3603.
(e) Contoh cadangan (proposal) kajian tindakan pelajar yang berunsurkan inovatif dan
kreatif boleh dirujuk di (Lampiran A - HBEF2503_04).
(f) Kriteria untuk memilih topik/permasalahan kajian:
i. Topik/sub topik bagi opsyen major yang sedang diikuti di OUM; BUKAN opsyen
mengajar di sekolah (jika berlainan). Misalnya: Pelajar mengajar Matematik di
sekolah tetapi opsyen di OUM adalah Bahasa Inggeris, maka pelajar perlu

cadangkan inovasi dalam mengajar satu topik/sub topik Bahasa Inggeris.


ii. Bagi pelajar yang bukan guru seperti pegawai JPN/PPD, pelajar perlu juga
mencadangkan satu inovasi PdP mengikut opsyen di OUM.
iii. Untuk menyediakan cadangan (proposal) kajian tindakan, pelajar akan
dibimbing oleh seorang tutor penyelia yang dilantik. Tajuk kajian yang dipilih
dan diterima oleh tutor penyelia akan digunakan dalam Fasa 2(HBEF3603) dan
Fasa 3 (HBEF4303).

Page 6 of 12
Panduan Kursus/PEL/Version 3.0 6
2. Format Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan
Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan pelajar hendaklah mengikuti format yang
disediakan seperti berikut:
NO PERKARA MARKAH
o Lebih kurang 21 24 halaman (tidak termasuk muka surat
tajuk, abstrak, rujukan dan lampiran)
o 1.5 langkau (spacing) dan font New Times Roman saiz = 12 poin
o comb binding dengan kulit nipis (soft cover) warna bebas.
i Muka surat Tajuk (Title Page)
ii Abstrak (Abstract)
1. PENDAHULUAN 5
Refleksi Pengalaman Yang Lalu/Refleksi sorotan Literatur
2. ISU / FOKUS KAJIAN 4

3. OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN 3


4. KUMPULAN SASARAN 2
5. TINDAKAN YANG DICADANGKAN
5.1 Perancangan Tindakan 3
5.2 Perancangan Cara Mengumpulkan Data 3
5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data 3
5.4 Perancangan Pelaksanaan Kajian 5
Jadual Pelaksanaan
Kos Kajian
6. BIBLIOGRAFI / RUJUKAN 2
Rujuk panduan penulisan cadangan (proposal) kajian tindakan (HBEF2503) (Lampiran A
- HBEF2503_05)
Nota:
MAJOR
BAHASA PENGANTAR
BI BM
Bahasa Inggeris X
Sains / Matematik
Lain-lain Major X
3. Penilaian Kursus
PENILAIAN
%
Individu yang

Bertanggungjawab
Kerja Kursus:
Cadangan Penyelidikan 30% Tutor Penyelia
Laporan Kemajuan Penyeliaan
(Berdasarkan Dua (2) Kali Perjumpaan)
10%
Tutor Penyelia
Peperiksaan Akhir 60% OUM
JUMLAH KESELURUHAN 100%
ATAU

Page 7 of 12
Panduan Kursus/PEL/Version 3.0 7
FASA 2
PANDUAN KURSUS HBEF3603 (AMALAN
PROFESIONAL)
Bagi melengkapkan kursus ini, pelajar perlu melakukan kesemua aktiviti (Aktiviti 1 - 4)
mengikut keperluan/kehendak tugasan seperti yang diterangkan. Baca dengan teliti dan
fahamkan kehendak tugasan sebelum melakukannya. Sekiranya pelajar kurang memahami
kehendak tugasan tersebut, gunakan FORUM untuk perbincangan dengan EOS. Tutor
penyelia akan dilantik sebagai EOS kecuali keadaan tidak membenarkan.
A. TANGGUNGJAWAB PELAJAR
(a) Pelajar perlu aktif dalam forum bersama EOS.

(b) Pelajar WAJIB melaksanakan PdP yang dicadangkan dalam HBEF2503.


(c) Semua pelajar PPG perlu mengajar minimum dua (2) waktu subjek major dalam
seminggu disamping tugas hakiki sepanjang tempoh praktikum (6 8 minggu).
(d) Pelajar (guru) hanya perlu memilih 2 WAKTU untuk tujuan penilaian oleh guru
pembimbing.
(e) Pelajar perlu merakam video sesi praktikum selama 20 minit yang bercirikan
strategi/teknik inovasi dan kreativiti PdP yang dicadangkan.
(f) Segala perbelanjaan sepanjang menjalankan latihan mengajar adalah dibawah
tanggungan pelajar.
(g) SYARAT WAJIB: Pelajar (guru) mesti membuat latihan inovasi PdP bagi satu
topik/sub topik dalam bidang/opsyen major yang diikuti di OUM.
(h) Pelajar (guru) PERLU mengumpul data sewaktu melaksanakan PdP untuk
penyediaan laporan akhir kajian di Fasa 3 (HBEF4303) mengikut kaedah/metodologi
yang dicadangkan dalam HBEF2503.
B. KATEGORI PELAJAR
Terdapat 4 kategori pelajar (guru) yang terlibat dalam menjalankan latihan Amalan
Profesional iaitu:
(a) Pelajar (guru) yang mengajar subjek yang sama dengan opsyen major di OUM.
(b) Pelajar (guru) yang mengajar subjek yang tidak sama dengan opsyen major di OUM;
tetapi major tersebut ada di ajarkan di sekolah. Mereka perlu menguruskan dengan
pihak sekolah memohon untuk mengajar subjek mengikut opsyen major di OUM.
(c) Pelajar (guru) yang mengajar di sekolah yang tidak menawarkan subjek sama dengan
opsyen major di OUM; perlu mencadangkan nama sekolah berdekatan yang sesuai

kepada OUM untuk menjalankan praktikum.

Page 8 of 12
Panduan Kursus/PEL/Version 3.0 8
(d) Pelajar yang tidak mengajar sebagai contoh pegawai di JPN, PPD atau PKG; perlu
mencadangkan nama sekolah berdekatan yang sesuai kepada OUM untuk menjalankan
praktikum.
C. PEMILIHAN RESPONDEN
Sebagai contoh: Dalam cadangan HBEF2503, pelajar telah memilih responden murid Tahun
3. Tetapi pada 2014, murid-murid Tahun 3 yang dipilih telah naik ke Tahun 4, maka pelajar
boleh memilih responden baru iaitu murid-murid Tahun 3 sekarang ataupun jika
strategi/teknik PdP yang dipilih sesuai digunakan kepada murid-murid Tahun 4 sekarang
maka boleh guna murid-murid Tahun 4 ini. Malah pelajar dibenarkan memilih responden
daripada mana-mana tahun sama ada Tahun 1 ATAU Tahun 2 ATAU Tahun 3 ATAU Tahun 4
ATAU Tahun 5. Murid Tahun 6 TIDAK BOLEH digunakan sebagai responden.
D. SYARAT PEMILIHAN GURU PEMBIMBING
(a) Guru pembimbing yang dipilih mestilah dalam kalangan guru besar/guru panitia/ketua
bidang, atau
(b) Guru sekolah yang mempunyai kelulusan minimum sekurang-kurangnya peringkat
ijazah, atau
(c) Guru besar/ guru panitia/ ketua bidang yang tidak mempunyai ijazah tetapi
mempunyai pengalaman mengajar lebih dari 5 tahun, atau
(d) Guru sekolah (yang berlainan bidang / bidang yang sama) yang tidak mempunyai ijazah

tetapi mempunyai pengalaman mengajar lebih dari 5 tahun.


E. PENILAIAN KURSUS
Bagi memenuhi kursus HBEF3603, pelajar dikehendaki melaksanakan kesemua aktiviti
tersebut. Pemberatan markah adalah seperti berikut:
Aktiviti 1 (T1A1) Laporan Pemantauan Guru Pembimbing 20 Markah
Aktiviti 2 (T1A2) Rakaman Video Sesi Praktikum 20 Markah
Aktiviti 3 (T1A3) Pelaporan Praktikum 30 Markah
Aktiviti 4 (T1A4) Reflektif Jurnal 20 Markah
Forum Penglibatan atas talian 10 Markah
JUMLAH KESELURUHAN 100 Markah
Aktiviti 1 (T1A1) Praktikum dan Laporan Pemantauan Guru Pembimbing
Pelajar akan melaksanakan inovasi PdP seperti mana yang dicadangkan dalam HBEF2503.
Sesi ini akan dipantau/selia oleh Guru Pembimbing. Guru pembimbing dikehendaki
melengkapkan Borang Pemantauan Pelajar (Lampiran B - HBEF3603_01) seperti format
(template) yang disediakan.*

Page 9 of 12
Panduan Kursus/PEL/Version 3.0 9
*Sila dapatkan lampiran 'Borang Pemantauaan Pelajar (Lampiran B - HBEF3603_01)' pada
bahagian Assignment (T1A1)
Peringatan:
Pelajar dinasihatkan untuk muat naik (upload) (Lampiran B - HBEF3603_01) mengikut
tarikh yang ditetapkan. Namakan fail tersebut sebagai T1A1.

Aktiviti 2 (T1A2) - Rakaman Video Sesi Praktikum


Semasa menjalani sesi praktikum, pelajar dikehendaki merakam video yang menunjukkan
aplikasi PdP dicadangkan (HBEF2503) yang bercirikan inovasi dan kreatif. Format video
rakaman mestilah dalam youtube (Rujuk panduan dalam portal EPiC).
Peringatan:
Pelajar dinasihatkan untuk muat naik (upload) mengikut tarikh yang ditetapkan. Namakan
fail tersebut sebagai T1A2.
Nota:
Pelajar yang menjalankan latihan mengajar yang menggunakan selain dari Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris DIKEHENDAKI menyediakan transcribe untuk rakaman video tersebut.
Aktiviti 3 (T1A3) Pelaporan Praktikum
Pelajar dikehendaki menyediakan laporan mengenai inovasi PdP yang dijalankan seperti
format dibawah:
BIL PERKARA
1. Refleksi PdP lalu
Pelajar perlu mengaitkan pengalaman PdP lepas dengan 4 perkara utama PdP:
o Guru
o Murid
o Isi kandungan pelajaran
o Persekitaran
Bagi mendapatkan maklumat mengenai perkara di atas, pelajar boleh merujuk bahan- bahan
seperti markah ujian, buku latihan, bahan pengajaran dan lain-lain yang berkaitan.
2. Isu / Fokus Kajian
Tentukan tema / isu keprihatinan kajian / masalah.

Rumuskan masalah yang dikenalpasti daripada refleksi PdP lalu yang dibuat.
3 Kumpulan sasaran
Nyatakan dengan terperinci bilangan murid yang dikaji
Terangkan secara ringkas latarbelakang pendidikan murid yang dikaji
4. Perlaksanaan inovasi PdP
Pelajar perlu menyediakan PdP yang berteraskan inovasi sebagai contoh:
TEKNIK COMIL : SATU KAEDAH UNTUK MENGUASAI
SUBTOPIK SIFAT KIMIA SEBATIAN KARBON

Page 10 of 12
Panduan Kursus/PEL/Version 3.0 10
Jelaskan mengenai perlaksanaan inovasi dan aktiviti-aktiviti yang terlibat
5. Laporan perlaksanaan inovasi PdP berpandukan perkara-perkara berikut:
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Kebaikan dan kekurangan inovasi PdP yang dijalankan.
Laporkan kaedah yang digunakan yang digunakan untuk menilai inovasi PdP yang telah
dijalankan. (Tidak perlu lapor analisis data, hanya kaedah yang digunakan sahaja.
Contohnya: guna soal selidik, temubual pelajar, pre-test dan post-test
Data yang diperolehi daripada kaedah yang digunakan perlu dilaporkan dalam HBEF4303.
6. Lampiran
Lampirkan soalan/aktiviti yang dijalankan
Bukti penilaian selepas dan sebelum PdP
Laporan ini:

Ditaip dengan menggunakan saiz font 12 "Times New Roman" dan langkau baris 1.5
Terhad kepada 10 muka surat sahaja (tidak termasuk lampiran)
Peringatan:
Pelajar dinasihatkan untuk muat naik (upload) mengikut tarikh yang ditetapkan. Namakan
fail tersebut sebagai T1A3.
Aktiviti 4 (T1A4) Jurnal Reflektif
Sebagai penamat kepada kursus ini, anda perlu membuat aktiviti terakhir iaitu menulis
Jurnal Reflektif. Jurnal Reflektif merupakan catatan luahan perasaan/emosi; reaksi; fikiran
anda semasa membuat aktiviti 1 hingga 3. Penulisan Jurnal Reflektif anda haruslah dalam
bentuk karangan esei. Hadkan penulisan Jurnal Reflektif kepada 3-5 muka surat
sahaja.(Font 12, Times New Roman, TIADA langkau baris).
Peringatan:
Pelajar dinasihatkan untuk muat naik (upload) mengikut tarikh yang ditetapkan. Namakan
fail tersebut sebagai T1A4.

Page 11 of 12
Panduan Kursus/PEL/Version 3.0 11
FASA 3
PANDUAN KURSUS HBEF4303 (PROJEK KAJIAN
TINDAKAN)
A. TANGGUNGJAWAB TUTOR PENYELIA
(a) Membimbing pelajar semasa analisis data dan penulisan laporan kajian tindakan
mengikut perancangan dalam cadangan (proposal) (HBEF2503).

(b) WAJIB Mengadakan perjumpaan/ perbincangan dengan pelajar sekurang-kurangnya


EMPAT (4) KALI; 2 jam/pertemuan di sepanjang tempoh pelaksanaan kajian,
penganalisisan data dan penulisan laporan kajian tindakan.
(c) Laporan Kemajuan Penyeliaan (Lampiran C HBEF4303_01) perlu diisi pada
setiap kali perjumpaan diadakan.
(d) Memeriksa laporan kajian tindakan berdasarkan Borang Pemarkahan (Lampiran C HBEF4303_02) yang disediakan.
(e) Memasukkan markah ke dalam skrin Project Supervisor dalam Online Marks Entry
System (OMES) mengikut tarikh akhir yang telah ditetapkan.
B. TANGGUNGJAWAB PELAJAR
(a) Pelajar akan didaftarkan kursus HBEF4303 selepas selesai menjalani kursus
HBEF2503 dan HBEF3603.
(b) Pelajar WAJIB berjumpa dengan tutor penyelia sekurang-kurangnya EMPAT (4)
KALI; 2 jam / pertemuan.
(c) Pelajar akan menganalisis data dan melaporkan hasil analisis seperti yang telah
dirancang dalam cadangan (proposal) kajian tindakan (HBEF2503).
(d) Pelajar perlu menghasilkan laporan kajian tindakan yang memenuhi piawaian yang
ditetapkan oleh pihak Universiti.
(e) Pelajar dikehendaki mengisi Borang Pengesahan Penerimaan (Lampiran C
HBEF4303_04) untuk penyerahan Laporan Kajian Tindakan kepada tutor penyelia
dan pihak fakulti dalam bentuk:
i. Softcopy (CD) (untuk simpanan fakulti)
ii. Hardcopy (untuk simpanan tutor penyelia)

Page 12 of 12
Panduan Kursus/PEL/Version 3.0 12
C. PENILAIAN KURSUS
PENILAIAN % Individu yang Bertanggungjawab
Laporan Kemajuan Penyeliaan
(Berdasarkan Empat Kali Perjumpaan) 20 Tutor Penyelia
Laporan Kajian Tindakan
(Jumlah markah akan ditukar kepada 80%)
80 Tutor Penyelia
JUMLAH KESELURUHAN 100%
D. KEPERLUAN KURSUS
Format Laporan Kajian Tindakan
Laporan Kajian Tindakan hendaklah mengikuti format seperti berikut:
NO PERKARA MARKAH
i Isi Kandungan
ii Penghargaan
iii Abstrak (Abstract)
1.
PENDAHULUAN 5
Refleksi PdP Yang Lalu / Refleksi Sorotan Literatur
2. ISU / FOKUS KAJIAN 20
3. OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN 10

4. KUMPULAN SASARAN 5
5.
PERLAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
5.3 Tindakan Yang Dijalankan
5.4 Perlaksanaan Tindakan dan Pemerhatian
5.5 Refleksi Kajian
5
5
5
5
5
6. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 5
7. PENGOLAHAN / KEJELASAN PENULISAN 20
8. BIBLIOGRAFI 5
9. LAMPIRAN 5
Rujuk panduan penulisan kajian tindakan (HBEF4303) (Lampiran C HBEF4303_05)
- TAMAT -

3 of 12
Displaying 201505191105_Panduan Pelaksanaan Kursus HBEF2503_HBEF3603_HBEF4303
_Pelajar_.pdf.

Anda mungkin juga menyukai